Friday, April 20, 2012

KL Spring:Jangan Masuk Perangkap Mereka


Seorang pemuda Mesir bernama Khaled Said dibelasah dengan teruk oleh polis Mesir sehingga mati.
Kesalahannya kerana dia memuat naik ke dalam internet satu video yang memaparkan sindiket anggota polis.

Kejadian Khaled dipukul yang mengakibatkan dia cedera teruk dirakam oleh orang ramai dan disebarkan secara meluas dalam dunia maya terutamanya FB.

Perkara tersebut telah menarik perhatian seorang pemuda Mesir yang berada di Dubai.
Dari Dubai yang jaraknya ribuan kilometer dengan Kaherah pemuda itu membuka satu akaun FB untuk menyokong pemuda yang meninggal dunia kerana dibelasah polis.

Gambar-gambar yang memaparkan keadaan mangsa ketika sedang dibelasah,gambar kecederaan dan gambar mayatnya dimasukkan ke dalam FB berkenaan.

Kerana simpati dan marah kepada kerajaan, ratusan ribu orang menjadi pengikut FB tersebut.
Melalui FB pemuda yang berada di Dubai menggerakkan satu perhimpunan yang meminta rakyat Mesir keluar ke Dataran Tahrir pada 15.1.2011 bagi menyatakan bantahan berhubung kematian Khaled.

Puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu rakyat Mesir keluar dan kekacauan mula meletus hingga ribuan yang meninggal dunia.

Kurang 3 hari sebelum genap sebulan,iaitu pada tanggal 12.2.2011 runtuhlah kerajaan Mesir.
Pembangkang di Malaysia meleleh air liur melihat cara rakyat Mesir runtuhkan kerajaan mereka.
Mereka mahukan gelombang seperti itu wujud di Malaysia. Beberapa kali mereka telah mencuba sebelum ini tetapi masih belum berjaya sehingga kini.

Pertama mereka pernah cuba dalam kejadian seorang peniaga beras yang meninggal dunia ketika dikejar UPP di Kelantan tahun lepas.

Kedua semasa perhimpunan bersih tahun lepas dan juga kematian seorang peserta demo.
Tapi gelombang yang mereka cuba buat tak ke mana ?

Sekarang mereka gunakan budak-budak hingusan yang boleh disewa dengan harga RM 7-8 sejam untuk berkampung di Dataran Merdeka. Jauh lebih murah dari kos untuk sewa seorang GRO di pusat karaoke.

Selain bayaran RM 7-8 sejam, mereka juga diberi roti canai,air minuman sea mustur yang takde kelas yang minum pun boleh buat perut kembung, dan diberi pakaian terpakai. Rendah sungguh kelas mereka.

Budak-budak itu diupah untuk tinggal di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan bersih akan datang.

Mereka tahu menjadi kesalahan berkhemah disana,tapi mereka sengaja lakukan kerana ingin mencabar pihak berkuasa dan mengharapkan berlaku pergaduhan hingga cedera parah dan kalau boleh biar ada yang meninggal dunia.

Tujuannya untuk menarik simpati masyarakat dan membangkitkan rasa marah orang ramai,seterusnya mengundang orang ramai datang beramai-ramai pada perhimpunan yang akan mereka adakan hujung minggu depan. Harapan mereka agar apa yang terjadi di Mesir akan berlaku di Malaysia.

Isnin lepas ketika DBKL datang dengan baik meminta mereka bersurai,mereka tak endah dan berperang dengan DBKL pula. Apabila DBKL nak rampas khemah, mereka bergelut pula dengan DBKL dan buat cerita kononnya ada mahasewel dipukul oleh penguatkuasa DBKL.

Cerita itu diperbesar-besarkan oleh malaysiakini dan harakahdaily dengan harapan rakyat akan marah dan bangkit seperti di Mesir.

Manakala hari ini pula mereka membesar-besarkan cerita kejadian serangan yang berlaku malam tadi, juga dengan harapan rakyat akan marah dan bangkit seperti di Mesir.

Untuk menunggu sehingga 28hb ini, mereka akan buat serta rancang apa sahaja yang boleh menarik simpati kepada mereka dan membangkitkan rasa marah kepada kerajaan.

Tidak mustahil esok,lusa atau minggu depan akan ada pula cerita mahasewel yang disewa untuk berkelah di Dataran Merdeka itu cedera parah, sakit kerana diracun atau mati atau apa sahaja yang boleh menarik simpati kepada mereka.

