Thursday, December 9, 2010

Jangan Beli, Tangguh Seketika

Firma Rahim & Co adalah ejen hartanah yang terkemuka dalam negara kita. Ianya mula ditubuhkan di Malaysia semenjak 1976.

Sehingga sekarang sudah 34 tahun syarikat itu beroperasi dengan cemerlangnya, dan berkembang dengan pesat sekali hingga ke luar negara.

Akan tetapi dengan apa yang berlaku di Mahkamah Shah Alam tiga hari lepas dapat merosakan nama baik dan kredibiliti Rahim & Co.

Bagi pihak Rahim & Co pula saya dapat merasakan yang mereka juga mendapat satu pengalaman yang paling pahit semenjak mereka ditubuhkan. Itu jangkaan saya.
Mana tak pahitnya, apabila seorang pembeli yang membeli rumah yang dinilai oleh syarikat mereka dihadapkan ke mahkamah.

Apa yang terjadi boleh merosakan nama baik firma berkenaan yang dibina sejak berpuluh tahun lalu.

Saya juga menjangkakan kes tersebut akan menjadi perhatian ejen-ejen hartanah seluruh dunia kerana ianya satu kes yang pelik.

Semasa perbicaraan nanti saya juga jangka kerusi-kerusi dalam mahkamah akan dipenuhi oleh ejen-ejen hartanah yang berminat untuk mengikuti kes berkenaan kerana pertama kalinya dalam sejarah seorang pembeli yang membeli rumah mengikut harga yang dinilai oleh jurunilai bertauliah yang hebat dihadapkan ke mahkamah kerana ianya menjadi satu kesalahan.

Kepada mana-mana rakan pembaca yang ada menyimpan hajat untuk membeli rumah-rumah dengan harga yang murah yang banyak terdapat di Hulu Selangor, harap bersabar seketika. Tunggu dulu sehingga kes yang melibatkan Datuk Seri Khir Toyo selesai.

Ini kerana kebanyakan rumah-rumah yang hendak dijual di Hulu Selangor sekarang harganya jauh lebih murah daripada harga asal yang dibeli oleh pemiliknya. Ada harga rumah yang murah sehingga 70 % dari harga asal.

Sebagai contoh, semasa kempen prk Hulu Selangor, saya pernah jumpa rumah pangsa kos rendah yang kebiasaannya berharga RM 42 ribu, tetapi harganya sekarang hanya RM 10 ribu.

Saya nasihatkan anda kalau ada hajat nak beli tolong tangguhkan terlebih dahulu, silap haribulan anda boleh dihadapkan ke mahkamah.

Saya bukan niat nak menghalang, sekadar memberi pandangan dan berpesan-pesan dengan kebenaran.

Ini kerana sekarang, saya perhatikan kemana-mana sahaja kita pergi semua orang sedang bercakap dan jadi pening dengan kes yang dihadapi oleh DSKT.

Rakyat jadi pening, rakyat tidak tahu yang selama ini membeli hartanah dengan harga yang lebih murah dari harga asal dan mengikut harga yang dinilai oleh jurunilai bertauliah menjadi satu kesalahan dan boleh dihadapkan ke mahkamah dan wang jaminannya boleh mencecah hampir RM 1 juta.


12 comments:

Anonymous said...

Rahim n co tak bagus. Jangan guna khidmat mereka. Aku terpaksa jual murah kedai aku kerana rahim n co. Sedangkan beberapa penilai lain nilai kedai aku lebih tinggi.

Mardhidz Inc. said...

Salam satu Malaysia.. :D

Abesla, saya ada membeli rumah di Puncak Alam, sblm Uitm pindah, owner beli rumah tu dgn harga 60k++ Tapi kami dapat harga cuma RM30k... So kene dakwa la ni kalau ade org report ek..

Ntah ape2 lak pulak kan.. Cam sumthing x kena pulak..

Anonymous said...

Harap semua pembaca meneliti intipati seksyen 165 Kanun Keseksaan. Baru faham pasal kenapa 'dia' kena tuduh.

mat saga said...

fuuhhhhhhh...

trima kasih brader diatas ingatan yang tulus ikhlas dari brader...

gua baru je nak beli rumah kalid gagap.... cheap sale tuuu...

5 juta je brader... ikut market 25 juta... kenseellllll

Anonymous said...

Betul lah....aku pun pening. Kalau penjual dan pembeli dah setuju, nape pula jadi kesalahan. Ramai lagi orang lain buat rumah juta2 dan besar2, tak jadi hal. Mungkin semua ni ada hikmah, harap Dato Khir dapat bersabar dan bertahan.

tengokperati said...

Assalamaualikum. Sdr RBF.
Pasaran hartanah adalah bergantung pada harga semasa ,iaitu harga yang dinilai ketika harga pasaran semasa, sewaktu harta itu di nilai mungkin permintaannya menurun jadi harganya tidaklah akan tinggi .Tidak kiralah sehebat manapun lokasi harta tersebut. Kalau dah tak ada permintaan disebabkan kekangan keewangan maka harta itu akan merudumlah jatuhnya dipasaran . Berapa banayk pembeli yang terpikat dengan harta yang terbaik dilokasi yang menarik dan ditambah dengan iklan yang berjaya menarik pembeli dan dijamin pula dengan berbagai kemudahan , namun apabila harta itu debeli semuanya tidak menyebelahi pembeli , akhirnya pembeli yang terinaya dan terpaksa menjual harta tersebut dengan harga yang agak mencukupi untuk di tokok tambah supaya bank tak menjerit , Banyak orang yang kaya jadi miskin kerana sebab musabab yang seumpama ini .Ada yang menjadi papa kedana akibat dari perkara yang tak sepatutnya menjadi sasaran pengiklan yang mengaut keuntunga diatas kelemahan daya fikir dan daya sentuh dan janji pemaju yang cakap tak serupa bikin ini .
Saya rasa dan beranggapan Pengarah yang menjual hartanya pada Datuk Khir mungkin mengalami masaalah . jadi beliau terpaksa menjual hartanya dengan harga yang
murah disebabkan jeritan pihak bank .Itu sangkaan baik saya tidak ada lain dari itu kerana apabila terkepit dan terpaksa untuk melangsaikan hutang atau apasaja yang dikatan tuntutan , dan demi mengelakan dari dibankrupkan lebih baik jual dan sangguplah dengan apa harga yang patut . asalkan ada sedikit wang untuk membayar. Hutang .Ini anggapan saya yang tak tau mendalam perkara ini . Kepada pengarah yang menjualkan hartanya tak perlu takut , walau harta itu dijual dibawah harga pasaran namun dia tidak rugi kerana harta itu di beli ketika harganya berapa dipasaran .. Takkanlah Khir mahu bayar lebih untuk mengikut harga pasaran .Fikirlah ....

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya seorang staff penilaian, tidak salah membeli rumah dengan harga murah, xkena saman pun. didalam kes Dato khir, nilaian yang diberikan oleh firma tersebut rendah kerana bunglow tersebut dalam keadaan Abandon, ataupun tidak siap, oleh yang demikian, nilai bangunan tidak akan diambil kira didalam penilain. penilai akan memberikan nilai berdasarkan harga pasaran semasa, bukan berdasarkan iklim politik semasa. Sebarang pertanyaan mengenai harta tanah boleh diajukan kepada saya, di saga_twinturbo@yahoo.com, insyallah saya akan bantu

azman said...

Assalamualaikum Rbf

Kan dah sifat anjing, akan sanggup mati kerana tuannya.
Jaminan 1 juta, cuba bayangkan...
Klu tengok bebtol mesti ade udang kat mee itu.

Anonymous said...

KO DAH TERSILAP LA rbf NAK SPIN CITER NIE, NAK PERLEKEH SAPA SEBENARNYA?! MEMANG TAK SALAH APA PON BELI BRANG MURAH KALO DAH DIPERSETUJUI ANTARA PENJUAL & PEMBELI, DAH SAH2 KES KHIR TOYOL YG 1 NIE CUMA MELEPASKAN KAHAK DLM LIF JER,KES2 YG TERANG LG BERSULUH SI TOYOL SALAHGUNA KUASA TAK PULAK DIKETENGAHKAN,KES YG NIE MASUK MAHKAMAH DAH TENTU MAHKAMAH REJEK PUNYA , +1 LAGI KES KRONI UMNGOK DILEPASKAN A.G GANI PAKTONGKO DGN KERJASAMA S.P.R.MaNYA... DAH TAU DAHHHH!

Anonymous said...

biasanya nilai hartanah sesuatu tempat tu terletak dibawah bidang kuasa Kanun Tanah Negara , pejabat tanah dan mana-mana jurunilai akan mengikut dari panduan berkenaan walaubagaimanapun pihak jurunilai boleh buat nilai up lebih sikit ker atau kurang sikit ...??? biaq makhamah tentukan ....

Anonymous said...

kes peliwat negara tu bila nak settle?

kalau kes berkenaan khir toyo ni dan kemudian dia selalu minta tangguh je macam anwar buat,agak-agak apa la yang PR nak cakap kat dia.

Anonymous said...

kes sampah...
nk kaburkan mata orang...

biar la mahkamah sibuk dakwa itu,dakwa ini...

kita sebagai pemerhati ni boleh nilai sendiri...

siapa je org UMNO yg pernah disabit kesalahan besar2??

ramai jerk yg lepas...

skandal PKFZ,tgk la bape lame SPRM amik masa nk kumpul bukti...punye la susah.

skang ni kes khir toyo plak.pun sama..punye lama SPRM ngn kumpul bukti..padahal semua dah depan mata...

jgn pandang rendah pada rakyat..semua ngadap PC/Laptop skang ni...pandai nilai ape yg logik,ape yg tidak...

-warga shah alam-