Tuesday, March 1, 2011

Gambar Bogel Dibuat Sendiri Oleh Pas

Semalam malaysikini melaporkan tentang keberangan pemimpin pak-khatan rakyat berhubung isu gambar lucah yang disebarkan di Merlimau. Klik sini

Saya ingin menjelaskan kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Merlimau khususnya. Taktik permainan politik kotor begitu memang sudah menjadi darah daging Pas dan PKR.

Secara logik akal mari kita sama-sama berfikir. Sekarang adalah musim kempen p.raya di Merlimau. Dalam menjalankan tugas berkempen, orang yang berkempen sudah pasti akan menjalankan kempen dengan baik, sopan santun dan lembah lembut dalam usaha memenangi hati pengundi.

Mana mungkin dalam saat-saat tengah berkempen tiba-tiba pihak BN mengedarkan gambar lucah yang melibatkan pemimpin pembangkang ? sudah tentu perkara itu akan menimbulkan kemarahan orang ramai kepada BN dan pengundi yang menyokong atau berniat untuk mengundi BN pun akan beralih undi kepada Pas. BN tidak sebodoh itu untuk melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan masalah kepada mereka atau menjerat leher mereka sendiri.

Walaupun dalam laporan malaysiakini mereka tidak menuduh BN secara terus, akan tetapi cara mereka lebih cenderung ke arah itu.

Jika anda tanya saya siapa yang buat dan edar gambar itu ? saya akan tanya balik kepada anda, siapa yang lawan BN di Merlimau ? sudah tentu anda akan jawab Pas. Maknanya Pas yang buat gambar itu.

Pas dalam keadaan yang tidak boleh menang di Merlimau sekarang. Mereka tiada pilihan , maka mereka harus mencari jalan bagaimana untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada BN dengan harapan undi akan berpihak kepada mereka. Itu pasallah mereka edarkan gambar-gambar begitu supaya menimbulkan kemarahan pengundi BN terutamanya di kalangan orang-orang lama.

Kerja-kerja begitu memang sudah sinonim dengan Pas dan PKR daripada dulu lagi. Mereka sendiri yang buat, kemudian mereka pura-pura sedar atau jumpa dan mereka sendiri yang buat laporan polis. Mereka memang pakar dalam perkara-perkara begini. Dulu Tian Chua mengaku dia pernah buat gambar DS Najib bersama Altantuya.

Di Trengganu mereka pernah buat kain rentang kononnya Umno Bahagian Kuala Trengganu menyokong judi. Mereka rakam gambar dan sebarkan.

Ini kerja orang Pas

Itulah taktik kotor yang sering digunakan oleh Pas. Janganlah rakyat Merlimau hendak percayakan kepada risalah-risalah gambar lucah yang kononnya diedarkan oleh BN. Itu semua kerja Pas untuk memburuk-burukkan BN dalam usaha mereka memancing undi.

6 comments:

yat said...

diorng ni dah dididik sejak dari kecik buat perkara keji cmani, bayangkan di uni banyk bersepah surat fitnah (guna letterhead uni) siap ada tandatangan TNC, VC dll dgn tujuan fitnah dan berniat jahat..

sekarang dgn adakan teknologi photoshop, membuatkan lahanat2 PAS ni baut keje2 fitnah ni dgn mudah...

sejahtera39 said...

pas dan sekutumya ketandusan isu...jd untuk mereka sekarang ni relaks tunggu tabung tupperware penuh aje...habis pilihanraya tak tunggu lagi pengumunan dh 'hilang' mcm kt Tenang/Galas..calon yg bertanding pon xnaek pentas lg dh...dok sebok kira duet tabuang..."satu utk NIK AJIS..satu utk HJ ADI...satu utk MALA (sbb dia xde kerja skrg ni)..annuarjubri pon nk juga ..amek satu...last2 calon dh hilang wang deposit duet tabung pon tak merasa..gitulah pas adanya..

Anonymous said...

salam tuan rbf..

minta tuan komen mengenai gambar di dalam fb ini
http://www.facebook.com/?closeTheater=1#!/pages/Topeng-Perak-Unmasked/215868293045

Anonymous said...

pas korek lubang kubur sendiri

Anonymous said...

saudara RBF,lagi terang mahu bersuluh...kalau bab-bab menipu dan membohong ni bagilah kat juak-juak PAS..
Tak ada apa-apa isu besar yang nak diketengahkan oleh PAS melainkan cuba membuat rakyat membenci UMNO...selama ini pun tu je lah kerja mereka.Tengok negeri Kelantan pun cukuplah...dah lebih 20 tahun rakyat Kelantan ditipu oleh kerajaan PAS...

BEWAK KABOK KELATE said...

ORANG PAS NI DAH SEPARUH GILA....GILA HARTA.GILA KUASA...GILA WANITA....DAN BERMACAM-MACAM LAGI GILA......DAN MEREKA NI TAK MUSTAHIL AKAN TUNJUK ANU MEREKA DEMI MERAIH UNDI...DAN KALAU MEREKA BERBOGEL PUN MESTI DIKATA UMNO YANG TANGGALKAN SELUAR MEREKA...MACAM BUDAK-BUDAK...SAMPAI BILA PENGANUT PAS NAK CERDIK DFAN MATANG.....LOW CLASS LAH POLITIK KORANG...KALAU DIBUAT RANKING TENTU PAS PARTI POLITIK PALING BAWAH.....TIADA CLASS LANGSUNG...TAK MATANG....TAK CERDIK...BERMULA DARI MURSYIDUL AM HINGGALAH KE HAMBA RAKYAT PAS.....SEMUA NYA SAMA