Friday, January 8, 2010

KHALID SAMA DIPIJAK OLEH ORANG SHAH ALAM

Banner yang paling menarik perhatian
Yb Badrul, Adun Pelabuhan Klang. Kiri,berbaju batik
Gambar khalid samad di tempat meletak selipar.
Sebelum polis rampas, pijak cukup-cukup
Pijak,pijak,pijak. Jangan tak pijak
31.dec.2009 adalah hari yang paling malang bagi umat Islam di Malaysia, bilamana Mahkamah Tinggi KL membuat keputusan bahawa perkataan ALLAH boleh digunakan di gereja katolik.

Bagi orang Islam Shah Alam, malang mereka berganda. Keputusan mahkamah satu malang ditambah pula dengan sikap ahli parlimen mereka sendiri yang menyokong gereja menggunakan perkataan ALLAH.

Hari ini mereka dapat memuaskan hati mereka sendiri, mereka pijak-pijak gambar ahli parlimen mereka sendiri. Mengikut perancangan mereka , selepas pijak mereka akan membakar gambar khalid. Tetapi, tak sempat bakar, polis sudah rampas gambar berkenaan. Nasib khalid baik hari ini, kerana polis telah menyelamatkan beliau.

Penduduk Shah Alam berkata, mereka memilih khalid dalam p/raya yang lepas dengan harapan beliau dapat memberi yang terbaik kepada warga Shah Alam berbanding dengan ahli parlimen mereka sebelum ini. Mereka ingatkan syiar Islam akan berkembang subur di bumi Shah Alam apabila memilih calon dari parti Islam.

Tetapi, mereka kecewa. Harapan mereka meleset. Bukan syiar Islam yang subur, syiar kristian pula yang terlalu menyubur-nyubur. Itulah dia wajah sebenar seorang wakil rakyat Pas yang selama ini dikatakan mengembangkan syiar Islam.

Penduduk Shah Alam sudah bertaubat. Mereka bersumpah tak akan undi lagi Khalid Samad dalam p/raya akan datang. Bagi mereka khalid samad adalah seorang pelacur dan peliwat agama demi untuk mencapai cita-cita politik beliau.

Pendapat saya pula, karier politik khalid sudah hancur di Shah Alam. Kalaulah beliau letak jawatan hari ini dan undang-undang membenarkan beliau boleh bertanding semula, saya rasa dia akan hilang deposit.

Saya merasakan khalid tidak akan bertanding di Shah Alam dalam p/raya akan datang. Dia akan lari. DAP akan bagi satu kerusi di kawasan cina untuk dia.

Kepada penduduk Shah Alam pula, inilah yang dipesan oleh orang tua-tua dulu, 'menyesal kemudian tak berguna'. Anda yang pilih dia, maka anda tanggunglah akibatnya. Sebab itu kita kena guna kuasa mengundi kita sebaik mungkin. Walaupun sewaktu mengundi hanya sebatang pensil dan sehelai kertas kecil, tetapi impaknya besar. Lebih bahaya dari mata pedang. Jangan buat sambil lewa atau jangan main-main dengan pensil dan kertas. Kelak merana badan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Adun Pelabuhan Klang. Walaupun ada orang sering merendah-rendahkan beliau, tetapi tidak bagi saya. Ternyata beliau seorang yang berani. Saya puji beliau, kerana beliau berani datang ke demontrasi di Masjid Shah Alam. Ternyata beliau bertelur, berbanding dengan Adun-adun melayu Selangor yang lain. Semuanya telur menyusuk masuk ke dalam seperti kepala kura-kura.

Saya cuba juga mengintai-ngintai kelibat wajah ketua pemuda Umno Selangor, tetapi hampa, bayang pun nak nampak. Ini pun jenis telur masuk ke dalam juga. Letak jawatan sajalah wahai Suhaimi.

Esok atau lusa, kita boleh dengarlah khalid samad berkata 'ini semua Umno punya kerja'. Hi..hi..hi... bagi dia senang saja, apa-apa saja yang tak menguntungkan dia ,semuanya Umno punya kerja. Nasib baik bini dia mengandung , dia tak kata Umno punya kerja.

Lihat disini , video gambar khalid samad dipijak

Lagi gambar ada disini.

No comments: