Thursday, June 14, 2012

Keraguan-Keraguan Dakwaan Terhadap Bakal Menantu PM dan Ibunya

Dua hari lepas kecoh pasal seorang lelaki yang bakal menjadi menantu PM.

Semuanya gara-gara laporan dari portal nypost.com. Yang kemudian disambut oleh malaysiakini dan harakahdaily.

New York Post yang menjadi pemecah berita berkenaan menggunakan perkataan Gossip / Sports / Entertaintment / Photos sebagai tagline laman mereka.

Apabila tagline itu digunakan maknanya selain daripada gambar, hiburan, sukan, gosip juga adalah perkara utama sebagai pengisian laman berkenaan. 

Gosip ini maksudnya benda yang masih tidak sahih atau yang masih sok...sek...sok....sek....lagi. Dan yang paling penting dalam gosip adalah elemen tambah-menambah perisa untuk melariskan penjualan.

Berhubung dengan berita yang disiarkan oleh malaysiakini, ianya bukan sesuatu yang pelik kerana kita tahu bagaimana hubungan antara malaysiakini dengan beberapa pihak di Amerika yang menjadi penyumbang utama kewangan kepada mereka dalam usaha untuk menghancurkan kerajaan semasa. Sila lihat di sini

Malaysiakini siap bagi baca free lagi berita berkenaan sebagai sumbangan ikhlas mereka untuk menjatuhkan reputasi PM. Tak payah nak log in akaun lagi.  Tak percaya ? sila klik di sini

Bukan niat saya untuk mempertahankan lelaki Kazakhtan tersebut. Saya tak kenal dia dan dia tak kenal saya. Jika benar kes itu telah menjadi kes mahkamah, biarlah mahkamah yang memutuskannya.

Namun setelah membaca apa yang ditulis dilaman berkenaan dan apa yang diterjemahkan oleh harakahdaily, ada beberapa perkara yang tidak munasabah. 

Kelakar juga apabila membaca apa yang diterjemahkan oleh harakahdaily seperti dibawah...

Akan tetapi, Maira, 50 kini menetap bersama anaknya di kondo di The Plaza, yang mempunyai empat bilik, apartmen keluasan 4,000 kaki persegi dilengkapi dengan 3.5 tandas. 


Ada juga tandas 3.5 ya ?

Kebiasaanya yang kita dengar rumah ada 2,3 atau 4 bilik air. Tetapi ini lain macam nampaknya. Tandas 3.5 atau tiga setengah.

Yang tiga kira ok lah. Yang 0.5 lagi atau setengah lagi untuk apa ? Ohhhh...mungkin untuk buang air kecil sahaja kot.....atau untuk kegunaan lelaki yang iras-iras Azmin Ali. 

Gosip adalah salah satu bahan utama yang disiarkan di laman berkenaan. Dan sebab itulah ada beberapa keraguan yang boleh kita pertikaikan berhubung penyiaran berita berkenaan.

Maira
Kes ini tidak lebih daripada gosip setelah sepasang suami isteri bercerai. Macam cerita-cerita yang kita selalu dengar apabila ada personaliti atau artis-artis tempat kita bercerai. Dalam kes ini pula yang bercerai itu adalah individu yang mempunyai hubungan dengan Presiden Kazakhstan dan juga bakal menjadi besan PM Malaysia. Orang hebatlah kata kan....jadi gosipnya mestilah kuat.....

Tunang anak PM seorang budak muda yang berusia 20an dituduh menipu  bapa tirinya dalam pembelian kondo mewah. 

Secara logik akalnya, bapa tirinya adalah seorang yang kaya dan adik kepada presiden sebuah negara, adakah semudah itu beliau boleh ditipu oleh seorang budak muda ? 

Tidak mustahil kondo itu diberikan kepada budak itu sewaktu bapa tiri dan emaknya masih melekat antara satu sama lain. Ya lah....waktu melekat kasih sayangnya lain macam, apa yang ada semuanya diberi. Yang tak diminta pun dikasinya. 

Bila dah bercerai, faham-faham sajalah....yang diberi pun kata ditipu.Semuanya akan diungkit habis-habisan. Lihatlah dalam contoh kes seorang artis dengan seorang pemain bolasepak yang bercerai baru-baru ini. Waktu mula-mula nikah dulu bukan main lagi kasih-mengasihi satu sama lain walaupun jarak perbezaan usianya jauh. Tapi bila dah bercerai habis dilondehnya dalam Melodi TV3.

Contoh kedua adalah kisah janda Adun Pas Melor yang mendedahkan sikap korup suaminya yang mempunyai harta berjuta-juta diletakkan atas nama orang lain. Semua itu terdedah selepas perceraian berlaku. Waktu i love u.....u love me.....itu semua tidak akan berlaku. Tidak tahan dengan pendedahan-pendedahan jandanya memaksa Adun Pas Melor mendapat injuksi bagi menghalang media membuat liputan terhadap perbicaraan kes cerainya. 

Kemudian dikatakan pula budak itu menipu sijil sekolah tinggi untuk memasuki Universiti Columbia. Universiti berkenaan adalah sebuah universiti yang hebat. Bila hebat maknanya bukan senang untuk memasukinya.Secara logik akalnya mana mungkin sebuah universiti yang sebegitu hebat semudah itu boleh ditipu oleh pelajarnya ? 

Dibangkitkan pula isu penipuan nama bapa dengan menggunakan nama Nazarbayez. Ibunya dikatakan menukar nama itu selepas berkahwin dengan bapa tirinya pada tahun 2001.  - 

Mengapa sepanjang 11 tahun ketika ibunya dan bapa tirinya masih suami isteri perkara ini tidak berbangkit ? Tapi selepas bercerai semuanya terlondeh. Sebab itulah saya katakan ini semua adalah masalah selepas keruntuhan rumahtangga.

Bila sebut pasal tukar nama bapa teringat pula kepada seorang staf Lim Guan Eng. Seorang anak cina yang tanpa segan silu menggunakan nama Khir Johari sebagai nama bapanya.

Dalam banyak-banyak berita yang dilaporkan itu yang paling tidak masuk akal sekali apabila ibu kepada tunang anak PM, Maira dikatakan menjadi buruan pihak berkuasa Kazakhstan dan Interpol kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk culik. 

Senang ceritanya beginilah....

Datuk Najib adalah seorang PM. Setiap pergerakan atau apa yang ingin dilakukan dalam kehidupannya dikawal rapi oleh pihak keselamatan. Sesiapa orang yang tak kenal atau tak biasa yang nak jumpa PM, mereka akan diperiksa terlebih dahulu latar belakang oleh pihak keselamatan. Pendek kata kehidupan mereka sekeluarga tidak bebas seperti kita semua. Kalau pihak keselamatan kata no.....maka no lah....dan PM kena patuh. 

Nak pilih calon pilihanraya untuk mewakili parti pun bukan benda yang senang bagi seorang PM. Semuanya perlu diteliti. Terutama sekali rekod polis. Jika nak pilih calon pilihanraya pun seorang PM kena periksa latar belakang calon dengan teliti, adakah anda fikir Datuk Najib dan pihak keselamatan tidak memeriksa dengan teliti seseorang yang nak menjadi besannya ?

Menantu dan besan adalah individu yang rapat dengan kita tak kanlah kita tak periksa terlebih dahulu latar belakangnya. Kita orang kampung pun sebelum meminang anak orang akan periksa terlebih dahulu latar belakang keluarga orang yang kita nak nikahi itu. Inikan pula seorang PM dengan mudah nak ambil anak kepada seorang penjenayah yang menjadi buruan polis sebagai menantu dan ibunya sebagai besan. 

Datuk Najib mempunyai hubungan yang baik dengan Presiden Kazakhstan. Tahun lepas PM melawat negara berkenaan dan tahun ini pula Presiden  negara berkenaan melawat negara kita. Dalam perjumpaan itu sebagai rakan sudah tentu Datuk Najib ada menyatakan yang bakal menantunya adalah warga Kazakhstan dan serba sedikit asal usul pertemuan anaknya dengan lelaki berkenaan. Biasa...itu adat orang berbual. 

Kalaulah emaknya budak itu seorang penjenayah yang menjadi buruan polis, tak kan Presiden Kazakhstan sebagai rakan tak boleh beritahu Datuk Najib tentang ibu bakal menantunya itu. Tambahan pula bakal besan Datuk Najib itu pernah menjadi ipar kepada Presiden negara itu. 

Menjadi buruan pihak berkuasa Kazakhstan dan Interpol....

Malaysia sebuah negara yang ada hubungan diplomatik dengan Kazakhstan dan PDRM juga berada dalam rangkaian Interpol, manakala kehadiran Maira untuk majlis pertunangan anaknya dan majlis pertunangan anaknya mendapat liputan media termasuk gambar-gambar di internet, kenapa masa itu tiada arahan penangkapan terhadapnya. 

Pembangkang akan kata kerana Datuk Najib halang. Satu mala petaka yang besar kepada Malaysia dan PM jika menghalang penjenayah yang menjadi buruan Interpol ditangkap di negara kita. Kalau Datuk Najib halang, mampus hidup balik pun Presiden Kazakhstan tak akan melawat Malaysia dan hubungan diplomatik akan ditamatkan. Tak mungkin dan tak logik untuk Datuk Najib nak menghalang kerana ianya akan menjejaskan reputasi negara dan PM sendiri. 

Yang paling lawak sekali adalah apabila New York Post melaporkan Maira dan anaknya tinggal di kondo The Plaza yang dilaporkan harakahdaily ada 3.5 tandas. Maknanya tempat Maira dan anaknya tinggal diketahui umum , tetapi mengapa pula polis Amerika tidak menyerbu dan menangkapnya ?

Kita tidak boleh menyalahkan New York Post dalam hal ini. Mereka telah melabelkan portal mereka sebagai portal gosip. Dan memang inilah kerja gosip-menggosip dalam usaha menarik pembaca. Jelaslah apa yang ditimbulkan ini adalah isu peribadi selepas berlaku perceraian. 

Apa-apa pun dalam hal ini lawak yang paling tidak boleh dilupakan adalah tandas 3.5 yang dipentaskan oleh harakahdaily. 

Pas oh Pas.....bodoh piang tak habis-habis.....

Betul-betul mencabar sungguh dalam usaha Datuk Najib nak menikahkan anak perempuannya. Inilah yang orang tua-tua kata anak perempuan lebih banyak cabaran daripada anak lelaki. Lagi-lagi pula anak perempuan seorang PM.

Bermula dengan dakwaan pembangkang PM melawat Kazakhstan menggunakan wang kerajaan untuk majlis pertunangan anaknya. Padahal majlis pertunangan diadakan di KL. Sedangkan PM ke sana untuk satu persidangan yang negara itu menjadi tuan rumah.

Kemudian diikuti pula dengan kes cincin yang dikirimkan kepada bakal besannya (Maira) yang ketika itu berada di KL untuk urusan pertunangan anak mereka dengan menggunakan alamat Seri Perdana. Dituduh pula itu cincin isteri PM yang berharga RM 24 juta.

Kemudian timbul pula cerita PM menggunakan wang kerajaan untuk bayaran makanan bagi majlis pertunangan anaknya. Padahal Datuk Najib guna wang sendiri.

Kini timbul pula cerita bakal menantunya menipu dan bakal besannya seorang penjenayah yang menjadi buruan polis.

Apa-apa pun kami sebagai rakyat hanya mampu ucapkan perkataan sabar kepada PM dan keluarga. Ini semua ujian untuk menjadi pemimpin yang lebih hebat. Banyaklah bersabar.....




Perhatian: Sebarang komen mesti didahulukan dengan kata kunci harakahdaily tandas 3.5 dan diikuti dengan komen anda. Komen tanpa kata kunci akan dipadamkan. Ha....ha...ha....ini arahan tuan blog....

34 comments:

Anonymous said...

dah takde org melayu ke?

RBF Online said...

Ada....saya pun boleh......

Kalau dah jodoh tak kira siapa dan dimana. Tidak ada yang mampu menghalang.

Apakah apabila berkahwin dengan melayu ada jaminan fitnah terhadapnya tidak akan berlaku ?

PM sendiri kahwin dengan melayu, tapi fitnah terhadapnya laju juga....

Semua ini soal jodoh. Hidup mati jodoh pertemuan semunya telah ditentukan.

janganlah kita kita melawan kehendak Qada dan Qadar.

RBF Online said...

Hidup, mati dan jodoh dan ditentukan. Dah ditetapkan bila hidup kita , bila mati kita dan dengan siapa jodoh kita.

Bila kita mempertikaikan kenapa kahwin dengan orang ni samalah kita pertikai kenapa orang ni mati hari ini ? Takde hari lain ke nak mati ? Waktu orang sibuk dengan euro cup dia nak mati pula...

Kenapa lahir hari ni ? Takde hari lain ke nak lahir ?

Bolehkah tanya begitu ?

Anonymous said...

harakahdaily tandas 3.5

Assalamualaikum RBF,

Apa yang menarik perhatian saya dalam posting saudara ini bukan sangat tentang gossip tetapi mengenai tandas 3.5 yang dilapurkan oleh harakahdaily. Saya masih tidak dapat membayangkan bentuk tandas 0.5 itu.

