Monday, November 1, 2010

Batu Sapi:Yong Teck Lee Minta Habuan Untuk Tarik Diri

Di peringkat awal kempen Yong Teck Lee begitu agresif dalam kempennya dan juga kerap menghentam KM Sabah termasuk mencabar Datuk Seri Musa Aman berdebat.

Tetapi sejak beberapa hari lepas dia sudah mula kurang agresif. Kenapa ?

Selepas penamaan calon, mana-mana calon yang bertanding akan diberi tempoh beberapa hari jika mereka ingin menarik diri iaitu sebelum kertas undi dicetak. Selepas itu mereka tidak dibenarkan lagi menarik diri.

Semasa tempoh menarik diri itulah YTL begitu agresif menyerang KM Sabah, dia cuba nak tunjuk dia kuat dan dia akan lawan habis-habisan dengan harapan BN akan merasa gerun kepadanya dan menawarkan sesuatu agar dia menarik diri.

Dia tahu, apabila dia masuk bertanding dia akan kalah, apatah lagi dengan saingan tiga penjuru. Sudah tentu undi akan berpecah. Tetapi dia teruskan juga hasratnya kerana baginya inilah masa yang sesuai untuk 'demand' sesuatu bagi mengisi temboloknya.

Sehari sebelum tempoh tarik diri tamat, saya difahamkan dia telah menghantar wakil untuk berjumpa dengan pihak BN untuk 'deal' dan dia akan tarik diri. Antara salah satu yang dimintanya ialah jawatan Senator.

BN tidak melayan permintaannya, maka dia terpaksa teruskan pertarungan tersebut kerana tempoh tarik diri telah tamat. Sebab itulah sejak dua tiga hari kebelakangan ini dia dan penyokongnya tidak begitu bersungguh-sungguh bekerja dan ramai penyokong-penyokongnya sudah tiada semangat dan lari darinya untuk memberi sokongan kepada BN.

Itulah YTL, politiknya hanyalah politik mencari wang bagi kepentingan dirinya sahaja semenjak dari tahun 1985 sehingga kini.


No comments: