Saturday, June 16, 2012

WWW 1: Salah Utusan Malaysia Nizar Pula Yang Mohon Maaf - Tak Patut

Kita biasa dengar jika seseorang menghampiri ajalnya kebiasaan orang itu akan berubah sikap atau perangainya.

Kalau yang selama hidupnya kurang amal ibadat, tiba-tiba dia rajin beribadat.

Kalau selama hidupnya dia seorang yang garang atau pemarah, tiba-tiba dia menjadi seorang yang penyabar atau lemah lembut.

Tiba-tiba buat perkara-perkara yang tak pernah dia buat.

Kalau orang-orang tua pula ada yang jadi perangai budak-budak balik. Ada juga yang mengarut dan merapu hingga buat perkara-perkara pelik yang tidak munasabah.

Tetapi ada juga yang tiada apa-apa perubahan, tiba-tiba sahaja pergi meninggalkan dunia yang fana ini. 

Sebelum saya pergi lebih jauh, marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada orang-orang islam yang telah pergi lebih awal daripada kita. 

Al-Fatihah.....

Semoga segala urusan kubur mereka dipermudahkan, segala dosa-dosa diampunkan dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.....

Hari ini kita nak bercakap pasal mengarut dan merapu sebelum meninggal dunia.

Baru-baru ini kita semua tahu bagaimana seorang pemimpin Pas yang menghadapi masalah mental mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Terang-terangan dia sendiri yang tulis perkara berkenaan. Boleh lihat di sini....

Kemudian dia minta maaf diatas tindakan dia itu. Tapi dalam masa yang sama dia tidak mengaku dan salahkan Utusan Malaysia diatas kejadian tersebut.

Persoalannya mudah, 

Kalau kau tak bersalah apa ke jadahnya kau minta maaf ???

Semakin hari semakin banyak kita lihat bagaimana Pas mempamerkan kebodohan mereka dengan perkara yang merapu dan karut marut...

Itulah sebagai salah satu tanda saat kematian Pas sudah semakin dekat...

Sikit-sikit salahkan Umno, semuanya salahkan Utusan Malaysia dan segalanya salahkan TV3. Begitu juga dalam hal arahan supaya penangguhan mengerjakan haji tahun ini. Setelah Pas tersepit dengan kebodohan sendiri, tiba-tiba Utusan Malaysia juga disalahkan.
Hai bro....tekun membaca nampak....paper apa tu ?


Perhatian: Minggu depan ada satu lagi cerita panas berhubung seorang individu yang berkaitan dengan sebuah syarikat Pas yang dituduh menipu menggunakan nama Sultan Johor dan Sultan Kedah. Nantikan pendedahan panas tersebut....

17 comments:

Anonymous said...

BN kat Mesir

http://thestar.com.my/archives/editorspick/images/photo320120616110526.jpg

Anonymous said...

orang PAS diharam baca utusan...pemimpin depa tak pa..tu yang dok haru semacam tu...

Tam Dalyell said...

Kubur PAS 1KM dihadapan?

Bukankah lebih baik PAS mati tidak berkubur?

Anonymous said...

pengikut PAS bodoh !!!

pemimpin PAS tak bodoh sebab mereka pandai BODOHKAN pengikut PAS !!!

Hahahahaha

Anonymous said...

Bro RBF

Sy pun ada satu persoalan dalam otak ni...

Mengapa penyokong Pas tak boleh membezakan yg baik dan buruk. Kadang2 perkara tu mudah dan logik dan bertentangan dgn hukum Islam tapi mereka tetap tak dapat membezakan. Mereka kan alim, sembahyang, duduk dlm masjid dan ada yg tak tengok tv. Mengapa mereka tidak mendapat HIDAYAH? Pelik kan. Mengapa mereka tidak DIPILIH oleh ALLAH??

Anonymous said...

tak kirala salah siapa ka? kita sendiri tu banyak buat komen ada ke kita dah minta maaf, kalau pergi haji pun kenan selesaikan dulu urusan hutang dan kemaafan daripada umat...

Anonymous said...

tak kirala salah siapa ka? kita sendiri tu banyak buat komen ada ke kita dah minta maaf, kalau pergi haji pun kenan selesaikan dulu urusan hutang dan kemaafan daripada umat...

Tam Dalyell said...

Tak pandai sangat pun (pemimpin tu) kalau hanya pandai memperbodohkan orang2 yang sediakala bodoh.

Anonymous said...

Dari Mak aku gigi susu hinggalah mak aku bergigi palsu Hadji Hadi dgn Nik Aziz berapa kali dia pergi haji dia mintak maaf?

Anonymous said...

http://uncleseekers.blogspot.com/2012/06/sultan-johor-atau-kerabatnya-part-31.html

Anonymous said...

Ust Pas bernama Wan Ji memaki Sultan.

Ust tu lupa agaknya. Biar saya peringatkan.

Salam kpd Ust Wan Ji,

Ust Wan Ji terlupa agaknya bahawa duit yang Sultan guna adalah dari poketnya sendiri. Bukan duit rakyat. Malahan duit itu masuk ke kantung kerajaan dan akhirnya diguna juga kembali untuk kebajikan rakyat.

Berbeza dengan Nizar yang guna duit rakyat semasa jadi MB sekejap beli Camry 2.4V dengan nilai RM2.5 juta dengan nombor plat yang cantik seperti 10, 11, 22, 33, 55, 66, 77, 88, 99, 888 dan 999. Bukan itu pembaziran wang rakyat?

Nik Aziz yang guna kereta mewah Mercedes S Class nombor plat DV1 pun bukan namanya pembaziran? Pakai Kancil lah baru betul-betul jimat dan berjiwa rakyat. Tak pun naik motorsikal kapcai sahaja.

Kenapa tidak pula Ust Wan Ji tulis Nizar dan Nik Aziz ada ciri-ciri bapak syaitan?

Anonymous said...

Aku sokong ko broooo... dorang semua tu bodoh.. pantang betol aku org perlekehkan raja2 n sultan2 kita... DAULAT TUANKU...

RashidAli said...

Salaam...oops jiwa kacau skit pg ni... Rasanya sudah tiba masanya BN/UMNO implement HUDUD buat umat Islam sahaja. Kenapa?
1. Kumpulan yg beriya-iya nk laksanakan HUDUD tidak ada kesungguhan politik dan kecerdikan hakiki untuk menyiapkan proposal mungkin takut kena batang hidung sendiri. Refer SEMERAH PADI - TS P Ramlee
2. Org yang menimbulkan kemurkaan pelindung agama kita...harus dikerat lidahnya supaya x berdolak-dalik, baru padan muka
3. Ustaz Badboy Angin harus dikasi dan dikerat lidah supaya x lg betulkan benang basah
4. Yang suka buat macam2 elok dikasi, dikerat lidah, dipotong tangan dan dipotong kaki serta disula. Satu pungkok org dia suka, pastu curi duit berbilion2 and pemuhong kuat.
5. Yang kat kelantan tu mula sekali potong toncetnya, cabut sebelah biji mata (IBU MERTUAKU)sebab menangis bg tujuan politik dan lastly kerat juga lidahnya sebab dah nyanyuk lagi nak memesongkan orang. Good for him boleh berzikir sendirian tanpa umpatan dan cercaan.

Pra-syarat, dalam hal kesaksian ia WAJIB dikontemporarikan supaya hukum islam x diperkotak-katikan. Lensa kamera dan video tidak menipu seteruk manusia. Database komputer lebih tepat dari buku 555. Next time x de org mempermainkan perkara seperti QAZAF yg diketahui kelemahannya kerana bersandarkan kepada IJTIHAD masa lalu. Apa lagi meh sokong. Cian D JamilK terpaksa berutang utk cover legal cost.

Hehehe...

Anonymous said...

Bukan sekali dua Hadi Awang menatap Utusan Malaysia. Ini maknanya Hadi Awang mengiktifar Utusan Malaysia sebagai suber maklumat yang ada kredibiliti dan bukan menyebar fitnah seperti yang pembangkang selalu katakan. Hadi Awang sendiri pernah ditemubual oleh Utusan/Mingguan Malaysia. Kalau Utusan Malaysia tukang sebar fitnah tak mungkin Hadi Awang mahu atau sudi di temuramah oleh akhbar berkenaan.

Seruan PAS dan pembangkang supaya ahli dan penyokong mereka memboikot Utusan adalah kerana mereka khuatir ahli2 mereka mendapat maklumat yang betul dan akhirnya akan menjadikan mereka menilai antara kebenaran Utusan dan kepalsuan pembangkang.

Pemimpin2 PAS hari ini terlalu lemah. Mereka sering menimbulkan isu2 yang menggambarkan daya fikiran mereka yang rendah dan akhirnya isu2 yang mereka timbulkan menjadi senjata makan tuan.

mtk

Anonymous said...

dulu tiap2 minggu saya baca harakah tp semua citer d dlm tu byk sgt fitnah2 yg membuatkn saya rasa termuntah nk baca,jd skrg saya dh x pernah baca n x lg membelinya,bila saya pk semula kenapalah saya nk baca harakah yg byk sgt fitnah tu,sdgkn org2 pas sendiri anggap mereka nilah yg d terima Allah,tetapi Allah melarang kita mengumpat n memfitnah,saya pun x faham mengapa mereka jd mcmni


pengundi atas pagar,wpun atas pagar tetapi sy akn pangkah umno/bn

Anonymous said...

malaysiakini 10 kali pembuhung. benda x patut buhung pun dia buhung.

Adi Kencana said...

Semua salah org lain, mrk tu maksum, x pernah buat silap!!

NURUL IZZAH BERSELERA JILAT LUDAH SENDIRI, LIM GUAN ENG PUN NAK TUMPANG SEKALI. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/