Sunday, June 10, 2012

Cerita Bab Penipuan Pilihanraya

Dah naik muak dengar cerita bab daftar pemilih dan penipuan pilihanraya yang dimainkan pembangkang saban masa.

Tujuan mereka supaya masuk dalam kepala rakyat BN dan SPR bersekongkol menipu daftar pemilih.

Cerita bab bilangan pengundi baru yang tinggi bertambah di Selangor sejak akhir-akhir ini.

Keputusan PRU 2008 telah membuka mata dan menarik perhatian orang ramai untuk meminati politik. Baik yang menyokong pembangkang atau yang menyokong BN. Yang tak pernah ambil tahu pasal pilihanraya pun dah mula pergi daftar mengundi.

SPR sendiri pun saban masa mengadakan kempen untuk orang ramai mendaftar sebagai pengundi. Parti-parti politik juga termasuklah PAS,PKR dan DAP juga giat cari pengundi baru sampaikan buka meja di pasar malam.

Ramai orang-orang cina yang dulu tak pernah ambil tahu pasal politik dan pilihanraya,kini berduyun-duyun mendaftar jadi pengundi kerana mereka bagi kuasa kepada DAP.

Sekarang bila bilangan pengundi baru meningkat mereka bising. Mereka tak ingat ke yang mereka juga turut menyumbang kepada peningkatan pengundi baru ?

Soal kekeliruan atau kesilapan dalam daftar pemilih. Perkara ini juga rancak dimainkan oleh mereka untuk memberi gambaran jahat kepada SPR.

Setiap nama pengundi baru yang telah didaftarkan SPR akan dipamerkan kepada umum setiap suku tahun (3 bulan) untuk bantahan jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuashati sebelum daftar tersebut disahkan. Boleh lihat di sini

Parti-parti politik pula boleh dapatkan salinan daripada SPR. Ada yang tak puas hati boleh bantah.....SPR sentiasa terbuka.

Semua itu dilakukan bagi membolehkan parti-parti politik atau orang awam melihat sendiri daftar pemilih bagi memuaskan hati semua pihak. Ada yang tak betul dan yang tak puas hati tolong beritahu mereka. Tidak ada apa yang hendak disorokkan oleh mereka.

Kalau SPR itu jahat dan nak menipu serta bersekongkol dengan BN apa ke jadahnya mereka nak pamerkan kepada umum ?

SPR pun manusia juga, dalam berjuta-juta mestilah ada kesilapan atau kesalahan. Itu antara sebab mereka buat pameran. Ada yang tak betul,adulah kepada mereka. Mereka akan perbetulkan atau beri penjelasan. SPR sentiasa terbuka dan telus dalam hal daftar pemilih. Di laman web mereka 24 jam sehari , 7 hari seminggu , 31 hari sebulan dan 365 hari setahun sesiapa sahaja boleh semak daftar pemilih.

Tak cukup dengan itu boleh pula pergi beli di pejabat mereka senarai daftar pemilih.

Kalau SPR itu jahat atau menipu, mereka tak akan lakukan semua itu.

Masuk hari mengundi pula, bagaimana mungkin SPR nak menipu kerana setiap saluran mengundi ada wakil parti yang bertanding.

Petugas-petugas SPR kebiasaannya cikgu-cikgu. Maknanya SPR kena ajar cikgu-cikgu itu semua untuk menipu bagi membolehkan BN menang.

Setakat hari ini belum ada satu cikgu lagi pun yang muncul mendedahkan SPR mengajar mereka menipu. Baik cikgu pencen atau cikgu yang masih bertugas.

Pas sering mendabik dada cikgu-cikgu bersama mereka. Tak kan sampai hari Pas tak boleh tarik seorang cikgu pencen untuk mendedahkan taktik SPR menipu. Sedangkan bini orang pun Pas boleh jerumuskan dalam kancah politik masa PRK Permatang Pasir.

Bila kita masuk pusat mengundi atau lebih tepat lagi saluran mengundi kita, langkah pertama kita adalah memberi kad pengenalan kepada petugas. Mereka cari nama kita dan mereka akan sebut nombor dan nama kita kuat-kuat supaya didengari oleh wakil-wakil calon yang ada disitu bagi membolehkan mereka memotong nama kita sebagai tanda kita telah masuk untuk membuang undi.

Kita masuk kertas undi dalam peti selepas memangkah, wakil parti nampak juga. Kita melangkah keluar pun mereka nampak.

Tamat waktu mengundi..... Kotak undi akan dibuka depan wakil-wakil parti. Ketua-ketua setiap saluran akan angkat satu-satu kertas undi depan wakil parti. BN,maka kertas undi akan dimasukkan dalam kotak BN. Pas, maka kertas undi akan dimasukkan dalam kotak Pas. Undi rosak pula masuk dalam kotak rosak.

Tamat asingkan kertas undi mengikut parti bertanding, proses pengiraan pula dilakukan. Semua proses diatas dilakukan depan wakil atau pun ejen parti bertanding.

Bila sudah dapat keputusan satu borang akan dikeluarkan dan disahkan (tandatangan) oleh ejen-ejen parti bertanding berapa undi yang parti mereka dapat. Sepanjang proses berlangsung tidak ada ruang untuk bermain silap mata. Melainkan sekiranya ketua saluran berkenaan ada ilmu pukau yang boleh memukau setiap ejen-ejen parti bertanding yang didepannya supaya tak nampak apa yang dipangkah di kertas undi.

Sebab itu kebiasaannya kita tahu lebih awal keputusan satu-satu pilihanraya sebelum keputusan rasmi dikeluarkan oleh SPR. Parti-parti bertanding akan ada sebuah pusat pengumpulan keputusan, dimana setiap ejen akan melaporkan kepada pusat berkenaan keputusan setiap saluran.


Contoh....

Ejen PAS yang berada di saluran 1 pusat mengundi A akan melaporkan melalui telefon kepada ketua pusat pengumpulan keputusan mereka.

Hello.....saluran 1 pusat A - Pas 121 / BN 133

Ejen saluran 2 pula telefon

Hello.....saluran 2 pusat B - PAS 145 / BN 120

Begitulah seterusnya.....dan dikumpul-kumpul lalu dikira-kira, maka keluarlah keputusannya...

Tidak ada ruang....memang tidak ada ruang untuk melakukan penipuan, semuanya berlaku dengan telus dan disaksikan oleh ejen-ejen parti yang bertanding. Kalau ada ruang untuk melakukan penipuan tahun 2004 lagi BN dah rampas Kelantan dari Pas.

Pas hanya menang dengan kelebihan 2 kerusi dan salah satu kerusi yang dimenangi Pas hanya dengan majoriti 1 undi sahaja. Tak kan itu pun tak boleh nak buat silap mata ? Nak buat silap mata bagaimananya kalau ejen Pas ada depan mata.

Contoh kedua, PRK kecil Manek Urai 2009, BN kalah 61 undi sahaja. Tak kan itu tak boleh buat silap mata ? Nak buat silap mata bagaimananya kalau ejen Pas masih waras dan bernyawa depan mata.

Jadi cerita-cerita tentang SPR menipu, bersekongkol dengan BN dan sebagainya hanyalah propaganda jahat pembangkang untuk mendoktrinkan pemikiran rakyat kononnya BN menang dengan cara menipu dan untuk menutup malu mereka kerana tewas...

16 comments:

Anonymous said...

Spr memang telus..ini cuma isu oleh pr nak nmpak kerajaan menang kerna menipu dlm pilihanraya..naik muak aku dgn isu bodoh yang ditimbulkan oleh pr ni...apa guna wakil parti yg ada disitu..membuta ke

Anonymous said...

tk penjelasan pjg lebar.ini perlu disebarkan disemua tempat.



pak adi

Anonymous said...

penyokong pr ni semuanya bodoh belake..

Anonymous said...

tu tak masuk lagi diorang cerita masa perjumlahan undi, kotak undi datang dari mana2 tah.

PAS paling banyak pengundi hantu - pengundi dari luar(pindah dari kawasan yg tak boleh menang ke kawasan boleh menang).

sekarang ditiru oleh DAP.

hanya hantu je kenal hantu sebab diorang yg buat mula2 buat = cerita pencuri nak melarikan diri, dia akan menjerit pencuri untuk mengelakkan dari kena tangkap.

Anonymous said...

Saya sudah bertugas sebagai jentera parti BN sejak 1999. Bererti sudah tiga kali pilihan raya umum saya terlibat sebagai jentera parti untuk jawatan polling dan counting agent. Apa yang dipaparkan dalam entry RBF ini memang saya alami. Tak ada ruang untuk sebarang penipuan. Saya dan wakil parti lawan sama-sama berada di pusat mengundi untuk tujuan tersebut. Kalau ada khabar tentang penipuan, bererti wakil parti untuk jawatan tersebutlah yang sengaja mereka cerita. Penjumlahan undi kadang kala mengambil masa yang lama. Kalau wakil parti mahukan penjumlahan semula jika majoritinya tipis, maka pengiraan undi dijalankan semula. Kebiasaannya, individu yang menyatakan penipuan dalam PRU adalah mereka yang hanya membaca akhbar pembangkang, mendengar ceramah pembangkang dan melayari blog propembangkang. Mereka tak pernah pun tahu tentang proses pengiraan jumlah undi. Bagi saya, pilihan raya di Malaysia adalah antara yang paling telus di dunia.

Jokiden said...

Jokiden nak nyampuk aa,

Anon 9.15 boto, PAS ni gilo dek momindahkan pengundi.. strategi nak monang. Ini depa buek sojak dahulu kalo laie. DAP ikut, soheh.

BN monipu maso undi di kiro boto juga seperti yg Nik Aziz dakwa tu.. sudah dirancang. Ejen2 PAS dalam bilik tu sumo dah di bayar dek BN. Dio buek pokak dan buto mato yo ateh ponipuan BN tadi.

"Helo!! ini saluran 3, pas 12 BN 342,"

"Hah, gilo ko, tak kan sikit bona undi PAS??"

"Helo!! ini Lempeng melapor dari saluran 1, PAS 27 undi, BN 789 undi, undi rosak 3"

"Hah..bia boto, mano poie undi PAS takkan 27 yo, BN banyak bona tu.. hantu ko??? jumlah ea topat ko, ekau nengok ko tidak undi tu di bilang.."

"Eden nengok..tak bokolip mato den..soheh PAS dapek banyak tu.."

" Helo!! Mano bulih??? ini sah tipu ni..takkan oghang PAS dah sumo laghi ko BN..BN tipu ni, SPR tipu!!!"

"Helo!!Iyo mereko tipu..edenpun dah di bayar ea.. sobab tu eden lolap mato yo..., Lain kali kok tak pocayo kek ejen parti jgn lantik eden jadi ejen...eden mato duitan..""

Unknown said...

jadinya yang sah menipu adalh puak puak haram jadah PR yang diketuai oleh anwar yahudi zionis disokong oleh wali terompah jamban nicky ajizz dan didokong oleh bapak komunis jahanam kit sial...

Anonymous said...

Saya bersetuju dgn artikel RBF..
saya seorang guru yg pernah brtugas sbg ketua tempat mengundi sebuah kawasan parlimen di Pulau Pinang pd PRU 2008.
Dari pukul 7.45 pg hingga tamat mengira undi..ejen setiap parti ada di dlm saluran mengundi..semuanya perkara yg berlaku dlm saluran mengundi diperhati oleh ejen2.
memang tiada ruang utk berlaku penipuan

Anonymous said...

Ada yg terkena pd sy dlm artikel ni... iaitu berkaitan pertambahan pengundi Sgor. Psgan sy adalah warga Sgor yg baru pertama kali mendaftar SPR. Sy pula adalah pengundi Jhr yg dah 3 kali membuang undi. Memandangkan kini kami menetap di KL, sy pun menukar pusat pengundian di kg psgan sy utk memudahkan urusan pd PRU akan dtg. Jdnya, tentulah bertambah pengundi Sgor sebyk 2 org. Itu baru kami yg melangsungkan perkahwinan thn lps. Agak2, kalau semua warga Sgor yg berkahwin dgn bkn org Sgor (selps PRU12) membawa psgan masing2 mengundi di Sgor, sy jamin merekalah sebahagian dr senarai yg bertambah tu.

-Pengundi Bebas-

Anonymous said...

perlu diketahui

agen-agen seperti kerani kira undi,kerani semak daftar pengundi, ketua pusat mengundi, dan lain-lain lagi...yang kebanyakkannnye penjawat awam...adalah tidak diketahui status parti mereka...

di pejabat saya( pejabat kerajaan persekutuan) hampir 95 % adalah penyokong tegar PR...dan mereka juga memohon kerja-kerja semasa pilihanraya dan sentiasa menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh Pihak berkuasa atau SPR

jadi, memang...teori SPR tidak telus..adalah konspirasi jahat PR untuk menjatuhkan BN.

Anonymous said...

Parti Ajaran Syaitan akan hancur syukur pd Allah,

Anonymous said...

KAH KAH KAH...

BESTLA SKETSA HANG JOKIDEN..

KAH KAH KAH..

Anonymous said...

yang sering dilaung2kan oleh pencacai2 pakatan pulak isalah ic palsu..habis tu, kalau ada bukti, reportlah cepat. toksah bagi mcm2 alasan. kes ic palsu atau ic tulen yang diberikan secara palsu bukan boleh buat main2..
tapi itula..komen dalm blog atau FB atau twitter begitu bersungguh2 tapi tak report dan tak tunjuk bukti. nampak sangat bangang! kalau korang yang kononnya ada bukti tak buat apa2, janganla salahkan kerajaan atau spr. dah korang sendiri bersubahat.

Anonymous said...

Awe nk royat ni.

Kalau kita sebagai Agen Tempat Mengundi, kalau kita lihat ada orang yg masuk tu muka macam budak, kita boleh tengok IC dia (minta nk tengok)..Kalau nampak tak logik, contoh gambar dalam IC nampak tua benar, tapi yg nk masuk pangkah tu budak.. disini kita boleh bantah (JIka ada keraguan munasabah).

Satu lagi, kita boleh semak senarai mengundi Pusat Daerah Mengundi (PDM) - sekarang tidak lagi dipanggil peti undi kampung xxxx. Wakil dari parti bertanding boleh ambil senarai ini dan semak. Kita boleh kenal orang kampung kita, dan merekalah yang akan mengundi di PDM kawasan kita.

Pembangkang buat cerita yang pelik2 ini adalah kerana mereka dah tak ada isu, satu lagi mereka nampak aura mereka dah hilang, bayangkan kalau ceramah Nik Abdul Aziz di kubu mereka boleh tak sampai 900 orang.

Sekarang pemimpin tertinggi pembangkang kehulu hilir mencari kerusi campuran.

Awe~

Anonymous said...

Di Kelantan lain ceritanya..Kalau tak di sekat pendatang melayu dari selatan Thailand. Nampaknya kempunan lagi lah BN pada PRU13 ni kerana pendatang ini ado 2 ic dan kebanyakannya adalah penyokong pas dan itu lah hantu2 pas

Anonymous said...

sebenarnya juak2 PR ni depa pun tahu pasal benda ni...tapi dah takde modal..kena spin juga le..biarle penerangan dan jawapan yang sahih dibentangkan depan batang hidung pun tak heran.. tapi yang kesian adalah budak2 yang masih mentah erti perjuangan politik maki hamun kerajaan sesuka hati mak bapak mereka..ini jelas menunjukkan betapa rendahnya minda orang melayu dalam berpolitik...masyarakat melayu sanggup bertuhankan parti politik dari agama isolam itu sendiri..wallahuallam...