Saya tidak pernah berminat untuk membaca harakah dalam bentuk apa sekali pun. Saya sarankan saudara RBF semak balik artikel harakahdaily tandas 3.5, siapa tahu selepas mereka membaca posting saudara mereka akan membuat pembetulan.

MTK

RBF Online said...

Maaf geng, saya sendiri lupa letak password harakahdaily tandas 3.5 dalam komen diatas.

harakahdaily tandas 3.5

Anonymous said...

AKU HENSEM

HARAKAHDAILY TANDAS 3.5

SIXTH

Anonymous said...

kalau tandas 3.5 tu selalu tu di Amerika mereka cakap 0.5 mcm bilik air tetamu aaa, ada sinki basuh tangan dgn jamban mcm azmin beri ais cream free tu, ehh free ke.
hehehehe, tak pa sama sama belajar.

Anonymous said...

harakahdaily tandas 3.5

Fakta sebenar mengenai kondo tersebut,
sebenarnya kondo tersebut mempunyai 35 buah tandas satu pintu.

Anak Watan said...

harakahdaily tandas 3.5

tak ada apa nak cakap....cuma nak luahkan perasaan tentang kisah lucuan yg di paparkan...ada jugak News paper mcm ni ye tak!!...

HAHAHahahahaa <--- gelak besar

Anonymous said...

AKU HENSEM

HARAKAHDAILY TANDAS

ANON 957am jealous la
Ko pegi kawin dgn neelofa
hahaha

Anonymous said...

harakah daily tandas 3.5 hakkk ptuihh..nie la bahana BERSIH 3.0 la 2.0 la nah ..sekarang tandas 3.5 hahhahahhahh...

Apsal org PAS bodoh2 ah..Sebab baca HARAKAH la tuh..Bangang betul la..
Anon 9:57 A.M apasal ko bodoh sangat..dah jodoh tak kira bangsa dan agama la..kerja Allah ko pertikai ke..Eh ko dah tangguh haji tau nie kan?

Anonymous said...

Auto translate ler tu.. Nampak sgt harakahdaily tak semak dulu pakai copy n direct translate je.. So fhm2 je la apa juga berita yg ditulis oleh harakahdaily mmg mcm tu.. Takde usul periksa main bubuh je..

RBF Online said...

Pswd: Harakahdaily tandas 3.5

Anon 10.41, apa yang dilaporkan oleh New York Post sama seperti yang anda kata.
>>>>>>
But Maira, 50, now lives in her son’s condo at The Plaza, a four-bedroom, 4,000-square-foot apartment with 3 1/2 bathrooms

Dapat kat harakahdaily jadi tandas 3.5 pula. Terbawa-bawa kiraan demo bersih.

usin said...

harakah letak tandas 3.5. sebenarnya nilai harakah sikit rendah dpd tandas tu. nilai paling munasabah untuk harakah ialah 3.25 atau tiga suku. apa punya bangang translate ikut suka hati. pakai google translate je kot, pastu tak semak. memang tiga suku...

Anonymous said...

ada lah bro gua check kat yahoo, cari2 jumpa lah 1/2 bathroom, kita je rasa pelik.

http://www.wordiq.com/definition/Bathroom

A half (1/2) bath contains a toilet and a handbasin (lavatory). A 3/4 bath contains a toilet, a handbasin (lavatory) and a shower. A full bath contains a toilet, a handbasin (lavatory) and a bathtub.

http://www.westsiderentals.com/listingdetail.cfm?id=983553

Anonymous said...

dh nama pun ISLAM
kawin la dgn sesapa
asalkan ISLAM
dan terjamin ISLAM dan keturunannya

Anonymous said...

harakahdaily tandas 3.5

agak2 laa wehh nak buat fitnah pun...takkan takde penyeliaan..teurs publish jer...betulla tuha.5 adalah tandas utk makan aiskrim kott....lagi byk fitnah...lagi BN menang besorrr

Anonymous said...

Apa susah susah....lain kali kalau nak cari bini bini pakai kaedah Si MAT SAPU Al pas... Jilat aje... tapi jangan lap biar kering kat muka...baru halal cop logo AlPas.

Anonymous said...

Harakahdaily 3.5 emuaahhh! SELAMAT TINGGAL PAS MELOR KELANTAN...JASAMU DIKENANG....GOOD BYE PAS MELOR KELATE > anak jati Melor

Anonymous said...

bathroom 3.5 refer pd bilik yg ada tandas itu yg aku faham.

harakahdaily pula refer bathroom 3.5 sebagai tandas 3.5.

bersih 2.0 dah ada bersih 3.0 dah ada. skang tandas 3.5 pulak.

