Wednesday, April 6, 2011

Anwar Menjadi Beban Besar Kepada Pas dan DAP



Selepas PRU 2008 BN berada dalam keadaan yang sangat-sangat lemah, manakala gabungan PKR, Pas dan DAP berada dalam keadaan yang sungguh selesa walaupun mereka tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Sokongan rakyat kepada mereka semakin hari semakin bertambah selepas keputusan PRU 2008 dan ramai yang kata BN akan bungkus dalam PRU yang akan datang, termasuklah saya sendiri yang meramalkan begitu.

Bagaimana pun keadaan mula berubah selepas Saiful Bukhari membuat laporan polis diliwat oleh Anwar. Keraguan rakyat terhadap Anwar semakin kuat selepas Saiful melakukan sumpah laknat. Manakala Anwar pula enggan bersumpah.

Selepas itu, demi untuk mencapai impian dia menjadi PM dengan jalan pintas Anwar pula mempopularkan budaya lompat parti. Tanpa disangka, tanpa diduga akhirnya perkara itu menjerat mereka sendiri apabila tiga adun Perak keluar dari PKR dan DAP yang menyaksikan Kerajaan Perak bertukar.

Tahun lepas pula kita dikejutkan dengan pendedahan Wikileaks mengenai kegiatan seks Anwar.

Selain daripada tiga perkara yang saya nyatakan diatas bermacam-macam masalah lagi yang ditimbulkan oleh Anwar. Antaranya, isu kalimah Allah, isu murtad , isu pluralisme , enggan bersumpah menafikan dia meliwat Saiful dan keengganan dia memberikan DNAnya bagi membuktikan dirinya bukan lelaki yang meliwat Saiful.

Yang terbaru kini pula kita dikejutkan dengan kemunculan video seks melibatkan dia dengan seorang pelacur cina yang didedahkan oleh rakan karib dia sendiri, Datuk Eskay.

Kesimpulannya , sejak selepas PRU 2008 sehingga ke hari ini kerja orang-orang Pas, PKR dan DAP hanyalah mempertahan dan menyelamatkan Anwar Ibrahim. Satu demi satu masalah yang dicipta Anwar timbul yang mereka kena pertahankan menyebabkan mereka hilang fokus untuk menumpukan kepada kerja-kerja bagi menawan Malaysia.

Seorang pemimpin Pas pernah berkata,

"Saya dah letih dengan Anwar, rasa sia-sia kerja yang dibuat selama ini" .

"Kami susah payah buat kerja, datang masalah dia (Anwar) ,timbus habis kerja yang kami buat selama ini".

Kerana Anwar jugalah Pas jadi rosak. Dalam Pas sekarang sudah berpecah belah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan pro Hj Hadi dan satu kumpulan pro Anwar. Kerana Anwar jugalah Nik Aziz rosak. Kerana Anwar jugalah kredibiliti Karpal Singh sebagai peguam tersohor kini telah tercalar. Kerana Anwar jugalah Lim Kit Siang yang dulu dikenali sebagai seorang pemimpin pembangkang yang berprinsip kini telah menjadi ular besar.

Percayalah cakap saya, kerana Anwar punya pasal Nik Aziz, Karpal dan Kit Siang akan mengakhiri karier politik mereka dengan hina. Dan kerana Anwar jugalah Pas akan hancur dalam PRU akan datang.

Mungkin ada yang berkata, "masih ramai orang yang menyokong Anwar".

Bagi pengikut-pengikut setia Anwar seandainya mereka nampak depan mata mereka sendiri Anwar sedang melakukan aksi seks pun mereka tidak akan percaya. Itu lumrah bagi manusia yang fanatik.

Dalam Quran Allah SWT telah menyatakan dengan jelas bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul terakhir dan tidak ada Nabi sesudahnya.Tetapi apabila ada seorang manusia di Hulu Klang yang bernama Abdul Kahar mengaku dia adalah nabi melayu , itu pun ada orang yang percaya dan pengikut-pengikutnya bukan calang-calang punya orang.

Orang yang mengaku nabi pun masih lagi ada orang percaya, apatah lagi Anwar yang hanya berlagak baik dan alim. Kita tidak perlu peduli dengan beberapa kerat orang yang masih lagi memuja Anwar, kerana satu hari nanti kebenaran akan wujud.

Saya tertarik dengan apa yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia ahad lepas tentang Sains Penipuan.

Saya petik sebahagiannya. Untuk membaca penuh sila klik di sini
Bagi mereka yang menipu, sains penipuan boleh mencari petunjuk pada wajah bahawa seseorang itu berbohong biarpun dia cuba sedaya upaya menyembunyikannya. Kejayaan Ekman kemudian memberi inspirasi kepada penerbitan siri drama penyiasatan Lie To Me yang sedang popular di kebanyakan negara sekarang. Selepas membaca buku Navarro dan menonton beberapa siri drama Lie To Me (Fox - Astro), ia dapat membantu kita untuk lebih memahami kaki-kaki penipu yang berada di sekeliling hidup kita. Yang berbahaya, ialah golongan yang sentiasa menipu.

Penipuan yang diulang banyak kali - jika gagal diperbetulkan - boleh menjadi ‘kebenaran’. Apatah lagi jika melibatkan pemimpin dan orang berpengaruh, yang penipuan mereka boleh membawa mudarat kepada masyarakat dan negara.

Awang teringat pesan bestari, sekali dua menipu mungkin boleh terlepas tetapi jika selalu, ia umpama jerat makan diri. Tanpa sains penipuan pun, lambat laun semuanya akan terdedah. Ibarat bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.
Sekali menipu boleh lepas, dua kali menipu boleh lepas lagi, tiga kali menipu akhirnya makan diri. Itulah yang bakal menimpa Anwar sekarang. Saat dan masanya telah tiba sekarang. Kebenaran akan terbukti.
Mungkin sebab itulah Allah SWT memanjangkan usia Tun Dr M dan mengurniakan kesihatan yang baik kepada beliau, masih lagi boleh menunggang kuda sehingga sekarang dan tak pernah jatuh dari kuda seperti Anwar.

Allah SWT hendak tunjuk kepada orang-orang mencerca dan memaki hamun Tun Dr M selama ini bahawa Tun berada di landasan yang benar apabila mengambil tindakan memecat Anwar pada 1998. Mungkin Allah akan mengambil Tun kembali kepadanya selepas segala kebenaran terbukti. Tun Dr M adalah sebenar-benarnya pemimpin anugerah tuhan yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk rakyat Malaysia.

Ya Allah, ya tuhanku wahai rakan-rakan ku sekalian, cuba kita semua bayangkan seandainya Tun masih lagi mempercayai Anwar pada masa itu dan menyerahkan jawatan PM kepada dia, kita tidak tahulah apa yang terjadi kepada kita dan negara ini sekarang. Kita semua harus bersyukur beribu-ribu kali kerana Allah SWT tidak mengangkat Anwar sebagai PM kita.

Akhir kata , selamat tinggal Pas , selamat tinggal PKR dalam PRU 13. Yang akan kekal dan dominan adalah DAP. Yang akan berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang adalah BN.

Pakat-pakatlah kamu semua pikul biawak hidup yang bernama Anwar Ibrahim yang kami campak dari Umno 13 tahun lampau.

16 comments:

Kamarul said...

Sejuk lagi melihat wajah Ybhagia Tun Mahathir daripada DSAI. Wajah DSAI penuh kekusutan, penuh dendam, penuh rahsia. Saya pun bukan manusia maksum, ada ketika saya juga menipu dan rasa bersalah. Bila orang tanya, saya rasa kecut perut, seram sejuk juga. Tapi berlainan dengan DSAI. Allah juga yang mengetahui apa yang terjadi. Semoga Malaysia di bawah lindungan Allah, dan terpelihara dan dipimpin oleh pemimpin dan parti yang benar. Amin.

Kamarul said...

Sejuk lagi melihat wajah Ybhagia Tun Mahathir daripada DSAI. Wajah DSAI penuh kekusutan, penuh dendam, penuh rahsia. Saya pun bukan manusia maksum, ada ketika saya juga menipu dan rasa bersalah. Bila orang tanya, saya rasa kecut perut, seram sejuk juga. Tapi berlainan dengan DSAI. Allah juga yang mengetahui apa yang terjadi. Semoga Malaysia di bawah lindungan Allah, dan terpelihara dan dipimpin oleh pemimpin dan parti yang benar. Amin.

Anonymous said...

Salam, saya amat2 setuju dengan kenyataan bahawa Pemimpin Anugerah Tuhan buat kita ialah Tun Mahathir Mohamad..
Wajah Tun masih tenang, berseri, pemikiran yang masih tajam, semoga Allah SWT lanjutkan usianya dalam kebajikan, keimanan!

bukan mcm sorg lg tu..pemimpin anugerah syaitan..rupa pun xde seri, penipu besar!

mat saga said...

kah kah kah kah...

bravo nuar.... papa izah...

sukma kata nuar melancap...
nak jadi pm tapi suka melancap... kah kah kah.. seipul kata nuar suruh isap kote , sukma kata nuar suka kena isap kote , amoi cina tu pun isap kote nuar... kah kah kah... nak jadi pm tapi suka kena isap kote...

memang hebat papa mu ini wahai izah...

kiri bole , kanan bole , mengiring bole (sukma kata yeee) , depan bole , belakang bole... wow... hebat sungguh.... kah kah kah kah kah

oh izah.... kau cari kan la papa mu bini baru (no 2 daaa)... sesungguhnya papamu tersangat gersang.... kah kah kah kah kah

kau jugak yang akan untung... kerana kau jugak akan dapat adik baru izah.... kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Salam RBF;

Sebagai seorang Melayu Muslim Malaysia, sy pun bersyukur kehadhrat Illahi kerana memberikan org2 spt Tun Dr M, Ummi Hafilda sdr2 seangkatan RBF, GAP, MIM House PK, PG, CTS, DET & sume yg berjuang tanpa penat lelah mempertahankan Negara ku Malaysia dari serangan dajjal2 tajaan zionis laknatullah.

Cuma persoalan yg lebih utama adalah:

"Tun Dr M hanyalah manusia biasa yg akan meninggalkan kita & kembali mengadap Allah Ta'ala bila tiba masanya. Sesudah Tun, apakah langkah & tindakan yg mesti dilakukan oleh kita org2 Melayu Muslim Malaysia bagi menentukan nikmat kedaulatan, keislaman & kemerdekaan kita & anak-cucu-cicit-piut selepas kita nih boleh diteruskan selagi ada hayat atau selagi bumi belum kiamat?"

Rasanya, Tun sendiri pun tak nak negara kita nih hancur selepas ketiadaan beliau. Betul tak?

Fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

AMAT BETUL ARTIKEL SAUDARA..KISAH PEMBOHONGAN TAK HABIS2 SEJAK PRU12 SEHINGGA MENJADIKAN RAKYAT SPT SAYA INI JADI MELUAT.
MEMANG BENAR JUGA BAHAWA TUN M TELAH MENJADI PEMIMPIN NEGARA YG BELUM ADA GANTINYA..SYUKUR ALHAMDULILLAH KITA PERNAH ADA SEORANG PEMIMPIN HEBAT SPT TUN M..TERIMA KASIH TUN

Anonymous said...

Anwar bukan hanya jadi beban besar kepada PAS dan DAP aje tapi pada seluruh warga malaysia yang waras dan cintakan kedamaian... wajah cermin hati... sayag kat tun M selamanya.

Anonymous said...

Wajah tun yg menyejukkan hati.

Kerana kegilaan kuasa politik, brader anuar akan sentiasa mempertahankan dirinya. Maka selagi itulah pemuja anuar akan sentiasa tergila-gilakannya semata-mata untuk berusaha menghancurkan UMNO. Dalam pada itu DAP dan sebilangan kaum cina/india yang anti kepada Melayu/Islam sedang ketawa terbahak-bahak kerana Melayu saling hancur-menghacurkan, doa pecah perut kepada Melayu yang lain. Bagi saya, saya tidak nampak beban besar kepada DAP. Kerana parti yang menuduh (PKR) dan yang dituduh (UMNO) adalah dua parti dipimpin Melayu.

NIK MAT said...

Kawan kawanku yg berada dalam PAS selalunya mempunyai keyakinan yg tinggi bila bercakap.

Apakah kamu yakin masuk syurga?...jawabnya YA.

umno ?.....TIDAK.

TETAPI selepas menonton video sex baru baru ini,keyakinan mereka hilang sama sekali.

Jawapan mereka adalah:
1. MUKA MACAM DIA.
2. WALLAHUALAM
3. ANA TAK TAU APA NAK CAKAP.
4. BETUL KE DIA?

Mereka dah mula was was.

SYABAS DATUK T, KAMU HEBAT HINGGA BOLEH MENG"WAS WAS"KAN PENGIKUT PAS.

Anonymous said...

Sukar di cari ganti,itulah dia Tun Mahathir.Dicaci,hina dan doa utk laknatkan TUN tapi cuba kita renungkan wajahnya begitu seri dan sejuk mata memandang.
Cuba lihat Nik Aziz,DSAI sepatutnya mereka ini bersara dari arena politik.tapi itulah dunia.
semakin di cari semakin banyak masalah yg datang.Ingat kekuasan Allah.

Anonymous said...

setelah membaca komentar saudara, saya tertanya2 kepada diri sendiri.

mungkin juga benar seperti yang diobar-obarkan oleh Dr Wan Azizah yang anwar ibrahim itu merupakan pemimpin anugerah tuhan.

Anugerah dalam erti kata untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus di jahanamkan oleh puak-puak pakatan haram seperti karpal, kit siang dan pas.

Ini kerana anwar sekarang jelas telah berjaya menghuru-harakan pakatan pembangkang dengan pelbagai isu samada yg melibatkan peribadi beliau mahupun pandangan yg kononya kritikal tetapi hanya persis sampah yang gagal diangkut oleh alam flora.

Tuhan itu Maha Mengetahui, bermula sebagai aset dan kemudian liabiliti kepada juak-juak pembangkang, kini kredibiliti para pemimpin mereka telah jatuh menyembah bumi.

semua ini tidak dapat tidak merupakan kesan dari liabiliti dan bala besar yang diberikan oleh anwar kepada diri sendiri dan juga kepada pencacai-pencacai tegar mereka.

Allahuakbar!

Anonymous said...

Jangan terlalu yakin org yg dikata pemimpin anugerah Tuhan tu benar2 baik dan sempurna..mungkin org yg kita lihat baik dan sempurna itu DEKAT dgn syurga, padahal JAUH, yg kita jijikkan pula kita label PENGHUNI NERAKA, padahal dialah dulu-duluan MASUK SYURGA..
Biarlah ALLAH menentukan segalanya. Yang BENAR akan terzahir jua akhirnya, yg SALAH pun akan terbukti nanti.

Anonymous said...

Thank you Tun M..

Cuma saya berharap orang seperti GAP, X-PKR, Ezam dan bekas-bekas orang kuat PKR jika memilih UMNO harus tahu sebab apa kembali semula. Maksud sy biar insaf sungguh. Takut jadi mcm musuh Tun M dulu bila kembali semula dlm UMNO buat muka seposen macam takde apa dosa mereka buat sebelum ni. Bila diberi peluang senang pulak diperlekehkan Tun. Ini yang tak sedap. Kita mengharap mereka insaf dan kesal apa kesilapan mereka lakukan sebelum ini adalah salah. Ini yang perlu UMNO tangani dimasa akan datang. Kita ada orang Ku Li, ada orang Musa, Ghafar, orang Badawi, Orang Anwar dan macam captain lagi. Kadang2 kepala insaf tapi anak buah tak sedar hanya saja ikut-ikut ketua. Kadangkala terbalik anak buah dah okey chief dia pulak naik kepala.

Kesimpulannya, kita sedar ini adalah politik. Tapi kebenaran tetap kemenangan, tak boleh dipusing-pusingkan prinsip ini. Sejarah menilainya.

Anonymous said...

AKU TAK KISAH DENGAN PKR DAN DAP...SEBAB MEREKA TIDAK BERAPA ISLAM....YANG AKU HERANKAN DENGAN PARTI PAS NI....SUDAH MENJADI MANUSIA TERBODOH DAN TERHINA SEPANJANG ZAMAN....MANUSIA DALAM PAS UMPAMA HAIWAN YANG TIADA MEMPUNYAI HATI,RASA DAN PERASAAN..MEREKA CUMA ADA SEJEMPUT OTAK TETAPI TIADA AKAL...SEUMPAMA LEMBU DICUCUK HIDUNG..ALLAHUAKBAR...MENATE PAS NI TERQAMAT BODOH DAN DAYUS TERMASUK WALI SELIPAR NYA......NILAI MEREKA SEUMPAMA NAJIS TEPI JALAN.....SEUMPAMA SAMPAH......BOLEH DIPERBODOHKAN OLEH SESIAPA SAHAJA HATTA SIKAFIR HARBI (DAP) BODOH SUNGGUH SAHINGGA TIADA BANDINGAN NYA LAGI DI MUKA BUMI INI......KALAU SESIAPA ADA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH YANG LEBIH DARI PENGANUT PAS TOLONG CERITAKAN PADA AKU...AKU NAK TAHU MAKHLUK APA......

aku said...

ada di antara kita yg pernah mendengar kisah tun m telah mengerjakan haji & beribadat di dalam kaabah itu sendiri,meminta petunjuk & kebenaran,jadi tak hairanlah jika satu persatu pembohongan & kehinaaan terbongkar,malah tun m di kurniakan kesihatan yang baik & masih tajam mindanya kerana di antara rahsia ibadat haji ialah dapat menguatkan badan & meningkatkan kesihatan selain mencergaskan minda selain doa yang mustajab yg tidak ada hijabnya...

Anonymous said...

wahai rbf

aku rasa padan muka dap dan pas tu mereka memang dah tahu si mr Y tu memang susah kan mereka beban besar tapi pas dan dap sayangkan mr Y bukan main lagi sanggop berkorban ape saja demi matlamat liwat nya zina nya penipu nya aku rasa satu hari nanti si mr Y tu akan jadi guru pada anak anak dap dan pas untuk mengajar bagaimane nak jadi peliwat penzina penipu dan bagaimane nak nak buat batang butoh dia tu jadi kaki tak pernah rasa .... dengan kegiatan nya selama ini aku tengok muka si peliwat dan penzina tegar tu dah macam buntut robek yang keluar tahi tu...