Wednesday, November 10, 2010

Bukan Salah Komando , Salah Orang Yang Mengarah


Sehari dua ini isu Sultan Ismail Petra diserbu oleh komando polis menjadi hangat kembali. Ada rakan-rakan blogger yang turut bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Gobind Singh dalam Dewan Rakyat dua hari lepas.

Saya ada melihat satu video yang bertajuk Kelakuan Biadap UTK diletakkan di blog Papa Gomo (diatas).

Untuk pengetahuan pembaca, saya difahamkan pasukan yang menyerbu Sultan Ismail bukannya UTK, tetapi pasukan komando.

Saya terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan mengenai perkara tersebut. Adalah tidak adil jika kita terus 'menghentak' dan 'memukul' anggota komando sedangkan kita tidak mengetahui perkara sebenar.

Apabila melihat video di atas, hati saya turut merasa hiba melihat Sultan Kelantan (pada tarikh kejadian) diperlakukan begitu. Tambahan pula baginda sedang sakit. Saya pun turut marah dengan apa yang terjadi, seolah-olah tiada sifat keperimanusiaan.

Tetapi kita tidak boleh salahkan anggota-anggota komando yang menjalankan tugas mereka. Memang itu cara kerja komando. Kita kena salahkan orang yang mengarahkan supaya anggota komando digunakan untuk misi tersebut. Kenapa guna komando ?

Dalam polis ada macam-macam jenis polis. Tugas Am (GD), Trafik, PGA, SB, CID , Narkotik,Fru, UTK , Marin dan Komando.

Mereka semua ini adalah polis. Tetapi skop tugas, dan kepakaran berbeza. Jangan main pukul sama rata sahaja, kononnya semua polis sama.

Jika berkait dengan masalah jalan raya, sudah tentulah menjadi tugas polis trafik, bukannya polis marin. Polis trafik yang lebih arif dan lebih pakar serta mereka ada cara kerja mereka tersendiri dan mereka tahu apa yang nak dibuat.

Jika nak menyiasat kes pembunuhan , sudah tentulah kerja CID, bukannya kerja PGA. Jika kes di dalam hutan pula, sudah tentulah kerja PGA bukannya kerja FRU. PGA mahir dan berkepakaran dalam hal hutan. FRU pula ditugaskan untuk menghadapi rusuhan.

Dalam kes yang terjadi terhadap Sultan Ismail Petra, kenapa pasukan komando diarahkan untuk menjalankan tugas tersebut ?

Apabila komando digunakan maka itulah cara kerja mereka. Mereka mengikut apa yang mereka pelajari semasa latihan. Jika tidak mahu perkara tersebut terjadi sepatutnya awal-awal lagi orang yang mengeluarkan arahan tidak mengarah supaya komando digunakan.

Persoalan yang harus kita tanya sekarang bukannya kenapa komando bertindak sedemikian tetapi siapa yang arahkan guna komando ?

Itu punca kepada segala masalah. Bukannya anggota komando yang bermasalah. Mereka telah dilatih dan diajar begitu, maka begitulah cara kerja mereka.

Contoh, pakcik mat adalah pesakit kencing manis, pergi hospital jumpa doktor. Kemudian doktor tulis di slip untuk farmasi supaya beri ubat darah tinggi kepada pakcik. Kakitangan farmasi ikut sahaja apa yang doktor tulis "pakcik, ini ubat pakcik, makan tiga kali sehari selepas makan ya pakcik, tolong habiskan ikut peraturan ya pakcik". Maka pakcik pun balik ke rumah makanlah ubat seperti yang diarahkan.

Ubat kencing manis pun ubat, ubat darah tinggi pun ubat, kedua-duanya ubat tetapi fungsi berbeza. Baru dua hari makan, tiba-tiba isteri kejut sembahyang subuh pakcik sudah inalillah. Puncanya kerana makan ubat darah tinggi. Siapa yang salah, doktor, kakitangan farmasi atau pakcik ? Siapa yang arahkan bagi ubat darah tinggi kepada pesakit kencing manis ?

Begitulah juga dalam kisah komando di atas. Apabila komando digunakan , itulah bahana yang harus di terima. Komando adalah komando, ibu bapa atau adik beradik pun mereka dah tak pandang apabila mereka bertugas. Mereka patuh kepada arahan dan patuh pada tugas sepertimana mereka dilatih dan diajar.

Orang yang mengarah harus bertanggungjawab dalam kes ini.




