Saturday, April 21, 2012

Tarik Pinjaman:Pemberi Pinjaman Dituduh Zalim Pemimjam Munafik Mereka Tak Sedar

Rabu lepas (18.4.2012) sekumpulan penyokong-penyokong Pas meroyan di depan Wisma Darul Iman, bangunan yang menempatkan pejabat MB Terengganu. 

Tujuannya membantah tindakan kerajaan negeri menarik balik pinjaman pelajaran kepada sembilan orang pelajar Terengganu yang sedang berpolitik sambil belajar di Mesir kerana terlibat dalam perhimpunan yang berlawanan dengan kepentingan penuntut dan negara.

Yang kelakarnya mereka pasang sebiji khemah dan tinggal disitu. Kenapa tak berani nak berkhemah seperti mahasewel-mahasewel di Dataran Merdeka ? Komang mung....dok rok chetong.....

Daripada sembilan orang pelajar yang ditamatkan pinjaman tersebut, lapan daripada mereka adalah anak-anak penyokong Pas. Manakala seorang lagi adalah anak kepada kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu , dimana ayahnya bertugas sebagai Pegawai Tanah Daerah Kuala Terengganu. Tidak dapat dipastikan kiblat politik keluarganya.


Daripada yang lapan orang anak penyokong Pas, lima darinya bapa mereka bekerja sendiri. Manakala tiga lagi bapa mereka adalah, guru di sebuah sekolah menengah di Terengganu, pembantu tadbir dan juruteknik Petronas Carigali.

Kerajaan negeri, Yayasan Terengganu dan Ahmad Said dituduh zalim kerana menarik balik pinjaman tersebut. Tetapi Pas tak sedar yang mereka sedang memperjuangkan golongan munafik. Oppppssss....lupa pula, apa nak hairan Pas sendiri pun munafik. Setakat mempertahankan golongan munafik hanya perkara kecil sahaja. Peliwat pun Pas sanggup pertahankan. Asalkan dapat undi....

Orang yang tidak menepati janji termasuk golongan orang-orang munafik.

Sedikit tazkirah yang saya petik dari akhbar rasmi Pas, harakahdaily
Buruk padahnya jika engkari janji

Ini kerana orang yang memungkiri janji termasuk dalam kategori manusia yang dilabelkan sebagai talam dua muka. Tindakan itu dilarang keras oleh baginda Rasulullah s.a.w., justeru mereka yang terbabit dalam kategori ini jelas disebut sebagai golongan munafik, wal 'iyazu billah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya: "Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis ini, membayangkan kepada kita betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif yang melayakkan seseorang Muslim itu digelar munafik. Apa yang membimbangkan kita ialah golongan munafik ditempatkan Allah di bawah sekali dalam api neraka, tempat yang paling dekat dengan api yang membakar.

Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik.
Setiap pelajar yang mendapat pinjaman dari Yayasan Terengganu sebelum menerima pinjaman telah diberikan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman. Jika mereka setuju untuk menerima syarat-syarat tersebut, maka mereka hendaklah tandatangan persetujuan perjanjian itu dan pinjaman akan diberikan kepada mereka.

Dalam kes ini kesemua sembilan pelajar yang ditamatkan pinjaman mereka itu telah tandatangan persetujuan syarat-syarat pinjaman yang ditetapkan Yayasan Terengganu. Mereka sendiri tahu jika perjanjian itu tidak dipatuhi maka mereka akan terima akibatnya. Harakah sendiri dalam tajuk tazkirah seperti diatas telah meletakkan tajuk Buruk Padahnya Jika engkari Janji.

Berikut adalah antara sebahagian syarat-syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu dan ditandatangan oleh sembilan pelajar berkenaan sebelum mereka terima pinjaman.
3.2  Syarat Perjanjian

Para 1 (c) bahawa sepanjang kursus pengajian itu ia tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam apa-apa jua kegiatan yang difikirkan oleh LEMBAGA sebagai berlawanan dengan kepentingan PENUNTUT atau Negara dan hendaklah berhenti daripada mengambil bahagian selanjutnya dalam kegiatan itu, jika dikehendaki oleh LEMBAGA atau wakil-wakilnya berbuat demikian.

Para 2  Adalah selanjunya dipersetujui dan diakui bahawa penuntut tidak boleh pada bila-bila masa dalam masa berjalan kuatkuasanya perjanjian ini iaitu dalam masa tempoh kursus, latihannya dan juga kemudian daripadanya sehingga tamat tempoh pekerjaanya dibawah perenggan (j) fasal 1 perjanjian ini.

(a) Mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana- mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.

(b) Menyedia atau mengatur dengan apa-apa cara, atau mengambil apa jua bahagian dalam menyedia atau mengaturkan sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan dimana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.

(c) Menyediakan, menyiarkan, membahagi – bahagi atau mengedarkan atau mengambil bahagian dengan apa – apa cara dalam menyediakan, menyiarkan, membahagi – bahagi atau mengedar apa – apa dokumen atau lain – lain bahan yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.

(d) Membuat apa – apa penyataan di sesuatu perhimpunan apa – apa kumpulan orang di mana – mana tempat yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan. 
Itulah yang mereka tandatangan sebelum mereka terima pinjaman. Dan mereka telah tahu risiko yang bakal mereka terima jika persetujuan dicabuli. 

Hari ini apabila pinjaman mereka ditamatkan, tiba-tiba pemberi pinjaman pula dituduh zalim dan kejam. Benarlah apa yang dikatakan oleh Adun Pas Terengganu, Syed Azman@Pembohong Bersiri, binatang di zoo lebih baik dari sembilan pelajar tersebut. Lihat di sini

Semoga Kerajaan Terengganu dapat mengambil tindakan mempamerkan kepada umum perjanjian-perjanjian yang ditandatangan oleh sembilan orang tersebut. Biar semua masyarakat tahu dan jelas dengan apa yang berlaku. 


9 comments:

Anonymous said...

rbf,ada juga yg hantuk kepala ke dinding nantikan.

perkara2 begini perlu dihebahkan

kerajaan ganu perlu tunjuk perjanjian mereka kpd rakyat.biar rakyat tahu siapa yang bohong & siapa yang benar.

Anonymous said...

nak tgk sorang lagi contoh munafik?

tu haaa mahasewel kata dataran merdeka tu..bapak dia kata takde duit nak sara anak2 belajar. so terpaksa buat pinjaman PTPTN. pastu anak dia tak study sungguh2, jadi mamat drop out..pastu pulak berdemo nak mansuh hutang PTPTN..tup tup...kahwin pulak hari ni..
walawei..dari mana itu sumber buat majlis? nak bagi makan ape? kata takde duit smp terpaksa buat pinjaman?
nampak tak? inilah contoh manusia munafik yang nyata!

Anonymous said...

sudah terhantuk baru tergadah...

Anonymous said...

Inilah, ciri2 orang Pas yang munafik.

Anonymous said...

Sendiri bikin malu, sendiri tanggung la...

Anonymous said...

Aku tak faham puak2 mahasewel ni
Mereka ni mewakili siapa sebenarnya..
Ada beratus ribu mahasiswa yang tengah dok belajar kat ipta dan ipts..tak kan banyak yu jer yang turun menyertai mereka.
Tengok muka puak2 ni,macam muka2 drop out jer..dah tak pas periksa akibat banyak berpoya dan pi dengar ceramah politik..
tiba2 tak nak bayar hutang..
kalu perati betul2 hampir separuh yang dok bertengkar dengan penguatkuasa dbkl tu orang2 pkr termasuk yang nak bagi memo pada ds najib dulu
berhentilah membuat onar dalam negara bang
cukup2lah tu jadi hamba abdi si nuar brahim tu
kami rakyat yang cinta pada kedaimaian ni dah buat keputusan nak undi siapa pru akan datang ni..
selamat jalan pkr,dap dan pas...

Adi Kencana said...

PAS bela golongan munafik? X heran... Peliwat pun dia bela...

MENGAPA ANWAR IBRAHIM MENYOROK DALAM KAIN NURUL IZZAH? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Aliffnajmi said...

Dalil2 dan Hadis2 Rasulullah mereka gunakan hanya utk kepentingan mereka shj. Klu benar mereka beriman dan ikhlas bertakwa, mereka akan sedar bhw hadis2 yg mereka bacakan itu terkena pada diri sndri.