Thursday, December 2, 2010

Jangan Percaya Kepada Penipuan Khalid. Itu Semua Helah Politik


Seorang pembaca menghantar komen seperti di bawah kepada saya
maaf kerana lari dari tajuk . rbf tak nak komen ke isu air yang hangat di selangor sekarang. apa pandangan saudara?
 zek ampang
 December 2, 2010 1:49 AM
Saya sebenarnya tidak berapa berminat nak campur isu ini kerana ianya melibatkan 'peperangan' sebuah syarikat berhad dengan sebuah kerajaan. Lainlah kalau ianya 'peperangan' antara kerajaan dengan kerajaan.
Matlamat saya berblog adalah mempertahankan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin, bukannya mempertahankan sebuah syarikat berhad.

Lagi pun pihak Syabas tidak pernah pun nak panggil kita untuk terangkan apa perkara sebenar yang berlaku. Siapa yang Syabas cari dan kemana mereka salurkan maklumat saya pun tak tahu.

Akan tetapi tak mengapalah, hari ini saya buat kerja sedikit kerja amal demi sebuah syarikat gergasi milik bumiputra.

Di tahun 70 dan 80 an dahulu kebanyakan perkhidmatan utiliti di negara kita diuruskan oleh kerajaan. Contohnya, Lembaga Letrik Negara (LLN) untuk eletrik , Jabatan Telekom (JT) untuk telefon dan komunikasi lain termasuklah telegram. Manakala untuk air pula diletak dibawah JKR atau JBA.

Bukanlah saya hendak mengutuk atau memperlekehkan agensi-agensi yang yang diatas. Pada masa itu sekiranya kita ada masalah bekalan eletrik atau bekalan pada waktu petang, jawabnya bergelaplah kita pada malam itu atau tak mandilah kita pada hari itu.

Paling cepat bekalan akan pulih keesokan hari dan ada kalanya berhari-hari. Perkara ini amat menyusahkan rakyat dan dalam masa yang sama boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara. Dipendekan cerita, khidmat utiliti kita pada masa itu amat teruk sekali.

Maklumlah ianya diuruskan oleh kerajaan. Apabila diuruskan oleh kerajaan, maka kakitangan-kakitangan mereka juga perlu mematuhi peraturan-peraturan kerajaan termasuklah waktu kerjanya dari 8 pagi hingga 4 petang. 

Melihat kepada permasalahan-permasalahan ini, maka PM pada masa itu Tun Dr M mengambil keputusan untuk mengswastakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut secara berperingkat-peringkat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Apabila diswastakan, kita faham-faham sajalah, sudah tentu harga perkhidmatan akan meningkat. Walaupun meningkat ianya masih dibawah kawalan kerajaan dan sebarang permohonan kenaikan harga akan dinilai terlebih dahulu oleh kerajaan agar ianya tidak membebankan rakyat.

Hasil daripada pengswastaan yang diperkenalkan itu ianya memberi kesan yang amat baik kepada kehidupan kita pada hari ini. Jika bekalan eletrik terputus pada hari ini, telefon sahaja 15454 dalam masa beberapa jam ianya akan selesai, melainkan kerosakan yang besar-besar. Tetapi itu pun jarang-jarang berlaku.

Begitu juga dengan perkhidmatan telefon. Zaman saya kecil-kecil dulu, siapa yang ada telefon di rumah mereka maka orang itu orang kayalah. Rumah itu juga akan menjadi tempat penduduk kampung berkomunikasi dengan ahli-ahli keluarga mereka yang berada di luar negeri.

Zaman berlalu begitu pantas, hari ini rumah sesiapa pun ada telefon. Malah ada yang sampai ke dalam bilik air pun ada telefon juga. Semua ini adalah hasil kejayaan pengswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr M.

Begitu jugalah dengan khidmat bekalan air. Boleh  dikatakan semua negeri dalam Malaysia telah mengswastakan perkhidmatan bekalan air mereka termasuklah Kelantan yang diperintah oleh Pas.

Malah mereka yang lebih awal mengswastakan perkhidmatan bekalan air berbanding Selangor. Kelantan swasta kepada syarikat orang putih pada tahun 1995 (sini) manakala Selangor swastakan kepada syarikat bumiputra tempatan pada 2005 (sini). Sebelum itu, semasa Tun Dr M memperkenalkan pengswastaan Pas yang kuat menentang dan menghentam kerajaan. Tiba-tiba mereka pula lebih awal mengswastakan perkhidmatan bekalan air berbanding negeri-negeri yang diperintah oleh BN.

Yang lebih mengharu-birukan kita, walaupun setelah diswastakan selama 15 tahun, daripada nama orang putih 'Kelantan Water' kepada nama melayu 'Air Kelantan' masalah air di Kelantan tidak selesai sehingga kini. malah baru-baru ini dalam sidang Dun Kelantan, Exco yang berkenaan memberitahu masalah air di Kelantan akan selesai dalam masa 17 tahun lagi. Saya ulang sekali lagi , 17 tahun lagi !. Sini

Di Selangor pula, Syabas yang lebih junior dari Air Kelantan telah menyelesaikan banyak masalah bekalan air yang menghantui penduduk Lembah Klang selama ini. Ingat lagi tak peristiwa 1997 / 98 dulu ?

'Peperangan' antara kerajaan negeri dan Syabas yang berlaku di Selangor pada hari ini berpunca dari satu masalah sahaja.

Masalah apa rbf ?

Masalah tersilap janji !

Janji apa rbf ?

Janji pilihanraya !

Tolong terangkan sikit wahai rbf....

Ok saya terangkan...

Semasa kempen pru 2008, gabungan tiga parti munafik berkempen bersama-sama. Mereka tidak menyangka sama sekali yang mereka akan menang dan memerintah Selangor.  Mereka hanya masuk pilihanraya dengan niat untuk membuat kacau atau test market.

Sebab itu dalam mansifesto mereka bermacam-macam janji ada. Bulan , bintang, langit , awan semuanya ada. Yang tiada hanya jamban.

Tup...tup.... Allah maha kaya, takdir menyebelahi mereka, mereka menang dan membentuk kerajaan.Semua itu adalah ujian yang Allah SWT turunkan supaya rakyat melihat dan menilai pemimpin yang suka membuat janji melangit samada boleh menunaikannya atau tidak.

Janji nak turunkan cukai pintu dibatalkan.

Janji nak beri bantuan kepada anak-anak pra sekolah atau nurseri juga dibatalkan.

Janji nak beri elaun kepada suri rumah juga dibatalkan.

Janji utama mereka iaitu memberi air percuma sebanyak 20mp pertama yang bernilai RM 11.00 terpaksa ditunaikan. Walaupun pahit mereka terpaksa tunaikan janji ini. Sekiranya tidak ditunaikan, alamak mereka kena sembelihlah jawabnya.

Walaupun pahit dan pedih janji itu tetap dilaksanakan. Setiap bulan KDEB diarahkan oleh kerajaan negeri supaya membayar kepada Syabas sebanyak RM 14 juta nilai air percuma yang terpaksa diberikan kepada rakyat kerana tersilap janji.

Sebulan RM 14 juta, setahun RM 168 juta. Tahun pertama ok lagi. Sebab duit yang Khir Toyo tinggal masih banyak lagi.

Tahun kedua pun masih ok lagi walaupun sesah sedikit kerana wang saki baki peninggalan Khir Toyo semakin kempis.

Masuk tahun ketiga KDEB mula lemas dan terpaksa meminjam sebanyak RM 200 juta daripada kerajaan negeri untuk dibayar kepada Syabas.

Dalam masa yang sama kerajaan negeri pun lemas juga, kerana pendapatan mereka hanya RM 1430 juta atau 1.43 bilion setahun. Daripada RM 1430 juta itu, RM 830 juta digunakan untuk pengurusan. Untuk pengurusan bermaksud membayar sewa, belian alat-alatan, utiliti, bayar gaji kakitangan termasuklah untuk membayar gaji Elizabeth Wong bulu lebat.

Manakala baki RM 600 juta lagi digunakan untuk pembangunan. Wang yang kerajaan negeri bagi kepada KDEB untuk bayar kepada Syabas adalah dari wang bajet untuk pembangunan yang berjumlah RM 600 juta.

Jika RM 168 juta setahun terpaksa diperuntukkan untuk membayar air yang tersilap janji kepada rakyat , maka tinggallah baki RM 432 juta lagi untuk membangun negeri. Jumlah itu tidak cukup untuk memberi projek kepada kroni-kroni PKR dan DAP dari seluruh negara yang kini semuanya tertumpu di Selangor yang dianggap mereka sebagai lubuk emas.

Atas sebab-sebab itulah mereka mula mengacau Syabas yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah air di Selangor. Mereka kata mereka nak ambil balik Syabas dan nak uruskan sendiri air Selangor.

Saya nak tanya kepada rakan-rakan sekalian, sanggupkah kita kembali ke zaman air yang diuruskan oleh JBA dulu ?

Saya tidak tahu apa jawapan anda , jika saya sendiri, saya tidak sanggup lagi untuk meletak tong air berderet-deret dalam bilik air , depan rumah dan belakang rumah saya. Saya tidak sanggup lagi untuk bangun tengah malam menadah air.

Nampaknya coretan amal saya ini terlalu panjang. Banyak lagi yang saya nak katakan, tetapi takut nanti Syabas kata saya melebih-lebih pula, maklumlah saya ini orang yang disenarai hitamkan.

Diringkaskan cerita, 'peperangan' antara kerajaan negeri dan Syabas sekarang adalah helah Kerajaan Selangor untuk menghentikan air percuma 20mp kepada rakyat. Mereka sudah tidak tahan lagi dengan jumlah RM 168 juta setahun yang perlu dibayar kepada Syabas. Saban tahun angka itu akan meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah rumah-rumah baru dan penduduk.

Maka jalan terbaik untuk mereka hentikan program air percuma itu adalah dengan berperang dengan Syabas. Kemudian mereka akan laungkan kepada rakyat , "kita tidak mampu lagi untuk memberi air percuma kepada rakyat kerana Syabas tidak mahu menyerahkan balik pengurusan air kepada kerajaan negeri".

Selepas itu mereka akan kaitkan Syabas dengan Kerajaan Pusat, dengan umno dan dengan BN. Modal itu mereka akan gunakan dalam tempoh dua tahun lebih lagi yang berbaki sebelum menjelang pru 13. Mereka akan 'bakar', mereka akan hasut rakyat dengan sentimen itu sehinggalah pru 13. Mari pilihanraya , silap haribulan mereka menang pula dengan hanya berbekalkan sentimen itu.

Sebagai penutup kepada coretan amal saya ini, saya hendak beritahu kepada rakyat Selangor, jangan percayakan kepada temberang Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Tarif air di Selangor tidak boleh dinaikkan tanpa persetujuan panel penilai yang dianggotai oleh Kerajaan Selangor , kerajaan Persekutuan dan Syabas. Jeritan dan laungan kadar air akan naik 37 % hanya pembohongan semata-mata.Kerajaan negeri yang berada dalam panel penilai berhak untuk menolaknya. Jika mereka menolaknya, Syabas tiada hak untuk menaikkannya.

Perjanjian antara Syabas dan kerajaan negeri dan kerajaan pusat bukannya perjanjian bawah pokok seperti yang dibuat oleh Nizar,Ngeh, Nga dan Sivakumar. Dan Syabas juga bukan seperti kedai runcit ah chong dan ah seng yang boleh menaikkan harga barangan sesuka hati.

*Saya mengalu-ngalukan sebarang pandangan, pendapat ,cadangan atau artikel tulisan anda untuk disiarkan di blog ini. Sila e mel kepada saya di rbf_501@yahoo.com

30 comments:

Anonymous said...

semua fakta salah.

100 org yang membacanya, dosa bertambah 100 kali.

retox8000 said...

Kan elok penyokong Pakatan Rakyat baca benda ni...details

hanizam said...

syabas bro...komen yang bernas & menarik...walaupun panjang, kalau dibaca dengan teliti, akan faham ape yang dituliskan...

kerajaan selangor masa ni memang dah goyang...bila ada tabung budi yang Syabas buat, tu lagilah jadi Khalid & the geng meroyan semacam....

padahal, staff Syabas antara yang banyak bagi ape yang mereka dapat untuk tabung ni...

nilah dia, buat baik pun dipersalahkan...

irs-Hursaini said...

Ralit aku baca tulisan ko bro..

Rasanya N9 yg belom swastakan air.

Anonymous said...

baru 2-3 hari lebas PKNS buat operasi potong bekalan air yang mana bil semua RM200 keatas kena kunci meter dia .... aku pun kena jugak pasai bil RM217.00 jadi terpaksalah berduyun-duyun kena pi komplek PKNS buat bayaran ... cuma satu benda ada aku kedengaran dalam ramai-ramai dok tunggu nak bayar tu apa depa cakap .... BN merintah tak pernah kata nak mai kunci meter air PKR merintah baru 3 tahun dah kunci ... dah bangkrup ker PKNS ni .... ??? ... sapa yang dok sauk banyak sangat woiiii....malehhhhh nak pikiaq korang tolong pikiaq kat akulaaaa

Anonymous said...

bravo broooooooooo
mantap!mantap!mantap!
penjelasan yang mantap
aku tak sanggup air diserahkan balik kepada kerajaan.jadi seperti jba dulu

khalid x gagap said...

tahniah
satu huraian yang cukup jelas.
saya menyokong pendapat anda.

Anonymous said...

bayar lebih sedikit tidak menjadi masalah, asalkan perkhidmatan yang diberi memuaskan.


nani cheras

Anonymous said...

saya setuju dengan anda
itu semua permainan politik dan helah untuk menamatkan air percuma 20 meter padu

ruang bicara faisal said...

anon atas sekali,

sila cakap mari fakta yang mana salah. jgn kerana dibayar rm 20.00 untuk hantar komen maka kamun hantarlah komen membabi buta. sudi-sudikanlah telinga untuk mendengar kebenaran dan sudi-sudikanlah mata untuk membaca kebenaran.

jgn hanya kerana upah yg juak-juak pk bagi rm 20.00 maka kamu pun turut sama menjadi bacul.

bawa mari fakta yang salah kpd saya. saya sedia buka satu entri khas untuk berdebat dgn kamu fakta yang kamu kata salah.

Anonymous said...

saudara, apa maksud senarai hitam. siapa yang senarai hitam saudara. adakah syabas ?

Anonymous said...

saya sokong pendapat anda.dalam negara kita tiada pengendali air terbaik selain syabas.

ruang bicara faisal said...

kpd anon 7.28

bukan syabas yg balck list. itu nanti saya ceritakan kemudian

Anonymous said...

pada irs-Hursaini...N9 suda swastakan air...syarikat air n9(SAINS)...suda beroperasi sejak jan 2009...harap maklum

Anonymous said...

kepada irs-Hursaini said...

N9 dah lama swastakan air. Syarikat Air negeri Sembilan (SAINS).

Anonymous said...

aku setuju dgn ko rbf.kalau takde syabas aku rasa sampai hari ni kita masih lg ada poblem air.yang aku x faham,benda dah elok kenapa si gagap tu nak kacau pula.
mungkin benau kata ko gagap nak main politik

awe bukit marak said...

air di kelate punoh ranoh habis dah.beruk2 tu nak punoh air di kl pulak doh.habis lah hotel2 kolumpo takdak air lepas ni.

Anonymous said...

PADAN MUKA RAKYAT SELANGOR KENA TIPU DENGAN KHALID

Anonymous said...

lihat di tv 3 tadi.bil air di kedah pun naik lebih 100 %.

Anonymous said...

anon 3.37, kenapa kau takut sgt dengan fakta rbf ?

zali said...

semoga mangsa2 penipuan khalid ibrahim terbuka pintu hati apabila terbaca tulisan ini

Anonymous said...

setakat hari ini saya berpuashati dgn khidmat syabas.

Anonymous said...

sekarang bila sudah jadi kerajaan barulah mereka tahu bagaimana susahnya memerintah.dulu mereka main taram sahaja & cakap ikut sedap mulut saja.

jiwakita said...

salam....

apsal bil air ku rm2.00(2m3) jer bulan nie...?tak mandi ker ahli keluargaku
sebulan?..hehehe..jimat!syukur..

terperasan lak..penyata bil takdak
lagi KDEB...yg ade 20m3 ditanggung oleh kerajaan negeri selangor.....

apa pula helah nie ?

DINO said...

Saya pernah bertanya kepada sahabat saya, seorang penyokong PAS tegar yg bekerja di syabas berjawatan agak besar.
Soalan saya : 1.Benarkah syabas menghabiskan duit rakyat selangor sehingga hampir miskin rakyat selangor kerana membayar air? 2.Benarkah gaji rozali syabas mencecah RM 452,000 sebulan? 3.Adakah gaji saudara berjumlah RM 3,000.00 lebih tu adalah hasil memerah duit rakyat selangor? 4.Adakah dengan gaji rozali yang begitu tinggi menyebabkan air yang disalurkan ke rumah2 tersekat2, keruh, dicatu atau sebagainya?
5.Apakah hak saya terhadap syabas sehingga kerajaan negeri berkebajikan ini ingin memulangkan hak tersebut kepada saya, adakah saya akan mendapat air percuma seumur hidup atau bayaran RM 1.00 setiap bulan?
Sehingga saat ini beliau tidak dapat menjawabnya untuk saya. Malah beliau sering melarikan diri terutama apabila bertemu di surau.

Anonymous said...

ayuh..hancurkan pakatan rakyatttt!!

Anonymous said...

Terbaaaeeekkk!!!!

Anonymous said...

Salam,

Up to the standard, RBF kini cabaran kepada main stream media kerana analisa yang x bisa dipatahkan. hujahnya tajam menikam. keep up the good job bro!

Anonymous said...

bro rbf,saya nak tambah sikit,tujuan depa nak ambil alih syabas ni tak lain tak bukan sebab nak jual syabas kat negara jiran kita.abang angkat depa kat negara jiran memang dah lama teringin nak kuasai kepentingan air negara kita.paling lama pun dua tahun ja kot diuruskan oleh kerajaan sahak lepas tu aku yakin depa jual melalui 'tender terbuka'.ala macam kelantan dengan british tu.

Anonymous said...

Hello bro RBF huraian yg bernas,bravo!! Lps ni bertambah gagap khalid tu...Tapi skrg bro Pakatan Haprak sibuk tabur Fitnah sana sini isu air selangor, termasuk DAPig sampaikan banner pun tulisan cina mmg ci***a punya ci**....Tlg counter balik bro ttg isu air ni..trima kasih.