Sunday, April 1, 2012

Ahli Parlimen Pas Sahkan Kegiatan Tidak Bermoral Anwar ?


Jika dulu semasa perbicaraan kes Anwar liwat Saiful, Karpal Singh menyatakan kejadian liwat berlaku suka sama suka. Ekoran kenyataan Karpal itu ianya membuktikan kejadian Anwar meliwat Saiful benar-benar berlaku.

Hari ini pula Ahli Parlimen Kuala Selangor seolah-olah mengesahkan kegiatan tidak bermoral pemimpin anugerah tuhan tersebut. Dengan apa yang dikatakan beliau sepertimana dilaporkan harakahdaily sudah cukup untuk membuktikan apa yang dikatakan Datuk Nalla selama ini adalah benar. 

Dulu apa yang Nalla kata, juak-juak pak-khatan rakyat kata bohong, keling mabuk, itu ini dan sebagainya kutukan yang dilemparkan kepada Nalla.

Nah ! ambil kau hari ini , akhirnya pemimpin Pas sendiri yang mengesahkan apa yang dikatakan Nalla selama ini benar. 

KUALA LUMPUR, 1 April: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad menempelak Senator S. Nallakarupan yang mahu mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sedangkan kata Dzulkefly, pengakuan Nalla mengenai aktivitinya yang kononnya 'menyusun segala kegiatan sumbang Anwar', tidak ubah seperti seorang "bapa ayam".

"Nalla sebelum ini mengakui dia yang menyusun segala kegiatan sumbang yang kononnya dilakukan oleh Anwar.

"Bermakna dia sendiri ialah bapa ayam yang tugasnya mengatur kegiatan-kegiatan sumbang," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut mempersoal BN yang melantik Nalla sebagai Ahli Dewan Negara yang disifatkan sebagai menjatuhkan imej Dewan Negara.

"Lebih malang lagi apabila Umno BN boleh melantik "bapa ayam" dalam Dewan Negara.

"Adakah BN sudah bankrap tokoh-tokoh akademik dan profesiaonal atau dalam bidang-bidang lain yang berwibawa dan berkelayakan? Dalam ramai-ramai tokoh di Malaysia, kenapa lantik orang seperti Nalla jadi senator?" soalnya.

Beliau menambah, tuduhan terbaru Nalla terhadap Anwar dan cadangan pelucutan jawatannya merupakan usaha berterusan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Mutakhir ini memang kita nampak usaha yang bertubi-tubi untuk terus menjatuhkan kredibiliti Anwar," katanya.

Justeru beliau menyeru semua pihak khususnya parti politik mengamalkan politik bersih dan matang serta mengutamakan persaingan polisi, prestasi, dan kepimpinan.

"Sudah sampai masanya negara kita mengamalkan politik bersih dan bebas daripada politik jatuh menjatuhkan melalui fitnah," katanya.

Hasrat Nalla dan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah itu bagaimanapun dilihat sukar dan mungkin mustahil kerana tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.
Sumber: harakahdaily

Perhatikan kenyataan diatas, tidak ada sepatah perkataan pun yang dikatakan ahli parlimen berkenaan yang menafikan kegiatan tidak bermoral Anwar Ibrahim.

Apabila dia kata Nalla bapa ayam kerana menyusun kegiatan sumbang Anwar , membawa erti dia mengesahkan Anwar menyentuh, memakan dan membaham segala 'hidangan' yang disediakan Nalla. 

15 comments:

Anonymous said...

kan dah meng'kantoi'kan diri sendiri. Puak2 disini kata puak disana tu semuanya bebal, bangang, bengap dan sewaktu dengannya diorang marah, tetapi lihatlah betapa Allah yang Esa telah mengerakkan mereka untuk mendedahkan pekong di dada masing2...

anti bohmau said...

RBF,

kalu nalla 'bapak ayam', nwar pulak bapak membalun ayam!! kah kah kah!

Anonymous said...

depa ni macamana haaa ibadat .... ???

Anonymous said...

yb zul perli senator nalla sebagai bapak ayam pada masa sama terkena hidung nuar itu yg melanggan anak ayam!!!....ada pemintaan tentu ada penawaran!!!

nala 'bapa ayam' agama hindu..macamana hukumnya pelanggan itu melayu dan islam? yg dikenal pasti tentu nuar seorang!!

syabas yb zul!!!

Jokiden said...

Dr Zul ni pun main sedap mulut je tu, yang nak bawa usul pecat Nuar dari jawatan Ketua Pembangkang tu ialah Datuk Zul Noordin tu, sebab dia Ahli Dewan Rakyat. Nalla Ahli Dewan Negara..tak boleh kot bawa usul tu.

Apapun rakyat tahu dah siapa Nuar ni, majoriti dah soheh tak maukan dia jadi pemimpin negara, tinggal lagi adalah golongan minoriti ni yang BN nak kena awasi..

Anonymous said...

he he

Anonymous said...

Owh man...what a low standard of thinking....plsss...and you called urself a blogger....aduihhhh.

XYZ said...

Dr Zul ni ingat dia ahli akademik yg cerdik. Maklumlah YB-YB PAS semuanya dari golongan professional dan akademik. Tapi Allah Maha Kaya dah tunjukkan betapa tak bijaknya YB Zul dalam membuat kenyataan. Yg pasti beliau mengiktiraf Nalla sebagai bapak ayam, sekaligus mengiktiraf Anwar sebagai 'Pelahap Ayam'. Secara tak langsung dia juga menyerlahkan kebodohan sendiri. Syabas YB Zul. Teruskan membuat kenyataan-kenyataan 'akademik' seperti ini.

Anonymous said...

ALLAH uji pemimpin PAS. ALLAH beri mata tapi mereka tak dpt melihat. ALLAH beri telinga tapi tak dpt mendengar. ALLAH beri hati dan akal tapi mereka jual nama ALLAH dan agama Islam kpd kafir harbi dan gereja kristian.

Anonymous said...

Orang PAS bijak pandai....tapi dah TERKANTOI!!!!!!
BODOH SOMBONG namanya tu....
Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh di ajar.....berkawanlah dengan beruk2 dihutan.....

BN4 WangsaMAJU said...

Salam 1 Malaysia..
Saya sudah linkkan blog anda ke blog saya..
saya harap anda pun dapat linkkan blog saya ke blog anda...
terima kasih

Adi Kencana said...

Kantoiiii!!!

NURUL IZZAH MENGAKU DIA TAK BUAT KERJA DI LEMBAH PANTAI, HANYA BERGANTUNG PADA RAJA NONG CHIK! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

wahai pemimpin pakatan,
kalau dah nalla 'bapak ayam', yang korang masih menyanjung si pelahap 'ayam2' apehal? korang kata korang beriman, jadi camne ni??

nah, kan dah kantoi...

Anonymous said...

Jangan dok percaya sangat dgn dr zul ..takut kalau org ajuk dr ayam pulak..pandai berkokok...

Anonymous said...

umno perampok rakyat..........thats reality