Friday, December 3, 2010

Zaini Hassan Bikin Tulang Besi Sasau

Nampaknya kolum cuit tulisan Datuk Zaini Hassan dua hari lepas tentang blogger-blogger mesra kerajaan serta ranking blog yang dikeluarkan telah membuatkan seseorang yang mengaku dirinya ahli Pas tetapi tidak membayar yuran menjadi sasau.
Orang yang saya maksudkan menjadi sasau itu adalah blogger yang menamakan dirinya tulang besi. Kalau dilihat pada nama itu tulang besi seolah-olah dia seorang yang berani. Ini kerana apabila kita nak menggambarkan keberanian seseorang kita akan menggunakan peribahasa 'urat dawai tulang besi'.

Tetapi tulang besi yang saya maksudkan ini adalah seorang penakut. Dulu dia tinggal di Indonesia. Daripada sana dia serang Hassan Ali dan geng-geng Pas Selangor. Kemudian bila kena saman dengan salah seorang orang  Pas Selangor , dia minta derma atas nama tabung guaman tulang besi dan dapat RM 10 ribu  saya difahamkan dia lari ke Arab Saudi pula. Sekarang dia berada dimana pula saya tidak pasti.

Punca utama si tulang besi menyerang Hassan Ali adalah kerana gagal mendapat jawatan CEO yang dipohonnya selepas Hassan Ali menjadi exco Selangor. Saya difahamkan semasa Pas memerintah Trengganu dulu pun begitu juga amalannya. 

Tak dapat habuan di Trengganu, habis geng-geng Pas Trengganu di musuhinya. Tak dapat di Selangor habis geng-geng Pas Selangor dimusuhinya. Tetapi bila menulis dalam blog macam dia seorang yang hebat-hebat dalam dunia ini. Ada kala lagaknya mengalahkan pemimpin besar-besar Pas. Siap panggil sidang media lagi. Ptuihhhhhhhhhhh.......

Tak dapat dengan Hassan Ali dia beralih arah dengan Khalid Ibrahim pula. Dipuja dan di pujinya Khalid, entah dapat entah tidak saya tidak pasti.Tetapi dengar-dengar cerita (tidak dapat disahkan) , katanya sekarang bekerja dengan harakahdaily pula. Itu pun setelah puas mengemis, kerana kasihankan dia harakah terpaksa ambil kerana nak tolong dia dalam kes saman yang dihadapinya.

Cukup setakat itu dulu. Tak boleh lebih-lebih sangat, nanti dia panggil sidang media pula nak hentam rbf atau dia mengaku dia ahli Umno pula dan buat laporan kepada badan disipilin Umno untuk ambil tindakan kepada rbf. Orang seperti ini bukan boleh tentu sangat. Tiba-tiba dia kata pula tiada bukti dia ahli Pas kerana dia tidak bayar yuran dan mengaku dia ahli Umno lalu pergi buat laporan kepada ibu pejabat Umno. Pening kepala Ku Nan nak melayannya.

Sekarang kita masuk pula bab kegelisahan yang membuatkan dia menjadi sasau apabila blog mesra kerajaan menguasai dunia siber pada hari ini.

Kata si tulang besi yang terputus wayar hijau,
Apa nak jadi dengan Dunia Cyber Malaysia? kalau artikel Utusan Malaysia di bawah dijadikan rujukan, ertinya dunia cyber politik Malaysia sudah pun dikuasai pemfitnah dan pendusta. Nama-nama seperti Papa GOmo, Parpu Kari dsbnya sedang mendapat ranking antara yang tertinggi dalam ranking blog di Malaysia mengikut Alexa.
Kalau begini trend di Malaysia, alamatnya rakyat Malaysia akan terus diselaputi fitnah dan penipuan. Sudahlah media utama kita turut menyebar fitnah, sekarang pula dunia cyber dikuasai pendusta.
Saya bukan cakap kosong. Dusta terbaru yang ditaja bloggers2 PONDAN/UMNO ini adalah kononnya ADUN Selising berzina dengan isteri orang. Sudahlah mereka melakukan Qazaf, sebar fitnah pulak tu.
tulang besi
Saya jawab,

Semenjak tahun 1998 sehingga 2008 kamu dengan geng-geng kamu mengusasai dunia cyber apa tuduhan atau fitnah yang kamu tidak lemparkan kepada Umno atau kerajaan ?

Bermacam-macam tuduhan, daripada mengeji Tun Dr M mahafiraun, kerajaan meracun Anwar Ibrahim dalam penjara sehinggalah kepada tuduhan Najib membunuh Altantuya.

Wahai tulang besi yang bebal tetapi berangan nak jadi CEO, kamu semua telah diajar dengan fitnah oleh Pas walaupun kamu tidak bayar yuran ahli Pas atas alasan dibenarkan melakukan fitnah terhadap musuh iaitu Umno dan BN. Itu fatwa sesat yang Pas keluarkan kepada ahli-ahlinya. Kau nak nafi ke ? Sekarang aku bagi kau bukti dan orangnya yang menjadi saksi masih hidup lagi.

Semasa Kickdefella bekerja di Kelantan, beliau membawa satu bahan yang sudah siap untuk dicetak kepada seorang exco untuk kelulusan. Exco mana aku tak tahu, tetapi aku dan orang ramai serta kau sendiri boleh agak siapa bos Kickdefella semasa beliau bekerja di Kelantan.

Kickdefella berkata kepada exco berkenaan “tapi yang ini ada berunsur fitnah…”. Menurut Kickdefella ianya dijawab dengan sebuah hadis oleh exco berkenaan dan menerangkan kepadanya fitnah itu boleh dilakukan ke atas musuh kita. Siapa musuh Pas ? sudah tentu Umno dan BN. Kalau tak percaya klik di sini

Hari ini sekiranya benar Parpukari atau Gomo melakukan fitnah keatas Pas, apa yang perlu kamu nak hairankan. Kerana menurut fatwa Pas ianya boleh dilakukan keatas musuh. Musuh Parpukari dan Gomo adalah Pas, PKR dan DAP. Tak mungkin itu pun kau tidak faham. Sebab itu aku kata kamu bebal, tetapi bercita-cita nak jadi CEO.

Sekarang baru kamu nak risau rakyat Malaysia diselaputi fitnah dan penipuan setelah kami hadir memberi cabaran kepada kamu. Selama ini berbelas tahun kamu seliputi rakyat Malaysia dengan fitnah dan penipuan tidak pula kamu risau. Apabila kami mula serang, serang dan serang tiba-tiba kamu nak main perangkap off side atau alih tiang gol pula. Jangan begitu, jom kita berentap secara gentlemen. Jangan nak risau-risau kepada rakyat Malaysia. Mereka semua ok ,sihat walafiat dan sedang menanti-nanti game kita. Jom kita lawan.

Strategi, cara dan pendekatan yang kamu guna selama ini di dunia cyber telah membuahkan hasil yang memuaskan kepada kamu dalam pru 2008. Selepas pru 2008 tuhan anugerahkan blogger-blogger seperti Parpu, Gomo dan yang lain-lain kepada rakyat Malaysia untuk bermain seperti mana yang kamu dan geng-geng mainkan dulu. 

Ternyata strategi kamu yang ditiru oleh kita semakin menunjukkan harapan untuk membuahkan hasil.Bukan setakat Anwar Ibrahim anugerah tuhan, kami juga anugerah tuhan kepada rakyat Malaysia untuk membersihkan fitnah dan pembohongan yang kamu seliputi kepada rakyat Malaysia selama ini.

Insyaallah kami akan terus konsisten untuk menentang kamu dan dakyah-dakyah sesat yang disebarkan oleh Pas selama ini. Datuk Zaini juga tidak perlu risau kami akan beralih kiblat selagi gandingan Najib dan Muhyiddin menerajui negara ini dan selagi Tun Dr M bersama-sama menyokong kepimpinan mereka berdua.

Cukup setakat ini terlebih dahulu untuk hari ini. Tak boleh lebih-lebih sangat, nanti tulang besi lari semakin jauh. Silap-silap dia lari ke Somalia pula untuk menjadi lanun. 

Kita sama-sama tunggu dan lihat apa respon tulang besi. Jangan risau, banyak lagi perkara yang saya ada untuk didedahkan kepada anda berkenaan tulang besi. Apa yang saya tulis hari ini baru mukadimahnya. Belum masuk isi dan penutupnya lagi.

Jangan ingat rbf tidak ada kawan-kawan dalam Pas Selangor. Berlambak geng-geng yang setuju dengan kerajaan perpaduan yang berkawan dengan rbf. Semua itu kita akan dedahkan kemudian. Kita tunggu dulu jawapan tulang besi.

* Sebarang komen hendaklah dimulakan dengan ludah ke atas muka tulang besi.

Contoh : Ptuihhhhhhhh - tulang besi bebal.

Komen tanpa ludah akan dipertimbang supaya tidak disiarkan.

27 comments:

Anonymous said...

ptuih tulang besi berkarat....apebila suda tidak dapat cari makan di dunia siber mula la dea meracau....rasanye die menjadi pendengki kerana blognye suda tidak laku...:P

blogenstarz said...

Ptuihhhhhhhh - tulang besi bebal.
Memang saat ini yang dinantikan.Kepala BANA TB.Pengecut.Dia ini memang spesis biawak paya yang tegar dengan bangkai.
rbf... TQVM. ur is the one of the best.....

izin copy

Anonymous said...

ptuihhh.... artikel terbaik demo stakat ni.

retox8000 said...

hakkkkk ptuihhhhhhhhhhhhh!!!-kepada Tulang Besi

Anonymous said...

"""Ptuihhhhhhhh - tulang besi bebal"""

aku nak ketawa...ha ha ha haah a

aku anti PAS said...

Ptuihhhhhhhh - tulang besi bebal...

Apa punyalah benak si tulang besi karat nih... aku dulu terpengaruh sangat dengan PAS nih.. jadi hardcore PAS lah.. tetapi lama-kelamaan aku sedar dan faham... PAS aka Parti Ajaran Sesat x lebih dari gunakan agama..

Suram Muram said...

Tahniah RBF...
Jawapan yg baik...
jgn dilayan Penyakit TB nie...
lama-lama nt de mati sendiri...
sekarang pon da sasau...
da x lama la tue...
Sekarang Tulang Besi...
x lama lg jd TAIK BAB!!!

Anonymous said...

Ptuihhhhhhhh - tulang besi bebal.

dia ingat puak dia je yg boleh fitnah org...nak semua org ikut cakap dia je...bodoh nak mampus..hidup rbf...

azman said...

Assalamualaikum RBF

Khakkkkk pthuiiiieeee unutk tulang besi yg dah makan tulang la ni..

Jangan lelame sngat nak telanjangkan dia tu RBF kang mcm kes anu arr lak yg dok tunda..anti klimaks la mcm tu

Anonymous said...

RBF..Aku 3 X ..hakkkkk ptuihhhhhhhhhhhhh!!!- kat muka dan kepala TB , kot-kot sawan dan sewel yg ada pada spesis ini dapat disembuhkan.

Anonymous said...

Hakk Ptuihhhhhhhh - tulang besi aka tulang babi bebal.

Tulang babi ni terlupe ke cerite pasal budak hamPAS kononnya kene serang & ditetak dgn pedang samurai semasa PRK Bagan Pinang yg lepas. Baju & kepala berdarah bagai nk rak, tp satu luka dibadan pun x nmpk. Ketua Pemudi hamPAS siap buat sidang akhbar lg pasal kes tu, akhirnya hingga ke arini puak hamPAS x brani berithu nama dan tmpt tinggal pemuda penipu tu. Yg tu kita nak namakan sebagai ape pula tulang babi ooiii?? Fakta @ auta @ fitnah?? Tulang babi MUDAH LUPE... kah.. kah.. kah..

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal said...

tak ludah takpa kot..hehe
tapi kami dah brainwash TB dgn linkkan entry rbf ni dlm
wall facebook TB
semuga dia insaf kembali ke pangkal jalan..

http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=1604406281

wmu350 said...

Buat pertama kalinya saya tergerak hati untuk menulis e-mail ini kepada saudara RBF
Untuk maklumat saudara,saya sentiasa mengikuti perkembangan dunia politik tanahair dari pelbagai sudut.blog saudara adalah salah satu tempat saya mendapat maklumat…..

Saya tergerak untuk meluahkan rasa kecewanya saya terhadap kenyataan nik aziz berkaitan isu Timbalan Perdana Menteri oleh Lim Kit Siang yg saya baca dalam malaysiakini…..

Nik aziz semakin mengelirukan umat dinegara ini,dengan kenyataan beliau menyokong wakil dari DAP itu untuk menjadi TPM (ini semua adalah agenda untuk menarik undi bukan melayu kepada pakatan rakyat)

dan kita sedia maklum beliau juga selama ini menyatakan bangsa tidak penting,hanya islam yg penting….adalah kenyataannya salah..!
jika dilihat sekali imbas memang tiada masalah..tetapi jika kita berfikir panjang dan jauh sedikit dihadapan…yg dia sokong lim kit siang tu islam ke tidak?.....parti mana yg ada pemimpinnya menyatakan langkah mayat aku dulu baru tubuh Negara islam dalam Malaysia>…?bongkak punya nik aziz..!nak tipu orang islam melayu..!

Nik aziz telah mengelirukan rakyat.saya tidak kesah sapa nik aziz tetapi saya tidak boleh diam atau terima kerana pemimpin bernama nik aziz boleh membuatkan manusia yg memuja beliau selama ini percaya dan ikut sahaja…..ini akan memberi bencana besar kepada Negara kita jika tiada kepimpinan yg berani dan berhujah untuk mematahkan kenyataakn yg boleh menggugat kestabilan Negara…

Kita harus ingat insan bernama anwar telah Berjaya memporak perandakan umat termasuk seorang yg digelar tok guru pun boleh menghalalkan segala perbuatan dan kenyataan anwar……apa akan jadi jika manusia2 marhaen biasa yg tiada apa2 dan hanya hidup bersama keluarga dan menerusi sisa2 hidup sahaja nak fakir benda2 macam ni….dan yg saya takuti dan bimbang adalah mereka2 ini juga adalah pengundi esok lusa….!

Bahaya jika ini tidak diberi penjelasan dan tidak dilakukan berulang2 kali untuk menangkis agenda kepentingan politik sempit segelintiran insan yg ego ini…!

wmu350 said...

banyak yg orang ramai tidak tahu apa yg berlaku dalam politiki sebenarnya......inilah kajian aku tentang pengaruh label/jenama....samalah macam pas itu islam...umno itu kurang islam sebab tak de perkataan islam digunakan.....pas bagus cuma jgnlah sambil memuji diri sambil cucuk jarum peniti pada umno...

nik aziz kata dia tak percaya pada bangsa....dia pegang islam...bangsa tak penting.
saya nak ingatkan..TPM yg dia sokong dari DAP tu..islam ke?jgn kelirukan anak melayu sekarang..ramai yg tak faham..!dan TPM yg ada sekarang bukan islam kah..!kenapa tak sokong yg islam....kalau tak sokong bangsa pun..!fikirrrrrrrrr

WAHAI MELAYU2 DILUAR SANA....BILA MELAYU DAH MEMANG MUDAH LUPA TERMASUK DIRI SENDIRI...BERSUARALAH SALING INGAT MENGINGATI KERANA MANUSIA MUDAH LUPA WALAUPUN DIA ADA KALA TAHU..!DALAM KITAB... KAN DAH ADA....TERMASUK NIK AZIZ PUN BANYAK KALI PELUPA..!PASAL DALAM PARTI DIA DAH TAK DE ORANG YG BERANI TEGUR....PASAL TU MELAYU PENING

Anak Lenggong said...

Blog Tulang Babi@ Rahman tak muncul..sebab dia dah kenyang dengan duit derma yang dia kutip kononnya untuk upah peguam untuk dia menyaman pemimpin PAS yang dia tak suka...

Bukan blog Tulang Besi je yang longlai..tu blog Poji@ Perisik Rakyat(belaan husam) dan sya_ Omel (belaan Nizar mualaf) pun dah tak muncul...kah kah kah

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!

Anonymous said...

Ptuihhhhhhhhhhhhh tulang besi gemuk gedompol k0**K kecik..Memang aku berbulu dengan dia dari dulu lagi,spesis sama macam Aduka TerukBenar..koya tahu serba serbi,ornag lain salah,dia je betul..RBF,bantai dia cukup2 ,nyamuk Aedes macam dia patut kena sembur banyak2

Anonymous said...

Ptuihhhhhhhh - tulang besi bebal+bongok+bangang

aku selalu jugak baca blog TB nie..nak tengok isu apa yg dia post..tapi bila orang mintak bukti apa yang dia tulis, semua dia spin..
SPINNNNNNNNNN aje memanjang..

memang dasar PAS..lempar batu sembunyi tangan..bila orang baling balik kena atas lobang hidung sndiri,cepat-cepat pusing tang kelain..

PAPA GOMO said...

Ptuihhhhhh....
Khak...Ptuih.....

Kesian Tulang besi hahaha. Apa pun RBF artikel mantap!

Aku kesian kat tulang besi ni, sejak utusan keluar rangking blogg ni pun tiap jam di masuk wall aku post artikel blogg dia. Nak kejar rangking kot?

Ada jugak bebudak blogger yang kata Tulang Besi mengaku dia blogger ulung dalam pakatan. Huhuhu...

Takpelah..apa apa pun kita suka orang macam tulang besi ni. Senang buat bahan caci maki kita. Hahaha... Kalau takde dia susah jugak kita...

Apa pun Tulang Besi Blogger DERMA hahaha....

Tulang Besi said...

TUlang Besi telah membuat sumpah laknat ke atas artikel ini dan ke atas Zaini Hassan:

Sumpah Laknat Tulang Besi ke atas blogger2 pendusta....


Kalau berani, jawab balik sumpah ini.


Wassalam

Aspirasi said...

Hakk.. Ptuihh..

TB bebal..

Syabas bro.. Kupasan hebat..

Apa yang penting misi kita belum selesai.. Petualang perlu ditanam...

Jangan alpa dan leka

usin said...

ahakhh ptuiii!! mampus kering la kau tb. ko punya fitnah dh x power dh. sekrg giliran blogger anti fitnah pulak ambil alih. kalau poket ko dh kering, ko tukar kiblat je. ko blasah balik mangkuk2 yg ko bela dulu. itupun kalau ko x reti malu la. tp aku agak ko memang x reti malu. ataupun ko mintak husam tambah bajet la. ko ckp serangan blog mesra kerajaan terlalu kuat, kena bajet besar nk lwn balik. ptuii!! blogger gampangan!!!

Anonymous said...

sakit tekak.. nk kencing boleh? hik-hik-hik

Anonymous said...

Hakkkkkkkkkkkkkk Ptuihhhhhhhh ko Tulang Besi!!!

Nak meludah jer... kahak pekat likat kaler hijau PAS

Salam semua said...

Salam semua..

Minta maaf banyak-banyak kerana saya tak biasa buat lagu tu kerana telah dilatih oleh ibu bapa saya tidak boleh meludah orang...

Seperti sahabat yang lain, saya juga tidak berapa setuju dengan kebanyakan penulisan saudara blogger Tulang Besi...

Dulu bukan main angkuhnya dia ni. Lagaknya macam Raja Cyber. Tapi kali ini barulah dia kena buku dengan ruas....

Apa-apapun, syabas RBF ! Good job Bro!

Anonymous said...

david jones torebki kopertówki torebki skórzane torebki damskie hurtownia torebki torebki zamszowe torebki z nike [url=http://torebki4you.com]torebki damskie sklep internetowy [/url]
http://sektormarket.com/forum/profile.php?mode=viewprofile&u=43981 http://www.actnaturally.celebfans.org/forum/index.php?action=profile;u=76303 http://labreapr.com/labreaprforum/index.php?action=profile;u=107271 http://demo.vbcms.de/forum/member.php?8617-Santigeleth http://www.anime-monster.com/forums/index.php?s=2e6d819f9c75af6fd70434bc5ee8f833&showuser=80358 torebki damskie sklep internetowy tanie torebki torebki sklep internetowy modne torebki torebki w ccc sklep torebki
torebki hurtownia sklep torebki Hello everyone, i just installed a new PSU and GPU. I think i hooked everything up fine, then my PC got shut down twice, i thought it was the CPU overheating. I connected the fan in more tightly, that may have been the problem. However, my CPU is having a hard time running basic programs. As Im typing this, my CPU percentage is fluctuating between as low as 10% and as high as 30% or even 60% at times!! Im pretty sure i have no viruses, infact, this issue didnt start happening until i installed the new parts. Is it overheating? BIOS upon bootup says my temps are like 37degrees celsius. Anyone have ideas?
torebki listonoszki skorzane torebki [url=http://torebki4you.com]torebki sklepy internetowe [/url]

Anonymous said...

get facebook likes
buy facebook likes

http://www.macygray.com/node/243 http://www.visualizing.org/visualizations/egypt-influence-network
facebook likes buy facebook likes get facebook likes
i have a laptop model presario c300 . i have windows xp sp2 in it. i just formatted it . i have installed all dirvers but wen i m trying to install sound drivers it says 'cannot find modem for device' n sometimes says 'cannot find device for driver' ..how do i install sound drivers to my laptop. internet is working everything else is working .. thers no virus because i have jus now formattd. sound device is of conexant universal. it has a smart audio software with it i have installed that . pls help.

1000 facebook likes get facebook likes [url=http://1000fbfans.info]buy facebook likes [/url] buy facebook likes