Wednesday, September 9, 2009

NIZAR OIII !!! GANI PATAIL HARUS LETAK JAWATAN


LETAK JAWATAN !
LETAK JAWATAN !
LETAK JAWATAN !

KES INI APA CERITA ?

PENGANJUR KES INI BILA HENDAK DIDAKWA ?

Saya merasa amat marah dan bengang dengan sikap Peguam Negara,Gani Patail, apabila beliau mengambil keputusan untuk mendakwa penganjur dan peserta demo yang membawa kepala lembu.

Begitu pantas sekali beliau bertindak. Dalam masa dua minggu sahaja. Apa cerita kes demo mansuhkan ISA yang sudah sebulan lebih berlaku dan juga kes perhimpunan perkauman Teoh Beng Hock di Stadium Kelana Jaya yang sudah dua bulan lebih berlaku.

Kedua-dua kes berkenaan sehingga ke hari ini masih belum ada apa-apa tindakan. Apa yang dibuat oleh penduduk Sekyen 23 adalah kecil berbanding dengan dua kes tersebut.

Penganjur demo Mansuhkan ISA yang telah melumpuhkan Bandaraya KL,sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil.

Peserta demo kematian Teoh Beng Hock di Kelana Jaya juga melakukan perkara yang lebih lagi perkauman iaitu menghentam melayu dan membakar surat khabar melayu, tetapi tiada apa-apa tindakan yang diambil hingga kini.

Peserta demo kepala lembu tidak pernah sesekali melumpuhkan aktiviti di Bandaraya Shah Alam atau mengeluarkan kata-kata perkauman, berbanding dengan dua peristiwa diatas. Tetapi mereka pula yang didakwa .

Satu contoh lagi,iaitu kes Karpal Singh menghina Sultan Perak. Berbulan masa yang diambil oleh Peguam Negara untuk mendakwa Karpal, sehingga ratusan laporan Polis dibuat, barulah tindakan diambil. Tetapi dalam kes kepala lembu,hanya dengan beberapa laporan polis sahaja dan dalam masa dua minggu sahaja pendakwaan terus dilakukan.

Adakah kerana penganjur dua demo diatas , semua orang politik dan orang cina,maka tiada tindakan diambil. Tetapi bila kes melibatkan orang-orang kecil dan orang melayu maka tindakan dengan sepantas kilat diambil.

Saranan saya ialah

GANI PATAIL HARUS LETAK JAWATAN !


21 comments:

Mandailing Rangkuti said...

Bukan setakan Gani Patail sahaja yang MESTI Letak Jawatan. Hishamuddin menteri pun MESTI letak jawatan.Adil tak kena gaya demokrasi tak bertempat.Inilah salah satu menteri yang "BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DI IKUT"

Anonymous said...

Woi demo GMI beratus orang yang kena tangkap takkan pula demo haram kepala lembu nak dibiarkan lepas bebas..apakah kalau demo yang disertai orang umno kebal daripada undang2..Syabas Ghani!!Tangkap dan dakwa mereka yang cuba mencetuskan huru hara ni walaupun hanya bertindak setelah puas diasak.

PADANGBOLA said...

korbankan melayu demi undi bukan melayu...sedihnya...

ruang bicara faisal said...

halo bro,

baca betul2 dulu. saya tanya kenapa PENGANJUR DEMO ANTI ISA tak kena ? bukannya peserta demo.

Anonymous said...

Itulah Melayu...
Terlalu bertolak ansur sangat. Sekarang dah ditolak beransur-ansur. Tak lama lagi dikuis je la bangsa melayu dari dulang Malaysia ni.
Berpolitik pulak lebih dari orang politik. 24 jam politik.

alongstreamyx

Local Fighter said...

bro,
gani patail mengikut saja.

yang patut letak jawatan adalah Menteri Dalam Negeri paling lemah dalam sejarah Malaysia..Dato' Hisham..!!

terlalu sangat mengambil pendekatan populis dalam tindakannya.

cuba kita lihat atas desakan DAP dan sekutunya,dia akur nak tubuhkan inkues dan Srhnjy Diraja (kes Teoh).

Demo anti ISA..asik bagi amaran. yg ditangkap 18 ekor lembu peserta demo. Kapla dia duk senang lenang je sekarang. Menteri paling dayus dlm kabinet 1Malaysia.

Dia ni memang tidak berkaliber menjadi pemimpin. Tgk le Terengganu. Dia sebagai Pengerusi Badan Perhubungan tidak tahu nak baut apa2. Kena lak Tan Sri TPM pergi settelkan.

Dato' Hisham,letak le jawatan kalau tak mampu memimpin. Apa kejadahnya jika dlm badan mengalir darah kesatria Dato Jaafar Muhammad, Dato' Onn dan Tun Hussein tapi kecut bila berhadapan dengan musuh Islam dan Melayu!

Dengan melayu pandai lak tunjuk berani.

Dlm PC aku tgk brita semalam, berbulu je aku dengar dia cakap tak de bukti nak dakwa kes baling kepala khinzir dlm masjid. Abis tu, takkan nak goyang telur kat pejabat tunggu suspek menyerah diri. Pergi le wat keje...!!!

Kesal dan sedih dapat Menteri yang tak guna ini. Masa jadi Menteri Pelajaran pun apa jasa dia? aku tak nampak apa pun!!

adik manis said...

lohhh....
penganjur kepala lembu pn bkn nye kena tgkap...
kan baru nk g bicara....
rlex la broo.... jgn emo...

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Ini semua berlaku kerana terdapat seorang Menteri dalam negeri yang penakut...
Masa jadi KPP Umno dulu pun dia takut juga kat Cina dan India. Inila yang dikatakan sampah dalam kabinet najib.
Aku sayangkan parti keramat ni...

Anonymous said...

kesian la orang melayu skrg. dah la x berapa nak cerdik, dibodoh bodohkan lagi. bangun la MElayu oiii, x kira la ko UMNO ke PAS ke PKR ke, sedar diri la. jangan jadi kepala anjing!!!

errr..kepala anjing nak kira hina sape lak eh?

zainal mohd jais said...

Macam Monyet Dapat Bunga
Macam Anjing dengan Bayang-Bayang

Lawan tetap lawan. Bangkang tetap bangkang. Itu moto dangkal pembangkang tegar, sebelum PRU. Maknanya mereka tak pernah berfikir atau merancang nak memerintah, terutama Selangor.
Dah 1 tahun 6 bulan, mereka masih terperanjat, honey moon, terus bagi gula-gula pada rakyat.
Perancangan pembangunan negeri lintang pukang
Pelaburan merudum
Pendapatan negeri merosot teruk
Duit zakat cuba dirampas untuk mengurus negeri kerana kantung semakin kering.

Kerosakan kepada Melayu dan Islam semakin menjadi-jadi.
Perpaduan antara kaum semakin buruk
Bukan Melayu diajar pijak kepala

Ramai yang tersalah respect kepada
Anwar yang cuma petah bercakap, ramai kawan, tapi ilmu kurang.
Dia bukan belajar masa di universiti. Hampir tak lulus.

Khalid cuma kebetulan berada di PNB yang menjadi dulang emas kerajaan, diberi seribu sokongan untuk berjaya. Tanya orang kiri kanannya semasa di PNB.
Rakyat tertipu dengan kredibiliti terlakon oleh pemimpin yang penuh kosmetik, tapi kosong dan merosakkan.

Semoga Selangor akan segera diselamatkan dari kehancuran yang lebih besar, dari tangan monyet sarkas yang kelihatan bijak, tapi dia tetap monyet.

Dollah said...

Apa yang ngko meroyan nie!... Memang ngko pun macam perangai lembu. Yang kata peserta GMI tak didakwa tu dapat fakta dari mana... hampir 500 orang kena tangkap, ngko buta ke ape!...

Anonymous said...

he he he,
tunggulah kan kao kata we have the numbers poorah. setelah mentehri besar genggaman ameno tu dah naik tangga, elok kao adakanlah demo kepala lembu setiap minggu. siap lengkap dengan kuih muih dan pelbagai juadah

adik masam said...

to local fighter...

lu ckp pandai la...
apa plak jasa lu pd agama bangsa dan negara?

bro.matt said...

GANI PATAIL HARUS LETAK JAWATAN !

sokong..!!!!

hisham kene gertak!!hunus keris pun takut..kecut #@%*R!!!

Anonymous said...

aKU SOKONG LOCAL FIGHTER ... MMG MENTERI MULUT LEBAR TU KENA LETAK JAWATAN. MAKAN GAJI BUTA KER.......DAYUS ...
DESAK PONDAN TU LETAK JAWATAN

Anonymous said...

hishamuddin menteri amaran, kerja dia sekadar beri amaran jer. HAHAHAH

isu perkauman: Kerajaan kita ni kalau kaum cina dan india buat onra, dia lambat bertindak sebab tahu onar tu takkan kemana-mana, sebab biasanya Melayu diam jer


tapi ini kali, Melayu sudah petik suis, kerajaan jadi takut lah..

suis dia ada kat Melayu, sekali Melayu petik huru hara Malaysia..

Anonymous said...

hishamuddin menteri amaran, kerja dia sekadar beri amaran jer. HAHAHAH

isu perkauman: Kerajaan kita ni kalau kaum cina dan india buat onra, dia lambat bertindak sebab tahu onar tu takkan kemana-mana, sebab biasanya Melayu diam jer


tapi ini kali, Melayu sudah petik suis, kerajaan jadi takut lah..

suis dia ada kat Melayu, sekali Melayu petik huru hara Malaysia..

sangguna said...

baguslah klu org melayu dakwa aje tak payah nak tunggu lama2 takut nanti undi keling pd bn lari. bagus2 contohnya klu karpal sikn hina raja pun ok takpe, dap hina islam pun takpe, kita siasat le sampai setahun dua tahun sampai rakyat pun dah lupe, tapi ingat ada melayu yg tak lupa, keling yg tampau polis tu amacam dah dakwa blm, tak payah dakwa la nanti keling lari tak undi bn.
Bkn ke org dah ckp kepala lembu tu simbolik atas kebodohan pemimpin melayu kat selagor, knp masih nak kecoh2, malah melayu sendiri pun termasuk hishamudin pun terpekik2 marah kat melayu tu. Tapi ada ke diorang teringat waktu pru yg lepas, 5 negeri yg kalah disamakan dgn 5 ekor BABI panggang yg cina2 DAP tu nak mencekik, apa simboliknya tu, bkn ke negeri2 tu berdaulat ada negeri yg bersultan lg,apa parasaan melayu2 yg kat dlm 5 negeri tu, klu betul pun nak celebrate panggang le binatang lain, kambing ke 5 ekor, takde sapa pun yg nak pertikaikan.
Pada masa tu takde seko melayu pun yg bersuara, baik dr bn atau pun pr, ialah org melayu blh consider yg babi 5 ekor tu bkn simbolik yg ditujukan pd mereka cuma sebagai makanan pd cina dan bangsa2 pemakan babi yg lain.
Tapi knp bila org melayu buat cuma pijak kepala lembu yg dah berkali2 diterangkan yg memang lembu tu adalah simbolik kebodohan atau kedunguan, bkn bertujuan menghina mana2 agama, knp ada org yg terpekik2 menyalahkan mereka, yg lbh dahsyat lg apabila ada melayu yg berkobar2 dan begitu bersemangat membantah tindakan tersebut. maka memang betul le melayu yg terpekik2 itu lah sebenarnya LEMBU, lembu bodoh yg blh dicucuk hidung.
dakwa le melayu2 seksyen 23 tu, jgn ditunggu lg, tempat aku di melaka ni dulu memang kubu kuat umno tapi klu ini berlaku, nescaya InsyaAllah jatuh le umno di melaka ni.
biau karam, org melayu kena bersatu dan tubuhkan parti baru, parti melayu yg ada skrg ni tak kira le dr bn ke pr ke semuanya dah bacul.
Hishammudin adalah contoh seorang melayu yg bacul.

bronaga said...

Aku saran hisham letak jawatan! Takut sangat dgn. Orang bukan melayu! Aku tak lupa isu keris...itu pun nak mintak maap! Malu aku jadi ahli Umno. Asal org. Melayu yg. Nak tegakkan hak mereka semua tak boleh! Tu kes puk...k punya budak cina dgn. Lagu dia terang-terang hina Islam tu apa jadi? Hisham nkau patut letak jawatan! Bacul punya melayu! Kes Cina dap terjun bangunan dilayan macam kes anak emas! Mungkin arwah Tok moyang aku menangis lah dlm. Kubur tengok bacul jadi ketua! Aku berdoa janganlah ini hisham jadi Pm! Alamat tak makan cucu cicit aku pulak! Kesian aku pada Umno dapat pemimpin bacul!

Anonymous said...

Apa punya bangang... Kes Namewee babun hina Islam, Melayu dan Negara.. hampa takmau dakwa pulak? Cukup dgn mintak maaf saja? Aku sarankan pembawa kpala lembu yang kena dakwa tu mintak maaf saja sure lepas.. (jgn harap!!)....

APA PUNYA DOUBLE STANDARD?... Nampaknya PRU akan datang tumbang lagi la kat negeri2 lain...

Anonymous said...

kah..kah..penulis blog ni aku tengok syok sendiri je, sokong yang membawa rebah bro huhu...