Sunday, November 7, 2010

Pas Kalah Kerana Nik Aziz

Saudara Zulkiflee Bakar telah mengulas dengan panjang lebar dan secukup rasa dalam rencana tulisannya di Mingguan Malaysia hari ini.

Saya sengaja panjangkan tulisan tersebut di sini , kerana mungkin ada rakan-rakan kita yang tidak mendapat bekalan Mingguan Malaysia hari ini atau tidak kurang juga yang memboikot Utusan Malaysia.

Katanya Nik Azizlah yang menjadi punca kepada kekalahan Pas di Galas.Sebagai menteri besar, beliau telah gagal memastikan segala janji yang dibuat kepada penduduk di kawasan itu pada tahun 2008 ditunaikan, sebagai mursyidul am, beliau bertanggungjawab memilih calon parti itu, Dr. Zulkefli Mohamed, biarpun ramai ahli Pas dikhabarkan tidak bersetuju dengan pemilihan berkenaan.

Sebagai ahli politik, Nik Abdul Aziz tidak berhati-hati menjaga perilaku dalam pilihan raya apabila memberi sumbangan wang tunai yang ditakrifkan oleh Pas sebagai zakat kepada masyarakat Orang Asli.

Nik Abdul Aziz juga bertanggungjawab menyebabkan Pas kalah kerana tidak memainkan peranan sebagai ulama untuk menasihatkan pemimpin Pas supaya tidak membuat fitnah sepanjang kempen berlangsung.

Apa yang menghairankan kenapakah Nik Abdul Aziz bercakap soal dosa yang akan ditanggung oleh BN? Bagaimanakah dengan tindakan kerajaan Pas Kelantan yang memberi sijil pengiktirafan palsu kepada penduduk tertentu di Gua Musang kononnya mereka terpilih sebagai peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi?

Kepada yang belum membacan tulisan Zulkiflee Bakar atau kepada yang boikot Utusan Malaysia sila klik di sini untuk membacanya.

Semoga terbuka pintu hati dan minda anda yang memboikot Utusan Malaysia untuk menerima kebenaran walaupun pahit untuk ditelan.

14 comments:

Anonymous said...

Umno kalah pun kerana Nik Aziz

Anonymous said...

bersungguh benar menyerang peribadi nik aziz...

masa yang sama,RBF pernah x cuba mendengar kuliah jumaat TGNA di kelantan?

pernah membaca buku Air Mata Mahsyar karangan beliau??

pernah melihat kejadian TGNA dan wakil2 kerajaan PAS bersama rakyat mengadakan solat minta hujan semasa kemarau di kelantan baru2 ini??sehingga hujan menitik turun semasa mereka semua sedang berjemaah...

pernah melihat di negeri2 lain umat islam mencecah 10 ribu org menunaikan solat di stadium...

semua program diatas tidak melibatkkan politik...

nak harapkan negeri yg diperintah BN melakukan semua perkara di atas???

sampai kiamat pun belum tentu...

sedarlah,pendekatan islam paling sesuai utk ummah masakini...

-warga shah alam-

Anonymous said...

puak-puak pembangkang malaysia nie pelik sungguh attitude asal kalah jer semua tak betul gila ka hapo ..... tak payah layan jer biaq depa dok melalak lama-lama diam la tui

Anonymous said...

BN menang besar sebab Utz Nor Deris

pembaca talqin said...

kata anon kt atas tu...

"pernah melihat kejadian TGNA dan wakil2 kerajaan PAS bersama rakyat mengadakan solat minta hujan semasa kemarau di kelantan baru2 ini??sehingga hujan menitik turun semasa mereka semua sedang berjemaah..."

pada hari rabu hujan mula turun dikelantan...dan hari jumaat berikutnya nik aziz bersolat istisqa distadium..maka para-para pecinta nik aziz al wahabiy mula mengembar gemburkan suasana dengan melupakan hujan yg telah turun dua hari yg lepas...seolah2 hujan hanya turun ketika nik aziz dan jemaah pas solat....

kalo anda berada dikelantan sdiri pada masa tu,xsoh dok plawok laaah...

kalau nak ikutkan..pernah x dengar crita pasal qarun yg ingkar dgn suruhan ALLAH??? tahu x,yg qarun ni adalah org yg alim...kitab didadanya...pernah dengar x pasal barsisyo,bal'am ba ura???semua mereka ini adalah abid,alim...jauh lebih alim dan abid dr nik aziz...

Anonymous said...

halo warga shah alam

kenapa ko tak dok kelate ajer..kalau bleh gi dok kat tempat orang asli,baru ko tahu nik ajis dan juak2nya nie peerangai cam ner..

karang buku yang banyak...arwah ust ashaari lagi banyak karang buku..tetapi itu bukanlah menunjukkan dia berada atas asas kebenaran mengenai tindak tanduknya dan bukan juga sebagai lesen utk mendoakan orang kena mala petaka dan bukan juga lesen utk buat fitnah kat orang..

