Friday, November 12, 2010

Kurang Patriotik: MCA Hanya Tahu Minta Duit Untuk Sekolah Cina, Tetapi...

Sebelum saya pergi pada isu yang nak diperkatakan, saya nak ceritakan satu kisah kepada rakan-rakan semua. Kisah ini sedikit sebanyak ada persamaan dengan isu yang saya nak perkatakan.

Kisah ini berlaku pada awal tahun 90an semasa saya bekerja di sebuah kilang. Penyelia (supervisor) saya pada masa itu seorang yang berbangsa cina dan bernama Koh.

Koh adalah seorang yang baik dan fasih berbahasa Malaysia. Tetapi dia ada satu masalah, mulutnya suka mencarut dengan satu perkataan itu sahaja. Yang itu sahaja yang dia pandai sebut.

Satu hari tidak boleh nak dikira berapa puluh atau ratus kali dia akan sebut 'kepala b*t*h lah lu'.

Jika ada staf yang tanya "mr koh yang ini nak buat macamana". Sebelum dia jawab soalan kita dia akan mula dengan mukadimah "kepala b*t*h lah lu, ", selepas itu baru dia jawab soalan kita. Apabila mengakhiri jawapan pula sekali lagi dia akan ulang perkataan itu.

Sikap Koh yang suka mencarut telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan staf perempuan. Mereka mengadu kepada ketua jabatan kami. Apabila dipanggil Koh tidak mengaku. Keadaan itu berterusan, sehinggalah satu hari ada staf yang pergi mengadu kepada Ketua Jabatan Sumber Manusia (HRD).

Ketua HRD tidak panggil Koh, sebaliknya dia hanya telefon kepada Koh dan tanya "Koh, saya terima aduan daripada staf, mereka kata kamu suka mencarut".

Anda tahu apa yang Koh jawab ? "kepala b*t*h lah lu, mana saya ada mencarut". Kantoi, terus dia dipanggil ke HRD dan diberi amaran.

Begitulah juga kisahnya apabila MCA dan DAP membantah kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Dewan Rakyat beberapa hari lepas berhubung kurangnya kaum cina dan india menyertai ATM.

DS Zahid berkata "jumlah masyarakat cina dan india yang rendah menganggotai Angkatan Tentera negara ini mungkin kerana kurangnya semangat patriotisme".

Bila mendengar ayat itu MCA dan DAP sudah melenting-lenting tidak tentu hala. Maka sah sudahlah yang mereka kurang patriotik kerana tidak faham Bahasa Malaysia walaupun sudah berpuluh tahun menjadi rakyat Malaysia. Kantoi, samalah dengan kisah Koh yang saya ceritakan diatas.

Jika orang yang patriotik , mereka faham Bahasa Malaysia , bila faham Bahasa Malaysia mereka akan faham apa yang DS Zahid cakap.

DS Zahid tidak tuduh, beliau kata mungkin. Beliau tidak kata tidak patriotik, beliau kata kurangnya semangat patriotisme.

Jika orang yang faham Bahasa Malaysia mereka tidak melenting dengan apa yang DS Zahid cakap. Apatah lagi kata-kata yang diungkapkan oleh DS Zahid itu dilakukan dalam Dewan Rakyat bukannya atas pentas ceramah Umno. Bila bercakap dalam Dewan Rakyat mereka tidak boleh main cakap sesuka hati, sudah tentulah ianya dilengkapi dengan kajian, angka dan fakta.

Jika fakta dan angka yang diberikan Menteri Pertahanan tidak betul dan apa yang beliau kata juga tidak betul, sepatutnya MCA dan DAP jawab balik dan nyatakan apa yang betul. Bukannya dengan cara mengapi-apikan dalam surat khabar cina dan bawa usul potong gaji menteri RM 10.00.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh DS Zahid ada asasnya. Bukan sahaja setakat menyertai ATM, banyak lagi perkara yang kita boleh katakan mereka tidak patriotik. India masih boleh tahan, cina sangat teruk.

Antara cina dan india, saya melihat yang india lebih sayangkan negara ini. Kalau tak percaya saya nak ajak Chua Soi Lek , jom kita sama-sama pergi Bukit Bintang dan cari india 10 orang dan cina 10 orang letak depan kita.

Kemudian suruh bagi satu buku Bahasa Malaysia suruh mereka baca, menyanyikan lagu Negaraku dan baca Rukunegara. Lihat siapa yang boleh melakukan tiga perkara itu dengan baik. Saya yakin orang india akan mengatasi orang cina.

Kemudian pula cuba anda perhatikan apabila menjelang Hari Kebangsaan. Cuba anda pusing di taman-taman perumahan yang majoritinya orang cina yang tinggal di sana seperti di Cheras, Kepong, Jinjang, Sri Petaling dan Klang atau dimana-mana sahaja di negeri masing-masing.

Lihat berapa banyak Jalur Gemilang yang mereka kibarkan di rumah mereka ? Kalau ada pun tak sampai 10 % , itu pun di rumah-rumah yang didiami oleh ah pek dan ah soh. Di rumah-rumah generasi yang selepas merdeka, jangan haraplah. Perkara ini berbeza jika anda lihat di kawasan perumahan kaum india. Mereka akan kibarkan Jalur Gemilang di rumah mereka.

