Wednesday, November 10, 2010

Adun BN Menangis Umno Dihina

Datuk Nozula Mat Diah diperintah keluar dewan dan digantung sehari daripada menghadiri persidangan setelah enggan mematuhi arahan Mohd. Zaki yang memintanya supaya duduk bagi membolehkan Dr. Nik Mazian Nik Mohamed (Pas-Gaal) meneruskan perbahasan Bajet 2011 kerajaan negeri.

Insiden berlaku ketika Nozula bangun membantah perkataan yang dikeluarkan Abdul Fatah Harun (Pas-Bukit Tuku) yang mengumpamakan UMNO seperti “najis dalam tandas” ketika mencelah perbahasan Dr. Nik Mazian.

Kata-kata Abdul Fatah menyebabkan Nozula bangun meminta Abdul Fatah menarik balik kenyataannya yang disifatkan sebagai menghina UMNO.

Nampaknya dendam kekalahan di Galas dibawa oleh Pas sehingga ke dalam Dewan Undangan Negeri.

Marah sungguh Pas dengan kekalahan itu.

Cerita penuh sila klik di sini

1 comment:

Anonymous said...

haha...menangis ke....bau sikit tu..hahaha