Friday, June 8, 2012

Jangan Beri Pinjaman PTPTN Selagi Khalid Ibrahim Tidak Benarkan Pembinaan Loji Langat 2

Sepertimana yang saya katakan semalam punca utama kepada penangguhan pemberian pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru UNISEL kerana pihak PTPTN kekurangan dana selepas kempen jangan bayar pinjaman dilakukan oleh PKR.

Dalam masa yang sama, ini juga peluang terbaik untuk kerajaan PKR di Selangor membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma sepertimana yang dijanjikan. Dan dalam masa yang sama juga dapat membuka mata masyarakat terutamanya pencacai-pencacai Anwar, betapa pentingnya PTPTN itu.

Apa-apa pun saya tetap berkeyakinan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat tidak akan lama. Silap-silap esok atau lusa pinjaman yang ditangguh akan diberikan semula. 

Macam saya kata semalam, itu baru menteri masuk gear 1 dan belum lagi gear 2-5, mereka dah meroyan bagai orang mabuk todi.

Pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang melalak berkata jangan politikkan pendidikan, menteri berdendam dan sebagainya.

Laman twitter menteri diserang kononnya menteri tak cerdik, menteri hilang akal dan macam-macam lagi.

Bila Khaled BN (Menteri Pendidikan Tinggi) buat sikit atau pun kita masuk gear 1 pandai pula mereka kata jangan politik, dendam, tak cerdik dan pelbagai lagi.

Tapi bila Khalid PKR (MB Selangor) enggan beri kebenaran kepada pembinaan Loji Langat 2 bagi merawat air bersih kepada penduduk Lembah Klang, mana suara puak-puak yang meroyan tersebut ?

Apakah tindakan Khalid PKR menahan pembinaan Loji Langat 2 bukan tindakan politik ?

Apakah tindakan Khalid PKR menahan pembinaan Loji Langat 2 bukan dendam ?

Harus diingat tindakan yang dibuat oleh Khalid PKR akan memberi kesan yang jauh lebih besar kepada rakyat berbanding dengan tindakan Khaled BN menangguhkan pemberian pemberian pinjaman PTPTN kepada beberapa kerat pelajar baru UNISEL.

Sekarang ramai pelabur yang cabut lari kerana tiada jaminan bekalan air mengcukupi untuk beberapa tahun lagi, dan penduduk Lembah Klang sendiri akan menghadapi masalah air dalam beberapa tahun lagi. Apa yang dilakukan oleh Khalid PKR jauh lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh Khaled BN. 

Itu pasal saya kata, kita baru masuk gear 1 mereka dah meroyan.

Sekarang adalah masa terbaik untuk kerajaan pusat tekan Khalid Ibrahim untuk memberi kebenaran kepada pembinaan Loji Langat 2. Selagi dia tidak beri kebenaran untuk pembinaan loji tersebut, jangan beri PTPTN kepada mana-mana pelajar yang institusi pendidikannya terletak dibawah Kerajaan Selangor. Dia bagi kebenaran , kerajaan pusat bagi PTPTN.

Apa yang diperjuangkan oleh kerajaan pusat jauh lebih besar dari apa yang diperjuangkan PKR. Kerajaan pusat memperjuangkan air untuk kegunaan jutaan penduduk Lembah Klang dan seperti yang kita tahu air adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan harian kita. 

Dah bertahun-tahun Khalid Ibrahim menahan pembinaan Loji Langat 2, yang itu semua tak buka mata. Tapi bila kerajaan pusat baru tangguh pinjaman kepada PTTPN , gegak gempita jadinya.....

36 comments:

Anonymous said...

Hmmmm .... pening kepala mak cik !! bila lah nak pilihan raya ni ... dah x sabar nak memangkah!!

Orang Selangor said...

Salam,
Saya rasa isu ni macam ni, PTPN dibawah federal government, Unisel pula di bawah Kerajaan negeri. Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia mampu untuk menanggung pelajar2 di negerinya , sekiranya , Selangor tak perlu membayar cukai dan menyerahkan pendapatannya kepada federal govt. Jumlah yang diserahkan tu bukan sikit, banyak , terbanyak antara semua negeri2 Malaysia. Kalau ikutkan , duit PTPTN tu sebahagiannya dari pendapatan Kerajaan Negeri Selangor. Saya cadangkan tak payah la Selangor membayar apa2 lagi dari income kerajaan negeri kepada federal, baru betul2 kaya....

RBF Online said...

w.salam

dan kerajaan selangor pun tak payahlah terima apa2 bantuan atau geran lagi dari pusat selepas ini.

Ok ke kalau gitu ?

tahan loji air untuk bekalkan air kepada orang ramai apa cerita ?

Orang Selangor said...

Bantuan atau geran tu pun datangnya sebab selangor penyumbang terbesar pendapatan negara. tu fakta yang ada dalam jabatan akaun negara. kalau selangor tak perlu menyumbang pada federal govt, tak perlu pun apa2 bantuan. faisal ni cara berhujah tak faham konsep federalism, seolah2 semua duit tu bukan dari perolehan selangor.

Anak Lenggong said...

Orang selangor..nak tanya sikit hasil pelaburan tu datang daripada kerajaan sekarang ke datang daripada usaha kerajaan terdahulu..

Orang Selangor said...

Untuk rekod, Selangor penyumbang 22% KDNK negara.

Anak Selangor said...

Anak Lenggong,
Saya berhujah pasal negeri selangor sebagai anak negeri di bawah Malaysia, bukan parti.

Anak Lenggong said...

Mari kita tengok betapa bangang nya bloger PR (MUNTALIGAT) bagi komen..

UNISEL : ADUN SELANGOR SANGGUP KORBAN PERUNTUKAN



Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor sanggup menyalurkan peruntukan bahagian masing-masing jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan sekatan pinjaman ke atas pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (Unisel).

Pendirian itu dilahirkan oleh Speaker Dun, Datuk Teng Chang Khim menerusi laman sosial Facebook dan mesej Twitter malam tadi, yang ditujukan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tan Sri, sekiranya perlu, setiap Adun PR sudi menggunakan peruntukan kawasan untuk menaja seorang pelajar Unisel," kata beliau di sebalik kontroversi terbaru berkaitan dengan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel.

PR ada 35 Adun di Selangor. PTPTN, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengesahkan langkah itu diambil tetapi menegaskan hanya bersifat sementara ekoran pendirian PR mahu memperkenalkan pendidikan percuma.


Inilah sikap terpuji Adun negeri PR. Mereka bukannya berusaha mengaut kekayaan sebaliknya sanggup menggunakan peruntukan Dun masing-masing untuk rakyat khususnya para pelajar. Tahniah...........Adun BN sanggup tak melakukan perkara sama?

kah kah kah...wei blogger bangang..sekiranya duit peruntukan Dun tu digunakan untuk membantu bakal pelajar tersebut..bahananya adalah rakyat dikawasan tu..tidak akan mendapat sebarang hasil daripada peruntukan pembangunan bagi adun tersebut..ape laa bodoh sangat blogger MUNTALIGAT ni...kah kah kah...

Anonymous said...

Anak Selangor...

Senang nye ko cakap! Duit PTPTN sejumlah besarnya dipinjam dari KWSP bukan ambik dari Selangor. Duit aku pun ada dlm tu tau, sedangkan 2 org anak aku masuk U tak pinjam pun PTPTN sebab aku dah tabung dari kecik. KWSP tu kira melabur dgn PTPTN. Bila pembangkang kata tak perlu bayar, habis ko ingat dari mana PTPTN nak pulang duit tu?

Cukai perniagaan/industri tu bukan datang dari kocek kerajaan negeri Selangor. Datang dari pelaburan yg dibawa masuk hasil usaha federal. Subsidi sana sini, buat sekolah, buat jalan dtg dari cukai yg ko cakap tu lah.

P/s Bila PTPTN tahan, cepat2 ko cakap ini isu negeri bukan isu parti...ish ish ish...hipokrit.

Orang Selangor said...

Senang nye ko cakap! Duit PTPTN sejumlah besarnya dipinjam dari KWSP bukan ambik dari Selangor.
(Selangor merupakan negeri industri terbesar di Malaysia, industri tinggi/pekerja ramai/epf tinggi/<---pedeposit tertinggi EPF dari Selangor!)

Duit aku pun ada dlm tu tau, sedangkan 2 org anak aku masuk U tak pinjam pun PTPTN sebab aku dah tabung dari kecik.
(Alhamdulillah, kalau percuma pendidikan lagi best!)

KWSP tu kira melabur dgn PTPTN.
(KWSP: majoriti dari deposit Selangor < Selangor melabur dgn PTPTN!)

Bila pembangkang kata tak perlu bayar, habis ko ingat dari mana PTPTN nak pulang duit tu?
(Kalau Pakatan perintah, PTPTN boleh dapat duitnya semula, + pendidikan percuma)

Cukai perniagaan/industri tu bukan datang dari kocek kerajaan negeri Selangor. Datang dari pelaburan yg dibawa masuk hasil usaha federal. Subsidi sana sini, buat sekolah, buat jalan dtg dari cukai yg ko cakap tu lah.
(memang la , federal kan baik , buat semua kerja, dah 4 tahun kerajaan negeri mana ada buat apa2, 22% KDNK negara dari Selangor tu mesti la dari hasil dari kerajaan BN sejak dari dulu sampai sekarang, Khir Toyo tu ingat dia diam je, dia masih lagi kerja tau utk selangor, sebab tu pelaburan tinggi di Selangor ni, bukan kerja Menteri Besar Selangor tu ok!)

P/s Bila PTPTN tahan, cepat2 ko cakap ini isu negeri bukan isu parti...ish ish ish...hipokrit
(sebab faisal cakap benda ni sebagai isu negeri bukan isu parti. kita ikut la tajuk dia . cuba la bayangkan 22%KDNK negara ni selangor tahan tak nak bagi pada federal , lebih kurang gini la , let say income negara ada RM200bilion setahun , RM44 bln selangor pegang sendiri setahun, huh, semua org selangor duduk rumah banglo free kot!!!)

Sekian

Anonymous said...

Anak Selangor

1. Pendeposit tertinggi EPF dari Selangor???

Hahaha...klu nak claim smthg mana prove/figures?? Aku pun boleh cakap camtu buat sedap ayat je. Banking/business besar2 semua dlm KL. Lagi tinggi caruman.

2. Kalau Pakatan perintah, PTPTN boleh dapat duitnya semula, + pendidikan percuma)??

Buat sedap ayat bolehlah. Baru nak tahan Unisel dah gelabah anjing nak jual tanah.

Alahai...nasib baik PTPTN kesian, kasi juga pinjaman untuk pelajar Unisel. Sekejap sangat PTPTN tahan. Buatlah sebulan ke, rakyat nak tengok gak terdaya ke pembangkang.

Anonymous said...

Anak Selangor...

yg ko nak melalak tak tentu pasal tu bila kerajaan tahan PTPTN d slgr apsal...kata nak beri percuma,,bagi la....
ko kena ingat sikit slgr tu naik membangun jd negeri maju hasil usaha siapa,,kalo tak kerajaan federal jgk yg byk sediakan infrastrukur yg moden,tarik pelabur luar ...aku anak pahang ingat sikit wehhh..kalo kerajaan pahang naikkn sikit tarif air utk slgr aku rs lg mggelabah wehh...kalo tak bg lgsg abis kebulur wehh korang,,maju pon tak guna dah kalo air takda..cedokla air laut tu minum

Anonymous said...

Uiks...hahaha Senyap sunyi Anak Selangor bila diminta tunjukkan Fakta dan Bukti..
Cakap berdegar degar tapi habuk pon tarak..
Org kat dlm blog sebelah sini tak macam org kat sebelah awak nun --- KAMI ada BUKTI JELAS sebelum buat komen.
Korang tu apa yg bos cakap semua macam dapat wahyu --terus percaya bulat bulat.
P/s Kata MB Selangor ada byk aset tunai ( tertinggi tahun ni.apesal kena gadai tanah lak yea...Mana pegi duit tu..

Orang Selangor said...

anon 1.58,
tu la, tak paham2 konsep federal. mcm yg aku cakap la, duit dari selangor federal ambik , tapi tak bagi pada yang berhak, ptptn ni jadi isu pasal sekarang takde pendidikan percuma, mcm aku cakap la, cuba jgn bagi kat federal duit income dari selangor, berbillion2 tu, lepas tu nak lagi best, airport klia kat sepang tu , tak yah la bagi ko pakai , ko naik je la kereta kalau nak pergi jakarta, pastu jgn lalu kat port kelang tau, gi dari johor. ish , tak paham konsep la ko ni. benda simple je.

ps: yang aku satu lagi tak paham, dah 4 tahun selangor ni PR yang perintah, tetap la jugak federal nak jadikan selangor ni negeri paling maju, bagi investment semua, nape tak bagi je kat pahang? sibuk kat genting kot....heh

Meow Bergaya said...

Tak payah kecoh2 pasal Selangor dgn 'Orang Selangor'. Aku sajalah Selangor sbg negeri terkaya krn aku pun org Selangor, aku tahulah.

Masa ni sejak PR perintah, Selangor ada banyak industri2 besar spt industri lendir, industri pasir, industri sampah, industri jual aset, industri demonstrasi, industri ceramah dan bermacam-macam lagi yg menyumbang beratus-ratus billion setahun bukan saja utk kerajaan negeri tapi juga utk kegunaan kerajaan pusat. Mungkin masa BN memerintah dulu tidaklah sehebat ini, ttp bawah pakatan industri2 ini berkembang dgn begitu pesat dan maju sekali. Tahniah PR.

PTPTN tu 'small matter' lah pd Selangor, bila2 boleh diimbangi dgn perolehan dari industri2 diatas. Jaga kau kerajaan pusat, Selangor stop sumbangan, bankrap negara, baru tahu.

Cuba tengok siapa penasihat ekonomi Selangor, gaji pun RM1 sebulan. Pasal apa? Sudah kaya raya hasil pelaburan dari US, Turki dan mungkin juga Israel utk negeri2 bawah PR terutama Selangor. Masa jadi banduan lagi boleh beli bungalow RM7 juta tu! Pembekuan PTPTN pun hasil titik peluh memeras otak beliau DEMI kebajikan rakyat khususnya pelajar2 UNISEL.

Tapi akhir kalam, ramai org percaya gaji RM1 tu bersesuaian dgn pengalaman dan pemikiran bernas beliau dlm mengurus-tadbir ekonomi Selangor dgn mengguna-pakai otak beliau sbnyk 1% saja, sedangkan 99% lagi digunakan utk bermimpi disiang hari dlm perjalanan menuju Putrajaya menjelang 16 Sept depan?

Juummmpa disaaaaannnnaaaaaaa .....

Orang Selangor said...

ha betul meow bergaya. setuju selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia. isu yang faisal ni bangkitkan pasal nak stop ptptn di selangor padahal selangor negeri penyumbang terbesar kdnk negara 22%. isu2 lain tu , kalau faisal bukak topik boleh la kita cerita, memang tak habis nak cerita , ikut dalam skop dia dah la kan.

So memang setuju la Selangor berhak ke atas apa yang di sumbangkan. tu je.

Anonymous said...

saya tidak menyatakan sokongan pada mana2 parti politik secara terang-terangan kerana undi adalah rahsia.suka vote tak suka tak payah vote tetapi saya tidak bersetuju PTPTN utk Unisel dihentikan kerana ramai juga pelajar dari keluarga miskin yg memerlukan bantuan PTPTN belajar di Unisel.Jangan jadikan mereka mangsa kerana kerenah politik org lain.Tak salah nak kembalikan masalah pada pembangkang tetapi jangan jadikan org2 yg miskin dan betul2 nak belajar sebagai mangsa kerana pertembungan ideologi politik.

Anonymous said...

