Wednesday, September 9, 2009

NIZAR OIII !!! SELANGOR DAH HAMPIR TUMBANG

Pagi tadi saya berada di Mahkamah Shah Alam kerana memberi sokongan moral kepada kumpulan demo kepala lembu. Telefon saya tidak berhenti-henti berbunyi. Semua panggilan yang masuk bertanyakan saya tentang laporan di muka surat dua Utusan Malaysia hari ini. Rujuk di sini

Cuba anda rujuk kembali kepada posting asal saya. Rujuk disini

Tidak pernah sesekali saya menggunakan perkataan mengesahkan, sah atau disahkan. Saya guna perkataan DIJANGKA. Anda semua kena faham bahasa dulu sebelum nak hentam orang. Apabila saya guna ayat DIJANGKA, maknanya mungkin YA atau mungkin TIDAK. Itu hanya jangkaan.

Saya melaporkan apa yang saya dengar. Bukan apa yang telah DISAHKAN. Selama ini media masa utama juga sering menggunakan perkataan dijangka. Anwar Ibrahim lagi teruk, dia bukan lagi jangka akan ambil kerajaan pada 16 september, tetapi dia sahkan terus. Tapi,mungkin kerana dia Anwar Ibrahim,dia pak sheikh anda tidak marah atau hentam. Kerana saya RBF anda berani hentam.

Mungkin juga pertemuan PM dengan Sultan Selangor dibatalkan semalam, dan akan diadakan petang ini. Tiada siapa tahu dan dapat sahkan sehingga kini. Dalam dunia politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sampai orang kejar orang ke Taiwan pun ada juga.

Tetapi apa yang saya tahu, Kerajaan Selangor bakal bertukar tangan. Hanya masa yang menjadi penentu. Senarai nama dan tandatangan 31 orang Adun Selangor yang menyatakan telah hilang kepercayaan kepada Khalid Ibrahim,sudah pun berada di tangan Hassan Ali sekarang. Ianya dijangka diserahkan kepada Tuanku bila-bila masa.

Kepada juak-juak PKR, hayati pesanan di bawah ini

WE HAVE THE NUMBERS !

No comments: