Thursday, December 9, 2010

Khir Toyo Perlu Tutup Mulut, Orang Lain Boleh Buka Mulut

Peguam Negara (AG) hari ini memberi amaran kepada Dr Khir Toyo supaya menutup mulut.

Amarannya nampak begitu keras sekali.

Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh AG.

Sebarang kes mahkamah tidak boleh diperkatakan sehingga kes tersebut selesai.

Akan tetapi apabila saya bersetuju dengan AG tidak semestinya saya tidak bersetuju dengan Dr Khir.

Perkara ini tidak adil. Kalau nak tutup mulut, semua harus tutup mulut termasuk AG sendiri. Barulah sama adil.

Kenapa saya kata begitu ?

Sebaik sahaja selesai AG mendakwa Dr Khir pada hari isnin lepas beliau sendiri juga telah membuka mulut kepada pihak media berhubung kes berkenaan. Sini

Selepas itu pula, Dr Khir dihentam kiri dan kanan oleh pelbagai pihak. Adakah wajar beliau hendak mendiamkan diri ?.

Dr Khir tidak pernah mempertikaikan tindakan AG dan SPRM mendakwanya,malah beliau mengucapkan terima kasih pula. Beliau hanya berkata inilah peluang untuk beliau membersihkan diri selepas dilemparkan tuduhan kononnya rumah beliau berharga RM 24 juta, sedangkan tuduhan terhadapnya hanya menyebut RM 3.5 juta. Sini

Manakala hari ini pula, setpol MB yang paling bebal dalam abad ini terus membuat kenyataan berhubung kes yang sedang dibicarakan. Sini

Adakah AG boleh memberi amaran kepadanya agar menutup mulut ?

Dalam kes Anwar Ibrahim pula, beliau dibenarkan membuat road show keliling negara malah keliling dunia bercakap tentang tuduhan liwat terhadapnya , tidak pula AG memberi amaran.

Anwar bukan setakat buka mulut, malah mempertikaikan AG, pertikai mahkamah, pertikai hakim, pertikai polis dan sebagainya, tetapi AG mendiam seribu bahasa. Why ? why ? why ?

Adakah AG hanya berani dengan orang-orang Umno dan orang BN sahaja tetapi takut kepada orang-orang PKR , Pas dan DAP ?

Adakah adil Dr Khir diarahkan tutup mulut, tetapi orang lain dibenarkan buka mulut ?

Kalau nak adil, biar adil kepada semua.

12 comments:

Anonymous said...

AG suruh tutup mulut takut org awam nampak mende ni seperti dirancang..

org boleh nilai...

kalo khir konfiden bgtau dia boleh bersihkan imej dia,maknanya pihak AG lah yang gagal...

sabit tuduhan,tp tuduhan pun mcm senang2 je boleh lepas...

kan dah kantoi kat situ...

so,diam2 jer la khir toyo...

Anonymous said...

kes Anwar, kes TBH..AG lak kena "tutup mulut".

Anonymous said...

serabut bhai ... kusut musut...masai ..jom pi macao

PAPA GOMO said...

tu lajh Double Standard...Anwar Ibrahim jaja ke serata dunia tak pulak AG tegur..cilaka.....

Anonymous said...

AG pun anuar pun tak caya.. mana AG berani tegur terang Anuar buat Roadshow.. berhubung kes menjubur org tu...di pentas ceramah/ dlm bolg/ harakah/sinar dll......AG pencen lah...pilih bulu jugak kayu ni

adam idris said...

ag ni ada masalah agaknya...

Anonymous said...

Saya memang dah lama sakit hati kat AG ni. Sepatutnya kes yang sedang dibicarakan di mahkamah tidak boleh dibincangkan diluar oleh orang yang berkenaan. Boleh disabitkan menghina mahkamah.

Tetapi kenapa anwar dan konco-konco nya boleh dibiarkan? Sana sini berucap, komen pasal kes dia. Sampai dalam DUN Perak pun boleh fitnah kononnya hakim boleh dibeli, dalam kes anwar lah tu.

Sepatutnya anwar dan konco-konconya tu telah lama ditangkap, malah mulutnya dipecah-pecahkan supaya tidak boleh bercakap lagi.

hikayat said...

Brita harian cite ni pun nak letak muke depan, nampak sgt anti khir toyo.

mat said...

suruh wartawan tanya AG.. kenapa dia x suruh anwar tutup mulut..
nak tau jugak ape jawapan bangang dia..

Anonymous said...

RBF Teman bersetuju 100%. Keadilan hendaklah diberi kepada semua. Jangan pilih bulu. Nanti tumbuh bulu.

Anonymous said...

cbb mlut nuar mcm jubur

Anonymous said...

ada udang dalam mee tak?