Friday, June 4, 2010

Ketua Pemuda Umno Selangor Kurang Ajar

Hati saya rasa sungguh terbakar bila membaca kenyataan ini di sini.

Selama ini saya tidak pernah menyentuh Pemuda Umno (PU) di blog saya walaupun rakan-rakan lain sering memperlecehkan mereka. Ini kerana saya menghormati orang yang telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia (KPUM) , walaupun kemenangan beliau banyak diragui.

Akan tetapi selepas melihat ketua pemuda yang lembik dari Selangor memberi amaran kepada PM berhubung perlantikan KPUM ke dalam kabinet, telah membuatkan saya menarik hand brake terhadap PU.

Mulai hari ini saya akan serang PU habis-habisan. Ini kerana perjuangan segelintir orang dalam PU pada hari ini bukan lagi untuk Agama, Bangsa dan Negara. Perjuangan mereka adalah perjuangan kepentingan peribadi, perjuangan mengejar jawatan,pangkat dan kekayaan. Jika UMNO ingin mencapai kejayaan maka orang-orang begini perlu dinyahkan dari UMNO.

Terus terang saya katakan, PU mulai hancur selepas Hishamuddin ckmm (cium keris minta maaf) mengetuainya. Di masa Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuainya PU benar-benar hebat. Kita kena terima kenyataan ini walaupun pahit untuk diterima kerana ada nama Anwar. Pada zaman Zahid Hamidi juga, boleh dikatakan PU masih hebat. Tetapi disebabkan Zahid terpijak kulit pisang, maka jodohnya tak panjang dengan PU. Selepas Hisham ckmm ambil alih dari Zahid, PU terus jatuh menjunam sehinggalah sekarang.

Ketua Pemuda Umno Selangor (KPUS) benar-benar kurang ajar dan biadab kerana berani memberi amaran kepada PM kononnya sudah tiga kali melupakan nama KJ. Apa punya bangsat punya manusia ini ?

Disaat parti berada dalam keadaan lemah dan belum tentu lagi akan menang dalam PRU akan datang, dia boleh minta itu ini pula. Sepatutnya baki masa yang ada digunakan untuk menguatkan parti dan mengembalikan keyakinan rakyat.

Tetapi tidak bagi KPUS yang bacul itu, masa ini pula dia nak agar KJ dilantik sebagai menteri dengan harapan dia bakal dilantik sebagai setiausaha atau pegawai KJ. Bila sudah berada di kementerian kelak, harapan untuk rembat itu ini adalah cerah. Ini kerana peluang untuk merembat di Selangor sudah tertutup rapat.

Lihatlah...lihatlah wahai ahli-ahli UMNO sekalian. Lihatlah betapa bangsatnya KPUS mengejar kepentingan peribadi. Jika orang yang benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Negara , dia tidak peduli samada diberikan jawatan atau tidak.

Saya betul-betul pelik dengan KPUS yang samdol itu. Di Selangor dia senyap sunyi, seolah-olah PU tak hidup di negeri tersebut, tetapi dalam diam-diam dia sibuk duduk berjuang untuk KJ menjadi menteri.

Anda nak tahu kekuatan dia Selangor ? Mari saya beritahu, beberapa minggu lepas dia nak buat demo di Masjid Shah Alam untuk membantah kenyataan Zaid Ibrahim menentang perintah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan Masjid sebagai tempat berpolitik. Anda tahu berapa orang yang mampu dikumpulkan olehnya ? Ribuan, ratusan atau puluhan ? Semuanya tidak, hanya lapan orang saja yang mampu dikumpulkan olehnya.

Ketua Pemuda kepala but*h apa, kalau hanya lapan orang mampu dikumpulkan. Sudahlah lapan orang yang berjaya dikumpulkannya, nak mula demo pun tak pandai. Nasib baik pada masa itu Arman Perkasa turut berada disana. Lalu Arman mencapai pembesar suara dan memulakannya. Saya juga turut berada disana pada masa itu kerana saya juga menerima sms untuk menyertai demo berkenaan



Dia berada di belakang dalam keadaan bingai-bingai. Tak tahu nak buat apa. Lalu Arman menjemputnya untuk menyampai ucapan. Dalam keadaan pening-pening dia ambil pembesar suara sambil garu-garu kepala kerana tidak tahu apa yang nak dikata. Tiba-tiba bunyi suara dia. Masyallah, saya terkejut beruk mendengar suaranya. Inilah kali pertama saya mendengar dia berucap. Suara anak perempuan saya yang berusia 7 tahun lebih kuat dan bersemangat lagi.

Saya tepuk dahi mendengarnya, sambil hati tertanya-tanya bagaimana orang seperti ini boleh dilantik menjadi KPUS ? Selepas habis ucapan dia yang dua minit itu, dia bergerak ke Balai Polis untuk membuat laporan polis dan sidang media.

Dengar sini rakan-rakan wartawan, saya nak beritahu anda penipuan yang dibuat oleh KPUS terhadap wartawan semua.

Apabila ditanya wartawan kenapa tidak ramai Pemuda Umno Selangor turun berdemo hari itu ? Anda tahu apa dia jawab ? Dia kata oleh kerana pada sebelah paginya Zaid Ibrahim telah memohon maaf kepada Sultan Selangor, maka dia minta agar PUS tidak turun beramai-ramai dalam demo berkenaan kerana Zaid sudah minta maaf.
Dia tipu, dia tipu wartawan. Zaid tidak pernah minta maaf pun. Alasan tersebut sengaja direka-reka olehnya semasa dalam perjalanan dari Masjid ke Balai Polis untuk menutup kelemahannya kerana gagal mengumpul PUS.

Sebab itu saya kata, orang seperti ini bukan boleh menguatkan balik UMNO, tetapi boleh menghancurkan UMNO. Orang seperti ini tidak diperlukan dalam UMNO. Jika KJ tidak mahu menukar KPUS ini , maka saya mencadangkan agar Datuk Seri Najib menggunakan kuasanya menurunkan orang ini dengan kadar segera sebelum UMNO terus hancur di bumi Selangor.

Tambahan luar tajuk

Di Selangor sekarang bukan setakat pemuda sahaja yang lemah, badan perhubungan negeri juga lemah. Mereka sudah lena dibuai mimpi indah selepas menang 'besar' 1'725'000 undi di Hulu Selangor.

Minggu depan saya akan tulis pasal BN Selangor, kita kena minta Datuk Seri Najib tukar semua sekali dari Timbalan Perhubungan Negeri hinggalah ke jawatan bawah-bawah. Sudah tidak boleh tahan dengan cara begini.

PKR berada di dalam keadaan lemah sekarang,bermacam masalah, bermacam isu yang boleh BN gunakan untuk melemahkan lagi mereka. Tetapi nampaknya BN lagi lemah kerana mereka langsung tidak boleh berfikir bagaimana nak serang musuh. Mereka terus zzzzzz.....

29 comments:

Farihan said...

Salam,

Terbaik lagi!

Anonymous said...

Sekarang trend politik ialah kalau dapat jawatan kat parti politik kebanyakannya hanya untuk mendapatkan keuntungan peribadi je, walaupun bila minta kontrak dia akan cakap untuk parti politik ini lah itu lah. tapi bila dapat kontrak dia sapu bersih. ha ha ha ha.

kalau betul-betul lah nak kontak sebab parti politik, dia akan dermakan berapa % keuntungan kepada penduduk/masyarakat, contoh bina : balai awam, tempat riadah ke.

kalau tak pun cuba tengok ketua pemuda, ada rumah besar, kereta besar, bini 2, semua berlagak dan bermewah-mewah. kalau kaya pun hulur-hulur lah orang miskin tu.

azlan said...

wa sokong bro. kita yg dibawah ni dok bantai2 yg org atas ni dok susun strategi macam mana nak rebut/pertahan jawatan dlm UMNO.
sedih..sedih... kalau nak lihat pemimpin masa hadapan, lihatlah pada pemuda hari ini. failed!!

naDim'IQ said...

betul tu bRo.. PEMUDA dah LEMBIK sejak menteri AMARAN sekarang ni pegang jawatan KETUA.. tambah plak ngan KJ yg mengada-ngada! g ar ckp ngan PM ko nak JAWATAN, jangan gunakan PEMUDA untuk provoke jawatan yg diimpikan!!! nasib BAIK ada Dato' Razali yg lebih KUAT kerja dari KJ yg mrajuk Xdpt menteri.. JAHANAM ar PU kalo KJ Xrebah!!! kerana keTAKSUBan POLITIK bangsa HANCUR..

ISLAM itu BENAR!
HIDUP PERKASA!
MALAYsia for MALAY!

faizal said...

Ketua pemuda macam tu laa yang merosakkan UMNO..

tak sedar diri..

pengaruh KJ sekarang nie bertambah hebat didalam pemuda UMNO..agak sukar untuk UMNO lenyapkan kerana KJ nie dah tabur gula-gula yang banyak kat barisan hadapan pemuda..

pemilihan UMNO akan datang janganlah pilih perwakilan yang sama lagi..semua perwakilan yang dahulu dah dibeli oleh si KJ..

bersama-sama selamatkan UMNO dari dinaungi oleh perasuah dan pelacur politik

Anonymous said...

Sudahlah Suhaimi pasir ... kau lebih teruk dari Alam Semesta!!!!

Nabisha said...

Takyah berucaplah Suhaimi.

Suara macam Doraemon!

Hemi Sfera said...

Rasanya kena gigihkan lagi pelan tindakan "UMNO, NAK MENANG KE TAK??' yang dah digrakkan beberapa blogger. Kita mahu UMNO menang PRU13. Kita sokong serangan yang dibuat ke PR. Tapi rupanya dalam UMNO sendiri banyak usaha sabotaj yang boleh membawa bencana kepada UMNO kelak. So, sekarang ni, mohonlah jasa baik pihak tuan puan untuk membantu UMNO membersihkan parti daripada sampah kurap.
Orang macam KPUS ni lah yang mewujudkan mentaliti "kalau nak dapat projek, join UMNO". Sedarlah, masyarakat marah bila benda macam ni jadi. Tak sedar diri dah hilang kuasa kat Selangor, still nak buat perangai bukan2. Takkan nak tunggu hilang kuasa kat peringkat persekutuan, baru nak sedar diri kot. masa dah jadi macam tu dah tak guna apa dah bhai.
Hish, baik, berenti dulu... dah terlebih rasa marah dalam hati lah pulak....

Anonymous said...

Salam RBF,

Kan saya dah cakap yang UMNO/BN ni memang payah nak berubah. Walaupun saya bukanlah penyokong PR tapi kita kena terima hakikat yang UMNO sudah semulajadi takbur, riak, bongkak, gilaharta, gila pangkat, gila betina. Macam-macam gila lagilah.

Kedudukan sekarang PU bernasib baik sebab Ketua Pemuda PKR skrg tak menyerlah macam ezam dulu-dulu. Pemuda PAS pun sama di bawah Tantawi. Jadi dalam konteks ketidakterimaan golongan muda terhadap dua pemimpin muda penbangkang ni menyebabkan PU nampak gah sikitlah. Kalau kedua-dua pemimpin muda pembangkang menyerlah dan berani agak-agak kat mana PU kita ni RBF?

Konon masuk parti berjuang demi rakyat, agama dan bangsa, tapi bila tak dapat jawatan mula melalak di media-media. Ugut sana ugut sini.

