NIBONG TEBAL 16 Jan - Seorang ibu yang bertindak membakar dirinya menggunakan petrol gara-gara kedegilan anak perempuannya enggan pulang ke rumah, 9 Januari lalu, meninggal dunia malam tadi.
Rosliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, iaitu enam hari selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Menurut suaminya, Marzuki Jamaluddin, 39, dia menerima panggilan daripada hospital kira-kira pukul 5.30 petang semalam dan memaklumkan isterinya yang melecur separuh badan semakin tenat.
"Tiga jam selepas itu, arwah meninggal. Arwah dimandi dan dikafankan di HSB.
"Saya bawa pulang jenazah pagi tadi sebelum disembahyangkan di Masjid Kampung Sungai Buaya pukul 9.30 pagi dan dikebumikan kira-kira setengah jam kemudian," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian tersebut, Rosliana bertindak membakar dirinya dipercayai selepas anak keduanya, Norhidayah Marzuki, 16, enggan pulang selepas tidur di rumah neneknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, kes terbabit dianggap selesai dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat melecur.
Sumber : Utusan Online
Moga-moga urusannya di dalam kubur dipermudahkan dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Umno Nibong Tebal Juara Rakyat. Lihat di sini
3 comments:
sedih yang amat, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..
Penjelasan Rasmi Dari Ketua Bahagian,
http://pemudanibongtebal.blogspot.com/2010/01/penjelasan-dari-ketua-umno-bahagian.html
ppunt.
blog pemuda manja.. haha..
nanti hangpa buat skirt la lepas ni..jadi pemudi..
malu woii..buat blog sampai orang provoke sikit dah goncang satu bahagian..baik tak payah bukak blog la..dok bebai sensitif mcm anak dara
man teluq
Post a Comment