Hehe, RBF ni skali kena hujah dgn orang yang berfakta terus senyap. Yer la Rbf ni pun jenis yang tak tetap pendirian pun, ingat lagi berapa kali cuba nak berhujah dgn umno penang dulu , last2 gelabah nak mintak maaf , nak makan nasi kandar konon. Haha, kalau ilmu tak de tu , tak payah la nak tunjuk pandai , setakat nak lawan hujah lori bawak barang nak pakai lori berapa tan boleh la. Eh , lori sewa dari pj nak ke shah alam charge berapa rbf ?

Anonymous said...

Penduduk selangor cakap..
Salam,
Bila masanya negeri selangor dan negeri2 lain bayar cukai pada federal dan apa jenis cukai yang dibayar itu? Contohnya cukai pendapatan individu dan korporat federal yang kutip dan usahakan maknanya federal yang punya.
Antaranya cukai tanah dan cukai pintu kerajaan negeri yang kutip.Jelas disini siapa yang berusaha dan mengurus hasilnya mereka yang berhak mendapatnya.Telah termaktub dalam perlembagaan.Paling penting kebijaksanaan dalam pengurusan dan rajin bekerja baik dalam kerajaan atau pun swasta.Tidak semua orang atau kerajaan boleh berjaya dalam mentadbir sesebuah negara.

Negeri selangor banyak mendapat manfaat PTPTN ini,UKM,UPM,UITM,UIA dan universiti swata yang lainnya dengan sejumlah ratusan ribu pelajar yang mendapat pinjaman berbanding lebih kurang seribu pelajar baru dalam pentdbiran UNISEL yang tertangguh sementara.Ini bermakna sumbangan selangor terbesar dalam KDNK,ianya juga mendapat hasil terbesar dari federal.

Anonymous said...

LANTAK LA KORANG..SIB BAIK AKU DPT BIASISWA..UNDI AKU TETAP UTK UMNO

Anonymous said...

kah kah kah..

dulu kemain lagi nak PTPTN DIMANSUHKAN..
baru kena beku, dah GILA MEROYAN!
balas dendam pulak dijadikan ALASAN..
padahal depa jugak yang AJAR HUTANG DIBAYAR JANGAN..
tak nampak2 lagi ke wahai PENCACAI2 PAKATAN?

kah kah kah

Anonymous said...

sedar pun miskin...kalo miskin sgt..pahal timbul pulak isu stop ptptn oleh mahasewel..sapa suruh pm suruh ker..masuk tadika pun bayar..hari2 lukis kartun.kalau miskin sgt..suruh anak keja bncuh simen dulu..bagi dia rasa susah dulu cari duit..cukup duit baru mintak u..aku boleh gerenti dia jadi terbaik..ni tidak suma nak percuma..pastu melalak kat jalan..kalaulah sume free aku rasa ijazah tu setaraf ngan sijil pmr jer..bangang.

Anonymous said...

Tak sabar aku. Bila nak pilihan raya ni.

Tapi bila jari nak kena dakwat kekal, ini yang buat aku benggang. Dok ikut cakap pembangkang buat apa. Buat habis duit saja. Atau pun ada sesiapa dapat contract/AP bawa masuk dakwat kekal ni. Lepas PRU13, depa akan bising pasal AP dakwat kekal di bolot oleh kroni BN pulak.
Saja-saja cari susah. Afhanistan, Pakistan, India, boleh la guna dakwat kekal. Malaysia tak perlu.

RD

Anonymous said...

KALAU SUMER FREE..IJAZAH TU SETARAF NGAN UPSR JER..HAHAHAHA.

Anonymous said...

BOLEH BAGI FREE...HABIS GRAD DAH KEJA TAKYAH BAGI GAJI LER...KO KEJA JER..

Anonymous said...

Anak Selangor : Bercakap macam pandai2 je tapi aku cakap terus terang ko bodoh..tahap tadika punya orang je.. Apa pulak kena mengenanya PTPTN dgn cukai segala hape ni? Kalaulah itu alasan ko, Selangor tak perlu bayar cukai baru dpt bg free edu right? So Kerajaan persekutuan tidak perlu jugalah bg peruntukan belanjawan utk negeri Selangor kan? Sebab semua negeri membayar cukai. Dan cukai2 ini akan dikembalikan kepada setiap negeri melalui belanjawan. Bukan bayar cukai, terus kurang duit selangor..Itulah masalahnya ko ni..nak bercakap, ilmu xde..Baru 1 universiti, selangor kononnya kaya, takkan tak bleh bg free edu? Alasan yg ko bg tu alasan bodoh.

Anonymous said...

Lagi satu Orang Selangor yg berlagak pandai..ko bercakap pasal KLIA? kihkihkih..KLIA tu milik Kerajaan Persekutuan. Bukan kerajaan Selangor. Tanah tu dh jadi milik persekutuan, geran atas persekutuan, bukan kerajaan negeri. Dan jgn lupa KLIA juga sebahagiannya dlm negeri sembilan. Jgn perasan dalam selangor plak..kihkihkih

abe ja said...

kalau kat kelantan,diorang dah launch tabung jihad mintak sumbangan wakaf untuk bayar duit bebudak ni.

lepas 3 tahun..bebudak2 tu belum tentu dapat sesen pun drpd hasil kutipan tabung tu..

Anonymous said...

Apa-apa pun BN telah angkat bendera putih setelah Khalid MB umumkan cara mengatasi hal unisel dan kuis. itu lah tak piki panjang punya tpm, khalid nordin dan noh omar, aku tahu lah kau orang nak jatuh kan najib.

Anonymous said...

ye ke? saya ingat bn angkat bendera putih sebab takut negeri selangor tergadai kat .... bukan sebab takut dengan kalid!! kerajan mmg sayang rakyat ... rakyat je manja macam anak-anak kita ... macam-macam ragam

Anonymous said...

Angkat bendera putih? Iyolah tu..BN kesian kt budak2 tu satu hal..takut Selangor tergadai dek PR satu hal..ada ke patut nk bg free edu kat UNISEL satu tu je pun nak cair aset? Lepas ni konon nak bg free mcm2, keje nak cairkan aset je la ye? Last2 Malaysia ni pun tergadai sbb aset dah abis..ngokngek btol pakatan

Anonymous said...

salam Orang Selangor

awak komen seolah2 pr perintah selangor semenjak azali lagi. mmg betul kau tak cakap atas kapasiti parti tapi benda ni berkait rapat.

selangor maju mcm sekarang adalah diatas usaha kerajaan malaysia. mampu menyumbang kdnk 22% (ikut statement awak) disebabkan oleh kerajaan malaysia. sedangkan pr memerintah hanya 4 tahun lebih. adakah adil usaha kerajaan yang berpuluh tahun lamanya melabur untuk memajukan slangor supaya maju mcm sekarang diberikan secara percuma kepada pr? adakah cukai selangor nak dikira cukai sedangkan kerajaan yang melabur untuk memajukan selangor?

jadi statement awak yang mengatakan selangor mampu tanggus kos pendidikan kalau diberi pelepasan cukai kepada kerajaan pusat adalah amat melucukan.

adakah pr mampu memajukan selangor macam sekarang sekiranya mereka memerintah. jawapannya tidak. sbb jawapannya ada di kelantan.

Anonymous said...

dan jgn lupa kesan pembangunan klia turut menyumbang kpd caruman bantuan kadar kpd majlis perbandaran sepang. bermakna kjaan selangor terima cukai dr federal. br satu, byk lagi termasuk hosp, sekolah dl pelbagai lagi bgnn milik federal. semuanya byr cukai yg dipanggil cbk. org selangor memang tak cerdik

Anonymous said...

kalau bab sembang pasal mimpi .. bagila kat PR .. memang champion .. ps.. tabika pun failed nak bagi percuma weh ...

Anonymous said...

ntah ntah nak buat tabika ( PASTI je, xyah la lain2) free kat selangor ni je, kena bergolok gadai tanah ... lol

Anonymous said...

khalid ibrahim pun nk saham dlm isu air ni..dia pun nk garam jgk,projek besar tu..rugi la dia lepas cmtu...sape xnk masyukk weiii... org pkr,pikir duit je....