Wednesday, January 13, 2010

PM NAIK ANGIN. SALAH SIAPA ?

Jumaat lepas kita semua menonton di kaca tv bagaimana Datuk Seri Najib 'naik angin' dengan wartawan Malaysia Insider apabila wartawan berkenaan menanyakan soalan berkaitan gereja dibakar dengan Umno.

Sepertimana yang kita semua tahu Malaysia Insider dan Malaysiakini memang portal berita yang p*****k. Malaysia Insider boleh dikategorikan masih boleh tahan berbanding dengan Malaysiakini. Malaysiakini 100 kali lebih p*****k.

Malaysiakini memang mempunyai agenda jahat terhadap kerajaan,Islam dan melayu. Jahat mereka memang sudah sampai tahap melampau. Salah siapa ?

Bukan salah ibu mengandung, salah bapa tak baca Bismillah.

Kerajaan yang salah dalam hal ini. Kerajaan yang beri mereka peluang dan beri mereka muka. Sepatutnya kerajaan tidak mengiktiraf mereka-mereka ini. Belum sampai setahun memerintah P.Pinang dan Selangor, kerajaan DAP dan PKR mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan terhadap mereka dan memboikot Utusan. Mereka tegas dalam keputusan mereka.

Tetapi tidak bagi kita, kerajaan terus menerus memberi peluang kepada mereka atas nama kebebasan media. Sepatutnya kerajaan tidak mengiktiraf mereka dan Kementerian Penerangan tidak memberi pas -pas media kepada mereka. Ini tidak, kerajaan melayan mereka seperti mana melayan media-media utama negara.

Siapa mereka ? Mereka bukannya media yang berdaftar dan mempunyai permit atau lesen. Mereka hanya berbekal sebiji komputer riba. Jika begitu saya dan rakan-rakan juga harus diberi pas media. Jika mereka media baru, saya pun media baru. Tapi permohonan saya dan rakan-rakan tidak pernah dilayan. Inilah yang dikatakan kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

Sepatutnya sudah lama, kerajaan menyekat mereka, bukannya dibiarkan dan semakin hari mereka semakin besar kepala. Mereka juga harus disekat daripada menggunakan nama Malaysia sebagai jenama mereka.

Kementerian Penerangan juga harus memilih wartawan-wartawan yang betul-betul berkualiti untuk sesuatu sidang media yang melibatkan PM, TPM dan Menteri-menteri. Bukannya main hentam kromo saja, siapa ada pas media boleh buat liputan.

Kalau nak tegas, biar tegas sungguh, jangan kluk-klek. Sekejap begitu, sekejap begini. Lihat kerajaan P.Pinang dan Selangor , bila mereka kata Utusan tak boleh buat liputan, maka tak boleh lah. Sampai sekarang pun tak boleh. Bukan setakat kerajaan negeri yang halang, orang-orang bawah pun halang. Kita ????

Saya masih ingat lagi ditahun 90 an dulu, seorang wartawan Utusan Malaysia pernah dipukul oleh penyokong PAS di depan pejabat Utusan Kelantan di Kota Bharu kerana tidak berpuashati dengan laporan Utusan. Si penyerang dengan selamba saja datang ke pejabat Utusan dan tanya nama wartawan yang berkenaan. Apabila wartawan berkenaan keluar , dia terus pukul dan lari. Saya tidak ingat siapa nama wartawan berkenaan.

Begitu juga di zaman reformasi 98/99 dulu. Hampir hancur kereta TV 3 dikerjakan oleh penyokong-penyokong reformasi di Jalan Tun Perak KL.

Adakah pemuda Umno berani bagi penumbuk sebiji kepada wartawan-wartawan malaysiakini ?

Saya sudah jangka jawapannya akan berbunyi begini dengan nada suara yang paling lembut "tidak, kita Umno tak boleh buat begitu,bukan budaya kita begitu" , podahhhhhhhhh. Sampai bila kita harus bertahan, bertahan, bertahan. Lawan asyik serang kita, kita asyik bertahan saja, bila nak gol ? kalau tak gol, bagaimana nak memang.

24 comments:

me said...

senang jer... kalau baca berita hairan , utusan melayau , dan tgk tv3 suku kalau cakap 'tak' selalunya betul la tu .. walaupun x 100% . Kau pun tahu.. hehe.. apa kau nak hairan... itulah kebenaran... media kita ? semua kaki ampu aja ... nak kasi laku...

Anonymous said...

Salam Bro,
Aku sangat setuju dgn Hang.Keras kita bkn bermaksud diktator ttp menjaga keharmonian negara.puak depa ni peduli apa.mana yg memberi kelebihan pada depa..ok,mane yg merugikan depa ..depa hentam..Jgnlah tolak ansur kita akan menolak kita beransur-ansur..nanti nasi dah jd bubuq...pakat2 tadah jubuq...prrapp..pprrapp..pi rahhhhh

Jeffry said...

SLM BRO..AKU PUN RISAU SAMPAI BILE KERAJAAN NAK DIAMKAN DIRI TENGOK SI PENJUBOR TEGAR TU ASYIK 'MELIWAT' RAKYAT M'SIA?..ADOIYAIII

Mylasia said...

hi bro pemuda umno memang takda teloq...veteran pun sama...yang tak berapa nak muda pun sama...tapi kalau hentam sama sendiri dorg memang berani(tu pun tak ramai)...

Bab penjenamaan ni bro, setahu aku ada policy dalam ICANN(domain registrar) mengatakan apa2 nama yang mempunyai trademark mean org lain takleh pakai. Malaysia tu trademark negara so aku rasa kerajaan kalau bersungguh2 memang dapat kalau nak hapuskan terus domain malaysiakin n malaysianinsider tu...

Hamdan said...

Diskriminasi atau terlepas pandang ?

Sepatutnya pihak-pihak berkenaan lebih peka.

Bersikap adillah.

antupadan said...

Padan muka Najib!

Betapa elupar dan beraninya wartawan MKini melemparkan tuduhan bhw UMNO adalah dalang pembakaran gereja. Tuduhan dilemparkan kepada Presiden UMNO sendiri dikhalayak ramai!

Padan muka Najib! Lembik! Apologetik! Dah.. nak salah siapa kalau mereka berani naik atas kepala begitu rupa? MKini bukan hari saja dok menyalak tanpa fakta. Baru kena muka sendiri!

Padan muka Najib!

Mana sepupunya, Menteri Amaran tu?

M.Saad said...

Betul tuu tuan RBF...teringat saya PRU MAC 2008 dulu ...sebelum tuu PAKLAH tak pernah menyerang balik isuu yang dilontarkan oleh puak pembangkang...pada masa tu saya dah dapat rasakan bahawa kita akan menghadapi kesukaran untuk menghadapi PRU tersebut....dan terbukti banyak negeri yang terkaleh...dan jika perkara itu terus berlarutan kini BN hanya tinggal nama saja lepas nie...saya cadangkan gar PEMUDA UMNO perbanyakan aktiviti ceramah isu isu semasa...banyak bola tanggung lanie...

Anak Lenggong said...

Tak lama lagi akan keluar kenyataan camni

"SAYA MEMBERI AMARAN KERAS KEPADA KEDUA-DUA AKBAR INI, SEKIRANYA TERUS MEMAINKAN ISU PERKAUMAN, SAYA TIDAK TERAGAK-AGAK AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KERAS"

Boleh teka sape punya ucapan tu...asyik dok bagi amaran je..laa...

krakatoa said...

Takde ke sesapa ( yang gedebe ) yang boleh kata saddap you kat orang-orang yang sunguh kurang asam yang nak menangguk di air keruh dengan mempermainkan soal bangsa, hak, agama dan lain-lain.

Dulu-dulu pemudalah yang akan bersungguh-sungguh mencabar dan nak bergocoh dengan mereka-mereka yang menjolok sarang tebuan.

Takkan DSN sorang-sorang aje yang naik angin!

man dego said...

Umno dah tiada ketua yg berani. Melayu dok kena bantai oleh DAP/PAS/PKR masih dok diam. Apabila timbul perkataan ALLAH boleh digunakan oleh gereja ... itu pun masih dok ayun telok lagi hinggakan mungkin rakyak biasa mengambil tindakkan sendiri.
Jangan kita salahkan pemuda umno saja. Umno itu sendiri patut bersuara. Umno begitu takut pada bukan melayu.

Local Fighter said...

Waahhhh marah betul En Faisal kita nie! hehehe

Orang UMNO ni lembut sangat..dibiarkan saja mereka.

Ada ke mereka kesian pada UMNO? Tgk apa jadi di sekolah tadika kemas, dihalau budak2 tu sebab dendam kesumat.

Tapi bila BN menang balik Terengganu apasal tak robohkan je PASTI yang terang-terang lubuk untuk menyemai benih kebencian kepada kerajaan?

Jangan takut pada SUHAKAM, Human Right Watch dan segala haramjadah alat Yahudi Kristian tu!

Sekali sekala perlu tegas dan keras dalam tindakan!

Kalaulah SUHAKAM, Majlis Peguam tu bagus sangat, apsal tak minta Anwar masuk je dalam mahkamah jangan tangguh memanjang je!!

Biarlah ada 'telor' sikit macam Tun Dr. Mahathir. Berani, tegas..persetankan semua yang nak merosakkan negara!

Ini dibiarkan sahaja luka menjadi kudis!!

Anonymous said...

Diorang harap GOL SENDIRI bro..
Inilah dia objektif Pemuda yg dikepalai oleh KJ.

Anonymous said...

macam mana nak GOL, sebab Najib bukan sibuk dengan 1Malaysia dia.

Nak tinggalkan legacy 1Malaysia konon nya bila bersara kelak.

megat komeng said...

bukan salah ibu mengandung
bukan salah bapak yang tak pakai sarung, salah sendiri yang tak tahu diuntung, merana badan sendiri tanggung.

Anonymous said...

Betul juga cakap RBF ni. Kerajaan patut bertegas halang mereka ni masuk Press Conference.

ruang bicara faisal said...

kpd anak lenggong,

menggeletek hati saya bila baca anda punya skrip jawapan.

dah dpt agak siapa punya jawapan

ruang bicara faisal said...

terima kasih juga kepada semua penghantar komen2 yang lain. kita kena sepakat untuk hancurkan malaysiakini

madbi said...

setuju dengan rbf, jom sama sama x kita parti dan agama kita hancurkan amno.......

Anonymous said...

Kalau kita lembik, jangankan musuh,bini pun akan pijak kepala laki.

NENEK KEBAYAN

ruang bicara faisal said...

kpd antupadan

yg tanya soalan kepada DSN bukan malaysiakini, tetapi malaysia inisder...

Anonymous said...

strategi tu penting.mcm hero dlm citer hindustan.awal2 nampak lembik.atau skema.tunggu la bila mata merah menyala.tentu la musuh2 tu terkencing terberak..skrg ni bagi peluang musuh2 nak tunjuk kuat.esok lusa hero dah jadi hulk yg duk naik skrg ni semua layu habis..tapi najib jgn lama sgt satgi power habis plak.sementara ada kuasa power ranjers ni gunakan sebaik mungkin.kalau dah lemah mcm lampu ultramen seropa zaman paklah..habis la.he he he

Hawaii five -O said...

salam

DAP akan memain isu penggunaan Allah di dalam lagu kebangsaan negeri seperti lagu negeri selangor....yg dinyanyikan di sekolah2 yg turut dinyanyikan oleh murid2 bukan islam ......selepas sultan selangor bertitah pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

ini akan timbulkan lagi kekacauan,kena ambil tindakan ISA dgn sgera seblum parah lagi.....

Anonymous said...

kepada me, habis kau percaya pada sumber dari HAPRAKAH je lah ye, kau dengar cakap nik aziz babi, khalid samad gereja, nizar kapir, dan sekutu mereka je lah ye, semua yang cacai cacai ni buat semua nya betul? memang babi gampang la kau ni me..

adddotblogspotdotcom

mat saga said...

apa la bro....

lu ni ketinggalan zaman laa...
pemuda umno dah lama tak ada telo... dah 2-3 generasi dahh...