Wednesday, March 16, 2011

Dari Buku Jingga Ke Buku 555

Dipetik dari blog MP Kota Belud

Saya amat teruja apabila mendapat tahu bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah mengumumkan dasar-dasar utama ekonomi dan kerajaan mereka jika dapat menawan Putrajaya.

Agaknya atas kesedaran ini, maka lahirlah Buku Jingga yang diilhamkan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Dato Seri Abdul Hadi Awang. Kini sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai antara keberkesanan Buku Jingga dan Model Ekonomi Baru ilham Perdana Menteri YAB Dato Sri Najib Tun Razak.

Saya sebenarnya mengharapkan satu buku yang sarat dengan hujah-hujah ekonomi yang berdasarkan fakta yang nyata. Harapan saya ternyata meleset apabila membaca 3 mukasurat yang pertama sahaja, saya agak terkejut kerana PR masih lagi menggunakan berbagai-bagai label dan ungkapan-ungkapan retorik untuk mencemuh BN. Antaranya: selamatkan Malaysia, noda hak rakyat, rasuah, salahguna kuasa, bolot, tidak peduli, mengekang, tidak berjiwa rakyat, krisis parah, perkauman, durjana, pudar, ketinggalan, meraba-raba, bongkak, pentingkan sendiri, mundur, merudum, penderitaan, ketirisan, songsang, hambar, menunggang, lemah, kemelut, malap, gelap, ketakutan dan kabur.

Sebagai penyokong BN, saya hampir saja membuang Buku Jingga kedalam tong sampah kerana kecewa dengan retorik politik berlebihan yang tidak kena pada tempatnya.

Dari analisis di atas, jelas menunjukkan bahawa Buku Jingga adalah satu percubaan yang baik namun jika kerajaan PR melaksanakan janji-janji mereka, ekonomi Malaysia tentunya akan bankrap dalam masa dua tahun pemerintahannya. Kesimpulannya, bagi saya Buku Jingga adalah satu buku yang “over simplistic”, tidak realistik dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Tambahan pulak banyak janji-janji sebelum ini tidak dimasukkan kedalam janji 100 hari itu…. Apa sudah jadi dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk kuota orang Sabah dan Sarawak?

Baca sepenuhnya di sini

6 comments:

Anonymous said...

salam bro RBF,kalau setakat janji kosong bagilah dekat puak pakatan rakyat ni.Rakyat perlu menilai keupayaan kerajaan PR di 4 buah negeri yang diperintahnya.Boleh di kategorikan seperti 'cakap tak serupa bikin' atau haru biru.Negeri Kelantan dibawah kerajaan PAS lebih dari 20 tahun tidak menunjukkan apa apa kemajuan yang menonjol sebaliknya lebih banyak 'menyorok'di bawah slogan 'membangun bersama islam' yang tidak kemana pun.
Sesiapa pun boleh menjanjikan apa sahaja mahupun bulan dan bintang untuk menarik sokongan.kita telah melihat bagaimana Anwar telah menjanjikan Sept 16,PAS dengan hukum hudud dan DAP dengan janji untuk menghormati Perlembagaan namun semua itu hanyalah retorik semata mata untuk memancing undi selama ini.
Saya berpendapat walaupun kerajaan sekarang ini tidak lah sempurna namun kita dapat melihat usaha usaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan seharusnya kita sendiri membantu dalam merealisasikan matlamat tersebut.

sejahtera39 said...

puak2 pakatan haram ni memang pakar menabur janji2 manis sebagai gula2 PRU13...

setakat bulan dan bintang bila2 masa shj mereka akan berikan kpd penganut2 mereka...

sabah dan sarawak dijanjikn pemerentahan otonomi...

orang kapir mereka dahulukan..
orang melayu mereka tongsampahkan..
kapir harbi mati mereka berkabung..

jgn kita merenpat dibumi sendiri...

Anonymous said...

Saya masih ingat semasa PAS merampas Kelantan dari UMNO 20 tahun dulu...PM semasa tu ada mengatakan bahawa Negeri Kelantan akan bangkrap dalam masa 3 bulan.Dalam tempoh tersebut kerajaan negeri tidak akan berupaya membayar gaji kakitangan nya serta bil bil lain.Tapi ternyata andaian tersebut meleset dan sehingga sekaranG Kelantan adalah satu satunya negeri yg membayar balik ansuran hutangyna dgn kerajaan pusat tanpa gagal walaupun hutang tersebut di himpun di zaman pemerintahan UMNO.Negeri negeri lain bukan saja gagal menbayar balik mengikut jadual tapi menambahkan lagi hutangnya seperti sebuah negeri berjiran dgn Kelantan sekarang yg terhutang melebihi 2 billion.Jadi saya sarankan kaji dulu cara PR tersebut yg berkemungkinan lebih baik dari yg ada sekarang.Mengenai negeri Kelantan pula kenapalah ramai sangat orang Melayu kita sakit hati dgn orang kelantan.Sebenarny mereka ini dengki serta irihati melihat kelebihan orang Kelantan kerana di negeri tersebut segala galanya milek bangsa mereka dari perniagaan hinggalah hartanah dan kita jarang mendengar mereka bertempik meminta bantuan dari sesiapa tidak seperti Melayu di tempat lain yg duduk merempat di tempat sendiri.Orang kelantan berhijrah bukan kerana kesempitan tapi untuk mengisi kekosongan serta menimbangi perniagaan bangsa lain kerana kebanyakkan Melayu di tempat lain tidak mempunyai misi dan visi yg boleh di banggakan.Seandainya orang Kelantan balik ke negeri mereka semua bandar bandar besar di pantai barat akan menjadi seperti penang dan Ipoh di mana peniaga Melayu hanya berniaga di kakilima saja itupu tanpa lesen yg sah dan apabila di halau atau di saman akan menyalak macam anjing kurap yg tersepit.Sepatutnya kita sesama kita sepatutnya berbangga apabila ada umat Melayu yg maju tanpa mengira dari negeri mana asalnya. Jadi tak perlulah kerana politik mengutuk bangsa sendiri.

M Nasir B M Shah said...

Saya bukan pro kerajaan @ pembangkang... tp saya cuma berkongsi pendapat saya. Pada saya samada kerajaan dibentuk oleh BN @ PR..semestinya mereka mesti berterima kasih dan mengenang jasa rakyat yang memilih mereka dan sebagai balasan mereka mesti menunaikan janji2 untuk memakmur, memaju dan sejahterakan negara ini. Apa yang ada pada Malaysia hari ini, adalah tugas & tanggung jawab kerajaan yang sedia ada hari ini untuk membentuknya sebagai tanda terima kasih kepada rakyat... perlukah rakyat diperingatkan untuk berterima kasih...Tak Perlu!! Kuasa di tangan rakyat, sekira nya mana2 kerajaan yang dibentuk selepas ini, tidak dapat membawa kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran; maka adalah kuasa rakyat juga untuk mengubahnya.Kita mesti berani berubah. Tapi seringkali di media2, pemimpin sering mengugut negara akan huru hara sekiranya kerajaan berubah. Rakyat dimomok dan diperbodohkan oleh sesuatu yang belum berlaku. Adakah pemimpin itu tuhan, yang tahu apa yang bakal berlaku esok lusa.
Saya juga terkadang, meluat menonton berita di TV,terutamanya sekiranya ada PRK @ PRU, jentera kerajaan sedia ada digunakan sepenuhnya. Cerita berat sebelah! Cerita negeri yang dipimpin oleh PR dimomok dan diperlekehkan...sepertinya negeri di bawah BN semua masalah dapat diselesaikan.. nak dibandingkan BN yang telah lebih 50 tahun memerintah berbanding dengan PR.
Perlu saya ingatkan, saya bukan pro mana2 pihak, hak undi hak saya dan setiap individu; terpulang kepada mereka untuk memilih. Saya memilih mana yang saya fikir saya hendak pilih, saya tak perlu berterima kasih pada mana2 pihak kerana sayalah yang memilih mereka. Jadi siapakah yang mesti mengenang jasa dan berterima kasih?

Ham dan taha said...

Rbf,saya banyak terlihat dalam tulisan tulisan yang meyebut tentang kuasa rakyat,ramai Manusia didunia ini beranggapan kuasa ini di beri oleh rakyat,Dan banyak pemimpin dari semua parti politik beranggapan mereka berkuasa kerana rakyat,itu sebab rakyat juga terpengaruh sehingga terkeluar slogan kuasa rakyat kuasa keramat,kerana pengaruh inilah parti politik banyak membuat keputusan yang salah sehingga mengutamakan Manusia dari Allah swt,contoh dalam isu kalimah Allah,dalam isu injil yang di terjemahkan dalam bahasa Malaysia ,sama Ada umno,pas,pkr menganggap masyarakat china Dan india ini penting untuk mereka memerintah,Tampa sokongan mereka parti mereka Akan kalah dalam pilihanraya,maka parti Dan pemimpin politik ini membuat semua keputusan berasaskan kepentingan pilihanraya Dan undi,kerana bagi semua pemimpin politik ini beranggapan yang member mereka kuasa ini ialah Manusia,rakyat semata mata,maka mereka membuat keputusan berdasarkan Manusia Tampa merujuk kepada Allah swt yang sebenarnya berkuasa Dan pemberi kuasa kepada Manusia untuk memtadbir iaitu menjadi khalifah didunia ini,jadi kita sentiasa terlupa kepada Allah apabila membuat keputusan ,itu sebab terjadinya kebenaran dalam isu injil Dan kalimah Allah swt,jika dulu umno melakukan kesilapan pas yang bangkit menjadi benteng mempertahankan Islam,maka umno tidak Akan sewenang wenangnya membuat sesuatu keputusan,maka ketika itu Islam terbela kerana umno Dan pas massing masing menjaga kepentingan Agama mengatasi kepentigan parti,tetapi Sekarang tidak lagi,dalam isu injil Dan kalimah Allah,pas Dan pkr pulak menjadi parti pendesak supaya ianya dibolehkan,sehingga umno serba salah,kerana dalam otak pemikiran pemimpin umno,pas Dan pkr ini kuasa Ada di tangan pengundi china Dan India bukan lagi kuasa Allah,Dan bukan juga pengundi Islam,sekadar pengudi islam mustahil boleh memerintah,maka kebelakangan ini semua keputusan politik yg di buat oleh pas,umno Dan pkr tidak langsung menguntungkan Islam Dan masyarakat Islam,ini amat mendukacitakan,kita wajib Dan sudah sampai masanya memberi peringatan kepada umno,pas Dan pkr bahawa pemberi kuasa Adalah Allah swt Dan kuasa memilih itu Allah beri kepada penganut Islam secara mejoriti maknanya lebih jelas pengundi orang Islam lebih ramai dare china Dan India di Malaysia ini,maka keutamaan wajib di beri kepada pengundi Islam,bukan keutamaan di beri pad a org china Dan India,Dan kita beri peringatan jangan membelakangkan kuasa Allah ini,kerana jika pas,umno Dan pkr tidak kembali bertaubat Dan kembali ke pangkal jalan,jangan terkejut Allah memberi kuasa pula kepada org kafir di bumi Malaysia ini,Atas pembalasan sikap pas,pkr Dan umno yg menanggap pengudi penentu mereka berkuasa Adalah pengundi china Dan India,ajaran baru ini sebenarnya dibawa Dan di sebarkan oleh pemimpin ajar an sesat ayah nuar,searing pemimpin ajaran sesat yg cukup cukup kebal Dan berpengaruh di Malaysia ini,cum a ajaran sesat yg di ben a
Melibatkan parti politik Islam iaitu pas,menyebabkan ajaran sesatnya berjaya dianuti begitu ramai dinegara kita ini,ajaran sesat ini amat membahayakan jika tidak dibendung say a bimbang dinars Akan datang bumi Malaysia Akan dihadirkan oleh Allah malapetaka berbentuk bencana alam yg memusnahkan Negara kita ini,kerana Manusia di Malaysia telah mengamalkan kuasa rakyat kuasa keramat,kuasa ditangan Manusia,bukan lagi ketentuan Allah swt,sekian dari pandangan saya ham dan taha insan biasa.

Anonymous said...

salam...
sebagai seorg pengundi, sy tidak pernah melihat seorg pemimpin sebagai org yg ber'kuasa' dan sy juga tidak menganggap undi sy ber'kuasa' utk memaksa kjaan berterima kasih kpd sy. namun, sy melihat pd perspektif 'responsibility'... di mana sy sebagai pengundi bertanggungjawab utk memilih pemimpin yg benar2 mampu memikul tanggungjawab yg disandarkan kepadanya. btw, kalau kita rasa cinta negara kita... kita akan cuba utk mempertahankannya. namun, andai kita sendiri cuba menghancurkannya... adakah masih ada cinta???