Tuesday, March 22, 2011

Video Seks: Buku Jingga Dah Jadi Video Jingga

Ketika PKR, Pas dan DAP sedang sibuk dengan Buku Jingga mereka, tiba-tiba muncul pula Video Jingga semalam.

Kemunculan Video Jingga tersebut tersebut sungguh mengejutkan dan banyak menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai.

Persoalan utamanya, siapa punya kerja yang rakam video itu ?

Siapa Datuk T ?

Apa hubungan Datuk T dan Anwar kerana dia diarahkan untuk mencari jam tangan Anwar ?

Saya tidak berapa mempertikaikan adengan dalam video tersebut. Ini kerana adengannya memaparkan gambar lelaki Y sedang melakukan hubungan seks dengan perempuan.

Lelaki lakukan hubungan seks dengan perempuan perkara biasa, kerana lelaki lawannya perempuan dan perempuan lawannya lelaki. Bukan saya bermaksud nak menghalalkan yang haram. Yang haram tetap haram, dosa tetap dosa. Dosa tanggung sendiri.

Islam mengharamkan kita melakukan hubungan seks dengan seseorang yang bukan isteri kita. Kalau nak lakukan juga, tanggunglah dosa. Orang-orang Pas sendiri yang kononnya pejuang islam tegar pun pergi menutuh merata-rata, apatah lelaki Y yang bukannya ahli Pas.

Perkara yang pelik sekiranya lelaki melakukan hubungan seks dengan lelaki. Itu sukar untuk diterima.

Mengikut seorang wartawan malaysiakini yang telah melihat video tersebut, dan saya jumpa beliau petang semalam selepas sidang media Anwar di Tropicana mengatakan video tersebut amat jelas dan gambar lelaki Y didalamnya juga jelas menunjukkan gambar Anwar. Katanya beliau yakin video tersebut bukannya palsu seperti yang dikatakan oleh beberapa kerat penjilat tegar Anwar.

Katanya lagi, perut lelaki dalam video tersebut tidaklah buncit seperti yang dikatakan oleh Anwar. Dia berkata lebih kurang dengan perut Anwar juga jika Anwar membuka bajunya.

Ramai orang kata perkara ini dirancang oleh orang di sekeliling Anwar sendiri. Orang yang meletak kamera tersebut seolah-olah tahu bilik mana yang akan digunakan oleh Anwar untuk melakukan seks. Bukan satu kamera yang diletaknya, tetapi difahamkan empat kamera diletak dari sudut yang berbeza.

Begitu juga dengan Datuk T. Beliau diminta untuk mencari jam tangan Anwar yang tertinggal dalam bilik tersebut setelah Anwar selesai mengeram. Ini menunjukkan Datuk T seseorang yang rapat dengan Anwar kerana dia diminta masuk ke bilik Anwar mengeram untuk mencari jam tangan Anwar. Maknanya Datuk T adalah orang kepercayaan Anwar. Kenapa Anwar tak suruh Shamsul Iskandar sahaja pergi mencari jam tangannya ?

Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh blogger MIK di sini.

Satu lagi perkara yang pelik ialah apabila Anwar mengatakan lelaki dalam Video Jingga tersebut berperut buncit. Bagaimana dia tahu sedangkan dia sendiri tak lihat lagi ?

Tambah memelikkan lagi apabila tidak sampai setengah jam selepas berita mengenai video tersebut tersebar, Nik Nazmi terus mengatakan ianya video palsu.

Lebih pelik lagi, Anwar simpan (save) kandungan-kandungan twitternya pada masa kejadian dan itu dijadikan bukti dia tidak mengeram pada masa kejadian dan berada di rumah. Macam dia tahu-tahu yang tarikh dan jam pada waktu itu bakal menggegarkan dunia politik negara.

Apabila melihat kepada tiga perkara pelik diatas saya bersetuju dengan teori GAP seperti yang ditulisnya di sini.

Apa pula teori atau pandangan rakan-rakan pembaca semua ?

12 comments:

Anonymous said...

teori aku pulak.. tolong serah DNA.. hehehe..

Anonymous said...

macam ada teori konspirasi tapi oleh anwar sendiri dalam kes ni. Ianya seperti dirancang dengan teliti. Semuanya secara tiba-tiba. Baik kerajaan BN berhati2 dalam kes ini. Takut ianya perangkap oleh Anwar sendiri bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya ada konspirasi termasuk kes liwatnya. tunggu...

Anonymous said...

kenapa tak buat cite lelaki Y bontoti Saipol?

Ambik jer video tu, letak kt mahkamah, senang je lelaki Y ke Sungai Buloh..tak perlu buat video sex lain.

kan?

Anonymous said...

lepas ni kita bole tgk blue film secara terbuka, jangan takut, polis tak kan tangkap kita... hahaha

Anonymous said...

Bro rbf.. alasan dia menyimpan tweeternya sebagai bukti pada hari kejadian pun tidak boleh dipercayaai juga.. kerana kita bukannya tahu yg sedang tweet tersebut adalah anwar atau org lain..boleh jadi org suruhannya yg sedang tweet..tetapi dia syok mengeram di tempat lain..siapa tahu..?? ini juga satu persoalan.. mamacam rbf...

Anonymous said...

aku nak cakap macam ni la.....dulu masa kes anu war kena pecat...mahade dah suruh orang balik rumah buat semayang hajat...maka ramai lah ...orang semayang hajat....mintak tuhan tunjukkan kebenaran....tup tup...banyak kebenaran keluar...orang tak percaya jugak....macam2 keluar.. ..semayang hajat lagi..tup..tup...kes saipul dikunyitkan keluar...siap dengan bukti semua lengkap.....tak percaya jugak.....buat semayang hajat lagi...puaka..puaka pas pun sibuk la canang semayang hajat....tup tup...keluaq lagi...video sex pulak...so apa tunggu lagi..buat la semayang hajat....1000 kali buat pun takpa....tapi ..kebenaran dok keluaq...hangpa tak percaya jugak....pendapat aku...hangpa hanya percaya bila mahader kena petir...baru hangpa nak percaya..sebab hangpa bukan mintak kebenaran...hangpa mintak benda lain....tapi allah bagi kebenaran jugak.....agaknya...puak puak PR ni...nak kena keluaq video kat langit kut ..baru nak percaya...tu pun nanti depa kata...steven spielberg yang buat......

Anonymous said...

keh...keh..keh
boleh ke skrip tweeter dijadikan bukti dia xberada di tempat kejadian?? lepas nie senangla perompak, pembunuh, perogol...pegi buat jenayah pon kalo muka kuar kat cctv, buat alasan sama kat mahkamah...tweeter jadi alibi xberada di tempat kejadian...hai nuar2...dulu masa awal2 saiful buat report, kononnye anak bini jadi alibi sahkan nuar ada same2 dgn famili...hah sekarang ape jadi?

Anonymous said...

ini seperti permainan politik yang serius. seperti yg saya sebutkan sebelum ini, kita MESTI berhati-hati dengan ledakan isu video ini, lebih-lebih lagi dengan adanya pilihanraya sarawak dalam tempoh yang terdekat dan juga kes anwar yang sedang dibicarakan. Pihak umno/kerajaan/BN perlu bersiap siaga dengan usaha licik pihak tertentu yang berkemungkinan merancang strategi membalikkan kesan besar isu video ini kepada BN.

Anonymous said...

buntu bila nk fikir out of box..kang bila polis siasat video tu betul kata konspirasi plak,umno punya keje lah,PM punya keja lah..nk alih isu DNA dia ada jugak ni,nk jual image dia time PR sarawak ada jugak ni..pandai betul ejen yahudi ni ye..huhu

Mylasia said...

1. Kata datuk t jam omega diambil oleh amoi tersebut? Tetapi bebrapa blogger semalam mengatakan semasa "tayangan lucah" semalam jam tu ada kat datuk t. Pelik 1.
2. CCTV- Mana ada orang pasang cctv letak recorder dalam bilik- Pelik 2
3. Report polis - anuar tak percaya polis, dia kata polis ni orang suruhan BN- tapi dia buat report pulak. Pelik 3.
4. Datuk t: kalau nak kenakan anuar sure dia tayang satu malaysia, tetapi kenapa secara selektif? Pelik 4.

Kesimpulan:
1.Ini satu lagi plan anuar- Tidak Pelik
2. Super Impose: CCTV paling cikai pun selalunya 15FPS, 20 minit bersamaan 18000 FPS. Mana ada orang boleh edit 18k frame tampa tinggalkan kesan ditambah pulak dengan variasi sudut cctv.Ini FACT, tidak pelik.
3. Kawe lebih percaya yang ini merupakan KONSPIRASI Anuar Ibrahim- Tidak Pelik

Anonymous said...

anon 2:12,
Tayangan kat carcosa dibuat secara umum ker?

Anonymous said...

Aku percaya AI dah kantoi...tapi utk mengelakkan org tak percaya dia buat2 tenang dan buat Press Conference...lepas tu esoknya buat laporan polis...Kira kukuh la tu sbb kalau dia kelam kabut mcm dulu sampai lari kedutaan turki bila saiful buat laporan polis dah tentu makin ramai tak percaya kat dia...