Monday, March 21, 2011

Perangai Saifuddin Nasution Sehodoh Wajahnya

Klik pada imej untuk membacanya dengan jelas

Sinar Harian semalam melaporkan dakwaan Saifuddin Nasution yang mengatakan pendaftaran Pas, PKR dan DAP sebagai sebuah pertubuhan yang dinamakan Pakatan Rakyat telah mendapat kelulusan di peringkat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan kini menunggu kelulusan di peringkat KDN sahaja.

Saifuddin juga mendakwa permohonan mereka mengalami masalah birokrasi apabila Menteri KDN belum memberikan lampu hijau, katanya.

Apa yang dikatakan oleh Saifuddin yang berwajah seperti katak puru itu adalah pembohongan semata-mata. Dia cuba mencetuskan isu kononnya ROS sudah lulus tapi menteri yang tak luluskan untuk memberi persepsi buruk kepada kerajaan dan seterusnya boleh menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan BN.

Dalam akhbar yang sama semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman menafikan dakwaan Saifuddin bahawa pendaftaran pakatan parti pembangkang itu telah mendapat kelulusan ROS.

Perangai Saifuddin memang buruk seperti wajahnya. Dia sanggup membuat kenyataan berbohong semata-mata untuk menimbulkan kemarahan orang ramai. Perkara yang tak lulus lagi, dia boleh umum kata lulus.

Ini bukanlah kali pertama Saifuddin membuat perkara-perkara begitu. Sudah banyak kali dia membuat kerja-kerja jahat begitu, termasuklah semasa pemilihan PKR yang lepas. Kalau orang yang sama parti dengan dia pun dia boleh tipu apa lagi orang yang parti bermusuh dengannya.

Blogger GAP pernah menceritakan bagaimana penipuan yang dilakukan Saifuddin semasa PRK Lunas pada tahun 2001 dimana dia yang menjadi calon pada waktu itu. Taktik yang sama cuba digunakan dalam hal pendaftaran mereka dengan ROS sekarang. Klik di sini.

Itulah perangai jahat orang yang menjadi setiausaha agung PKR sekarang. Dalam PKR daripada kepala sampai ke ekor semuanya dipenuhi oleh orang-orang jahat.

Kalau orang yang tak kenal dia orang akan kata dia seorang yang berani dan hebat apabila melihat wajahnya yang seperti katak puru berlagak bengis. Orang tak tahu yang dia sebenarnya seorang yang penakut nak mampus.

Seseorang yang pernah melarikan diri bersamanya ke Indonesia selepas Anwar ditahan polis pada tahun 1998 pernah menceritakan kepada saya bagaimana penakutnya Saifuddin.

Sewaktu berada dalam pelarian di Indonesia pada tahun 98, mereka beberapa orang termasuk Ezam menetap di sebuah apartment di Jakarta yang disediakan oleh seorang menteri Indonesia yang rapat dengan Anwar.

Jika anda masih ingat lagi waktu itu Ezam dari Jakarta telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Tan Sri Rahim Nor adalah orang menumbuk Anwar sehingga lebam biji matanya yang selalu menghadap punggung lelaki.

Mengikut cerita yang sampai ke pengetahuan saya, sepatutnya bukan Ezam yang tandatangan kenyataan itu. Kenyataan itu disediakan oleh Khalid Jaafar tetapi dia sendiri tidak berani menandatangannya kerana takut. Saifuddin juga tidak berani tandatangan. Akhirnya mereka semua minta Ezam yang tandatangan. Hanya Ezam yang berani, yang lain semua penakut nak mampus.

Kenyataan Ezam dari Jakarta itu telah menimbulkan kegemparan dalam negara. Maklumlah ianya satu tuduhan yang berat, apatah lagi tuduhan terhadap Ketua Polis Negara. Selepas balik ke Malaysia, sampai sahaja di KLIA, Ezam terus ditahan polis. Sebab itu Khalid Jaafar dan Saifuddin tidak berani tandatangan.

Pada satu hari semasa masih di Jakarta, mereka beberapa orang keluar untuk makan tengahari. Selepas makan dan kembali semula ke kawasan kediaman mereka, pengawal keselamatan memaklumkan kepada mereka semua ada orang Malaysia datang bertanyakan mereka sewaktu mereka keluar makan.

Mendengar kata-kata itu, tanpa menunggu lama Saifuddin terus naik ke rumah manakala rakan-rakannya yang lain masih lagi bercakap dengan pengawal keselamatan tersebut. Selesai bercakap mereka pun naik ke rumah, terkejut beruk mereka apabila melihat Saifuddin telah siap sedia dengan beg-beg untuk keluar dari rumah berkenaan dengan segera kerana takut apabila mendengar cerita dari pengawal keselamatan berkenaan.

Akhirnya Saifuddin keluar dari rumah berkenaan, manakala rakan-rakannya yang lain kekal di sana dan selepas itu Ezam pula pulang ke Malaysia dan setibanya di KLIA dia terus disambut oleh pihak polis. Saifuddin entah lesap ke mana.

Itulah dia Saifuddin Nasution yang siang malam bercakap berkobar-kobar pasal perjuangan dan dengan gaya muka yang bengis, tetapi penakut nak mampus. Dengar saja cerita ada orang Malaysia datang terus masuk rumah, kemas beg dan cabut.

6 comments:

Anonymous said...

hahaha..katak puru...

Cencaluk said...

Salam,

Bro, bak kata orang tua-tua biar buruk rupa jangan buruk perangai tapi rupanya ada yang dah le buruk rupa buruk lagi perangainya.

Saya rasa kalau katak nampak saifuddin ni dia pun mesti terperanjat katak sebab muka katak pun tak seburuk muka manusia harami ni.

Apa kata kalau kita tabalkan dia sebagai raja segala katak kerana ada katak yang kulitnya licin selicinnya tak macam muka harami sekoq ni.

Walaupun kulit muka suami aku lebih kurang kulit harami ni tapi lebih baik sikit namun begitu dari segi perangai dan tanggungjawa memang NO1. kebajikan kami sekeluarga dijaga dengan sempurna kalau nak tahu dia nak belikan aku exora sekarang ni aku guna kancil aja.

Itu le biar tak handsom asalkan kami bahagia dengan 3 anak kami...

PARANGkontot said...

Apakah persamaanya antara:-

Saifudin menjual kata-kata POLITIK dan
Saifudin menjual barangan KOSMETIK ?

Jawapan: Kedua-duanya tidak boleh DIPERCAYAI....

Anonymous said...

Kapal Sink haram tu pun bengap gak. Nak kaitkan Najib menghina mahkamah pasal minta anwar serahkan DNA. Walhal, Najib cuma menjawab cabaran anwar supaya Najib serahkan DNA.

Peguam-peguam UMNO cubalah pro aktif sikit. Jangan diam sahaja bila anwar atau kapal tenggelam cakap macam-macam di luar mahkamah. Ambik tindakan menghina mahkamah... jangan dibiarkan mereka berbuat sesuka hati. naik lemak dia orang tu.

sakit hati betul!

Anonymous said...

kesian kat dia...hari-hari bangun pagi dah kena fikir macamana nak buat isu putar belit...tak bosan ke wahai Saifuddin...

Anonymous said...

Kesian kat kau, muka dah macam kata puru, bangun pagi-pagi dah kena fikir untuk buat isu putar belit, itu jelah keje kau, bila kau celik mata, kau tak bosan ke wahai saifuddin .....