Sunday, April 10, 2011

Perompak Nak Tawan Sarawak

Politik Sarawak mula menjadi perhatian selepas PRU 2008 yang lepas dimana Anwar Ibrahim menyasarkan untuk menawan Sarawak selepas beliau dan konco-konconya berjaya menawan beberapa negeri di semenanjung dan juga menafikan majoriti 2/3 yang dikuasai BN di Dewan Rakyat.

Persoalannya kini, mampukah Anwar dan sekutunya menawan Sarawak ? dan sekiranya mampu ditawan, adakah mereka mampu mentadbir Sarawak ?

Jika melihat kepada huru-hara dan kehancuran negeri yang diperintah mereka di semenanjung, maka tidak mustahil Sarawak juga akan hancur sekiranya mereka diberi peluang memerintah.

Bagi mencapai cita-cita mereka menawan Sarawak, sejak dua tahun yang lepas mereka mula menyerang peribadi Ketua Menteri Sarawak , Pehin Seri Abdul Taib Mahmud sehingga ke hari ini. Bagi mereka kerja-kerja menawan Sarawak akan menjadi lebih mudah sekiranya Pehin Seri berjaya dimatikan. Dalam masa yang sama mereka cuba membangkitkan kebencian rakyat kepada Pehin Seri dengan harapan rakyat tidak akan mengundi BN.

Pelbagai tohmahan, pelbagai fitnah yang mereka lemparkan terhadap Pehin Seri bagi mencapai cita-cita mereka menawan Sarawak. Cara yang mereka lakukan seolah-olah Pehin Seri tiada jasa langsung dalam membangunkan Sarawak.

Rakyat Sarawak harus berhati-hati dalam menerima berita fitnah itu. Jangan percaya bulat-bulat apa yang mereka katakan. Tenangkan fikiran anda, kemudian perlahan-lahan cuba undurkan balik fikiran anda ke belakang dan tanya diri sendiri, bagaimana kehidupan anda sekarang berbanding dengan dahulu dan jawab dengan ikhlas.

Sekiranya ada sedikit sebanyak tidak berpuashati, itu perkara biasa. Tiada pemimpin yang sempurna dan tiada kerajaan sempurna. Sekurang-kurangnya Kerajaan BN pimpinan Pehin Seri dan kepimpinan yang terdahulu berjaya merubah kehidupan anda serta keluarga berbanding dengan PKR dan DAP yang belum tentu boleh membantu anda.

Jangan sesekali menggunakan alasan ‘belum cuba belum tahu’. Lihatlah apa yang terjadi di negeri-negeri yang diperintah mereka. Sejak negeri-negeri berkenaan diambil alih dari tangan penjajah, pelbagai usaha dan kerja yang dibuat oleh kerajaan BN untuk membangun dan memajukan negeri-negeri berkenaan. Apabila jatuh ke tangan mereka, belum sampai tiga tahun semuanya menuju kehancuran.

Jika di negeri-negeri yang kecil pun mereka gagal mentadbir ,apatah di negeri yang besar seperti Sarawak ?

Mereka tidak pandai memerintah dan bukannya hendak memerintah sekali pun. Mereka nak nak jadi pemerintah hanya semata-mata untuk merompak hasil-hasil yang ada di negeri berkenaan untuk mereka dan kroni-kroninya.

Negeri Sarawak memang menjadi idaman mereka , kerana Sarawak sebuah negeri yang kaya dan banyak hasil bumi yang masih tersimpan. Itu yang mereka nak kejar sebenarnya. Mereka menuduh orang lain perompak, sedangkan merekalah bapak kepada segala perompak.

Semoga rakyat Sarawak tidak tertipu dengan mereka. Janganlah sesekali anda dipergunakan untuk kepentingan mereka dan kroni-kroni mereka.

5 comments:

Anonymous said...

ingat PKR ingat Kg Buah Pala . camana pengundi di tipu hidup2....

Anonymous said...

http://www.pisau.net/2011/04/gemparoiit-anjing-pun-tak-suka-pkr.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+pisau%2FBZGW+%28PISAU.NET%29

Anonymous said...

Salam Bro...
Sy adalah salah seorang anak sarawak yg menikmati kelangsungan kepimpinan BN di Sarawak di bawah pimpinan PS Taib.
Bermula daripada sebuah keluarga miskin, yg dulunya kat kpg sy xda air, xda api xda elektrik.
Itu belasan tahn yg lalu... Mungkin ada yg akan kata kpg kitorg ketinggalan, mmg btl kako dibandingkan dengan KL dll di SM.
Namun nikmatnya, skrg dah ada jln,ada api n air... walaupun taklah sempurna ttpi syukurlah..
Malah sy sendiri tlh lama merantau di SM nie dr zmn sekolah hinggalh bekerja, semuanya bermula daripada bantuan menerusi Yayasan Sarawak.
Masyarakat Sarawak wajar berfikir panjang... hari ini kita dah cukup bahagia dan menikmati kemakmuran di bumi kenyalang...
Campakkan jauh2 petualang2 bangsa dlm PR 16 April ini...
Undilah BN bagi N22 Sebuyau... TQVM

Anonymous said...

Kemarin aku sarapan di Taman Tun Sardon, Gelugor. Aku tengok sekumpulan [petugas] DAP memyebarkan makalah kepada pengunjung di Astaka tu. Penghamatan aku, DAP amat aktif memainkan peranan dari kempen daftar pengundi hinggalah ini. Terdahulu, di Queensbay Mall mereka mengadakan kempen daftar mengundi. Tapi setakat ni aku tak nampak pun parti lain buat macam ni terutamanya parti yang berasaskan Melayu. UMNO ke PAS ke. Komponen BN pun tak ada. semua tak ada. Kenapa ye?
rose

Anonymous said...

PEROMPAK dan PENYAMUN sedang berusaha untuk merompak hasil bumi yg kaya di Sarawak!
kalau betullah BN itu menyeleweng..sudah lama hutan Sawarak 'botak' mcm mana yg dikerjakan oleh puak ajis di Lojing, Gua Musang di Kelantan!

buat rakyat Sawarak, hargailah pemerintahan BN, walaupun tidak sempurna, masih kekurangan, tp dgn izin Tuhan UMNO boleh diperbetulkan lebih baik.

JANGAN UNDI PEROMPAK (PKRape-DAPigs-PASesat)YNG SEDANG BERJANJI MANIS!!