Wednesday, June 6, 2012

Terbaru:Derma Lebuh Raya Prepaid Diminta Masuk Ke Dalam Akaun Peribadi


Minggu lepas saya telah dedahkan kisah tentang nama pemegang akaun yang berbeza dengan yang diiklankan oleh Kerajaan Pas Kelantan untuk tujuan memungut derma bagi pembinaan lebuhraya prepaid Kota Bharu - Kuala Krai. Sila rujuk di sini

Kemudian dijawab oleh puak-puak Pas yang mengatakan itu nama lama sebelum ditukar kepada nama baru. Jawapan itu menambahkan satu lagi koleksi lawak jenaka Pas dalam soal pembinaan lebuh raya prepaid mereka. 

Sebagai sebuah kerajaan sepatutnya segala-gala telah siap sebelum pelancaran kutipan derma dilakukan. Nampak sangat apa yang dilakukan secara tergesa-gesa untuk tujuan politik bagi mengejar masa sebelum pembubaran parlimen dan dun dibuat. 

Sebelum pilihanraya 2004 pun sama juga. Tergesa-gesa mereka ingin membina Bazar Tok Guru. Apabila siap ianya dipanggil lubang kubur tok guru. Bukan setakat menjadi lubang kubur, rakyat Kelantan juga kerugian RM 50 juta dari projek yang dibuat tergesa-gesa itu untuk memancing undi pada PRU 2008. Semuanya boleh dirujuk di sini dan di sini.

Samalah juga menjelang PRU 13 ini, tergesa-gesa mereka nak bina lebuh raya. Awal bulan umum dan hujung bulan pecah tanah. Sebelum BN masukkan dalam manifesto PRU mereka kena potong dulu.

Hari ini pula kita nak berbicara kisah seorang individu yang pernah menjadi rakan Husam yang kemudiannya bergaduh pasal kambing dan kini berkawan semula. 

Laman selangordaily menulis mengenai individu tersebut yang menyiarkan nombor akaun peribadinya di blog beliau dan meminta orang ramai memasukkan wang derma untuk pembinaan lebuh raya prepaid tersebut ke dalam akaun beliau. Lihat di sini.....

Maknanya sekarang ini siapa yang nak kutip derma untuk tujuan pembinaan lebuh raya boleh kutip sesuka hati.  

Jangan terkejut jika esok lusa anda pergi ke pasar malam ada individu yang mengambil kesempatan bawa kantung untuk memungut derma wakaf bagi pembinaan lebuh raya. 

Selepas itu ada pula yang datang ke rumah kita nak minta derma wakaf bagi pembinaan lebuh raya. Orang melayu pantang dengar wakaf, mereka hulurrrrrrr......

Soalnya , sampaikah duit itu kepada sasaran ?

Jika sampai pula, betulkah jumlahnya ?

Lagikan tabung dalam masjid pun ada manusia yang sanggup pecahkan untuk curi wangnya, setakat berlakon kutip derma wakaf ? Kacang jaaaa.......

Undang-undang yang ada hari ini, sebarang kutipan derma perlu kebenaran dari polis terlebih dahulu. Adakah puak-puak ini mendapat kebenaran polis ?

Jika tiada maka polis kena tegas sebelum lebih ramai lagi yang muncul untuk mengutip derma wakaf bagi pembinaan lebuh raya dan sebelum orang ramai tertipu.

Bukan niat kita nak menghalang orang ramai dari menderma. Benda yang baik dan jika patut derma  maka dermalah. Lagi pun derma atau sedekah jariah itulah salah satu dari tiga perkara yang tidak akan putus apabila kita mati kelak.

Tetapi kita perlu bijak menilai sebelum melakukan derma supaya kita tidak tertipu dengan manusia-manusia yang cuba mengambil kesempatan dengan kelebihan yang bakal kita nikmati dari sedekah jariah apabila kita mati kelak. 

Kita semua harus jadikan Tabung Memali sebagai iktibar. Jangan kita mudah terpesona dengan kopiah serban, jubah, tasbih, Quran kecil dalam poket, tanda hitam di dahi, serta mulut manis yang pandai membaca Quran , menyusun Hadis, berselawat, berzanji dan bermunajat.

Kepada yang belum mengetahui kisah Tabung Memali anda boleh membacanya di sini, sini, sini,  dan sini.

14 comments:

Anonymous said...

aku pun nak kutip derma untuk lebuhraya juga.

Reverse Gear said...

Kalau (sebenarnya 99%) lebuh raya ni tak berjaya dibina, semua tu salah UMNO! duit tu kira sedekah pada tuan guru aje la ye..

hanizam said...

Salam bro...

memang hina sangat sape yang buat macam tu...aku takan halalkan 1 sen pun sape yang salah gunakan duit amal jariah @ wakaf yang diberikan...

sebab tu aku kureng sikit kalau nak hulur pada peminta derma yang terpacak kat bank-bank @ berkeliaran sambil membawa dokumen sokongan...

cara terbaik untuk kita amal jariah, eloklah kita selidik dulu maklumat yang boleh dipercayai...

kalau rasa tak yakin, tak payahlah berikan...banyak lagi cara kita bersedekah/beramal jariah...

hanizam said...

reverse gear...

Juak macam ni kalau pemimpin dorang kena sembelit 3-4 hari, bil air tertunggak tak jelas pun BN gak yang dipersalahkan...

mereka je betul...memang sukar untuk mengaku kelemahan sendiri...

lebih mudah menyalahkan orang lain...

Anonymous said...

Secara peribadi saya sememangnya tidak menyukai tulisan Sayuti. Tidak mengenali Sayuti apalagi mengaguminya. Ada membaca satu atau dua tulisanya yang 'menghentam' Husam dan pendedahannya mengenai 'janapari'. Husam digambarkan sebagai orang yang suka memakai baju kotak2 merah.

Hari ini saya merasa kaget apabila membaca posting RHB mengenai 'kutipan derma' yang dilancarkan oleh Sayuti. Lebih kaget apabila derma tersebut menggunakan akaun perbadi Sayuti sendiri.

Meminta derma sememangnya salah satu 'tugas' PAS. Pelbagai tabung ditubuhkan atas nama 'jihad' yang boleh dijadikan 'pelaris' untuk melembutkan hati sipenderma. Tabung Memali hanya sekadar contoh. Tetapi kali ini ia agak pelik kerana Sayuti selaku individu dengan 'beraninya' menubuhkan 'tabung derma' untuk membina lebuh raya di Kelantan. Banyak persoalan timbul dan memerlukan jawapan bukan sahaja dari Sayuti tetapi juga dari pemimpin Pas Kelantan terutamanya Husam dan Nik Aziz sendiri. Siapa Sayuti yang diberi hak dan kuasa untuk mengutip derma bagi pihak Kerajaan Kelantan?

mtk

Anonymous said...

Tok Guru rasmi projek..BN sambung Projek....haahhaa standarrdddd !!

Anonymous said...

Saya sangat setuju dgn pendapat RBF. Jangan percaya pada orang yang ada tanda pada dahi.
Kalau kita pergi rumah mereka, bila tiba waktu solat, minta izin utk pergi solat kat surau. Kadang2 tak balik rumah, 3@4 hari. Kononya pergi buat tablig & tidur di Masjid. Tun Dr.M pun tertipu oleh orang macam ni sehingga di angkat sebagai TPM. Nasib baik Polis kita cekap dalam kerja risikan.
Saya pernah terkena dengan org macam ni. Adik ipar lagi. Kerja contractor, kononnya. Apa yang BN/UMNO buat, semuanya tak kena, bagi. Memang pun penyokong PAS, PIS PUSS. Masa PAS pegang Perak selama 11 bulan, dia nampak begitu mewah. Pakai kereta WISH, datang KL & kerumah saya tunjuk H/phone canggih yang baru di belinya. M/sikal ada 3 biji, kereta 2. Nombor plate, angka sama semuanya. Tapi tak simpan duit, untuk buat modal. Bila Perak jatuh balik ke BN, baru mula nak sokong BN.

Bila nak pinjam duit utk modal dapat contract, lembut gigi dari lidah. Kalau cakap dgn orang melalui H/phone, didepan kita, kejap2 sebut: Ya Datuk, OK Datuk, Terima Kasih Datuk. Seolah-olah sedang bercakap dgn seorang yang bergelar Datuk. Kenal banyak orang 'kuat' terutama ada pengaruh politik. Pernah kelentong nak pergi KL utk dapat sign Najib luluskan project 5juta. Saya pun percaya, terus bank-in RM60k padanya. Janji nak bagi bunga 10%. ASB pun tak bagi sebanyak itu dalam masa 6 bulan, katanya. Saya hanya ingin menolong adik perempuan saya, bukanya sangat kerana bunya 10% tu.
Sampai sekarang, dah lebih 3tahun, masih tak bayar balik.

Saya kata padanya, jangan sampai saya sendiri terdesak, tak ada duit nak makan anak beranak. Bila tiba waktu itu, saya akan bawa parang panjang pergi rumah, tuntut hutang.

RD

Anonymous said...

aku sokong semua pendapat yg baik kecuali yg cuba babitkan jemaah Tabligh dlm hal ni. org yg betul2 buat usaha da'wah, peribadinya xkan sama seperti yg digambarkan. selainnya, aku setuju dan sokong pendapat yg baik.

Tj

Anonymous said...

Cerdek! cerdek! L/Raya tak ada tol ya? pada hal dah hentam tol awal2 lagi, derma tu tol le jangan tak tau..! tol seumur hidup. Hehehehe..

ORANG2 BODOH MENJADI MAKANAN ORANG2 CERDEK!

Anonymous said...

gua pun nak kutip derma gak arr .. untuk RNR tepi lebuhraya .. boley ?

Abg Is said...

Apasal Sultan Muhamad ke-V tidak dijemput masa majlis pacah tanah?

Ada kesangsian di situ, selalunya kalau ada apa-apa majlis yang boleh dikatakan untuk rakyat, al Sultan akan dijemput dan baginda akan mencemar duli untuk program pecah tanah atau perasmian atau mengimam solat sunat.

Alhamdulillah, setakat ini Sultan banyak memberikan sumbangan, contohnya baginda menghadiahkan kepada KAFA dibawah pimpinan TS Annwar Musa tanah baginda yang berada di bandar baru Tunjung untuk tujuan pembinaan Stadium Bolasepak yg beru bagi menggantikan stadium yang lama.

Inilah persoalan yang berlegar-legar di pemikiran rakyat kebanyakan..

Waullahu 'Alam

Anonymous said...

Dua persoalan timbul di sini:
1. Baru sekarang ke PAS sedar yang mereka boleh buat sendiri highway, kalau boleh dapatkan funding?

2. Mengutip derma sebegitu mungkin termasuk kesalahan dalam BAFIA (mengambil deposit daripada orang awam). Adakah amanah ini dijaga dengan baik? Menjaga amanah bukan setakat tidak mencurinya, tapi perlu pastikan tiada ketirisan i.e. setiap sen dicatit dan dijaga, dan si penjaga juga jangan ambil kesempatan darinya.

Anonymous said...

Pandangan saya, tindakan kerajaan pusat tidak buat highway di Kelantan adalah patut, kerana risiko kewangan & politik yang tinggi:
1. sekiranya negeri menghapuskan/ melarang/ sabotaj kutipan tol untuk memancing undi rakyat. Siapa nak bayar komitmen kewangan kerajaan pusat?
2. apa pula kata rakyat negeri lain yg kena byr tol, sedangkan K'tan berjaya hapuskan?
Baguslah kalau kerajaan negeri ada inisiatif nak buat. Kerajaan Pusat patut bagi sokongan, tapi jangan sampai mengambil risiko yang tidak sepatutnya. Cuma saya rasa tiada kesungguhan, cuma gimik politik untuk meraih undi saja.

carlos said...

Bro,


Tak pernah lagi aku dengar projek RM 1,800,000,000.00 perlukan derma. Tak logik. kalau projek RM 1 hingga 10 juta boleh aku terima. Aku boleh bet, segala derma yang diperolehi tidak akan di audit atau telus seperti biasa kutipan derma yang menjadi amalan PAS.

Sila fikir-fikir, berapa banyak derma yang boleh dikutip? Dalam sejarah Malaysia habis kuat pun 2 - 3 juta RM.

Apa impact 2-3 juta kepada 1.8 billion???? 0.002%

For argument sake...
Katakanlah Kerajaan negeri sumbang 99% dan 1% derma orangramai,
Maknanya
RM 1,782,000,000.00 (1.782 bilion) adalah dari sumber funding dari kerajaan negeri
RM 18,000,000.00 (18 juta) dari derma orang ramai ( aku rasa impossible kalau setakat rakyat kelantan yang sokong PAS dan penyokong PAS satu malaya )

Sekarang kita buat Value Engineering untuk kurangkan kos dari pelbagai sudut. Target pengurangan 5% - 10% adalah realistik . Aku Civil Engineer, so aku tau tak mustahil. Kita target 5% sahaja maknanya penjimatan sebanyak RM 90,000,000.00 (RM 90 juta )

Jadi kos pembinaan boleh diturunkan kepada RM 1,710,000,000.00
Daripada andaian diatas, Kerajaan negeri ada surplus funding sebanyak RM 72 juta. Wow!!! banyak tu.

Boleh dapat 50 buah masjid!! Bolehlah tambah bilangan masjid yang dibina kerajaan PAS dari 1 kepada 51.