Wednesday, March 23, 2011

Bantuan Anda Diperlukan Dengan Segera

Kelab Putera 1Malaysia akan berangkat ke Jepun esok (khamis) dan pada hari ahad (27.3.2011) untuk misi kemanusiaan membantu rakyat Jepun yang sedang dilanda gempa bumi dan tsunami.

Kelab Putera masih memerlukan sumbangan dari anda.

Antara barangan yang sangat-sangat diperlukan ialah mee maggi (cawan) perisa sayuran atau perisa ayam, ataupun perisa-perisa lain yang tidak pedas.

Selain itu antara barangan lain yang masih diperlukan ialah kain selimut, sleeping bag, sarung tangan getah serta kasut getah (kasut but). Ini kerana cuaca disana amat sejuk sekarang. Kasut getah pula diperlukan kerana keadaan yang becak selepas tsunami.

Setakat ini Kelab Putera telah berjaya mengumpulkan 1 juta botol air mineral 1.5 liter, 200 ribu cawan mee maggi, 20 ribu selimut tebal 2 ribu sleeping bag, sarung tangan dan kasut getah.

Oleh yang demikian sumbangan anda amatlah dialu-alukan untuk menolong rakyat Jepun yang kini sedang mengalami kesukaran untuk mendapatkan barang-barangan seperti diatas di negara mereka.

Tolonglah mereka, tolong mengikut kemampuan anda. Kasihanlah mereka, hari ini hari mereka, mungkin satu hari nanti hari kita pula.

Segala sumbangan anda hendaklah dihantar ke pusat pengumpulan misi kemanusiaan di pejabat Kelab Putera 1Malaysia yang beralamat seperti dibawah,

No 66, Jalan Kampung Atap
50460 Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 2273 6004

Hantarkan bantuan anda sebelum 10.April.2011

Sementara itu pagi tadi PM sempat meluangkan masa melawat pusat pengumpulan barang-barang sumbangan misi kemanusiaan ke Jepun dan seterusnya melancarkan misi berkenaan.

Turut hadir di majlis itu adalah Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Duta Besar Jepun ke Malaysia.


Air Asia menaja sepenuhnya kos penerbangan rombongan misi kemanusiaan serta kos mengangkut barang-barang sumbangan.
Terima Kasih....

Phewitttttt.....

Fuhhhhh....

No comments: