Wednesday, November 10, 2010

Manusia Gagal Nak Jadi Hero Felda

Keluarga dia masuk Felda pada tahun 1969 dan pada masa itu Mazlan baru berusia setahun. Hasil daripada Felda itulah ayahnya menyara Mazlan dan adik beradiknya. Mazlan adalah anak pertama dari perkahwinan kedua ayahnya.

Bila sudah besar dan boleh bergerak sendiri dia menghasut keluarganya agar keluar dari Felda dan buat sendiri kerana katanya hasil dapat lebih banyak daripada dengan Felda.

Akhirnya keluarga dia keluar dari Felda pada tahun 1995 kerana percayakan Mazlan. Sepuluh tahun mereka tanam sendiri iaitu sehingga tahun 2005, bukannya makin bertambah, malah makin teruk dari tahun ke tahun. Akhirnya masuk balik ke Felda pada tahun tersebut.

Selepas masuk semula untuk skim tanam semula Felda tahun 2005, sekarang tahun 2010 sudah dapat tuai hasil tahun kedua dengan pendapatan RM 1500.00 sebulan. Semasa di luar Felda selama 10 tahun RM 300 sebulan pun tak dapat.

Betapa sengsaranya hidup keluarga mereka pada masa itu kerana percayakan cakap Mazlan kononnya dapat untung lebih banyak apabila buat sendiri daripada buat dengan Felda. Gagal, sama sekali gagal.

Ahli keluarga dia yang lain-lain yang kekal dan tidak pernah keluar Felda hidup senang lenang sekarang dan sudah mendapat tanah 10 ekar setiap seorang.

Kalau dia merasakan diri dia hebat dan lebih cerdik daripada Felda, kenapa masuk balik ? Buatlah sendiri sehingga berjaya. Buktikanlah yang kamu lebih hebat daripada Felda.

Berkokok sana sini siang dan malam, bila ada peluang buat sendiri gagal sama sekali. Sekarang nak tunjuk hero pula.

Tak usahlah warga Felda nak percayakan manusia seperti Mazlan, berkokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi.

Sebenarnya Mazlan bukannya betul-betul nak tolong warga Felda, tetapi dia nak guna warga Felda untuk mempopularkan dirinya dan mendapat perhatian pemimpin Pas supaya dipilih sebagai calon di kerusi yang selamat dalam pru akan datang.

Di kawasannya sendiri Bukit Ramun dia tidak ada pengikut dan tidak ada peneroka yang terpengaruh dengannya pun. Sebab mereka tahu siapa Mazlan. Itulah pasal dia terpaksa jual ubat di tempat lain. Jika orang tempat sendiri pun tidak percayakan dia, apakah peneroka tempat lain nak percayakan dia ?

Apa yang dilakukan oleh Mazlan sekarang adalah politik semata-mata. Sejarah telah banyak membuktikan yang pemimpin-pemimpin Pas adalah penipu. Diatas pentas ceramah mereka melaung-laungkan kononnya BN menipu, Felda menipu, BN rasuah, Felda rasuah tetapi diri mereka sendiri hidup bergelumang dengan rasuah dan pembohongan 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Jika Nik Aziz yang bergelar tok guru dan dianggap sebagai ulama pun seorang penipu dan bergelumang dengan rasuah, apatah lagi setakat Mazlan Aliman yang hanya ada janggut sejemput.


6 comments:

Anonymous said...

Pendedahan Hebat Bro... Kasi pekung PAS nie buka satu per satu...

pakatanrakyatpupus@gmail.com

Anonymous said...

meluat betui aku tengok muka mmamat nie dengan hidung kembang macam hidung babi tak reti nak bersyukur ....

Anonymous said...

Macamana nk berjaya bro kalau sendiri pun tak pernah masuk kebun.Orang tua suruh baja pokok sawit, dia pegi rempit tempat orang. Mak bapak dia dh tua. Tak larat nk motong buah lagi. Dia pulak asik berkokok-kakai sana sini tak nak tolong bapak sendiri. Nasib baik Felda kesian amik balik. Klau tidak kesian mak bapak dia..

Anonymous said...

Mazlan ni layak letak dlm hutan hanya beruk je percaya ngan mazlan ni...skrag ni dh ikut jejak wali selipar nikcy aziz tabur fitnah felda sana sini...mazlan jngn jadi hero anjing suruhan Pas,sbb Pas anjing suruhan Dapig ekekek...hidup felda!

Anonymous said...

aku anak felda dan aku berbangga dengan felda sampai aku dapat belajar pergi oversea pon tak risau sebab felda jaga mak bapak aku dnegan baik

Anonymous said...

laa.mamat nih..aku pernah ngajar anak die kt SK bukit Ramun. Kalo ade mesyuarat PIBG, suara mamat sumbang nih la yg byk keluar. Suma yg sekolah lakukan x kena. Tp bab nk ajak gotong royong x de la pulak nk join. pandai cakap je mamat nih..Budget bagus..Nasib abik kau berhati mulia. Kalo x aku dh luku2 kepala anak die..