Wednesday, November 3, 2010

Beras Sebutir Pun Pas Tok Pernoh Bui’

“Beras sebutir pun tok pernoh bui, apotah lagi bantuan lain… Tanah kito pulok kena ambik.. bukit-bukau pun abih kena sodok… sungai keroh… nok cari ike pon payoh… kami cari make apo yang ada lo ni jah…bulih la RM100 atau 150 sebule”.

Luahan di atas merupakan keluhan beberapa penduduk orang asli di Pos Brooke mengenai status kehidupan mereka hari ini yang terhimpit dengan kerakusan kerajaan Pas Kelantan meneroka tanah di kawasan mereka dengan pembangunan ladang rakyat.

Mat Nor Alang, 52, yang mempunyai 9 orang anak mengeluh dengan ketiadaan hasil hutan yang hari ini begitu sukar untuk ditemui kerana kebanyakan kawasan hutan yang merupakan sumber rezeki mereka dijadikan lading rakyat.

Katanya mereka hari ini hanya bergantung hidup kepada hasil hutan yang terhad kerana terpaksa memasuki hutan yang jauh untuk mencari pendapatan bagi menampung kehidupan seharian.

“Dulu hasil hutan seperti rotan gaharu, manong, buluh dan sebagainya senang dicari, Begitu juga hasil sungai dengan pelbagai ikan yang dapat kami tangkap untuk dijadikan lauk kami sekeluarga.

“Sekarang kita boleh tengok dengan jelas, bukit-bukau dah menjadi merah kerana hutan ditarah dengan sewenang-wenangnya. Macammana kami nask cari hasil hutan lagi. Air sungai suadah bertukar warna. Ikan banyak sudah mati,” katanya dalam temubual ekslusif bersama umno-Online, di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk orang asli daripada Kg Kuala Rengin, Tapa Ngah, 76, yang mendiami kawasan berkenaan sejak sekian lama menyifatkan mereka yang membuat kacau di kawasan tersebut sebagai mereka yang tidak berhati perut.

Katanya kebun dan dusun yang sekian lama telah diusahakan oleh penduduk orang asli musnah dalam sekelip mata apabila kawasan tersebut dijadikan ladang rakyat.

“Bayangkan bagaimana perasaan kami apabila pokok-pokok durian, petai, nangka dan sebagainya ditolak oleh “bulldozer”. Hancur luluh hati kami melihat apa yang kami usahakan itu dirobek sesuka hati. Pampasan langsung tidak dibayar.

“Kami yang lemah ini nampaknya akan berterusan menjadi mangsa penindasan kerajaan negeri. Kami tidak pernah rasa sedikit pun hasil lading rakyat yang dikatakan untuk membantu orang asli. Tanah kami ambil, tetapi hasil orang lain yang dapat,” katanya.

Dipetik dari : Umno Online


No comments: