Tuesday, November 2, 2010

Batu Sapi:Kenapa Sabah Miskin ?

Sepanjang kempen Yong Teck Lee menjaja cerita Sabah menjadi miskin di bawah pemerintahan Umno.

Bagaimana Sabah tak miskin, sepanjang menjadi KM selama dua tahun YTL jual dan gadai harta rakyat Sabah sebanyak mungkin.

Orang lain perintah berpuluh tahun tidak menggadai dan menjual harta Sabah sehebat YTL yang hanya dua tahun.

Di bawah ini hanya sebahagian sahaja. Akan ada lagi yang bakal menyusul.

Sebelum giliran YTL menjadi KM dia telah menubuhkan sebuah syarikat Briskmark Enterprise Sdn Bhd bagi menjadikan tempat dia mengumpul harta rakyat-rakyat Sabah yang dirompaknya apabila dia dilantik sebagai KM kelak dalam sistem penggiliran KM Sabah setiap dua tahun sekali.

Pada 1996, YTL (ketika itu Ketua Menteri Sabah) mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri, Sapi Plantation milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Ini didedahkan oleh Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Beliau berjumpa YTL di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation bernilai RM16.8 juta

Pendedahan dibuat Wasli ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu 12 Februari 2004 untuk menghadapi 5 pertuduhan rasuah melibatkan RM1 juta dan pemberian saham 3.36 juta unit saham milik LKTNS.

Perjumpaan Wasil dan YTL kerap diadakan selepas itu, bukan sahaja di pejabat tetapi di luar pejabat. YTL turut menghubungi Wasil bagi memaklumkan kaedah pemberian wang. Wasil diminta bertemu dengan ejen YTL yang hanya dikenali melalui nompor plat pendaftaraan kereta ejen terbabit.

Sekarang lu mau cakap Sabah miskin ke Yong ?

Ptuihhhhh.......

1 comment:

Anonymous said...

Yong Teck Lee mmg giler..
dia nyer family kat LAhad DAtu tu idup mewah, bisness merimpah plak tu.. wal hal kat Lahad DAtu setinggan tetap ada.. pelik arr

YTL tu penipu..
Kata si Katak Lompat
akan selamanya Melompat..