Tuesday, June 5, 2012

Hadi: Daripada Presiden Kepada Maskot

Dah lama orang bercakap tentang Presiden Pas, Hadi Awang.

Dalam Pas ada orang kata dia presiden yang tak berfungsi dan adanya dia hanya sebagai patung sahaja.

Dalam pak-khatan rakyat pun dia pun tidaklah berfungsi sangat. Hanya menyambung atau mengiyakan apa yang dikatakan oleh Anwar atau Lim Kit Siang.

Dia sendiri kalau buka mulut, pasti akan kena dengan Karpal Singh....

Bila dah kena sound dengan Karpal Singh dia akan diam dan tarik kepala sepertimana kura-kura menarik kepalanya apabila terserempak musuh.

Itulah Haji Hadi....

Mungkinkah kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangai sebagai tukang angguk atau pak turut oleh Haji Hadi, Jumaat lepas pemuda Pas telah menterjemahkan apa yang terpendam dihati mereka selama ini dengan melancarkan satu maskot Pas yang bernama Hadi dalam perhimpunan di Kedah ???


Maskot ilham Pemuda PAS: Hadi, Huda curi tumpuan 

ALOR SETAR: Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini.

 Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat (gambar oleh Malaysiakini) telah mencuit perhatian orang ramai.

Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah.

Paparan gambar Hadi dan Huda di Facebook Harakahdaily tengah malam semalam telah juga mendapat sambutan yang hangat dengan 1,154 Likes ketika berita ini ditulis, dan telah dikongsikan sebanyak 110 kali.

“baju macam tadika PASTI bEStari,” kata Rosnain Romli di Facebook.

Ramai yang berpendapat inisiatif DPPP itu cukup comel dan satu langkah yang bijak untuk mendidik generasi muda mengenai Islam.

Pengunjung FB Harakahdaily, Muhd Faris pula mencadangkan agar DPPP mengembangkan Hadi dan Huda  seperti cerita Upin Ipin.

“Mesti ramai yg suka,” kata beliau.

Aishah binti Mohsin pula mencadangkan agar Hadi dan Huda dijadikan kartun rasmi untuk PRU-13.

“blh gntii upin ipin.. pe2 tahniah atas insiatif yg dilakukan. semoga usaha kalian diberkati Allah SWT,” tulis beliau.


Jutaan nama lain lagi yang ada untuk menamakan maskot berkenaan, kenapa nama presiden mereka yang Pemuda Pas pilih ?

Mungkinkah benar ada maksud yang tersirat disebalik pemilihan nama tersebut ?

Apa-apa pun ianya satu penghinaan kepada Presiden Pas oleh orang mereka sendiri kerana memilih nama presiden untuk dijadikan nama maskot.

Kita tunggu dan lihat berapa lama maskot dan nama itu akan bertahan......

9 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

FIRST

Anonymous said...

lepas ni depa boleh lah sembah dan puja patung maskot depa

Anonymous said...

Mungkin Pemuda PAS pusat cuba 'meremajakan' Hadi Awang. Mereka tahu Hadi Awang adalah umpama ubat yang 'luput tarikh'. Jadi dengan memilih nama Hadi untuk maskot mereka maka ahli2 Pas akan melihat Hadi Awang lebih 'segar'. Pada masa sama DPPP cuba menyampaikan mesej jelas kepada Hadi Awang bahawa Presiden Pas tersebut bahawa 'Hadi' akan menjadi lebih popular dari Hadi Awang sendiri.

Anonymous said...

president mcm patong ,kayu sama mcm yg real,perut je tak sama

Anonymous said...

Tak berfungsi?

Mati pucuk ke?

Anonymous said...

memalukan hadi

Anonymous said...

Kenapa tidak bagi nama Aziz dan Azizah? Comel jugak kan?

akuantiPAKATAN.

anti bohmau said...

RBF,

bukankah membina patung2, lambang2 manusia & binatang & memuja2 pula spt benda bernyawa itu HARAM hukumnya dlm Islam? pas parti Isle??? Masyaallah!!!!

Anonymous said...

macam bahlul pun ada wakakakakakakka