Friday, March 11, 2011

Memalukan ! 149 GLC Tidak Bayar Zakat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, terdapat 194 syarikat GLC di negara ini namun hanya 45 daripadanya membuat pembayaran zakat perniagaan pada tahun lalu. Perkara tersebut dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam.

Petikan dari Utusan Online

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan untuk meningkatkan 10 peratus kutipan zakat pada tahun ini khususnya zakat perniagaan daripada syarikat milik kerajaan (GLC).

Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, terdapat 194 syarikat GLC di negara ini namun hanya 45 daripadanya membuat pembayaran zakat perniagaan pada tahun lalu.

Jelas beliau, statistik tahun lalu menunjukkan kira-kira RM30 juta zakat perniagaan telah dibayar oleh syarikat GLC dan pihaknya berharap ada peningkatan pada tahun ini supaya kutipan tersebut dapat digunakan untuk keperluan dan pembangunan masyarakat.

“Memandangkan tahun ini diisytiharkan sebagai Tahun Zakat Perniagaan, PPZ-MAIWP meletakkan sasaran kutipan zakat perniagaan sebanyak RM35 juta dengan jumlah 1,400 pembayar.

“Justeru itu, dalam usaha menggalakkan pembayaran zakat perniagaan, pihak MAIWP telah membenarkan pengembalian wang zakat sebanyak tiga per lapan kepada syarikat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang ditentukan sendiri oleh panel syariah syarikat masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembayaran zakat perniagaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Wisma PPZ, di sini hari ini.
Perkara ini sungguh memalukan. Dimanakah tanggungjawab pengerusi-pengerusi GLC berkenaan ?

Jika satu atau dua syarikat tidak membayarnya ianya tidaklah begitu mengejutkan kita, tetapi ini sebanyak 149 yang tidak membayarnya.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana berani mendedahkan perkara ini. Sekarang barulah kita tahu perangai sebenar GLC-GLC yang ada di negara kita. Setiap tahun bukan main lagi panggil media-media umumkan keuntungan, tetapi zakat tidak berbayar. Haram jadah punya GLC !

Kalau boleh kita nak minta Datuk Seri Jamil Khir Baharom dedahkan nama-nama GLC yang berkenaan. Rakyat nak tahu GLC manakah yang tidak bertanggungjawab itu.

Mana-mana pengerusi GLC berkenaan hendaklah meletak jawatan dengan serta merta kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, apatah lagi tanggungjawab tersebut adalah salah satu daripada lima Rukun Islam. Bagaimana pengerusi itu hendak memimpin GLC yang diamanahkan kepada mereka ke arah kejayaan sekiranya benda wajib pun dia tidak boleh melaksanakannya.

8 comments:

Anonymous said...

dah cerita tentang zakat, cuba cerita lak kat mana zakat ni dibelanjakan, berapa banyak, ye lah nak tau juga dapat beratus juta setahun.

patut di gabungkan dana zakat boleh jadi pemegang dana yang besar macam KWSP dan membeli saham-saham syarikat bumiputra yang berdaya maju dan membina hospital atau klinik sendiri(ramai dapat kerja), takde lah penagih/pesakit aids meminta belas kasihan kat orang-orang yang tak berkenaan.

Anonymous said...

Bro,

Mintak Dato' Jamil Khir dedahkan nama² company tu.. Berani kerana benar.

Zakat tak bayar, macam mana nak berkat.. Haram jadah betul...

Anonymous said...

Aku takde parti, cuma rajin akses mcm2 blog utk menilai drpd pembacaan & pemahaman sendiri. TAHNIAH BRO RBF sbb kau berani belasah mana yg tidak benar & yg salah. Aku ingatkn kau ni hanyalah alat kerajaan BN utk propaganda mereka, tp aku silap. Mana yg tak betul mmg patut kita balun & yg betul kita sokong.Tp ini amat berbeza dgn blogger picisan parti pembangkang, byk fitnah bodoh yg dilemparkan, mendoakan kehancuran utk org lain atas landasan agama islam.. Lagi sekali aku ulag blogger2 yg mcm ini adalah penulis blog yg paling BODOH tak berilmu pernah aku jumpa.. Itu hanyalah kesimpulan dari pemahaman aku.. Utk RBF teruskan dgn tulisan anda utk kesejahteraan negara kita tidak kira siapa pun yg kerajaan yg memerintah....... Salam

To Live Again said...

Syabas Dato Seri Jamil Khir..Ni yg aku suka dgn dia ni..Jgn buat jwtn Menteri JPM ni hnya sbgai pengiring YDP Agong dn PM ke majlis2 agam je..

Bongkarkan Dato Seri.Kami sebagai rakyat yg membayar cukai sehngga cukai2 kami ni dujadikan modal untuk menubuhkan dn memajukan GLC tersebut tp pekara MUNGKAR plak yg subur di sana.

Kerajaan kena semak dn kaji kedudukan CEO2 syrikat tesebut.Org2 yg mcm ni la yg akn menyuburkan buadaya rasuah dn kronisme di dlm syarikat.Mmg mereka pndai dlm akademik dn pengurusan tp PANDAI tnpa dipimpin oleh IMAN akan hlg BARAKAH dn company akan HANCUR!

azman said...

Assalamualaikum rbf

Memang sungguh memalukan,saye sokong di paparkan name name syarikat terbabit, supaya mereka sedar bahawa rakyat memang perihatin dan perlukan pengerusi GLC yang bersikap telus dan bertanggungjawab kepada kerajaan dan rakyat.

Jangan mereka ingat syarikat itu mak bapak dorng yang punya.

Anonymous said...

Masya Allah..takkan smp begitu sekali. memang amat memalukan..

Anonymous said...

Salam bro rbf..betul ke video ni http://braveheart-blogger.blogspot.com/2011/03/hangat-lagi-adun-pas-buat-hal.html yang mengatakan adun PAS kantoi beromen dalam wad..?? ada dalam blog Braveheart..??? dalam Youtube baru 87 view...

hanizam said...

memang memalukan...aku yang kerja dalam salah satu diperbadankan kerajaan, walaupun nak dapat bonus tu 1 mimpi ngeri pun bayor zakat setiap tahun...

kalau company (anak syarikat) ni independent dari induk (HQ), 3 bulan senang-senang je bonus tu...

tahun ni company aku bayor zakat ikut percen setiap negeri yang dapat semuanya rm 1.7 JUTA...bukan luak pun duit tu...

ni yang dapat juta-juta lemon pun cuak bayor zakat...memang memalukan...memalukan...