QalamQabut said...

Terima kasih kat Anon 11.58 yg berusaha huraikn maksud tandas 3.5. Ramai yg taknk buat research, asyik nk keluarkn teori sendiri yg tonjolkn kebodohan sendiri jugak.

Utk makluman org yg sempit fikirannya, tandas (atau lebih tepat bilik air/bathroom) yg dimaksudkan ialah bilik air extra khas utk tetamu tunaikn hajat kecil atau besar, cuci muka atau tangan atau berbedak (dipanggil juga powder room). Dah ada bilik seumpama ini tak perlulah tetamu masuk ke bilik tidur utk ke bilik air (attached bathroom). Sebab tak complete dgn lain2 kemudahan mandian spt shower dan tub, ia dipanggil half-bath, dan dirosakkn pula dgn terjemahan hingga jadi tandas 0.5.

So, jika dlm artikel di atas tercatat tandas 3.5 bermakna 3 bilik tidur rumah tersebut ada attached bathroom dan juga sebuah half-bath.

Kalau dah tak pandai, buat cara tak pandai... DIAM. Orang tak tau yang kita ni bodoh jika kita tidak buat komen mengenai sesuatu yg kita tak tau.

Anonymous said...

Harakahdaily tandas 0.5

Alahai QalamQabut....

Orang semua faham lah apa makna half-bath (1/2 bath) tu tapi yang orang semua kelakar tu TANDAS O.5 ciptaan Pas. Jangan nak membodohkan orang lain dan anggap ko sorang je yang tahu. Komen2 dlm sini pun masuk dari overseas juga. Tempat aku reside pun ada gak.

Bro RBF - cayalah...gua tabik spring.

Anonymous said...

Half dgn 0.5 sama ke translation/definition? bukan half tu setengah/separuh?
ce citer? abang Qalam kan main lagi marah...takpeleer..dia aje yang pandai...kahkahkahkah...pi mabuk la lu!

Anonymous said...

harakahdaily tandas 3.5 tu maksudnya utk geng2 LGBT kot? kah kah kah

tengoklah harakahdaily, benda yang tak pasti betul pun ada hati nak post. entah betul entah tidak..dah siasat ke belum? kalau tak betul, itu fitnah. maka secara otomatiknya harakahdaily dah melebarkan sayap fitnah! nampak sangat pas memang sinonim dengan fitnah! tentang mkini tu, out of question, mkini memang dari dulu sampai skrg asyik keluar berita fitnah.

Anonymous said...

harakahdaily tandas 3.5

half atau 1/2 itu = 0.5 ke abang qalamqabut?

try google toilet 3.5...yang keluar gambar mangkuk tandas..sama level dgn pas la tu kot...kah kah kah

google pun tertwa terbahak2 dah tu...kah kah kah

Anonymous said...

Harakahdaily tandas 3.5

tu mmg standart harakah..

Anonymous said...

Harakahdaily tandas 3.5

Selalu yang aku baca kalau nak tunjukkan rumah mewah org akan tulis bilangan bilik. Ni apa kejadah kira tasdas pulak..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”(surah an-Nur ayat 26)

Anonymous said...

Assalamualaikum,

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”(surah an-Nur ayat 26)

June 15, 2012 7:21 AM
-----------------------------------

hmmm...so maksud anda wahai anon mereka sekufu la kan?

bagaimana pula dengan anugerah tuhan dan isterinya? sekufu?

To Live Again said...

June 14, 2012 9:57 AM

wahai anon blh tak jgn jd ASSOBIYAH..Nnti Pok Nik ajis marah..Dia ckp BANGSA APA PON TAK KISAH ASALKAN ISLAM..Dia ckp ADAPA APA DGN MELAYU dn dia LANGSUNG X BANGGA JD MELAYU..Assobiyah masuk neraka katanya hahah..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Anonymous said...

Jodoh, ketentuan qada dan qadar Ilahi.
Kaji sejarah dan diplomacy, pkahwinan bawa hub diplomatic yg kukuh. Jika sesama Islam, apa salahnya. jika plainan agama pun, bln btambahnya umat Islam adalah digalakan?

Ali said...

Komeng molek-molek, comel-comel belako, cuma jangan lupa percakapan atau perbuatan kita yang sebelumnya, kadang-kadang kita lupa yang ianya boleh "makan diri"

Anonymous said...

harakahdaily tandas 3.5,

Adun PAS Melor kahwin dgn Melayu jugak ke? Apa punya bodoh soalan dari Anon June 14, 201 9.57 AM.

akuantiPAKATAN.