Thursday, September 3, 2009

TAHAP KESELAMATAN KLCC TERLALU LONGGAR

Semalam negara dikejutkan dengan aksi spiderman oleh seorang lelaki Perancis yang memanjat KLCC hingga ke puncak,mengambil masa selama dua jam. (Rujukan,klik disini)

Yang menjadi persoalan di dalam benak fikiran saya sekarang, dan saya rasa mungkin juga rakyat Malaysia yang lain ialah tahap keselamatan di KLCC.

Kita seolah-olah berbangga pula, bila ada orang yang berjaya memanjat bangunan KLCC tanpa sebarang alat bantuan pendakian. Semua media masa negara melaporkan berita ini. Tapi tiada satu media pun yang mempertikaikan tahap keselamatan KLCC.

Dalam mana-mana negara sekali pun di dunia ini,bangunan tinggi kebiasaannya mempunyai tahap keselamatan yang begitu tinggi. Tapi apa sudah jadi terhadap bangunan tinggi di negara kita ? Dimana pihak keselamatan KLCC berada pada masa 'spiderman' berkenaan 'menakluk' KLCC ?

Mengapa dia boleh terlepas naik ? Tak mungkin dalam masa dua jam ianya memanjat lansung mereka tidak menyedarinya. Lainlah jika dua minit,boleh diberi alasan terlepas pandang. Ini dua jam ! dua jam ! Pihak keselamatan tidur kah ? Atau pura-pura tak nampak kerana malas.

Kita bernasib baik,kerana tiada kejadian buruk berlaku. Cuba bayangkan jika pendaki berkenaan membawa bom dan mengebom bangunan KLCC. Adakah selepas dia mengebom baru kita hendak kelam kabut ?

Lagi pun sudah ada pihak media yang mengetahui rancangan lelaki berkenaan sejak awal lagi. Media pun ada bersama disana melihat pendakian berkenaan. Tak mungkin itu pun pihak keselamatan masih tak sedar lagi.

Oleh yang demikian,pihak Petronas selaku pemilik bangunan KLCC harus mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak keselamatan KLCC. Nyawa pekerja-pekerja yang bekerja dalam bangunan berkenaan sudah tidak selamat lagi, jika tindakan segera tidak diambil.

Tower 2 KLCC, kebanyakannya disewa oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang terkenal. Mereka ini amat fobia kepada keganasan dan sering menitik beratkan aspek keselamatan. Jangan sampai mereka semua bertindak keluar daripada KLCC dan menyewa di tempat lain pula. Jika ini berlaku,ianya memberi kesan yang tidak baik kepada negara dan menjejaskan kedatangan pelancong ke KLCC,serta nama KLCC selaku antara bangunan berkembar tertinggi di dunia juga akan tercemar.

Harus diingat, serangan terhadap bangunan tinggi bukan sahaja boleh berlaku seperti peristiwa 9/11 yang pernah menggegarkan New York. Ianya boleh berlaku dari pelbagai sudut.

Tahukah anda yang imej negara kita telah tercemar di mata dunia, kerana aksi spiderman terbabit. Negara luar sedang memandang sinis terhadap tahap keselamatan bangunan tinggi di negara kita.

Oleh yang demikian Petronas harus mengambil serius perkara ini. Jangan sampai ianya berulang lagi dan dilakukan oleh pihak lain pula.

2 comments:

Anonymous said...

kita lalai sebab yang jaga keselamatan (guard) kat KLCC pun bangla..nepal..
dari yang jaga tandas, kerja kat kios, guard, semua org asing..

imegresen airport/sempadan x buat kerja ke..? mamat tu dah ada rekod masuk malaysia dulu.. kenapa x inform polis bila dia masuk sekali lagi..

Anonymous said...

alasan yang polis bagi..x leh nak halang sebab masuk sebagai pelancong..

kalau osama, nordin mat top masuk pakai visa pelawat macam mana lak ek..?