Friday, April 29, 2011

Gempar !!! Akhirnya Anwar Akui Di Blognya Sumpah Dibenarkan Dalam Islam

Sebaik sahaja lepas Saiful Bukhari bersumpah pada tahun 2008 kita semua dapat melihat bagaimana gelagat Anwar dan isterinya setiap kali ditanya pasal sumpah.

Jawapan yang sering diberinya ialah "ulama larang saya bersumpah" "tiada istilah sumpah dalam islam" dan Wan Azizah pernah berkata "tidak ada sumpah dalam hukum syarie dan sumpah hanya untuk suami isteri yang menuduh satu sama lain". Lihat video di bawah di minit 3.27.

Semalam pun kita boleh lihat lagi bagaimana Anwar berdolak dalik apabila ditanya pasal sumpah oleh wartawan.



Entah dimana silapnya , atau mungkin kerana Allah SWT hendak tunjukkan kebenaran kita, akhirnya hari ini Anwar Ibrahim mengakui sumpah dibenarkan dalam Islam sebagaimana yang disiarkan di blognya.

Berikut adalah petikan dari blog Anwar,
Di dalam Islam sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah tersebut dipanggil sumpah tohmah. Sumpah ini sangat besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah tersebut di dunia dan akhirat.

anwaribrahimblog.com
Dalam kes yang melibatkan Anwar Ibrahim, beliau adalah orang yang di tohmah. Dia telah ditohmah meliwat Saiful Bukhari, dia telah ditohmah sebagai lelaki dalam video seks yang didedahkan oleh Datuk Eskay, tetapi kenapa dia tidak berani bersumpah ?

Pelik atau tidak ?

Dalam blognya dia boleh menyiarkan tulisan sumpah seperti itu dibenarkan dalam Islam, tapi dia sendiri tidak berani bersumpah. Apa maknanya semua itu ?

Sebab itulah saya katakan ini semua adalah gerak-geri Allah SWT. Allah hendak tunjukkan kepada kita siapa sebenarnya Anwar. Selama ini dia dan isterinya bermati-matian mengatakan tiada sumpah seperti itu dalam Islam, tiba-tiba hari ini dia sendiri menyiarkan di blognya Islam membenarkan sumpah kepada orang-orang yang ditohmah sepertinya untuk tujuan membersihkan dirinya.

Kita sama-sama tunggu dan lihat berapa lama agaknya artikel berkenaan bertahan di blog Anwar. Kemungkinan besar ianya akan ditarik balik bila-bila masa.

No comments: