Thursday, March 10, 2011

Blogger Memang Sejenis Manusia Yang Pelik

Blogger memang sejenis manusia yang pelik.

Mereka tidak pandai mengampu.

Mereka tidak pandai membodek.

Mereka tidak pernah terpesona dengan pujukan, rayuan atau habuan-habuan istimewa.

Hari ini mereka boleh lambung dan puji kerajaan.

Esok mereka boleh hentam kerajaan.

Hari ini mereka boleh puji si A.

Esok mereka boleh beri libasan 90 darjah untuk si A.

Itulah blogger, hantu raya yang tidak bertuan.

Hari ini saya terbaca di di beberapa blog tentang kisah blogger-blogger yang menolak ajakan untuk bertemu dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah malam ini.

Saya tidak berapa memahami sangat kes ini kerana baru hari ini kembali ke depan komputer. Tetapi saya tahu ada konflik antara blogger-blogger dengan Timbalan Menteri berkenaan berpunca dari p/raya kampus beberapa minggu yang lepas, terutamanya apa yang terjadi di UPM.

Saya difahamkan hari ini Timbalan Menteri berkenaan panggil blogger-blogger yang menghentamnya kerana nak berbincang. Tetapi blogger-blogger menolaknya.

Seorang Timbalan Menteri panggil nak jumpa, blogger-blogger boleh tolak. Timbalan Menteri bro.... bukannya timbalan pengerusi persatuan penduduk.

Kalaulah orang lain yang dipanggil oleh Timbalan Menteri, terutamanya exco-exco atau ajk-ajk pemuda Umno sudah tentu berlari sampai melecet tumit kaki untuk bertemunya. Kalau Timbalan Menteri panggil jam 9 malam, gamaknya jam 5 mereka dah sampai.

Itulah kepelikan-kepelikan perangai blogger yang memang tak hairan dengan sesiapa melainkan dengan pihak berkuasa.

Dimana seorang Timbalan Menteri hendak meletak air mukanya, apabila dia memanggil blogger secara senyap-senyap, tiba-tiba heboh satu dunia blogger tidak mahu berjumpanya. Malu beb....

Saya difahamkan semasa PRK Kerdau Timbalan Menteri berkenaan bagi amaran kepada blogger-blogger yang berbunyi "jangan sampai i balun u all blogger-blogger".

Hari ini siapa yang kena balun ?

32 comments:

anaklangkawi said...

Jgn pandang blogger sebelah mata.. hehehe

Anonymous said...

Aku harap jangan le sapa2 bloggers pegi....

Kang takut ada mengaku bloggers itu ini pastu sapu duit. haha...camne tu... dia bukan kenal...haha!

Horas! Hulu Langat said...

mungkin Timb Menteri tu rasa diri dia besar & hebat sgt dengan jawatan yg dia ada kot...hmmmm...

Anonymous said...

Padan la muko korang....

memang dasar hantu rayoo!!!

Anonymous said...

AKU KATA .... KASI PECAH LA WEIII ... KASI PECAHH .... KUANG KUANG KUANG ... HATI KERBAU BOLEH DI MAKAN .. HATI MANUSIA .. SIAPA NAK MAKAN .. ???? SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNG ..

Anonymous said...

Bloggers takut pergi, takot kena LIWAT.

Anonymous said...

Salam. Apa kata kita seruh dia pulak yang datang jumpa kita? Kita rakyat. Rakyat didahulukan. Dia ni ada agenda tersendiri ni.

Anonymous said...

Aku orang UMNO yang tulin. Aku rasa akhir-akhir ini bloggers hanya pandai bercakap sahaja. Tidak serius dan tidak faham apa itu politik.

Jika UMNO nak menang elok kita abaikan sahaja bloggers buruk ini.

Mereka hanya bloggers. Bukan boleh membantu UMNO pun.

sadiq

Anonymous said...

Saya pun UMNO tulin juga tapi saya dapat melihat sumbangan bloggers dalam cuba mengimbangi dakyah parti pembangkang.

Teruskan bloggers dengan kerja-kerja kamu dan kepada yang berlagak "hebat" tu, teruskanlah untuk kamu semua balon.

AKU PEDULI APA @ APA said...

Helo sadiq,
ko tu faham sangat ke politik?

Aku blogger dan aku pun Umno tulin,mgkn lbh tulin dari kau.Sbb tu aku belasah 'Saifuddin bangkai hanyut' ini.

Kau apa?Angguk2,Geleng2 mcm kebau tindik hidung.

Anonymous said...

biasanya orang jarang sekali mengaku yang dia ahli mana2 parti politik dalam comment. kalau ada yang mengaku sebagai ahli mana2 parti politik ternyata berbohong termasuk anon 12:32AM..

Anonymous said...

Aku orang PAS yang tulin. Aku rasa akhir-akhir ini bloggers pandai memainkan isu dan sangat berpengaruh. bloggers sangat serius dan faham apa itu politik.

Jika UMNO nak menang elok kita dukung bloggers, seperti mana yang telah dibuktikan dalam beberapa PRK sebelum ni yang menyebabkan pakatan rakyat kalah teruk.

Mereka bukan hanya bloggers. mereka pembantu UMNO untuk menangkis fitnah jahat pembangkang.

segaraga

AnaQarbana said...

dia nak bagi upahlah tuuuuuuuu

Anonymous said...

Saya baru berjinak jinak mendapatkan maklumat daripada blog dan melihat bahawa ruang bicara faisal antara blog yg ramai pengunjung. Namum peranan blogger sama sahaja dengan harakah siasah suara keadilan yang suka memburuk buruk. Saya mohon agar blogger lebih fokus kepada keilmuan politik bukan sekadar cerita kosong yang langsung tiada ilmiahnya. Rakyat penanti.

Anonymous said...

hidup blogger... jangan pandang rendah kuasa blogger... gua dah survey, kawan2 sebaya gua(awal 30an) kebanyakan bukak blog tuk dpat information... takda masa nak beli paper, takda masa nak tgk tv... kiteorang bukan ahli umno, tp tetap sokong pemerintah..

Anonymous said...

lebih baik dia buat perjumpaan dgn pro mahasiswa, sape nak tanggung kos kerosakan akibat politik baru tu..

atau cermin mana lagi yg nak dipecahkan!!

Anonymous said...

dia kata nak jumpa blogger, tp blogger yg berkenaan tak tahu menahu siapa blogger yg dia nak settle..

kalu jumpa tulang besi, tak payah nak jumpa, suma settle, sbb dua2 kaki liwat sama ngan bapak liwat negara, si nuar berahi..

ko tak tau citer la rbf..
ni timbalan menteri nuar berahimm..buku jingga dia puji beb..ko nak citer ape?

Paritbuntarmali said...

Para pemimpin UMNO jgn cuba nak perlecehkan peranan blogger dalam politik ini. Silap gaya kalau blogger yang bertanding pilihanraya, boleh terlingkup mana-mana parti pun.

PRU ke 12 yang lalu sebagai bukti bahawa pembangkang dengan bantuan propaganda yang amat dahsyat dari blogger mereka yang diupah telah berjaya dan hampir-hampir lagi dapat menumbangkan Barisan Nasional.

Oleh itu insaflah dan ingatlah, kerjasama antara blogger dan para pemimpin politik amat penting dalam misi untuk Barisan Nasional pada PRU ke 13.

Peringatan ini ditujukan khas terutamanya kepada pemimpin politik yang akan mendapat habuan hasil kemenangan politiknya supaya jangan bersikap bodoh sombong dan sentiasalah berpijak di bumi yang nyata. Tapi kepada para blogger yang sentiasa ikhlas setiap kemenangan politik adalah demi kepentingan agama, bangsa dan negara untuk kemakmuran anak cucu di masa hadapan.

Anonymous said...

Sadiq, baik ko jangan 'terlebih' dgn ayat poyo ko "orang UMNO yang tulin"!
Hanya petualang UMNO sahaja yang sibuk melabelkan diri sendiri tulen, asli, atau perkataan 'mengangkat diri' sealiran dengannya!
DS Najib sebagai PM dan Tun Mahathir sebagai bekas PM pun tak pernah keluarkan perkataan biadab mcm ko!
Maksud ko, orang yang serius dan faham apa itu politik orang macam ko?
Dan UMNO boleh menang dengan mengabaikan sahaja bloggers buruk dan mengambail berat pendapat orang macam ko ini?
Bloggers tidak boleh membantu UMNO pun?

PTUIHHH!

Anonymous said...

..blogger manusia pejuang untuk membela agama Islam,bangsa dan tanah air tercinta..zaman dulu kalau di negara Jepun, blogger ni lebih kurang macam pahlawan samurai..ada yang bertuan dan ada yang freelance..samurai moden ini tidak membunuh dengan pedang tetapi membunuh dengan 'pena'..

..semua masih ingat 'tsunami politik PRU 12' bagaimana UMNO-BN kena teruk bila karekter Pak Lah 'dibunuh' oleh blogger2..

..sangat bahaya kalau dibiarkan 'samurai moden' ini tanpa tuan..

Cucu Pak Pandir

ajai62 said...

Assalam Bro

Untuk Sadiq

Kalau UMNO nak menang kenalah tendang calon-calon yang tak boleh menang macam T Menteri ni, KJ lagi siapa yang suka sangat membodek kerja tak jalan. Sebab tu UMNO tak disokong rakyat kerana gemar menyimpan pembodek.

Anonymous said...

timbalan menteri tu adalah kaduk yang naik junjung, dia tak sedar agaknya macamana kerja blogger untuk perang cyber.

Pada aku , usahkan dilayan, tapi protes terus menerus supaya najib tau timbalan menteri tu adalah saki baki peninggalan pak lah yang tak cukup akal.

Pendekata blogger terus menerus hantam ini cilaka punya olang sampai najib dapat signal ni dan kick the hell out this stupid fucker out from cabinet, suruh dia jadi cabinet simpan pinggan mangkuk udah..

Blogger yang dijemput, tahniah kerana menolak jemputan cilaka punya olang itu...tiu na sing punya deputy minister

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

sadiq..

ente punya ayat macam jilat itu pak menteri punya ponggong je...

kamon la sadiq belia muda yang sokong umno bukan bodoh.

kami tau sapa makan duit sapa jilat bontot pak menteri dan siapa jujur dalam perjuangan.

***gua tukang gantung bendera umno kat pucuk sukun waktu PRU

Anonymous said...

dunia baru politik baru... kehadiran bloggers diperlukan masa kini utk mana2 parti.. Mesir & Tunisia jatuh disebabkan kerana bloggers atau teknologi maklumat. Jangan perlekehkan kehadiran bloggers & dunia IT

kalau masih guna cara lama... BN akan kalah... oleh itu hormatilah kehadiran para bloggers..

Anonymous said...

bloggers memang selalu suka perasan..

Anonymous said...

en sadiq,

mari kita lihat siapa yang kena...
BABI!!!

Anonymous said...

tuan bukhori:

pendapat sy ialah, jika ada masalah jumpa la face 2 face bincang..melainkan anda takut or mmg tak mahu jumpa...

if rasa mcm nak ajar timb.menteri tu, try la plak ajak dia dtg jumpa blogger2..tgk plak reaksi dia..

n lastly kadang2 sgt meloyakan baca blog2 yg byk guna perkataan xsenonoh, kutuk mengutuk, dan sgt xmembina minda (hanya menanam perasaan benci je)

man on da street said...

Wei, Sadiq Sagaraga!Anonymous said...
Aku orang UMNO yang tulin...jikalau lah lu tu tulin , jangan lah tahu saja mengampu. Kepentingan bangsa MELAYU ni lebih penting daripada seorang timbalan.. say again timbalan. omputih kata Deputy minister , a junior post in the cabinet!Tetapi lagak beliau macam orang lama dan semacam senior minister pulak.What bullshit new politics he is bragging about? Whats new bro in politics? Lu story la sama kita orang semua ? New manipulations? New conspiracies? Or new ideas mau jual minyak urut, biar betul. Sudah terlanjur cakap , dan terlanjur perbuatan , dan terlanjur persahabatan ngan pembangkang selepas di expose olih bloggers baru mau cover line. Selalu nya media salah interpret, ni alasan utama, saya tak cakap semua tu, ni alasan kedua, mereka salah anggap, ni alasan ketiga, saya masih tetap setia ngan parti , kesetiaan saya tidak berbelah bagi, ni alasan talian hayat selepas semua alasan orang dah tak percaya,betul tak?Maybe PM dari negeri beliau , tetapi PM pun mau buang excess baggage jikalu menteri ni menjadi liability kepada PM betul tak?

Anonymous said...

ala...sembang lebih. Bayar lebih sikit..tersengih-sengih la datang. sedap mengata orang...puihhh

Anonymous said...

blogger tak power lg ka?? kalu tak power pembangkang tak menang lah PRU lepas, sebab blogger depa kuat..byk bahan yg di gunakan dlm PRK sebagai isu, datang dari blog..jd takyah la nafikan blogger neh takda gunanya..

eXception said...

Salam...
Aku ahli UMNO yang biasa-biasa sahaja... Juga seorang Blogger... Mungkin ramai tak tahu cerita disebalik isu ini... Siapa sebenarnya Timb Menteri ni dulu... Hentam kitaorang ada sebab...

Anonymous said...

syabas blogger..kasi kecut skit manusia2 yang belagak ni..huhu