Lagi sekali saya nak ingatkan UMNO/BN. Kalau nak menang PRU akan datang berubahlah, sebab kami kumpulan penyokong UMNO sudah jemu, bosan dengan sesetengah pemimpin yang tk pernah hendak berubah, tak pernah belajar dari kesilapan PRU yang lalu.

Kalau masih berebutkan pangkat dan jawatan, UMNO/BN bersedialah untuk jadi pembangkang dalam negara ni!!

-MR.PUAKA-

Anonymous said...

Betul tu RBF,aku dh check tgk,satu ape ke lancau kt2 pemuda negeri yg nmpak "strong abig stand" (kalau x paham sudah).smua lembik n tido.pemuda x nmpak dimata ,dihati lg la jauh. kita tunggu project depa kt bukit jalil .rally 1Malaysia. kalu dr ctu x mula jugak.abihkan boreh je.tkt nmpk mega je.isi hampeh.

pemuda ape ke lancau

kita anak melayu said...

GEMPAR !!Kakak Teresa kok masuk Islam???

baca di SINI

Anonymous said...

Aku dengar ada seorang EXCO Pemuda Pusat dok kontrol tender bekal makanan bermasak di seluruh Malaysia. Perangai macam ni lah yang buat orang dok marah. Nak cari makan bukan tak boleh, tapi janganlah rebut rezeki dalam mulut orang....Ada 10 peluang, ambilah dua atau tiga, selebihnya janganlah di kaut juga...Nak di biarkan orang ini meraja lelakah???

**tokey kantin tapak binaan.

whiteorange said...

KJ

HARAMJADAH NI KALAU DIBERI KUASA AKAN LEBIH TERUK DARI ANUA

KETUA PEMUDA UMNO

TAHUKAH ANDA DISETIAP BAHAGIAN UMNO DIMALAYSIA ADA ORANG KJ YANG MEMEGANG JAWATAN TINGGI PARTI, DARI KETUA, TIMBALAN MAUPUN NAIB, PASTI ADA BUDAK KJ.

KJ GUNA KUASA DIA HABIS2AN MASA PAK MENTUA DIA DOL JADI PM DULU. DIA PASTIKAN DIA ADA ORANG DISETIAP BAHAGIAN. JADI TAK HERAN KALAU DIA KENA TANGKAP RASUAH DULU. CUMA YANG MENGHAIRANKAN KENAPA DIA BOLEH TERLEPAS. INI SATU LAGI KUDIS UMNO

ANDA BAYNGKANLAH, APABILA ADA PEMILIHAN SEKALI LAGI, MEREKA MEREKA INILAH NANTI YANG AKAN MEMASTIKAN KJ MENANG MANA MANA POST YANG DIA TANDING.

DIBAHAGIAN SAYA, BEKAS KETUA PEMUDA BAHAGIAN, SEKARANG TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN, MEMANG TERKENAL BALACI KJ, SEDANG RANCAK BERGERAK KE SELURUH PELUSUK KAMPUNG, MENEBALKAN MUKA , MELOBI NAK JADI WAKIL RAKYAT. LANGKAH SETERUSNYA NAK JADI KETUA BAHAGIAN. INILAH SENARIONYA DIMANA MANA BAHAGIAN SEKARANG. TAK HERANLAH KALAU MAMAT MAMAT SABAH, SELANGOR, PERAK, JOHOR DAN LAIN LAIN MELALAK MAHUKAN KJ DIBERIKAN POST DALAM KABINET.

SO RAKAN RAKAN, KERJA ANDA TIDAK SETAKAT ITU SAHAJA, BANYAK YANG PERLU DILAKUKAN KALAU BENAR BENAR MAHU BERSIHKAN UMNO NI @ BERSIHKAN KJ. DAN MESTI DILAKUKAN. CARI MAKLUMAT DARI RAKAN RAKAN DISETIAP BAHAGIAN APAKAH BENAR PERKARA INI. DI JOHOR, BOLEH DIKATAKAN DISETIAP BAHAGIAN ADA BUDAK KJ YANG PEGANG POST TINGGI PARTI, DAN ADA YANG DAH DAN AKAN JADI KETUA BAHAGIAN.

SO SDR, GANDAKAN USAHA, GUA SUPPORT KALAU BAB NAK SINGKIR KJ N KONCO KONCO NYA,

GUA MEMANG BENAR BENAR ANTI KJ SEBAB GUA SAYANG UMNO, MELAYU, ISLAM N NEGARA. INI BUDAK MASUK UMNO PUN IKUT PINTU BELAKANG ....

Anonymous said...

Salam to all,

Masih ada masa untuk UMNO/BN dapatkan kembali sokongan rakyat bak kata Tun M.

Tapi UMNO/BN kena bersihkan segala daki-daki yang ditinggalkan oleh Tun Paklah. Selagi daki-daki ini ada dalam UMNO/BN saya berani cakap yang golongan muda semakin jauh dengan UMNO/BN.

Walaupun ini boleh dinamakan pembunuhan karier politik tapi kita kena buat, demi kebaikkan UMNO/BN dan rakyat amnya.

Jadi langkah terbaik, singkirkan segala jenis pemimpin yang berperangai seperti KJ, Suhaimi ni. Sebab orang macam ni berjuang demi harta, pangkat. Orang macam ni mana ikhlas. Kalau ikhlas mereka takkan melalak nak kan pangkat dan jawatan.

Ayuh pemuda. Bangkitlah kembali agar kegemilangan melayu/UMNO/BN kembali ke landasan yang sebenar.

-MR.PUAKA-

Media Cyber said...

org umno, kalau dah ada pangkat.. confirm lupa asal usul.. berlagak.. sombong.. bila orang datang ke meja dan tegur, tak nak bangun sama taraf. rela duduk sambil bersalam.. terutamanya ketua UMNO kat Hulu Selangor haji apa nama tah.

kalau jumpa ketua UMNO Hulu Selangor. Katakan pada dia..

PERGI JAHANAM!!!!

Anonymous said...

Salam Bro,

Apa nak heran...ni semua pasai hisham la punya pimpinan..puak2 DAP kutuk melayu kaw-kaw pun buat tak tau saja...abih budak2 bodo PU pun ikut la...KJ ajaq kencing...hisham ajaq jadi barua cina...pegang keris konon...piiiirahh pegang but*h pun tak betui...penakut...kalau melayu mampuih kena tindih hampa semua cari hisham laaa...suruh dia kencing atas keris !!!

Anonymous said...

Salam Perjuangan,

Perkara ini sebenarnya telah saya tanyakan kepada Ketua Cwgn UMNO di tempat saya minggu lepas, walaupun saya bukan ahlinya. Dia pun pening tentang pemuda selangor yang tido, tido dan tido. Kesian, pejuang tulen kat dalam UMNO Selangor yang bergerak tanpa semangat pemudanya. Terima kasih pada Bro GAP yang kuarkan gambar KPUS tempohari. Baru saya nampak muka KPUS. Sebelum ini, lgsung saya tak tau/kenal. Si Ketot AMK tu pun saya tau pasal dier, tapi KPUS? Betul2 memalukan perjuangan orang-orang terdahulu...

Di saat kesedaran orang melayu brtambah di selangor, sepatutnya si penikus ni amik peluang untuk gempur habis-habisan. Bukan tak ada isu-isu besar yang berlaku kat selangor. terlalu banyak. Jgn jadi cam kalid gagap yang baru tau isu pasir di selangor (dia ingat iq kita cam penyokong dier kot...).

Mr. Puaka, nampaknya kita kene terus promosikan blog-blog yang prihatin cam rbf ni, GAP dsb kepada pemuda umno yang sedang lena di ulit mimpi. program selangor bangkit untuk pemuda umno selangor... hahahaha.. Dan untuk pengetahuan, dah 4 kali saya cube register jadi ahli, tapi tiap kali datang mesyuarat agung, nama saya takde, takde, takde,... pastu fedup sampai lah sekarang... pastu jadilah ahli parti gerakan anti PKR... satu lagi keje lembab samdol dari pemuda umno. nak-nak pulak skrg KPUS jenis penikus camni, alamat hancusslah masa depan anak bangsa. agak-agaknya klu register kat pkr atau pas mungkin dah siap dapat kad keahlian kot...dan mgkin sedikit wang ihsan dari hasil pasir, arak, judi, rumah urut, tanah anak yatim dan fakir miskin hehehee....

Tapi, disebabkan telah memegang janji menggengam sumpah, menjadi TUAN di bumi Merdeka, saya harus terus berjuang, bersama mereka-mereka yang sayangkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Allahuakbarrr!!!

-Melayu Bangkit!!!-

Megat Alam Gempita said...

KJ adalah liabiliti kepada UMNO/BN justeru beliau perlu diganti jika tidak sampai bila pun pemuda akan menjauhi UMNO.
Insya Allah KJ tak lama dalam Pemuda. Sudah ada gerakan menukarkan beliau oleh golongan pro MM, RI ... orang yang bakal menentang beliau ialah EMN. Waktu itu UMNO akan kembali bersih n beliaulah yg paling layak meskipun ramai meraguinya atas kisah silam beliau...tunggu kemunculan gerakan kami...siaplah lu hai anak bapak...

Anonymous said...

Salam bro Melayu Bangkit,

Itulah nampak gaya kita kena kerap menjayakan dan mempromosikan blog-blog macam RBF ni, blog bro GAP saya selalu baca cuma jarang komen.

Kalau bro cakap banyak kali cuba register tapi tk pernah ada nama, sama lah dengan saya, saya pernah la ke pejabat cawangan UMNO kat Bukit Bintang ni, dekat jalan Rawa tu, niatnya nak register sebagai ahli biasa dalam UMNO, tak mintak pun jadi Pengerusi kt situ, tapi tiap kali saya pergi tak pernah ada orang dalam pejabat tu.

Saya pun taktahu fungsi pejabat tu, akhir sekali semayang kat surau sebelah. Sebab pah sudah tadak org nak bukak pintu.

Ingatkan kalau masuk sebagai ahli biasa dalam UMNO dapat la menyumbang dan menarik golongan muda terutama dari kalangan rakan saya, tapi hampeh..

Apa pun masih belum terlambat lagi wahai pemimpin-pemin UMNO. Kepada KPUS ni elok ko berambus aje la. Banyak mana sangat sumbangan ko dalam parti UMNO sampai nak ugut PM.

-MR.PUAKA-

Anonymous said...

Hari ini terbukti bahawa pucuk pimpinan Pemuda UMNO dh bawah KJ gagal sama sekali.

Kenapa saya cakap macam ni? sebab perhimpunan KJ hanya mampu kumpul 200 orang sahaja?

Nampak sangat golongan muda tk suka kepimpinan Pemuda UMNO. Buat malu je lah!

Bangkitlah pemuda, Nyahkah golongan tak guna ni dalam parti. Walaupun aku tk berdaftar dengan UMNO lagi tapi aku dah berjanji nak martabatkan bangsa aku.

Aku malu hari ni sebab perhimpunan yang di anjurkan Pemuda hanya mampu mengumpul sebanyak 200 org?

Hoii kat Kuala Lumpur & Selangor ni banyak anak muda la. Takkan ini je yang mampu pemuda buat?

Malu..Jahanam Pemuda UMNO bawah KJ and the gang!!!

-MR.PUAKA-

junid said...

Mampos org Melayu kalau miliki Ketua Pemuda macam ni.

Anonymous said...

Salam RBF,
Memang aku setuju dengan pandangan saudara mengenai KPU Selangor. Lembik nak mampus. Masa kempen di Hulu Selang barua tu dah la lambat turun, Jentera Pemuda UMNO Selangor macam tak de peranan langsung untuk bergerak. Yang aku heran sangat, kenapa pihak pengurusan UMNO negeri macam tak nampak je dengan kelemahan pihak PUS ni. Aku tengok UMNO Selangor sekarang lebih suka bergerak dengan seperti dahulu sahaja. Memang aku merasakan bahawa pihak PM perlu mengambil perhatian yang sewajarnya mengenai kelemahan pihak UMNO Selangor sekarang ini. Dari pemerhatian aku selama ini, terdapat banyak perkara yang demi kebaikkan rakyat dan parti UMNO tidak lagi menjadi perhatian pihak pengurusan UMNO Selangor. Disini aku menuntut agar perkara ini menjadi satu tanggungjawab untuk dijawab oleh Timbalan Pengerusi UMNO Selangor selaku pemimpin UMNO Selangor sekarang ini. Jika dia tidak mampu memikul tanggungjawab ini lebih baik dia meletak jawatan!!! Noh Omar!!! ingatlah selangor belum selamat jika anda masih bersikap seperti UMNO masih kuat!!! Jangan membuka ruang yang terlalu besar dikawasan anda sahaja!!! Biar pun Tanjung Karang menang besar!!! Selangor belum tentu menang!!!

Anonymous said...

Di Hulu Langat, belaci KJ ada. Tapi haprak.

Lebih kurang Sham Ketot gak!!!

Ketua Bahagian pun..... hampeh. Orang kuat KJ dulu tuh!!

Adalah buat demo bantah.... tapi demo kontrak alam flora kena kacau dek pakatan riot!!!

Najib..., kalau kita nak sama sama menjadi satu team.... TUAN dan HAMBA..., tolong lah tengok hamba hamba dibawah ni.... TUAN TUAN kecil kat bahagian ni dah lembik,,, bukan sebab letih kerja... tapi lebik dan sedih projek tak macam Khir Toyo dulu..

AJK Cawangan
Kg Sg Kembong Hilir

UMNO bodoh said...

Mat Jenin yang masih duk bermimpi tidur kat atas tilam padahal tidur kat pelepah kelapa,,, muamuamua,,, Pemuda Umno (PU) tambah sikit (ki)... UMNO penyelamat bangsa Melayu? KEH KEH KEH,,, rasanya anjing lagi baik bila menyalak sambil kencing kat muka ko...

Anonymous said...

aku bukan nak sokong KJ tapi dalam banyak2 yang diangkat jadi pemimpin sekarang bukan ada karisma sebagai leader, sedikit bertaraf manager, ramai bertaraf juruteknik dan berlambak-lambak sebagai kunta kinte. lihat kabinet sekarang senator berlambak2. Mungkin KJ over-acting dan terkilaf sedikt sebanyak, tapi dia ada karisma sebagai leader masa hadapan

Anonymous said...

KJ and Suhaimi are motherfucker @ son of a bitch. Go to hell Pemuda Umno if you don't kick these moron now.

Anonymous said...

Salam..
Kadang-kadang saya malu untuk mengaku saya adalah seorang guru ... di Perlis sekarang ini, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah seorang guru yang dibayar gaji harian (Kalau hadir, dibayar gaji) kerana dia hampir tidak pernah hadir ke sekolah..menyusahkan semua pihak, rakan rakan guru lain terpaksa setiap hari menggantikannya mengajar... kesian budak-budak. Letak jawatan tak mau pulak.... Macam mana nak menunjukkan tauladan kepada masyarakat yang kaum guru adalah pemimpin. Zaman Pak Lah berkuasa, hebatlah dia dgn dokongan KJ dan Shahidan.. mana pegawai JPN yg berani angkat muka.. memang benar benar memalukan.

Anonymous said...

Exclusive delirium

Anonymous said...

Let my people go. (Moses)