Orang-orang cina yang betul-betul patriotik yang masih tinggal di Malaysia adalah golongan ah pek dan ah soh sahaja. Mereka ini adalah golongan yang tahu bagaimana susahnya nak membina negara ini dan mereka bersyukur kerana dapat hidup aman damai di sini. Golongan cina muda pun ada juga yang partiotik tetapi kebayakannya yang dari luar bandar. Kalau di KL, Ipoh, Penang dan JB, minta maaflah.

Sebagai rakan kongsi BN, MCA tidak perlu melenting dengan perkara ini. Apa yang dikatakan perlu dikaji oleh MCA sedalam-dalamnya. MCA harus terima perkara ini walaupun pahit. Semua ini belaku adalah kerana kegagalan MCA menanam semangat sayang dan cintakan negara kepada kaum mereka.

MCA hanya tahu minta duit untuk sekolah cina, bagaimana nak didik pelajar di sekolah agar sayang dan cintakan negara MCA tidak peduli. Sebab itulah kita perlukan sekolah satu aliran di negara ini.

Harap Chua Soi Lek jangan cakap banyak lagi, cepat-cepat pergi buka satu kelas untuk ajar pemuda dan pemudi cina menyanyi lagu Negaraku dan juga hafal Rukunegara.

Klik di sini untuk melihat 'abang' DS Zahid Hamidi menawan Kedutaan Indonesia satu masa dulu.



5 comments:

Anonymous said...

Zahid tidak perlu meminta maaf di Parlimen seprti Hisham Kerismuddin buat!

Mat Terap

Anonymous said...

semua salah sapa ....??? sepatutnya dah 53 tahun merdeka sekolah berbagai aliran dah dihapuskan tinggal sekolah kebangsaan jer .... anak sulung aku belajar di sekolah menengah samad PJ ... dia cakap ada anak-anak cina yang dulunya dari sekolah cina bila masuk sekolah menengah cakap melayu pun tak berapa nak paham... seperkara lagi sepatutnya orang melayu pun silap kita hendakkan bangsa lain hormat dan belajar bahasa kita tyapi adakah kita sendiri nak belajar bahasa depa .... sendiri mau ingat bro ... orang melayu yang tau dok sebok nak main politik maki sana sini mencarut sana sini bergaduh sana sini tu yang depa tau...melayu tu sendiri yang patut kentut ...hahahahahah

Anonymous said...

saudara RBF,saya sangat bersetuju dengan ulasan saudara atas isu ini kerana saya melihat sejak PRU12 lalu kaum cina ini seolah-olah tidak boleh ditegur langsung.Apa saja isu yang menunjukkan kepincangan kaum mereka akan disanggah dan diprotes tanpa membuat kajian.sememangnya tidak ada atau kurangnya usaha dari mca,dap mahupun pertubuhan2 cina untuk mengajak warga muda mereka menyertai samada polis,tentera mahupun bomba.dalam hal ini saya yakin menteri pertahanan mempunyai asas untuk mengeluarkan kenyataan tersebut atas konteks bangsa malaysia.

Anonymous said...

ok. post yg cukup cun. sket2 lawak pun ada. to da point.

Anonymous said...

ORANG MELAYU KALAU JUMPA KAUM INDIA AKAN BERCAKAP TELOR ORANG INDIA, ORANG MELAYU KALAU JUMPA ORANG CINA AKAN CAKAP TELOR CINA, ORANG MELAYU KALAU JUMPA ORANG INDON AKAN BERCAKAP TELOR INDON, ORANG MELAYU KALAU JUMPA BENGGALI AKAN CAKAP TELOR BENGGALI, DAN SETERUSNYA .... ITULAH ORANG MELAYU,,, BAIK BUDI, BERTOLAK ANSUR, SUKA MERENDAH,, SUKA SERAH???

TAPI ORANG CINA??
JIRAN AKU CINA , DAN BAIK PADA AKU, TAPI AKU CUMA HERAN KENAPA ISTERI BELIAU TAK TAU SEPATAH BAHASA MELAYU !! PADA MULANYA AKU SYAK KEWARGANEGARAANNYA, TAPI TERBUKTI DIA MEMANG DILAHIRKAN DI MALAYSIA,

CUBALAH SESEKALI PENULIS KE MANA MANA SEKOLAH MENENGAH,, PENULIS AKAN BERASA PELIK TAPI BENAR KALAU RAMAI PELAJAR CINA TAK DAPAT BERTUTUR DENGAN SEMPURNA DALAM BAHASA MELAYU, AKU SEDIH KERANA ADA PELAJAR CINA YANG MEMANG TAK MAHU MENGUASAI BAHASA MELAYU KERANA MENURUT MEREKA BAHASA MELAYU TAK BOLEH KEMANA PUN??????

KESIMPULAN AKU, SEKOLAH VERNACULAR ADALAH PENYUMBANG TERBESAR KEPADA KEGAGALAN INI