Monday, June 11, 2012

Arah Ahli Tangguh Ibadah Bukti Pas Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Politik


Untuk politik Pas sanggup buat sahaja...

Untuk undi Pas sanggup lakukan apa jua....

Cuba rakan-rakan semua renungkan ayat dibawah ini....

Beza Pas dan Umno. 

UMNO - Menggunakan politik untuk kepentingan agama dan bangsa

PAS - Menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan politik

Sejarah telah membuktikan Pas sanggup lakukan apa sahaja demi untuk keuntungan politik mereka. Dah berkali-kali saya pernah catatkan diblog ini tentang isteri pun Pas sanggup jadikan taruhan politik.

Kafir mengkafir, perpecahan umat, jaja Quran dan hadis, gadai kalimah Allah , janji syurga,halalkan rusuhan ganas dan doa pecah perut. Banyak lagi kalau kita nak senaraikan satu persatu kesesatan-kesesatan yang dilakukan Pas sejak tertubuhnya sehingga ke hari ini.

Minggu lepas sekali lagi Pas membuktikan yang mereka lebih mementingkan politik dari tuntutan agama.


Menunaikan fardhu haji adalah salah satu kewajipan kepada umat islam yang mampu. Mana-mana orang islam yang terpilih mereka melahirkan rasa syukur kerana mereka telah diangkat untuk pergi haji. Pendek kata majoriti mereka yang mendaftar tidak sabar-sabar untuk pergi haji. 

Namun lain pula bagi Pas....

Minggu lepas Pas telah mengeluarkan arahan kepada kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. 

Dipetik dari selangorku.com

SHAH ALAM, 5 JUN : PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ini kerana menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober.

Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti.

“Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan.

“Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah.

“Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,” katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah.

“Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,” ujarnya.

Dasyat kan ?

Sampai ahli nak buat ibadah yang wajib pun mereka minta tangguh kerana lebih pentingkan politik.

Perlu diingat ibadah haji adalah rukun islam yang kelima. Pertama mengucap syahadah dan diikuti dengan sembahyang 5 waktu, puasa, zakat dan haji.

Kalau Pas secara terbuka boleh keluarkan arahan kepada ahlinya supaya menangguhkan perkara yang wajib, agak-agaknya selama ini berapa banyak ibadat wajib seperti sembahyang , puasa dan zakat yang pemimpin Pas tangguhkan kerana nak utamakan politik ?

Tidak mustahil jika bulan Ramadhan nanti Pas keluarkan pula arahan supaya ahli-ahlinya menangguhkan pembayaran zakat kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar zakat diminta di dermakan untuk tabung PRU 13 Pas. 

Kalaulah ada ahli mereka yang sepatutnya menunaikan haji pada tahun ini menangguhkan pemergian mereka kerana arahan dari Pas dan orang itu meninggal dunia tanpa sempat menunaikan haji , Pas tanggunglah dosa itu .

 Eh...eh...lupa pula....Pas mana ada dosa dan mereka dah dijamin syurga. Betul kan ?

Semoga ramai yang akan buka mata dengan perkara ini. Pas adalah sebuah parti politik yang luar biasa atau luar kenormalannya untuk mengejar kepentingan politik sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja demi politik. Inilah yang dinamakan binatang politik atau pun dipanggil political animal.

Setakat hari ini PM tidak pernah katakan yang beliau akan bubarkan parlimen pada musim haji. Pas yang memandai-mandai mengalahkan PM. Soal tarikh PRU yang tidak ditetapkan juga tidak timbul. Semua orang tahu penggal pemerintahan akan tamat 5 tahun selepas dari tarikh kali pertama parlimen bersidang selepas sesuatu PRU. Untuk penggal ini (penggal 12) parlimen pertama bersidang pada 28 April 2008 dan tamat pada 28 April 2013.

Maka pada 28 April 2013 parlimen akan terbubar dengan sendiri dan SPR perlu adakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari. Dari hari ini ada setahun lagi tempoh untuk adakan pilihanraya.

Cuma terpulang kepada PM samada beliau hendak bubarkan lebih awal dari tarikh berkenaan atau tidak. Kalau Pas nak kata PM tidak menetapkan lebih awal bila hendak bubarkan parlimen. Bagaimana pula dengan negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat ? Adakah Khalid Ibrahim, Nik Aziz, Guan Eng dan Azizan telah umumkan bila mereka nak bubarkan dun negeri-negeri mereka ?

31 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

FIRST

Reverse Gear said...

Diorang dah target haji Malaysia dibekukan tahun ni atas "inisiatif" mereka sendiri buat Bersih 3.0 kat mekah hari tu.. Undi didahulukan, Haji diabaikan.

PAS buat haji di rumah ambiga?

Anonymous said...

Salam RBF,

Saya amat tertarik dengan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:' Nanti akan datang satu zaman didalam waktu terdekat dimana Islam itu tidak tinggal melainkan hanya pada namanya sahaja. Dan tidak tinggal dalam Al-Quran kecuali huruf dan tulisannya sahaja. Masjid2 mereka cantik dan megah tetapi sunyi dari petunjuk. ULAMAK mereka adalah antara yang paling JAHAT diantara manusia yang ada dimuka bumi ini. Dari para ULAMAK ini akan muncul pelbagai FITNAH, dan kepada mereka kembalinya FITNAH itu'. Sadaqa Rasulullah.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW itu. Hari ini kita sendiri sedang diperlihatkan dengan perkara tersebut.

Amanat Haji Hadi adalah contoh jelas 'fitnah' PAS terhadap UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC ( golongan kafir Zimmi). Hari ini FITNAH Haji Hadi telah Allah kembalikan kepada PAS. Malh lebih teruk lagi kerana PAS hari ini bekerjasama dengan DAP ( kafir Harbi) yang terang2 memusuhi Islam.

DAP berjaya mendakyah PAS.Bayangkan. Jika rukun Islam pun mereka boleh 'permainkan', apalagi perkara2 lain.

MTK

abdhakim said...

Salam, yang lebih memeningkan kepala kita ialah terdapat segelintir orang pas yang menganggap tanah karbala lebih utama dari Mekah dan Madinah,terutama Khalid ismath and Famili and the gang...

Anonymous said...

Itulah tembelang Parti Ajaran Sesat...tetap mengutamakan politik dan kuasa melebihi agama....
Bullshittttt....

Anonymous said...

Tak lama lagi mereka minta tangguh mati pula untuk mengundi bulan.... pasti masuk syurga. Puiiii puak bahalol.

Anonymous said...

Klu pilihanraya jatuh pada musim haji,agak2 korang sapa yang bahalol???...sedangkan masih bnyk waktu lain lg sepanjang tahun ni.....haaaa pikir2 la kawan

Anonymous said...

Disebabkan musim haji ni sama dengan musim pilihanraya maka ia dah jatuh darurat. Makanya mereka mempunyai pilihan untuk menangguhkan haji atau PAS boleh buat Kaabah di "negeri Serambi Mekah" dan penyokong mereka boleh buat haji kat situ. Pahala yang kurang akan di"topup" oleh Musyidul mereka.

Kepada mereka yang sudah menangguhkan haji dan masih kepingin untuk ke "ruang tamu Mekah" (Mekah kat Arab Saudi yang original) maka nama mereka yang ditangguhkan ini akan diberi top priority bila PR berkuasa nanti. Mereka juga mungkin diberikan jawatan penting dalam Tabung Haji kerana pengorbanan tinggi mereka itu.

Kalau PR gagal berkuasa maka pandai-pandailah anda mencari jalan lain untuk ke Mekah.

akuantiPAKATAN.

Anonymous said...

APA ORANG2 PAS FIKIR DORANG JE KE YANG DAPAT PEGI HAJI? PENYOKONG PARTI LAIN PUN TAK DAPAT MENGUNDI JUGAK JIKA PRU13 PADA MUSIM HAJI. TAPI PARTI LAIN TAK BISING PUN..SUDAH2 LA TU..BUANG JAUH2 PERASAAN UJUB DALAM DIRI TU..

Anak Lenggong said...

Apa dia ingat orang PAS je yang menunaikan Haji..Diorang ni takut kepada bayang sendiri, sedangkan Dato Najib belum sebut lagi bila tarikh pulihanraya..elok gak Dato Najib buat gitu ..biar mereka ni semua kelam kabut dok fikir bila tarikh nya...kah kah kah..dok perasan boleh dapat elaun wakil rakyat la tu sedangkan menang pun belum tentu lagii

Anonymous said...

tu sebenarnya taktik je tu..nak umpan najib sama ada najib umumkan ke tak bila tarikh pilihanraya.

harap jangan terpengaruh.diorang ingat orang lain bodo kot pakai ibadah haji plak nak jadikan excuse supaya tarikh pilihanraya diumumkan.

tak ke pelik dan jelas nampak diorang berminat nak pilihanraya je bukan nak buat kerja pun.nanti ada la lagi lakonan bob bagan pinang konon kena tetak dengan pedang dan sebagainya tapi baju je koyak.badan tak luka pun.dasat oo org pas ni

Anonymous said...

aiyo pas kan dah jadi agama, islam tu no dua

manjung (TIBAI) said...

tak sangka pas mempunyai ketua penerangan yang bodoh lagi bangang. sebijak2 PM tidak le dia nak buat benda yang tak masuk akal ni. cuma sebenarnya puak2 Pasngok ni dah gelabah nak kalah dalam PRU 13 nanti.

Anonymous said...

haiya apa susah2, buat haji kat "Serambi" Mekah aje la..dekat je..

apa? tak sah haji?

tunggu sat nik ajis kasi fatwa kata tanah kelantan suci sama mcm tanah dimekah..

baru je aritu nik ajis buat fatwa yg Rasullulah berpindah ke Madinah demi kerusi (kuase politik)..

tunggu sat lagi nick ajis kuar fatwa buat haji di depan "kaabah" rumah dia..

Anonymous said...

sobonar eh, PAS dah tau, yg kerajaan arab saudi dah banned ahli2 PAS dtg haji tahun ni sbb BERSIH aritu..

Walaupun Kerajaan Arab Saudi memberi gambaran quota haji tidak terjejas, tp jemaah2 haji dikalangan ahli PAS yg sepatutnya ke Mekah tahun ini masih dihalang, dan quota mereka diberikan kpd org lain..

so sblm ahlul2 PAS dapat malu utk menjawab kenapa mereke tidak ke Mekah, mereka boleh menjawab yg ianya tuntutan jihad yg memerlukan mereka menunda rukun islam ke 5 itu..

Anonymous said...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Hudaibiyah

Sebab berlakunya perjanjian

Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".
[sunting]Isi Perjanjian Hudaibiyah

Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
Fail:Teks tebal
[sunting]Hikmah Perjanjian Hudaibiyah

Berkembangnya syiar Islam.
Kehidupan masyarakat aman dan damai.
Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.
Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.
[sunting]Kesan Perjanjian Hudaibiyah

Rencana utama: Pembukaan Kota Mekah
Musyrikin Quraisy semakin lemah.
Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.
Rasullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.

Anonymous said...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Hudaibiyah

Sebab berlakunya perjanjian

Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".
[sunting]Isi Perjanjian Hudaibiyah

Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada TAHUN BERIKUTNTA, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
Fail:Teks tebal
[sunting]Hikmah Perjanjian Hudaibiyah

Berkembangnya syiar Islam.
Kehidupan masyarakat aman dan damai.
Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.
Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.
[sunting]Kesan Perjanjian Hudaibiyah

Rencana utama: Pembukaan Kota Mekah
Musyrikin Quraisy semakin lemah.
Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.
Rasullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.

Anonymous said...

Salah satu rukun iman ialah PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR ... jadikan lah ini sebagai asas ... itu je

Anonymous said...

Berapa ramai rakyat hamPAS yang tak pergi haji tu?? Cube senaraikan...!!!!

Kemudian senarai tu beri pada Tabung Haji dan suruh pihak Tabung Haji tapis awal-awal nama-nama penganut hamPAS tu. Biar nama mereka digantikan kepada mereka yang mahu beribadat Lillahi Taala, bukan untuk nabi N.ajis.

Silap-silap, musim haji, Najib tetap tak umumkan PRU, biar terduduk bakal haji penganut hamPAS yang BODO-BOD belaka tu....

Kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

dah nama pun Parti Ajaran Syaitan yg bertuhankan iblis laknatullah!

Anonymous said...

macamana pusing pun umno juga yg salah.kenapa dato najib tak umumkan tarikah pru awal-awal

Anonymous said...

APA DIAORANG INGAT YANG PI HAJI TU SEMUA ORANG PAS KA..

PI RAH... JANGAN DOK PERASAN LA,

ORANG UMNO LAGI RAMAI LA BRO DARI ORANG2 PAS.

KAMI PUN RISAU JUGAK BRO, KALAU PM BUAT WAKTU MUSIM HAJI TU, KAMI RISAU TAK LEH MENGUNDI. SILENT MAJORITY YANG NAK PI HAJI RAMAI BRO.. SILENT MAJORITY YANG NAK MEN'SILENT'KAN PAS DAN PR DARI BUMI MALAYSIA NI.

POOORAH PR..
POOORAH PAS...

-ARTIS-

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)

Anonymous said...

aku tak rasa PM akan bubar parlimen dlm musim haji. mcm la yg pi haji tu org pas saja. org umno pun bersepah. mengarut gila tuan ibrahim tuan man ni. otak kalau dah pikir politik 24/7 mmg akan jadi bebal semacam.

mmg betul pas menggunakan agama utk politik. pas create seolah2 perjuangan diorang terlalu suci sehinggakan boleh langgar semua hukum2 atas muka bumi ni. ni la parti politik paling gila yng penah ujud atas muka bumi..

kutoOobambOo / ericoanaci said...

alah PAS buat semua betol lah.. mana ada salah.. "NI SEMUA KERJA UMNO, UMNO BUAT MESTI TAK BETOL, PAS BUAT BETOL" .

anamas said...

BILA KITA KATA DEPA PENGANUT AJARAN SESAT DEPA AKAN MELENTING MARAH. TAKKAN SI NAJIB TU BODOH SANGAT NAK BUAT PADA MUSIM ORANG PI HAJI..KALAU YA PUN BUAT MUSIM HAJI KALAU PARTI ITU DITAKDIRKAN KALAH OLEH ALLAH SWT MAKA TAK DAK SAPA YANG BOLEH HALANG. KALAU ALLAH NAK BAGI KEMENANGAN TAK DAK SAPA YANG BOLEH BANGKANG. JADI YANG YANG SURUH TANGGUH HAJI TU ORANG YANG TAK PERCAYA KEPADA KEKUASAAN ALLAH UNTUK MELAKUKAN KEHENDAKNYA.APA DIA INGAT KALAU DEPA TAK PI NAIK HAJI PAS BOLEH KALAH BESAR KAH? ATAU PAS BOLEH MENANG BESAR KAH? YANG MENANG ADALAH DAP DAN PKR KERANA BERJAYA MEMPERBODOHKAN PAS.

Anonymous said...

aduh...bukan ke sebelum bubar parlimen kena mengadap dan mintak perkenan Yang Di Pertuan Agong?
kalo PM mintak bubar time musim haji, takkanlah YDPA nak izinkan/berkenan nk bubar musim haji??? hai la ragam manusia zaman sekarang......

Anonymous said...

DUN2 NEGERI2 PAKATAN PUN TAK UMUM BILA NAK BUBAR..PASTU SIAP BAGITAU LAGI TAK NAK BUBAR SERENTAK DGN PARLIMEN...ITU APECER? KAH KAH KAH

RashidAli said...

hehehe...kalau benda ni buat tiap2 tahun kan bagusss, org umno tak luak pun kalu pigi haji. so kuota haji bagi je kat org umno/bn plus atas pagar bagi genap 28000...org PUSSy cari le jalan lain samada nak naik scorpene or tumpang roket DAP kalu berangan tunai haji, or better push their date to 2050 or 2100 or thereafter...lagipun penubuhan LTH takder pun sumbangan PUSSy semuanya UMNO/BN...kikiki

anti tok-guru kepala toncet aka kue pau lemau

Anonymous said...

Kata kerajaan Islam (?) ada kah patut mementingkan politik dari Agama. Umno tahu berapa kerat penyokong depa tunai haji.nak tubuh kerajaan menafikan pengundi Islam.

Anonymous said...

napok gayonyo supo dah tak beropo yakin denge isele doh poknik lo ni.! kalu doh yakin perjuange tu kerno Allah wakpo nok takut..ore UMNO toksay buat apo2 kekito..baru jadi haji dah nak tukar ke robin.?