Semoga kerajaan bijak mengendali kes ini supaya tidak terjerat dengan perangkap mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23 comments:

Anonymous said...

agak2 la abang faisal..sea master tu air minuman tu...kang dia baca artikel abang ni yang mengatakan air minuman sea master yang takde kelas yang minum pun boleh buat perut kembung tak pasal2 lak kena saman ngan sea master.

bebudak sewel ni esok 7 keturunan la diorang sewel...sapa2 yang dok cuba buat kekecohan ni tak layak jadi calon suami mahupun isteri..kelak menyusahkan orang lan menyusahkan negara

Anonymous said...

Patutnya mereka ni dapat bekalan air basuhan kaki dari dewata N.ajis baru la hilang keBENAKkan mereka tu sikit. N.Ajis mana suka demo-demo ni, tengok demo orang Asli kat Kelantan, dia bo layan je... sebab dia tak suka. Tapi kalau demonstrasi Bershit, dia akan kata demonstrasi tu umpama demostrasi depan Allah, yang tu N.ajis suka. Taraf dia dah taraf dewataraya, tak boleh siapa-siapa bantah...

Kah kah kah kah.... lagi satu bro, air sea master lagi elok dari air kencingan pakcik Nuar Al-Juburit tau...!!!

Anonymous said...

artikel ini ada kebenarannyalltgk saja lah pakatan ini beria ia sgt nak demo dgn harapan akan berlaku seperti di mesir,,,

anwar inginkan arab spring utk jadi pm

Anonymous said...

Mudahnya fikiran mahasiswa dipengaruhi. Terlalu mudah.

Anonymous said...

bagi aku mereka mermerlukan isu2 panas untuk menaikkan semangat. tengok macam bershit lepas, dari tak mati...buat2 mati, lepas tu spin bagai nak gila.....aku harap pihak berkuasa bertindak secara cerdik...dan sabar, sebab segala macam provokasi akan mereka buat.....

cheguman morhabshi said...

Terbaik bro. Kupasan yg amat baik utk renungan. Demang share link ni di waadat. Oh ya. Jenama minuman tu kena padam rasanya. Klu di US takpe.

Anonymous said...

Good article bro...

Bila Yahudi (BABI) kawtim dgn SYIAH (Ismath) maka Menjadi2lah...memang Syiah asalnya dari YAHUDI yg berjaya menokok tambah.

PAS pun sayang SYIAH demi undi..

Anonymous said...

so kesimpulannya, puak2 camtu ke nak dijadikan kerajaan? tengok penyokong2 takde otak camtu, ada harapan ke nak jadi kerajaan yang berkaliber? lagi hancur ada laaaaa..

Anonymous said...

Bro, nasihat yg berguna.

InshaAllah bro, minda rakyat m'sia ni lain macam sikit. Bab sopan santun dan malu tu tinggi lagi. Maaf, orang arab pulak memang kasar. Lagipun, ramai yg ingat lagi bagaimana mereka kena tipu dengan Anwar berlakon sakit, kena suntik arsenic dll tapi hidup lagi. Kali ni bro, kalau mata dia lebam lagi pun, orang dah tak peduli.

Sokong ABAI dan TIBAI but not CIBAI.

Anonymous said...

Wah wah sebijik macam cerita "V for Vendetta".

Intipati cerita tersebut jika berlaku demontrasi setiap hari lambat laun akan berlaku kesilapan di mana-mana pihak yang boleh menimbulkan huru-hara. Dalam cerita V for Vendetta pihak berkuasa tertembak seorang budak kecil yang menimbulkan kemarahan rakyat keseluruhannya bukan hanya kelompok penentang.

Gamaknya mereka ni tertunggu-tunggu pihak polis kita FRU ke melakukan kesilapan. Hal ini tidak mustahil sebab dalam huru-hara macam-macam boleh berlaku. Misalnya trak Fru tergelek seorang Mak CIK tua jual kerepek.


Trivia V for Vendetta:-

Ada satu karektar yang bersimpati dengan pemberontak ialah closet homoseksual. Merasa tertekan sebab tidak dapat mengamalkan homoseksual secara terbuka.

MAcam pernah dengar ye

Anonymous said...

Saya ingin berpesan secara ikhlas kepada emak bapak mahasiswa2 yang sedang bersukaria di Dataran Merdeka. Ada kemungkinan anak2 anda akan diracun oleh dalang2 yang menaja perkemahan mereka. Dalang2 ini akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita2 mereka untuk 'memperlihatkan' 'kekejaman' Kerajaan BN. KEMATIAN seorang pelajar tersebut sudah cukup untuk memporak perandakan negara. ISA telah dimansuhkan, tidak akan ada mereka yang melibatkan diri dalam politik akan ditangkap. Ini masa yang amat sesuai kepada pembangkang untuk melakukan perkara2 yang boleh 'menuntungkan' mereka. Termasuk mencipta kematian dikalangan mahasiswa yang mereka upah.
Apabila berlaku sesuatu yang buruk kepada budak2 yang sedang berkemah di Dataran Merdeka, beban akan diletakan dibahu Kejaan BN. BN akan digambarkan sebagai zalim kerana sanggup melakukan pembuhan keatas budak2 yang tidak berakal.
Pendapat saya mungkin 'tidak' masuk akal kepada sesetengah orang tetapi memandangkan Pembangkang terutama Anwar Ibrahim adalah pengamal 'matlamat menghalalkan cara', tidak mustahil perkara seumpama ini akan berlaku, lebih2 lagi mereka sudah merasakan bahawa sokongan rakyat terhadap mereka telah hilang.
Meraka tidak lagi boleh berharap kepada HINDRAF untuk membuat kekacauan. Hari ini mereka menggunakan segelintair mahasiswa2 upahan yang tidak berakal untuk 'membantu' mereka.
Kepada mahasiswa2 yang sedang bersukaria di Dataran Merdeka, berhati2 apabila menerima makanan dari penaja2 anda kerana anda mungkin akan mati kerana diracun oleh mereka.
MTK

Anonymous said...

siapa nak caay dengan anwar? bapak segala pembohong

Anonymous said...

Haaaa tak tauuu.....awak yg tulis nama air tu.
RBF tulis sea mustur.

Anonymous said...

semalam sy tiba dr time AI dtg smpai tgh malam.. org ramai lebih berminat pada seekor berok yg pakai baju bersih..

alahai.. dlm perbincangan dorang.. lebih mengutamakan ration dari mende lain...

wang said...

orang tido kat umah dia tido kat khemah...so sad to student melayu yg mudah terpengaruh dgn org gila kuasa ni. patutnya belajar la btol2 cari knowledge. kesian. cmana la nk jadi generasi pelapis.. Kadang2 idea mcm penulis ni susah untuk masyarakat taksub ni nak terima. ape2 pon artikle ni mmg berguna sila share.

Anonymous said...

hehe abg faisal sudah tukar jadi sea mustur, hati2 menggunakan jenama2 yang sudah berdaftar ni, dengan memburukkan produk mereka akan merisikokan kita di saman oleh syarikat tersebut.kang makan tak habis pula kena saman

Anonymous said...

Apa pun yang menjadi pertanyaan Masyarakat yang inginkan budaya sehat dan bertata susila..ialah APA YANG KERAJAAN BUAT...tutup mata je ke?.

Kelemahan kerajaan dalam menghadapi ISU songsang nie yang sedang menjadi perhatian rakyat.Mengadaikan keharmonian dengan menurut kemahuan penjahanam martabat dan budaya tidak akan membuat KERAJAAN itu bagus dan menjaminkan utk hari2 depan dan generasi.

Anak2 yang yang dididik dengan cara yang salah akan menghasilkan genarasi yang berfikiran salah juga.Fikir2kanlah..

Anonymous said...

Salam,

Nak tanya ... solat Asar macam hari tu masih ade lagi ke ? ... atau dah pandai gi Masjed Jamek Tepi Sungai ?

Hari Jumaat ni ... ade kutbah Dataran Merdeka ke ? ... atau gi Masjid Jamek Tepi Sungai ?

Hanya bertanya.

Anonymous said...

Mmg kita dah lama nampak akan tujuan mereka ni berdemo sbnrnya. Sejak dari demo turunkan harga petrol dulu pun kita dah kesan mereka sengaja memaki hamun polis2 yg bertugas dgn harapan polis akan hilang sabar dan bertindak ganas.

Anonymous said...

Tkasih PM malaysia ke 5 dulu..Ini lah dia, akibat di liwat..dgn cakap NGO/Pakatan cibai tu..ini la dia hasil

Anonymous said...

Student tak ada kelas. ... Ujian masa kerja lagi mencabar..pengalaman tu penting selepas belajar teori di U.

Anonymous said...

king net pernah melaporkan pensyarah kolej swasta kt mesia slalu crita mereka mengimpikan satu mcm revolusi kat mesia ni... plajar2 kaum apa ni?? teka?..

menda2 ni bukan 'rahsia lagi' kaedah2 REVOLUSI SENTIASA JD MAINAN AHLI POLITIK YG GILA2..

mintak sgt kita kempen utk ini..'NASI MINYAK' TU BAGUS SEBENARNYA..

Anonymous said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.