Thursday, September 10, 2009

NIZAR OIII !!! JOM KITA MELAWAT TAPAK KUIL

Kita tidak boleh menganggap masalah yang dihadapi oleh penduduk Seksyen 23 sekarang adalah masalah mereka dan kita tidak perlu peduli, kerana kita tidak tinggal disana.

Jika anda beranggapan begitu,maka tanggapan anda itu salah. Kita kena anggap masalah mereka juga masalah kita. Cuma ianya kebetulan berlaku di kawasan mereka. Mungkin satu hari nanti anda juga akan menghadapi masalah yang sama. Kita harus bantu membantu sesama lain.

Jika kita tidak dapat membantu secara lain ,kita harus memberi sokongan secara moral kepada mereka, .

Sebagai contoh, wang jaminan di mereka yang didakwa di Mahkamah semalam sebanyak RM 28,500.00 dikongsi bersama oleh penduduk-penduduk Seksyen 23. Ada yang menyumbang daripada RM 5.00 hingga ke RM 2000.00. Inilah salah satu contoh yang baik dalam kita hidup bermasyarakat.

Oleh yang demikian sukalah saya disini, untuk memohon sedikit sokongan daripada rakyat Malaysia terutamanya penduduk sekitar Lembah Klang. Bukan wang ringgit yang dipinta, tetapi sedikit pengorbanan masa daripada Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang budiman sekalian sebagai sokongan moral kepada penduduk Seksyen 23 atas keberanian luar biasa mereka.

Anda semua dijemput hadir melihat dengan mata anda sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku di Shah Alam. Kita bersama-sama pergi melawat tapak kuil yang disediakan oleh Kerajaan BN di Seksyen 18 kemudian kita melawat pula tapak kuil yang disediakan oleh kerajaan pakatan di Seksyen 23. Kemudian anda boleh buat perbandingan dan nilai sendiri.

Semua dijemput hadir pada hadir pada hari Sabtu 12.09.09 jam 5 petang. Bawa ahli keluarga anda bersama. Luangkan sedikit masa anda dihujung minggu untuk saudara-saudara kita di Seksyen 23.

Setakat ini pihak penganjur telah menghantar beberapa jemputan kepada beberapa pemimpin BN,PAS dan PKR. Ada yang sudah memberitahu mereka akan datang dan ada yang belum menjawabnya. Walau bagaimana pun jauh di sudut hati kita, kita masih berharap agar mereka semua datang.

Saya akan sentiasa melaporkan dari masa ke semasa tentang lawatan ini. Harap sentiasa rujuk disini.

No comments: