Friday, April 1, 2011

Video Seks: Aksi Johari Abdul Dirakam

Johari Abdul nak jadi hero...

Johari Abdul nak tunjuk hebat....

Dia tak sedar ada orang lain yang lebih cerdik daripada dia.

Sekarang Johari Abdul keliling negara jual temberang dia.

Biarkan dia....

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, semasa Johari Abdul datang menonton video berkenaan tempohari dia tidak menyedari yang aksi dia semasa menonton video berkenaan telah dirakam.

Dalam rakaman tersebut menunjukkan bagaimana Johari Abdul menarik nafas panjang-panjang, sambil menunjukkan ke arah gambar berkenaan dan menjerit "betullah Anwar" beberapa kali.

Sekarang dia keliling negara menjual sumpah atas pentas ceramah. Insyallah, antara cepat atau lambat sahaja dia akan dimakan sumpah itu sebagaimana Anwar dulu yang pernah bersumpah di Masjid Negara pada tahun 98. Petang dia bersumpah, malam lebam biji mata.

Johari Abdul mula buat u turn selepas wang pelincir yang diminta RM 100k serta komisyen RM 1 juta satu kepala untuk tujuh orang ahli parlimen PKR yang dibawanya keluar parti tidak dilayan oleh trio Datuk T.

Benar seperti yang dikatakan blogger GAP semalam. Orang seperti Johari Abdul memang tak boleh dipakai. Kalau pakcik dia , darah daging dia sendiri pun dia boleh tipu apatah lagi orang di luar sana yang tidak ada pertalian darah dengan dia. Hutang pakcik dia pun RM63k dia tak bayar sehingga sekarang.

Kepada rakan-rakan pembaca sekalian, harap bertenang. Drama antara Datuk Eskay dan Anwar masih panjang lagi. Banyak benda lagi yang akan terdedah sekiranya Anwar tidak berundur dari politik. Itu kata Datuk Eskay.

Kalau benda-benda itu semua meletup, bukan setakat Anwar yang hancur, dengan Pas sekali akan turut hancur. Lima soalan yang dikemukakan Datuk Eskay pun sudah cukup untuk membuatkan Anwar goyang.

Datuk Eskay kata, dia tidak minta benda lain. Dia tak minta Nik Aziz berundur, dia tak minta Hj Hadi berundur, dia tak minta Nurul Izzah berundur, dia tak peduli PKR atau Pas nak perintah negeri mana. Yang dia minta hanya satu, Anwar berundur.

22 comments:

Anonymous said...

betul2..
lebih baik berundur..

sejahtera39 said...

dalam kes vcd ni.. nikajis tak ada sebarang komen lagi... mungkin tungu wahyu dari tuhan dia kot..

Sudir said...

Satu permintaan ni kalau tak dapat nak tunaikan macamana nak tunaikan 100 janji buku jinggay tu ek!!

Anonymous said...

Hehehe...kuat jugak kan si johari 'bendul' abdul ne nak pelahap rasuah...

-saya anti rasuah-

Dulu, Kini, Selamanya

Anonymous said...

Jika ade rakaman JA menonton video, letak je dlm Utube supaya senang org nak buat kesimpulan.

Jika benar ade rancangan JA dll utk jumpa Datuk T(rio), kenapa dibatalkan sedangkan semua boleh dirakam sebagai bukti kemudian ?

Macam-macam dah timbul, letak je video/still tu dlm Utube !!!

hanizam said...

maner taknya, info nik ajis dapat memang nuar dalam cerita tu...

kalau dia keluarkan sepatah dua nak bela nuar, pasti kena teruk....

Anonymous said...

itu nikky azizi bila mau kasi itu komen itu video punya pasal haaa?? talak lapat ilham dari langit kah atau tunggu itu bulan mau penuh baru boleh lapat itu ilham kah??? waa tunggu manyak lama tau kah.....hayyaaa itu nombor magnum kuda toto tau itu vcd punya nombor mimpi?????

Anonymous said...

anak menakan haprak bedul ni!

Anonymous said...

poknik dh keno smaye hajat doh...

komando said...

pencacai umnongok dah berbunyi mempertahan benda yg fasik.. kah3x...

Anonymous said...

RBF : Ada tak utube nye? Kalu ada kasi tau kat sini. Biar si Johari tu ternganga

sahabat said...

Perangai orang Melayu dari dulu hingga sekarang tak pernah berubah asyik nak menjatuhkan satu sama lain lebih2 lagi orang politik. Yang macai2nya terutama bloger2, kalau ia pun menyokong parti masing2 beradaplah,jangan gunakan bahasa kesat dan penuh cacian. Gunakan bahasa yang baik2, tegur secara berhemah agar orang ditegur dapat menerima teguran anda, insyallah.

Anonymous said...

teman nak tegur kome semua, jika tak berpuashati, nak menegor, nak komen, kome gunakan bahasa yang sopan2. Teman bila buka blog mike semua, baik dari pihak pembangkang atau kerajaan, bahasanya macam orang yangb tak berakal. Ingat kita semua ni orang Islam, apa jua amalan kita, cakap kita, perbuatan kita, akan dihitung diakhirat. Tak salah kita menegur atau memberi komen menggunakan bahasa yang baik2 dan berhemah, insyalah orang yang kita tegur akan terbuka hatinya.

Black said...

Dari Sayyidina Ali ;
"Penghancur punggungku di dunia ini ada dua orang, iaitu orang yang pandai berbicara namun dirinya seorang yg fasik dan orang yg bodoh namun selalu tekun beribadah. Yang seorang akan membela kefasikan dgn lidahnya sedangkan yg seorang lagi akan membela kebodohan dgn ibadahnya. Berhati-hatilah dari para cerdik pandai yg fasik dan para ahli ibadah yg bodoh. Kerana mereka adalah sebesar-besar fitnah bagi setiap orang yg mudah terpedaya."

Sekoq PKR....sekoq lagi???

Anonymous said...

dia ingat dia pandai..ada orang lagi pandai..dan Allah sebenarnya lagi pandai dan maha merancang..

Anonymous said...

Tunjukkanlah video Johari tu. Jagn cakap aje... Buktikan

TESLAMARIN said...

orang tamak selalu rugi, tau apa dia cakap dalam tv pas, 100k, ingat lekeh sangat ka nak bagi 100k.bayangkan bawak 7 AP X 1 mil = 7 mil, boleh settel utang bapak sedara dia,petik jari je, tapi tak dapat sebab tamak.

Anonymous said...

mana vidnye? korg ni suke sgt ckp itu ini.. tunjukla..

Anonymous said...

harap dpt ditunjukkan video tu.

Anonymous said...

ini semua ayat-ayat dan cakap kosong x de bukti cakap ikut perasaan dan penuh emosi

Anonymous said...

Nik ajis ajak anwar gi buat umrah..anwar tolak sebab tak der masa.Dia nak kena jelajah Malaysia..

Dengar kata lepas video ni tersiar,anwar dan keluarga akan ke Mekah buat umrah..

Betul ka?????

adi- said...

MOGA ALLAH S.W.T LAKNAT KAMU SEMUA PENYOKONG2 UMNO YANG PERCAYA KEPADA FITNAH SECARA MEMBABI-BUTA DENGAN SELAKNAT-LAKNATNYA!! AMIN.. AMIN.. AMIN.. YA RABBALALAMIN..