Monday, December 13, 2010

Individu Rapat Pemimpin Pas Akan Didakwa?

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa seorang individu yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang pemimpin kanan Pas dalam tempoh terdekat ini.

Difahamkan, individu berkenaan akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah bersabit penyalahgunaan kuasa.

Beberapa blog melaporkan, langkah SPRM itu heboh diperkatakan di kalangan pemimpin Pas, mereka tertanya-tanya siapakah individu berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan, surat arahan sudahpun dikeluarkan oleh suruhanjaya tersebut kepada individu itu untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dalam sehari dua ini bagi membolehkan keterangan diambil.

Dia kemudiannya akan ditahan sebelum dibebaskan sementara menanti didakwa di mahkamah di sebuah negeri.

Pendakwaan terbaharu ini dijangka sekali lagi mengejutkan arena politik yang sebelum ini menyaksikan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berkaitan transaksi pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah dengan harga RM3.2 juta tiga tahun lalu sedangkan nilai pasarannya adalah RM6.5 juta.

Sumber : Utusan Online

4 comments:

Anonymous said...

nanti boleh la kata konspirasi UMNO lagi..macam biasa...kalau pakai ketayap depa kata tak boleh buat salah dah..

Anonymous said...

kasi tangkap semua mana-mana pemimpim yang bermasalah dan bersalah tak kiralah BN ker PR ke .... menyampah U

Anonymous said...

Hal tangkap-menangkap oleh SPRM ni, tak sesuai dihebohkan sebelum ianya berlaku. Takut bentan!

Belum-belum lagi dah heboh. SPRM pun jadi serba-salah nanti. Elok-elok SPRM nak tangkap secara surprise, langsung tak jadi pulak.

Walau pun dapat tahu dari sumber yg boleh dipercayai, lebih baik dibiarkan SPRM bertindak secara mengejut di masa yg sesuai.

Anonymous said...

apa kena mengena ngan ketayap...