ALLAH ITU MAHA PENYAYANG...KALAU SERIBU ORANG BUAT SEMBAHYANG HAJAT,ANDA PASTIKAH ALLAH MAKBULKAN KERANA NIK AJIS...?MUNGKIN DALAM 10 RIBU TU ADA SEORANG HAMBA ALLAH YG SUCI BERSIH HATINYA DOK BERDOA SAMA..DAN ALLAH MAKBULKAN KERANA SATU ORANG ITU...KITA BUKAN KASYAF..JADI JGN CAMPUR URUSAN ALLAH DALAM SOAL2 PENGURNIAN NIKMAT..dalam ramai2 tu din puduraya pun ada gak kat situ..
jd sendiri mau ingat...

kenapalah dangkal sangat pemikiran puak2 paspispus ni........

Anonymous said...

oooo mamat anonimus shah alam.
aku penah tengok buku antara dua umar karya nik aziz tu.

setau aku la,khalifah umar abdul aziz tak bagi sebarang pertalian saudara dia pegang jawatan or dapat advantage dalam kerajaan.

tapi aku tengok penulis buku tu,selambe je bagi menantu pegang jawatan dan tender.yang terbaru pasal dinar emas kelantan selain dari dulu yang bagi kek 10kg tu

jadi...macam mana aku nak amik pengajaran dari buku tu kalau dah penulis tu pun tak buat apa yang dia tulih?

Anonymous said...

buat pembaca talqin:

apa yg aku tekankan kat sini,sejauh mana penglibatan pemimpin UMNO yg benar2 cuba membawak rakyat ke arah program yg lebih islamik..(yg rakyat perasan,pemimpin umno ni kuat karaoke..)

penah ke anda lihat di negeri lain rakyat berduyun2 solat berjemaah bersama pemimpin??

aku cuba bwk skop di selangor,kenapa UMNO x mampu nk membudayakan solat berjemaah,padahal terang2 UMNO tu Islam..susah sgt ke?kenapa rakyat kelantan mampu dibawah pimpinan TGNA...

kepada pejuang2 UMNO sekalian,pilih la pemimpin yg mampu memimpin solat jemaahdari segi tertibnya,bacaannya,pemahamannya,bukan memilih pemimpin yg penuh poket..org bawahan plak,sibuk mengipas pemimpin yg kaya..itulah budaya umno dari dulu dari sekarang.kalo anda semua menganggap duit adalah segala2nya,rakyat sampai bila2 akan meluat dgn anda..

perati2 la negara jiran yg x abis2 dilanda musibah...
jgn disebabkan cadangan pemimpin ulung umno,dato' najib razak ingin jadikan malaysia hub hiburan malam,kita semua tergadai...

ingat2la Pembaca Talqin....

-warga shah alam-

Anonymous said...

ooooo mamat shah alam...
rupanya jdi pemimpin kena imamkan solat berjemaah saja ke....

sebarang segala teknikal dan lain lain tak perlu ambik tau.

kalau macam tu,lebih baik ko minta nik aziz tu berundur pasai pak imam kat memana kampung pun boleh jadi MB kelantan.

hanya disebabkan "boleh jadi imam".ko pun boleh je jadi MB Kelantan pasal gerenti ko penah jd pak imam.

tak gitu

hanizam said...

bro shah alam, ikut lu le nak tulis ape pun pasal tok guru tu...

kalau lu rasa tok guru tu bagus, apesal dia tak tarbiahkan YB-YB PAS supaya ikut macam beliau??

tarbiahkan dulu YB PAS macam si MAHFUS (atas pokok), Mat sabu, tu Din Pudu, apesal ada cerita panas pasal dia, kononnya jangan aibkan orang bila kena londeh...

bila korang londehkan orang lain masa berceramah, bukan main seronok...meroyan semacam...

setakat buat sesuatu atas nama politik, tak payahlah nak bangga-bangga sangat...sikit-sikit tu bolehlah...

janganlah sebab isu solat hajat, tup-tup kononnya Allah makbulkan solat tu, dijaja 1 seantero dunia...

aku sokong pendapat anon 4.59am, dalam ribu-ribu yang solat tu, mungkin sorang dua je hati bersih...yang lain setakat ikut-ikut je (bak kata orang ambik port), hati & niat pun lain, baik tak payah nak kecoh...

hairan gak aku, negeri yang PAKATAN perintah, apesal PAS tak boleh ajak ikut buat macam kat kelantan???

agaknya takut dengan DAP ke??? ada berani nak buat?? Arak kat selangor kena rampas, boleh dipulangkan, ape cerita?? Isu Kuil tak selesai gak...

jangan lupa suruh tok guru tu tarbiahkan KARPAL Singh, Ketua menteri PP dengan bapaknya sekali supaya sokong HUKUM HUDUD...suruh mereka menghayati keindahan ISLE yang sebenar...

UDAH-UDAH le tu YEOP....

Anonymous said...

pemimpin nampak cantik bila mampu memimpin ummah...

tanya la hati saudara2 semua,takkan la tak terdetik rasa gembira bila pemimpin mampu memimpin beribu2 rakyat mengerjakan solat...

x tersentuh ke bile melihat beribu2 rakyat mampu turun berqiamullail dan bersahur bersama??

kalo hati2 anda disini tidak ade perasaan gembira melihat program2 begini diadakan,mmg gelap la hati saudara...

ahli2 UMNO dkt sini xterlintas ke melihat pemimpin anda mampu memimpin mengikut jalan yg lebih cantik??abaikan PAS kalo anda semua rasa PAS tidak mampu..

sbb aku sendiri rasa amat berbangga kalo UMNO lebih dekat dgn islam,gune pendekatan islam..

-warga shah alam-

Anonymous said...

kenapa xde satu hujah yg dapat buat aku teruja dgn usaha umno mendaulahkan islam??

kenapa xde hujah yg dpt buat aku yakin umno mampu merancakkan program rohaniah??

aku bercakap based pada pengalaman aku...aku bermastautin di shah alam..
tahniah aku ucapkan pada hassan ali yg berjaya merancakkan program agama..

tahniah jugak pada ulama2 lain yg terus menerus bekerja demi agama...

semasa rahman palil pegang portfolia agama islam di selangor,agak layu program2 sebegini...

dan skali lagi aku tekankan kat sini,biar sapa saja yg perintah,yg penting agama kita tidak layu pengisiannya...

kalo sedara2 semua tak setuju,terpulanglah....

jgn semangat melayu itu melebihi semangat islam saudara....

-warga shah alam-

anti bohmau said...

salam rbf,

memang benar kata warga shah alam,

tetapi ramai yg mengikut mendegar secara sehala shj tanpa mahu mempersoalkan sebarang salahlaku tok guru ini. ada siapa berani sanggah? tobat! sebab terlalu taksub!

mana ada ajaran rasul, berceramah saban minggu, saban malam tetapi membiarkan rakyat yg miskin tetap miskin hinggakan ada yg masih tinggal di rumah2 usang diserata ceruk negeri klate? berceramah saban minggu di bandar tetapi dlm bandar & pinggir bandar penuh sampah sarap tak terkutip, yg mendengar ceramah pun boleh menghidu bau dari sampah berdekatan...ada demo kisah? janji boleh dgr tok guru berceramah...

memang buat solat hajat tetapi doa2nya asyik nak mengenakan balik kpd orang2 Islam yg lain sedang orang kapir harbi dikilik, dilambung!

orang umno tak solat ke masa perhimpunan umno baru2 ni? benda baik umno buat tak mahu tengok langsung. kalau dah tengokpun buat2 tak nampak & tak nak mengaku. maklumla, mata dah tak nampak benda2 baik yg lain selain dari bulan berlangitkan hijau...

masa tok guru buat solat hajat hari tu, di kawasan pedalaman klate dah hujan dari mlm ke awal pagi lagi. ramalan cuaca pun kata hujan akan turun di kawasan pantai petangnya ke malam..solat hajat ke tak solatt hajat ke, "ani, angkat kain ujaan, jemoran dah tuurun!"......

InsyaAllah, doaku semoga umno berubah terus berubah menjadi lebih baik, bahkan terbaik & tidak berpura2 alim amat spt sesetengah pemimpin2 pas yg pandai berlakon depan ummah...bukti dah banyak pemimpin betukar jadi liberal...
dulu semuanya haram, tak boleh, gitu gini..sekarang apapun okay asalkan pas yg buat!!!

Anonymous said...

yup...
sama2 la kite berdoa agar umno berubah...

buang tabiat karaoke yg selama ni menjadi kebiasaan...

enjoy tu enjoy jugak...

tp mcm aku cakap,abaikan PAS jika UMNO mampu buat yg lebih baik...

cuma UMNO perlu lebih drastik perubahannya....

seperkara lagi,kuliah2 yg dianjurkan kerajaan Selangor skarang ini di bawah program PROMISE(program menyemarakkan Islam Selangor)...tiada unsur politik yg dibawa,sesiapa pun x merungut...sambutan warga selangor pun amat hebat...kalo ade unsur politik,dah lama PERKASA dan NGO2 lain dah hantar memorandum kat sultan..betul x?

-warga shah alam-