Friday, September 4, 2009

NIZAR !!! NIZAR OII !!! DENGAR SINI ! HORMATI KELUARGA SI MATI

Adun Bagan Pinang,Azman Md.Nor (kiri)

Semasa dalam perjalanan pulang daripada Masjid kira-kira jam 3.00 petang tadi ,saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang bertugas di Ibu Pejabat Wanita Umno,Cik Haiza (belum kahwin lagi,sesiapa berminat boleh cuba). Haiza memaklumkan kepada saya,bahawa Adun BN, DUN Bagan Pinang N.Sembilan, telah kembali ke Rahmatullah kerana serangan jantung.

Untuk pengesahan,saya terus menghubungi Roshatika,iaitu pengendali blog Umno Bagan Pinang. Roshatika mengesahkan berita tersebut dan saya terus menghubungi House PK untuk disiarkan dalam blog beliau.

Saya yakin,sesiapa saja yang menerima berita ini,apabila mendengar sahaja dalam kepala mereka terus terbayang keseronokan PRK.

Jangan terlalu seronok sangat. Fikirkan sama keluarga si mati. Jangan kita bergembira atas kesedihan orang lain. Saya ada menghantar sms kepada seorang pemimpin PAS tentang berita ini. Tak sampai 10 minit lantas beliau menghubungi saya dan bertanya kesahihan berita. Soalan ke dua yang beliau tanya ialah 'Adun mana tu, BN atau PKR ?' Soalan ketiga 'banyak ke dia menang hari tu ?'. Itu saja yang dia tanya. Satu patah pun dia tak sebut "inalilah hi waina ila hirajiun". Itu pemimpin PAS, Pemimpin PKR dan DAP tak payah cakaplah,mungkin terus capai todi atau beer untuk meraikan kematian tersebut,kerana seronok ada PRK. Pemimpin BN,termenung panjang...

Kepada rakan-rakan blogger yang sealiran dengan saya. Disini saya ingin mencadangkan,agar kita semua jangan membuat sebarang posting tentang PRK Bagan Pinang selama tiga hari. Marilah kita sama-sama menghormati keluarga arwah. Tambahan pula disaat Aidilfitri yang bakal menjelma. Jangan tunjukan seolah-olah kita bergembira dengan kematian ini,sedangkan keluarga mereka bersedih. Sabar tiga hari sahaja,bukan lama pun.

Update@0715hrs: Ada yang menghantar komen kpd saya dengan mengatakan saya meminta kawan-kawan menghormati jika Adun BN yang meninggal. Jika Adun PAS meninggal mereka kata,saya hentam juga.

Penjelasan saya : Saya tidak kira-kira Adun mana sekalipun yang meninggal dunia. Kita mesti bertenang seketika. Jangan terlalu kalut bercakap pasal p/raya. Hormati keluarga mereka. Bukti saya juga menghormati Adun PAS ada disini. (Rujukan di sini)

15 comments:

Anonymous said...

pundek la lu

mack said...

akum salam takziah buat keluarga ALLAYARHAM SEMOGA DIBULAN BAIK ALLAH AKAN MEMBERI RAHMAT DAN DITEMPAKAN BERSAMA ORANG2 YANG BERIMAN.Kematian adalah suatu yang pasti akan berlaku kepada setiap manusia yang benyawa begitu juga dengan haiwan mahupun jin selagi mana namanya mahluk ia akan tetap menemui ajal cuma lambat atau cepat yang pasti malaikat maut akan datang mencabut nyawa kita semua. Soal kekosongan kerusi jika berlaku pasti pilihanraya akan diadakan inilah masanya untuk BN menguji kekuatan dikawasan lubuk mereka jika menang pasti berita nya akan disiarkan selama seminggu berterusan jika sebaliknya tentu hanya tajuk kecil sahaja itulah mentaliti BN dan kroni nya.Tapi pas atau PKR kena kerja kuat untuk menarik pengundi agar mengundi dan bijak mengutarakan isu semasa sebenarnya banyak isu yang BN tak dapat selesaikan dengan itu boleh dimanupalisasikan. ok itulah sahaja untu kali ini wslm selamat berbuka puasa.

Anonymous said...

kah kah.. tibe2 pulak penulis blog jadi alim2 kononnye... aritu bukan main kutuk org keling lah ape... islam celah mane lah ko blaja ni...

org umno camnilah, pertahankan islam kononnye.. tapi islam tak cukup ilmu..

siap tuduh org minum tido lagi tak tahan.. mmg sah blaja agama tak abis...

Jeffry said...

SLM BRO..PEMBANGKANG NI NMPK SGT DAH KEMARUK KUASA! HARKK PTUIHH!!. AKU SOKONG KITA BERKABUNG 3 HARI TANDA SIMPATI KPD KELUARGA ARWAH!

Anonymous said...

Awak ini bodoh sangatlah. Buat andaian yang tidak dapt dibuktikan. Bapa saya kata, kalau seseorang itu buat andaiannya tersendiri, maka besar kemungkinan orang itulah yang mempunyai idea tersebut. So, u are the person who is going to be happy. Please respect the deceased family and the soul as well. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Anonymous said...

Kalau orang BN meninggal...mohon pembangkang tidak meraikan dgn kegembiraan, dan minta hormat keluarga simati. Tapi apa cerita ADUN PAS yg dapat rawatan di Negeri China. Belum mati lagi ada blogger tajaan UMNO yg mendoakan dia mati...inilah peranan blogger double standard. Kenapa tak pi posting msg dekat blog-blog ni minta dia orang hormat pd ADUN dan keluarganya.
Saudara brurk sangka terhadap org PAS.Berdasarkan tulisan saudara...saudara terus menghukum berdasarkan sms dia yg tidak menunjukkan sebarg simpati...saudara hanya tangkap muat...menabah dosa di bula posa

Manjungmari said...

OOOO kalau kat geng hangpa suku sakat hangpa suruh hormati... kena kat ADUN PAS di Manik Urai dulu apa cerita, kat DUN Galas kawan yang dok kat negara china pun hangpa dah pukol canang.... baguihla macam tu... hangpa pakat-pakatlah buat tahlil, baca Yassin minta Allah berkatinya.. moga-moga dapat masuk Syurga... untuk diri aku sorry... selagi nama ahli UMNO, tambah lagi sebagai ADUn aku tetap anggap musuh... harap maaf...

zuLiss AutoTech said...

Semua yang hidup akan mati

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN said...

Assalamu'alaikum
Untuk renungan sesama Islam kecuali yang bukan islam

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "Akum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform Akum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'

Dee said...

Salam rbf

Kebanyakan blog pro pembangkang kini hangat canang prk bagan pinang ini. .begitu ghairahnya mereka. .

Kata2 dibwa ini saya ambil dari blog al banjari. . .

"Yb Adun Bagan Pinang N.Sembilan yg mewakili Umno/bn pulang ke rahmatullah dan tidak akan bertanding dlm mana2 pilihanraya umum atau kecil selama selamanya."-- Blog al banjari online

Apa penilaian saudara sekelian tntng ayat diatas ? Bongkak dan angkuh ?

Fikir fikirkan lah.

Al-Juburi said...

Taik la Anonymous!
penakot xde name ke!!

Rashid said...

Insyallah PAS akan menang.

UMNO dah nak mampus.

Anonymous said...

apa kata letak gambar sms tu..

hamba Allah said...

kenapa blog rbf ni banyak sangat mencarut & memaki hamun dan suka panggil nama org lain dgn gelaran yg buruk2 eh?.. ini kah contoh pemimpin umno yg nak memimpin selangor / malaysia?..

saya sokong rashid.. insya Allah umno akan berkubur bersama2 blogger2 tajaan umno nih!!..

Budak said...

kepada Anonymous,

Lawak2 la tuan hamba nie... aku tak sure la ko nie melayu ker x.. nasib baik dlm blog, kalo depan mata aku.. aku campak kasut kat muker ko.. perangai ko cam yahudi!