Friday, March 11, 2011

Utusan Melayu (M) Berhad Perlu Di Selamatkan Dengan Segera

Saya terbaca di Selangor Daily tentang syarikat akhbar paling lama dalam negara kita bakal gulung tikar kerana kelemahan pihak pengurusan tertinggi mereka. Klik di sini

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya kenapa pula hari ini saya mengkritik Utusan sedangkan selama ini sayalah blogger penyokong totok kepada UM.

Saya ingin menjelaskannya di sini.

Selama ini saya menyokong UM adalah sokongan terhadap istitusi, bukannya menyokong individu-individu yang ada dalam syarikat berkenaan. Itu dua perkara yang berbeza. Saya menyokong Utusan kerana sejarahnya dan sejarah keluarga saya serta sebagai wadah orang-orang melayu.

Cerita-ceriti tentang kelemahan pihak pengurusan tertinggi UM telah lama saya dengar, tetapi saya tidak berminat mencampurinya. Telah lama saya dengar tentang seorang insan di UM yang bernama Nasir Ali dan pengerusi eksekutif UM sendiri iaitu Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Alang-alang Selangor Daily telah letuskan perkara ini, maka saya rasa biarlah saya pun turut tumpang sekaki.

Niat saya hanya dua perkara.

1) Selamatkan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd

2) Nak tolong pekerja-pekerja UM yang telah lama tersiksa jiwa dan raga.

Tidak lebih dari itu.

Sebagai pembaca setia UM saya dapat merasakan berita-berita yang disiarkannya sekarang agak kurang berkualiti, melainkan rencana-rencana.

Benar seperti mana yang dikatakan oleh Selangor Daily, puncanya kerana pekerja bekerja dalam keadaan yang tidak ada mood. Semuanya kerana pihak pengurusan tertinggi tidak menjaga kebajikan mereka sebaik mungkin.

Syarikat surat khabar lain boleh bayar bonus kepada wartawan sehingga mencecah enam bulan, manakala wartawan UM makan angin keluar asap. Mereka hanya mampu lihat dan telan air liur sahaja tatkala melihat rakan-rakan mereka di syarikat lain dapat bonus berbulan-bulan.

Masalah CA sudah bertahun-tahun yang tidak selesai-selesai lagi. Apa ke susah sangatnya nak menyelesaikan masalah CA ? Kalau Nasir Ali dan Tan Sri Mohamed Hashim tak boleh nak selesaikan masalah CA maka lebih baiklah anda berdua undurkan diri.

Tapi saya rasa masalah CA selesai atau tidak selesai adalah lebih baik anda berdua undurkan diri dengan cara terhormat. Anda berdua telah gagal, gagal ! Sudah dua tahun berturut-turut UM mencatatkan kerugian. Itu semua adalah kerja anda. Anda bos, maka anda yang kena ambil tanggungjawab.

Umno selaku pemegang saham terbesar dalam UM hendaklah memandang perkara ini dengan serius. Jangan biarkan UM dipacak batu nisan hanya kerana seroang dua insan yang gagal mentadbirnya.

Cukup setakat ini dulu untuk kali ini. Saya akan berterusan membangkitkan perkara ini di blog rbf. Saya juga berharap rakan-rakan blogger, fb dan twitter dapat memanjangkan perkara ini demi untuk menyelamatkan UM.

Mana-mana kakitangan UM yang hendak meluahkan masalah mereka adalah dialu-alukan supaya perkara ini menjadi lebih rancak dan kesannya lebih cepat. Sila e mel kepada saya di rbf_501@yahoo.com. Saya akan rahsiakan maklumat peribadi anda. Kalau tak percayakan saya, buka satu e mel hantu untuk menghantar luahan atau masalah anda kepada saya bagi disiarkan di blog ini.

20 comments:

Anonymous said...

Dua orang tu memang bermasalah...sangat-sangat perlu dibuang. Tetapi Jangan lupa Ketua pengarang Kumpulan yang tidak pernah ada di pejabat. Langsung tak ambil tahu hal pekerja, mesyuarat pagi dan petang dipengerusikan ANE dan ketua pemberita yang akal tahap buku lali. Tak termasuk Pengarang bertaraf bapok tua yang bermaharajalela.

Anonymous said...

salam,
FYI - tahun ni, NSTP Group bayar bonus antara 3.5 sampai 7 bulan gaji bergantung kepada KPI! hasil kepakaran seluruh kakitangan dalam pelbagai bidang.

BeritaKini said...

UM tetap mengungguli akhbar tempatan sehingga tersenarai di Google Most Searched..

Anonymous said...

Bro.. Kat kedai (Biasanya) mamak atau mana kedai yang jual paper nak cari UM depa kata habis, tak sampai lagi (lambat)atau tak jual paper ni. kalau ada pun paling tinggi 5 naskah. Rasa nya pembekal pun ada agenda utk tidak distribute UM ni kut.. tolong beritau kat pihak pengurusan UM hal ini agar melayu yang nak baca UM tak tercari cari

Anonymous said...

walaupun saya tak setju rbf bodek azeez putra...bab yg ni saya nak cupa terimakasih pada RBF...

tq rbf..
tq rbf

mak ngah kapitalis

Anonymous said...

padan muka... sape suruh biased sgt...?? taulah umno yg punya, tp, tak payah lah biased kot.. patot jadi mcm blogger, tanpa tapisan!!

kalau surat yg pembaca hantar kat ruangan forum tu, walaupun yg mengutuk kerajaan, jgnlah tapis...

org pun meluat lah wei!! kalau asyik mengampu je, jgn harap nak ke mana!! alamatnya, harakah daily pun tepuk tgn~

itik kuning said...

slalu sgt paper utusan cepat habis atau xder...mungkin ada agenda x baik kot..tolong highlight kan isu nie bro...

Kaki Dewan said...

Apa yg hebat sangat pada Utusan Melayu? Asyik dengan konsep songsang yg tiada sebarang logik dari segi sosio ekonomi.

Aku tak mahu nak berleter secara panjang. Bkn aku tumpang gembira melihat akhbar ni seakan akan nak lingkup tetapi realiti is realiti.

Dan realiti, samada bisnes Bumiputera, ataupun bisness bukan Bumiputera adalah sesbuah bisness tu mesti mencipta nilainya yg tersendiri ataupun "added value". Tanpa "added value" ni bisness tersebut akan lingkup atau terpaksa di bailout. Akan tetapi, saya mengjangkau Najib tak akan bail out Utusan tanpa pemergian beberapa individu yg tidak sehala dengannya.

Atau mungkin anak Dr Mahathir akan melakukan nasional service dan membailout syarikat ni. Jikalau Bapak dia asyik dgn retorik perkaumannya takkan dia merasa berat dan berbelanja RM 50 juta. Kan? Kan? Kan?

Anonymous said...

bro

lu silap.

utusan jaga cerita kandunganya.

the point is kandungan nya bukan bonus.

lagi satu lu ingat company yang china pegang nak beli ke ruang iklan dalam UM.

GLC yang jual BMW pun tak mau masuk.

product exclusive yang iklan setengah page pun tak mahu masuk.

alasan depa orang melayu mana mampu beli barang mereka.

kalau dia nak bagi laku, anytime dia buat cerita macam harian metro, cari tajuk panas.

gerenti tahun depan dapat bonus.

Anonymous said...

bro.

circulation tinggi belum tentukan boleh untung.

kalau ikut graf production cost, kos mencetak selari dengan bilangan circulation.

kalau circulation tinggi, untung naik pun, sikit saja.

iklan yang tentukan semuanya.

lu tengok produk exclusive nak masuk dalam UM ke. depa tak support bro pasai yang sepet duduk kat atas.

tak kan lu nak biar UM penuh dengan iklan ubat kuat.

lu kena buat homework lagi bro.

shamshul anuar said...

Saudara RBf,

Saya juga perasan yang agak sukar cari Utusan Malaysia. Kalau pergi kedai 7 11 waktu pagi memanjang tak sampai lagi. satu jam kemudian bila tanya katanya dah habis.

Anonymous said...

bagi aku padanlah muka sebab setiap hari berita politik aja disajikan, org dah muak ..bayar mahal2 setakat nak cerita angkat bakul diri sendiri baik x payahlah. Zaman internet org dah x beli la suratkhabar melainkan org nak buat bungkus nasi lemak. Dah saham pun UMNO ada % , aku x heran kalau dia bungkus.. apa yg dia buat terhadap pekerja dia sendiri samalah seperti apa yg dia buat terhadap rakyat...

bayar mahal , 50% cerita pasal politik.. wtf..

Anonymous said...

Baru-baru ni, ada orang hantar ketempat kerja sebeban naskah UM,katanya tak laku.Memang seronok dapat free,tetapi bukan untuk dibaca, ambil dan potong untuk buat bungkus nasi lemak.Untuk baca UM sekarang.sorrylah buang masa,berita takde kualiti.

Anonymous said...

bro,
anom 4:04 sah-sah menipu. mana meeting ptg ane boleh masuk?? akal letak kat bontot mcm anwar ibrahim jugak. kalau tak suka berhenti je dr kerja kat utusan. Tupun kalaulah kau laku kat luar!

sheedah sheepet

Anonymous said...

wahai anon 7,26 jangan lah mengutuk sangat sampai kata nak bungkus nasi surat kabar um tu kalau anda seorang penjual nasi lemak nape misti kenan bungkus ngan kertas um? bangsat sangat dah ke sampai x de kertas lain sekarang ni mane boleh bungkus ngan kertas sebarangan nasi lemak atau ape2 makanan pun dah ada kertas khas utk berbuat demikian jgn lah perjatuh orang melayu sangat tapi nak brgantung ngan pemerintah orang melayu sedarlah anda dok ditanah melayu dan asal ahli keluarga anda pun disini lain lah kalau anda berasal dari tanah besar china bercakap biar lah membina dan jgan nak perjatuh kalu benar anda anak malaysia

Anonymous said...

saya tak sokong jika um ditutop sebab saya seorang pembaca yang setia akhbar tu tapi saya sokong kutu kutu jahat yang ada di pejabat akhbar um tu harus lah dikeluarkan cari lah yang betul betul taat setia jangan cari yang sampah x berguna dan lagi saya pun marah juga pernah satu masa saya nak antar satu artikel diruangan forum untuk luahan hati saya kerana saya juga fikir lau antar diruangan forum ramai pembacaboleh celik mata atas penderitaan orang lain bila saya naik ke pejabat utusan mohon dan saya merayu agar artikel saya dikeluarkan di akber um tapi malang nya hampa sekali jawapan nya tidak boleh dan sombong sangat staff um tu tapi saya x puus asa saya cuba juga talifon kepejabat yang sama mohon juga artikel saya di muatkan di ruangan forum tu jawapan mereka lagi tajam dan menyumpah saya ini kah manusia yang dok di um tu? tapi slogan um tu kata penyebar fikiran rakyat nak sebar macam mane sedangkan staff um macam setan gitu kata lah nak sebar ajaran setan senang orang x yah beli orang pun takut nak beli sekarang ni camne sampai nak buat bungkus nasi lemak pada surat kabar yang x laku nanti satu hari nanti orang buat bungkus najis pulak mana nak letak muka orang melayu yang dok kat atas sekali tu ??????????????

manlukeman said...

tahniah kepada RBF..secara tiba-tiba mahu berjuang untuk selamatkan UM..teringat masa RBF dok bantai org UM yg nk selamatkan UM..alahai..

Anonymous said...

manlukeman


siapa yg berjuang nak selamatkan utusan? amran barua DAP tu? k

anda kenal sangat ke dengan Amran tu? budak kosmo!, makan pun celah pagar...

Anonymous said...

sheedah shepet.....

ada lg kah ketua pemberita, zaman tok kaduk betu la....
ANE mana yang chair meeting petang, ANE jual kari kat Jalan Dua ke?

Anonymous said...

hmmm ni la masalahnya...

yang kecik bantai yang besar yang besar bantai yang kecik.

1. nak kata utusan bias ada betul ada tidak nya juga. cuba baca page to page. ada juga bende yang bermanafaatnya.

2. nak kata iklan tak mo masuk soalnya glc je ke yang mampu bagi iklan? ke org utusan yang tak tahu nak cari n cipta peluang? tuhan saja yang tahu, tepuk dada tanya selera.

3. kalo nak nak citer pasal kos tu naik kos ni naik, takkan la tak pernah buat cost efficiency study atau cari productional cost reduction method/practice yang applicable? kalo cari takkan tak jumpa ye tak?

4. ni cerita nak selamatkan utusan ke citer ane ke tak ane ke masuk meeting? ada releven ke?

5. hmmm ketua pengarang tak masuk pejabat? dia pegi enjoy katak ke? ke dia pegi cari jalan nak increase circulation? saya tak tahu and juga pasti tak boleh buktikan betul tak?

6. utusan kalau penuh iklan ubat kuat ok la jugak ye tak? sekurang2nya masuk gak duit ikln dari nak mengharap yang jutaan-jutaan yang nampaknya cam takkan kesampaian...

7. 19 komen di atas, saya yakin tentu datangnya dari orang yang amat berpengalaman lagi bijak laksana - tapi ngapa takde IDEA BERNAS untuk yang bernas dan boleh dipanjangkan?

8. kalau orang lain boleh dapat untung mengapa yang banyak diberi tak ubah macam bunyi tong kosong? pastinya minda manusia ini tidak lompong kan kan?

tuhan lagi tahu ...

maaf jika saya tersalah kata, saya bukan orang pandai.