Thursday, January 14, 2010

BLOGGER TULANG BESI LEBIH BERANI DARI ANWAR

Haramkah pun kata "Islam membenarkan sumpah dengan sayrat menyebut nama Allah' Wallahi, Wabillahi dan Watallahi. Sama seperti sumpah Saiful dan Tulang Besi. Tapi mengapa pula Nik Aziz kata cara kristian dan Hj.Hadi kata kerja bodoh? Wan Azizah doreamon pula kata sumpah tiada dalam Islam melainkan antara suami isteri sahaja. Adakah Anwar sudah bersumpah dengan W.Azizah yang beliau tidak meliwat Saiful ?


Blogger Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman, pemilik blog Malaysia Waves adalah salah seorang blogger PAS. Tetapi beliau lantang menyerang PAS, terutamanya Datuk Hassan Ali.

Ada pihak mengatakan beliau menyerang Hassan Ali kerana marah akibat permohonan beliau untuk memegang jawatan dalam GLC di Selangor ditolak. Tetapi beliau menafikan semua itu dan berkata ianya adalah fitnah. Rujuk di sini

Untuk membersihkan dirinya dari tuduhan-tuduhan jahat, beliau tidak takut untuk bersumpah dengan nama Allah. Rujuk di sini

Syabas diucapkan kepada Tulang Besi kerana berani bersumpah, tidak seperti Anwar Ibrahim yang sudah hampir dua tahun berdolak-dalik.

Jangan bagi 1001 alasan, termasuk alasan jangan bermain dengan sumpah. Kalau kita tak bersalah apa yang kita nak takutkan. Lihat contoh, Tulang Besi, beliau berani bersumpah untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan-tuduhan jahat.

Sewaktu Saiful bersumpah pada tahun 2008, Nik Aziz kata sumpah cara kristian, Hj.Hadi kata, Saiful buat kerja bodoh. Tetapi tulang Besi tidak peduli semua itu, walaupun dia pengikut PAS, dia tetap bersumpah untuk membersihkan imejnya.

Sumpah adalah satu-satunya, cara yang paling cepat, berkesan dan paling dipercayai oleh orang-orang Islam di negara kita. Kalau Anwar tetap mengatakan yang Saiful memfitnahnya, kenapa dia tidak bersumpah sehingga kini.

Harap Tulang Besi dapat bisik-bisik sedikit kepada Anwar agar bersumpah untuk bersihkan imejnya daripada 'fitnah' dan 'tuduhan-tuduhan jahat' yang dibuat oleh Saiful terhadapnya.

Kalau hari ini Anwar berani bersumpah seperti mana Tulang Besi dan Saiful bersumpah, seleps tiga hari saya akan datang cium kaki Anwar untuk minta ampun dan maaf terhadap tuduhan-tuduhan yang saya lemparkan kepada beliau sebelum ini.

Berani ke Anwar bersumpah ???

5 comments:

The Unspinners said...

Syabas keberanian anda untuk tonggeng kepada Anwar. Perlu keberanian yang luar biasa.

Info Dalaman said...

Salam bro,
Dari info dalaman yg rapat dgn anwar aku dgr, anwar simpan untuk buat sumpah di mahkamah nanti untuk dapatkan impact yang lebih besar. Harap bro tak berpaling la kepada dia kalau dia bersumpah nanti.

Anonymous said...

RBF,

Bilalah Bro Anwar B Ibrahim nak bersumpah?

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/11/kickdefella-rayu-bro-anwar-b-ibrahim.html

sual said...

Takdenya si nuar tu nak bersumpah.Kalau betul dia nak bersumpah sejak Liwat season 1 lagi dia dah bersumpah.Aku sebagai bekas penjilat anwar(hak ptuihh..najiss)dulu tertunggu2lah idola aku(geli geleman)tu bersumpah.Tunggu punya tunggu sampailah dia keluar jel,masuk pulak Liwat Season 2,haramm sampai sudah dia tak bersumpah2.Sampah kau nuar.Lepas tu aku dah tak caya dah pariah ni hahaha

Tulang Besi said...

Kalau aku jadi Anwar pun aku takkan bersumpah. Nak buat apa sumpah, kalau dah ada bukti si Saiful ni PENIPU BESAR