20 comments:

Anonymous said...

Dengan tu, kita juga nak tahu juga siapa yg 'mengarah' C4 dalam kes Altantunya - tak gitu ?

Kan lebih baik jika Hakim boleh menyoal saksi dan peguam-peguam yg bersuara di Mahkamahnya.

Hanya Pendapat & Inginkan Keadilan Sebenar.

Nani PJ

Hafifi said...

banyak sumber cakap benda ni masalah keluarga. Kalau bukan masalah keluarga, masakan pihak istana pun berdiam. Orang luar ni yang lebey2 aku rase..
pendapat aku: istana tengah tegang, yang satu nak dibawak lari, yang satu nak cegah supaya jangan bawak lari. masing2 ade polis..dia ada polis pengiring+bodyguard. yang lagi satu boleh roger komando, utk dan sebagainya. tu pasal polis pengiring pun blur. pasal benda ni TOP SECRET. bajet aku ler...hahahahaha..dah mcm topgun dah

Anonymous said...

AKU BUKAN ORANG KELANTAN! TAPI SIAPA PUNYA KERJA LAHANAT DAN PUKIMAK NI TAK HORMAT SULTAN KELANTAN? SIAPA YANG BERTANGGUNG JAWAB? JANGAN SURUH RAKYAT HORMAT KESULTANAN MELAYU TAPI BUAT ARAHAN YANG MENGHINA SULTAN! BODOH!

CanIFuckUToday said...

Betul Nani PJ,
Orang asyik nampak Najib & Rosmah. Mana tau budak CIFUT BABI (P-Gay-R) yang arahkan. Dia kan ramai kaki dalam MOSSAD.....

Anonymous said...

Ntahnya...
Yang buruk nama Komando dan PDRM...Pada hal dia orang cuma terima arahan jer....

"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Cakap sapa yang berani lawan?????
takdekan... so, ikut jer la walaupun nama pasukan dan anggota busuk dah sampai tahap bangkai dah....

Nasib baik aku pakai topeng muka.

Anonymous said...

Sorang dah turun tahta. Sorang lagi dah pegang tahta sekarang. Sampai la nie yang pegang tahta buat tak kisah pun. Kita plak yang bising-bising apa hal. Yang pegang tahta tak cakap apa-apa apabila yang turun tahta kena buat macam tu.... kira settle la beb..!!!

wmu350 said...

betul la kita pun marah tapi kita kena ambil kira juga isu ni besar kemungkinan yg kita pun tau masalah keluarga....

sampai ada yg kena tembak dan macam22 lagi....

ada yg mereka tahu dan tak mampu untuk beritahu kita semua..jadi pada saya ok la tu semuanya selamat...


ada kala untuk memastikan semua mission in action tindakan ini terpaksa dilakukan.....dah la tu jgn dibesar2kan kes yg istimewa sikit ni....faham2 dah la rbf..!hehe

Anonymous said...

salam,
teringat apa yg ditulis oleh ds sanusi junid ketika bekerja dgn king ghaz dlm kdn dlm blognya. bukan kementerian amaran ye. hanya org diperingkat atas sahaja yg ada byk maklumat dan menerima byk maklumat. salah guna kuasa itu yg tak mampu utk ditolak oleh org yg lemah dan ingin kpd pangkat kekayaan.kita kat bwh ni boleh teka macam2. dan macam2 ada. boleh pilih la mana nak dengar dan ikut.

Erman Syahid said...

Singh is the king. itu pasal lah dia timbulkan benda ini dalam parlimen. Sultan la ni tak kat apa-apa pun...dia pula yang lebih....

Anonymous said...

Ini kes berprofil tinggi, sebab dan musabab yang jelas kita tak tahu.

aku pasti ada sebab mengapa keadaan ini berlaku

polis hanya menjalankan tugas, ni jenis manusia tak tau diuntung asyik nak cari salah polis. Mak bapak kau ke yang kena tu !!!

Golongan yang asyik nak menyalak salahkan polis ini adalah golongan yang banyak problem, tak suka pada peraturan, agresif, sakit jiwa, asyik nak cari pasal,

Itulah guna polis, untuk melayani golongan2 di atas .. nak harap mereka ni jaga keselamatan, baik mereka berdemonstrasi ...

aku kenang jasa polis

Anonymous said...

sedih rasonya rajo ambo kena buat macam ni,cuba dengar beto2 kan azan tu....
sedih beb

tokawe

Anonymous said...

si kerismuddin tu ngan sultan (pada masa tu) kemain berani lak..

atau mungkinkah ini sebabnya si kerismuddin takmo amik tindakan dengan golongan anti raja melayu..

sebab..dia pun sama (satu geng) ? (kuang..kuang..kuang) (konspirasi nih hehe)

Anonymous said...

Salam.Buat pengetahuan Tuan , UTK adalah komando polis.Mereka (UTK) dan 69 Komando bernaung di bawagh Pasukan Gerak Khas (PGK) Polis.Sekalipun mereka menggunakan nama UTK , mereka adalah komando cuma UTK lebih kepada dimensi peperangan di bandar dan 60 Komando lebih kepada di hutan tetapi secara asanya kedua2 pasukan ini memliki kemahiran silang yang hampir sama.Banyak sumber terbuka di Internet yang boleh membuktikan perkara ini.Boleh rujuk untuk kesahihan.Terima kasih

_Melayu Jati Kelantan_

Anonymous said...

Aku suka tengok adegan ni! kira Polis Malaysia ada gelas gitu,,

Biarlah sapa mereka nak ambush asal demi kepentingan negara !!!

Hidup Polis

Latif Loya

Anonymous said...

Pemangku Raja (pada masa itu) mengurniakan Darjah Pahlawan yang amat perkasa pada IGP (Tan Sri Musa pada masa itu) pada 30 Mac.Operasi itu berlaku pada sekitar awal Mei. Kenapa Tuanku Al Sultan(Sultan Mohd V) tak menarik balik pingat dari IGP. Sedangkan ramai datukship yang ditarik ejak dia ditabalkan.
Jadi ini adalah isu Kerabat, pegawai yang mengendali operasi itu pun mengadap sembah Tuanku dan Raja Perempuan sebaik saja pintu belakang MPV dibuka dan mohon mencemar duli.
Jadi siapa mengarahkan?Tuanku Al Sultan pun tidak menunjukkan kemurkaan. Jadi our boys in blue hanya menjalankan tugas.Kenapa operasi dijalankan sedemikian rupe, sudah tentu ada maklumat yang menyebabkan perlu operasi dengan cara ini dibuat. Penggunaan UTK (bukan Komando pada pendapat saya, tak logik PDRM memerlukan Komando 69 untuk operasi sebegini)menunjukkan mungkin ada risiko lain jika menggunakan cawangan lain spt SB, jadi elemen shock & awe' diperlukan untuk melenyapkan elemen luar dari masuk campur dan seterusnya dpt mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Shahrul said...

Nani PJ,

aku sokong CanIFuckUToday, pasal si P Gay R tu kawan dia banyak yahudi lahanat yang memang nak tengok negara ni hacur, so tak heran la kalau bersetongkol untuk dapat jalan belakang jadi PM !!!!!! buat cerita macam2, nak jadi PM la katakan

Anonymous said...

Anon 10:20 AM,UTK tu komando polis la..

Anonymous said...

ALJUBURI
Untuk Nani PJ.." CAN I FUCK YOU TODAY"???
After licking your karipap , we'll have karipap daging lembu..." are you ok"?

Anonymous said...

Betul anon 4.04PM,

UTK & Komando VAT69 adalah komando polis. Tapi kebiasaannya bile sebut Komando Polis, orang dalam service akan ingat VAT69, sebab dia punye history ada kaitan dengan SAS British. Kalau UTK..org sebut UTK jelah, walaupun dia Komando tapi tugasan lebih kepada Urban & anti teroros. VAT 69 ini lebih pada COIN and berkemampuan untuk urban punya tugasan. Beret pun lain2, Marron UTK, VAT 69 Brown pasir(beret ini diberi oleh SAS). Macam dalam Armed Forces kalau sebut Komando orang akan ingat Gerak Khaslah, tapi ada PASKAL , PASKAU itu semua kategori Komando.

Anonymous said...

kita tak tahu hujung pangkal, jangan buat andaian.. Perkara ini tidak dihebahkan sebab masalah dalaman keluarga Sultan kelantan. Adik nak jadik Sultan, sbb tu dia pi culik Sultan kelantan. Polis cuba halang sbb yang berhak adalah abgnya.. End of story..
Semua yang berlaku adalah mengikut perancangan yang telah dikaji, sbb tu leh nampak polis yang mengiringi bagi laluan kepada komando utk menjalankan tugas.