Monday, November 1, 2010

Batu Sapi:Yong Teck Lee Perompak Sebenar Di Sabah

Dalam kempen prk Batu Sapi Yong Teck Lee memainkan isu Sabah hanya untuk orang Sabah dan juga menuntut autonomi untuk Sabah.

Sebab apa dia nak Sabah hanya untuk Sabah ? kerana dia nak balun harta negeri Sabah untuknya dan KL tidak perlu tahu semua itu.

Dia pernah diberi peluang untuk menjadi KM , tetapi pada masa itu dia tidak menggunakan peluang tersebut untuk rakyat Sabah, sebaliknya digunakan untuk mengkayakan dirinya.

Sekarang apabila sudah tidak ada kuasa dia turun ke bawah melalak-lalak kononnya untuk memperjuangkan nasib rakyat Sabah.

Apa yang dia buat untuk rakyat sepanjang menjadi KM selama dua tahun ?

Nah ! Ambil yang ini

-Geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi).

-Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra.

-Tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.

-Meluluskan 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan kepada dua tiga kerat kroni-kroninya.

-Menjual tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta

-Menjual tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta.

-Tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.

- Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings.

-Duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan).

-Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.

Dialah sebenarnya orang yang merompak dan merampas harta rakyat Sabah,

Sekarang dia nak perjuangkan Sabah untuk orang Sabah pula ?

Sekarang dia nak bercakap pasal blok L dan blok M ?

Ptuihhhhhhh !

2 comments:

Anonymous said...

bro, aku rasa kalau ko buat facebook, mesti lagi meletup2 ko punya berita mcm parpukari~

Anonymous said...

Tahniah Bro.. gua suspek la kat lu..