Wednesday, December 1, 2010

Remaja Ditembak Mati, Salah Siapakah ?

Kira-kira dua minggu yang lepas kita dikejutkan dengan dua kejadian remaja mati ditembak. 

Kejadian pertama, seorang remaja berusia 16 tahun mati ditembak polis di Shah Alam selepas menyamun sebuah stesen minyak di Glenmarie. Klik di sini

Selang beberapa hari satu lagi kejadian yang hampir sama berlaku. Bezanya kali ini , bukan ditembak oleh polis tetapi oleh tuan rumah yang cuba dirompaknya. Yang mati ditembak adalah seorang remaja yang berusia 17 tahun. Klik di sini

Seperti biasa, setiap kali timbul isu penjenayah mati ditembak polis maka ianya akan dipolitikkan oleh PKR, Pas dan DAP. Peguam yang tidak asing lagi dalam mempertahankan para penjenayah ialah peguam yang berwajah seperti penjenayah juga, iaitu Latefah Koya dan N Surendran. Klik di sini

Tidak terkecuali juga media dajal malaysiakini yang cuba memainkan sentimen simpati. Klik di sini

Kejadian pertama dipolitikkan betul-betul oleh DAP, PKR dan Pas sehingga di bawa ke Dewan Rakyat. Manakala untuk kejadian kedua pula, tiada siapa yang buka mulut sedangkan kedua-dua yang ditembak mati adalah remaja, berlaku di negeri yang sama dan modus operandi mereka juga sama iaitu merompak.

Kenapa kejadian pertama dipolitikkan manakala kejadian kedua didiamkan ?

Jawapannya,

Kerana kejadian pertama penjenayah ditembak mati oleh polis.

Manakala kejadian kedua pula penjenayah ditembak mati oleh tuan rumah yang berbangsa cina.

Tiada lain, hanya kerana itu sahaja. Matlamat mereka ialah untuk mencemarkan imej polis dan kerajaan serta menimbulkan sentimen kebencian masyarakat terhadap polis dan juga kerajaan. Yang cina tembak mereka diamkan, takut nanti hilang undi. Sebab itulah mereka tidak usung keluarga remaja kejadian kedua untuk membuat laporan polis atau bawa isu tersebut ke Dewan Rakyat.

Kepada ibu mangsa pula, apabila kejadian sudah terjadi baru sibuk nak sayang anak. Sebelum kejadian tidak pedulikan anak. Menyesal kemudian tidak ada gunanya.

Punca kejadian adalah kerana kegagalan ibu bapa menjaga anak. Mereka tidak menjadikan apa yang terjadi kepada Aminulrasyid satu pengajaran.

Kenapa biarkan seorang anak yang berusia 16 tahun keluar sehingga awal pagi tanpa kawalan ?

Itu menunjukkan ibu bapa mereka tidak prihatin kepada anaknya. Jika seorang yang prihatin mereka akan tahu kemana anak mereka bergerak, siapa kawan mereka dan sebagainya. Dalam kes ini, kereta yang digunakan oleh anak mangsa juga adalah kereta curi.

Kepada siapa kita nak salahkan ? Nak salahkan polis yang menembak pun tak boleh. Mereka sedang bertugas dan kejadian berlaku awal pagi (gelap) serta nyawa mereka terancam dengan senjata yang digunakan oleh penjenayah.

Selepas kejadian baru ibunya hendaknya tertanya-tanya ,bagaimana perasaannya sebelum ditembak mati ? adakah dia merayu supaya dibiarkan hidup? adakah dia menanggis dalam kesakitan?

Itu semua tidak berguna lagi sekarang. Sepatutnya semasa dia masih hidup ibunya patut tertanya-tanya, siapakah kawan anak saya ? ke mana anak saya pergi ? adakah anak saya nakal ? adakah anak saya baik ? apa kegiatan anak saya ?

Ibu mangsa berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap polis jika dia tidak berpuashati. Semuanya akan ditentukan oleh undang-undang. Jika anda tanya saya, saya pun tidak bersetuju dengan tindakan polis. Tetapi tahukah kita apa yang terjadi masa kejadian ? Kalau polis salah, biar undang-undang yang menentukan.

Tetapi tindakan ibu mangsa memilih orang-orang politik untuk mempolitikan isu kematian anaknya ternyata satu langkah yang tidak bijak. Mereka tidak ikhlas menolong dan hanya hendak mencari keuntungan politik. Selepas mereka dapat untung mereka lari, tinggallah ibunya terkial-kial.

Saya minta maaflah jika ada ahli keluarga atau kenalan mangsa yang terbaca tulisan ini dan terasa hati dengannya. Semua ini adalah satu pengajaran kepada ibu bapa lain dan saya sendiri.

Jika polis bersalah sekalipun ianya perkara kedua. Perkara pertama yang kita kena akui dan terima hakikat ialah, kejadian tersebut atau kes Aminulrasyid tidak akan terjadi jika penjaga menjaga mereka adalah penjaga yang prihatin. Semuanya berpunca daripada penjaga.Walaupun pahit, hakikat itu yang terpaksa penjaga telan. Janganlah kita menafikan kesilapan kita dan kita menyalahkan orang lain pula untuk melepaskan diri kita.

Nota: Nama Aminulrasyid yang saya sebutkan dalam tulisan ini bukan maksud saya untuk mengatakan dia  juga terlibat dalam kejadian jenayah sepertimana dua kejadian yang saya nyatakan. Saya hanya samakan mereka dari segi umur (bawah umur) dan kecuaian penjaga menjaga anak-anak mereka.

18 comments:

Anonymous said...

kalau dah buat jenayah, pggl penjenayah je bro, buat ape panggil remaja. Lagi satu saranan aq, setiap kereta polis pasang perakam video macam polis dkt US so ape2 jadi, senang ade bukti klu betul budak tu serang polis dlu. Ini budak tu dah mati, btul ke x die serang dlu siapa pn x tahu.

Anonymous said...

salam...

rasanya dah sampai masa utk kerajaan kita melaksanakan curfew pada remaja bawah umur.

selepas jam 12 mlm ke atas,mana2 remaja bawah umur yg berkeliaran tanpa waris sah harus ditangkap atau tindakan diambil terhadap waris mereka.

sesuatu harus dilakukan demi selamatkan anak2 masa depan ni..

-warga shah alam-

Anonymous said...

Remaja sekarang memang keterlaluan. Di tempat saya seorang remaja berusia 16 tahun merogol adiknya yang berumur 12 tahun. Sekarang meringkuk di penjara mak sendiri yang humban. Katanya saya hantar anak saya ke penjara kerana saya sayangkna dia.
Kalau kluar masuk lokap perkara biasa. Sampai kering airmata si ibu berdoa siang malam sehingga ke Mekah memohon anak berubah tp ntahlah. Yang pnting dia tak prnh menyalahkan polis tangkap anak dia

Mohd Ridzuan said...

Sepatutnya mak bapak budak ni didakwa kerana cuai..

Polis buat kerja dia.

Anonymous said...

Untuk membuat andaian pemandu sesebuah kereta adalah budak bawah umur 18 tahun tidak akan terlintas oleh sesiapa sahaja. Dan dianggap pelik sekiranya pemandu kereta adalah budak bawah umnur 18 tahun.

Tugas polis yang dibenarkan bawa pistol setelah mendapat latihan secukupnya adalah untuk menjaga keamanan negara.

Kereta yang dipandu secara bahaya, dan tidak berhenti setelah diarah sememangnya mengundang tindakan yang lebih ofensif dari pihak polis.

Dan ketika keputusan 'split seconds' yang dibuat polis untuk menahan kereta tersebut dengan menembak, tidak terfikir langsung oleh polis atau pun sesiapa yang umur pemandu kereta itu adalah 15 tahun kerana pada lazimnya pemandu kereta adalah orang dewasa.

Yang pasti....lebih 90% dalam pemikiran polis orang didalam kereta itu adalah PENJENAYAH berpandukan kepada keingkaran pemandu tersebut berhenti setelah diarah polis. Perkara saperti itu pernah berlaku dalam sejarah polis membenteras jenayah dalam negara.

Polis perlu membuat keputusan dalam "split-seconds" bila berdepan dengan keadaan cemas lagi bahaya. Umur serta jantina atau pun latar belakang tidak diambil kira dalam membuat keputusan yang "vital" untuk menyahkan bahaya yang dicetuskan suspek.

Kereta yang dipandu "budak" itu telah menimbulkan gambaran dirinya 'penjenayah' apabila sahaja beliau ingkari arahan polis untuk serah diri. Dan tiada alasan untuk tidak akur dengan arahan polis. Pengingkaran itu telah mengundang tindakan yang lebih tegas ia itu pengunaan pistol kerana pemandu itu kelihatan boleh menyebabkan kematian dengan kereta yang dipandunya secara bahaya.....

Anonymous said...

Dengor2 yg ditembak mati tu Melayu..no wonder le, tak de sapa heran!!

Anonymous said...

anak-anak adalah ANUGERAH TUHAN ... kita sebagai pemegang AMANAH ALLAH S.W.T kenalah menjaga, mendidik sebaik mungkin agar mereka tidak terpesong dengan turutan keganasan @ hiburan yang melampau ... tapi la nie kebanyakan mak bapak tak kira bangsa apa pun dalam negara nie lebih pentingkan kerja dan duit dari dok tanya kabar pasai hal anak-anak ... pasai tu lah anak-anak mula memberontak dengan akal yang kurang cerdik dan mudah terpengaruh ditambah dengan kuasa duit untuk berbelanja besar pasai tulah jadi perkara-perkara macam nie ....arwah bapak aku pernah berpesan GUNAKAN 3 HARTA YANG DIANUGERAHKAN DENGAN JALAN YANG BAIK 1. OTAK 2.AKAL/NAFSU & 3. KEMALUAN LELAKI @ WANITA ... insyaallah ... pendapat aku untuk kes ini ... mak bapak tak payah la dok menjerit dalam M/Kini kononnya anak dia tak salah .... Polis hanya jalankan tugas ... take out ...

Mat Bond said...

Salam,
Bila penjenayah dianggap hero,buleh huru-hara dibuatnya. Jadilah mcm kes Kugan.
Seharusnya ibu bapa perlu mengetahui apa xtvt anak dan juga rakan2 mereka. Bukan menyalahkan Polis yg menjalankan tugas. Sepatutnya ibu remaja(penjenayah) tersebut perlu bertanya diri sendiri, adakah salah polis yg menembak anaknya @ salah anaknya yg menyerang polis dan merompak @ salahkan diri sendiri kerana tidak pandai didik anak sehingga jadi perompak.
Tepuk dada tanya minda.
Tolong jgn politikkan hal sebegini, tak sape yg untung, yg untung hanyalah pembangkang je yg memberi peluang kpd mereka hentam kerajaan.
Kepada ibu remaja(penjenayah) tu, kalau tak puas hati wat laporan polis utk buka kertas siasatan.
Maaf jika tulisan ini mengguris perasaan sesiapa. Sekadar memberi pandangan

Mat Bond

Anonymous said...

Jgn asyik nak salahkan pihak Polis ataupun pihak ketiga sehingga terlupa kelemahan diri sendiri.

Sebelum nak salahkan pihak lain, tanya pada diri sendiri apasal anak2 yg masih remaja ini menjadi liar ?.

Bukankah anak2 yg masih remaja ini sepatutnya sedang mengkaji pelajaran ataupun tidur pada waktu2 sebegini ?.

Anonymous said...

skrg ni kebanyakan golongan remaja hidup bebas. Bebas drp segala segi.Dan saya setuju dgn pandangan RBF, dlm kes-kes sebegini yg salah adalah penjaga. Penjaga/Ibu Bapa harus bermuhasabah diri terlebih dahulu sebelum menuding jari pada mana-mana pihak.

Anonymous said...

Memang mana2 mak ayah akan tertekan dan tension bila berlaku hal ni dan memakan masa utk mereka menerima kenyataan dan memahami tugas2 polis, bahkan keluarga2 penjenayah2 terkenal spt botak chin,kalimuttu dan sebagainya mempunyai perasaan yg sama tapi mereka lebih dahulu memahami situasi.
Yang menjadi sialnya di sini ialah pihak parti politik yg mengambil peluang utk mewujudkan perasaan benci dan dendam kpd agensi kerajaan dan kerajaan secara tak langsung.di samping nak meraih sokongan secara setan dlm politik.
mereka peduli apa kesedihan,kesusahan dan permasalahan org yg mereka peduli setiap sesuatu yg tidak baik yg berlaku wajar dijadi modal untuk menentang seteru politik mereka samada berkenaan atau tidak.

Anonymous said...

Ibubapa sekarang terlalu percaya dan sayangkan anak. Kalau jiran atau kenkawan atau guru cakap anaka nakal atau buat salah kita pula ditegur malah boleh naik parang kalau tak kawal nafsu marah. Kalau kita lihat byk kejadian jenayah bawah umur ini kalangan org melayu. Gamaknya gen/hormon mak bapak kot time muda muda dulu ada perangai mcm ni jadi terpalit kata salah sorang dr anak mereka. Saya suka menyarankan agar ibubapa terutamanya lebih cenderong mengetahui kenkawan anak2mereka serta mengetahui aktiviti anak2 mereka. Saya lihat dinegara luar terutama US dr pengalaman, ibubapa kerap berinteraksi dgn anak-anak face to face jika anak anak musykil serta masalah, malah ada pula dikalangan rakan mereka dijemput hadir ke rumah untuk berjumpa dgn ibubapa, saling kenal mengenali. Kalau ibubapa asyik salahkan pihak berkuasa, walhal nak nafi pulak bukan kerja jenayah anak mereka, tidak bolehlah, mereka harus bertanggungjawab diatas kealpaan, kelalaian, lepas tangan buat tak tahu hal anak anak diluar rumah.

Belajar la sikit cara kaum cina mendisiplinkan anak-anak, masa sekolah belajar sampai ke petang penuh dgn aktiviti, hari sabtu kelas tambahan hari minggu rehat. Sbb itu kaum cina juak tgk orang Melayu.

CucuAtok said...

salam.. biasalah kita dengar kekejaman polis yang menembak budak tu?Tapi diorang ni tau dak yang polis itu menjalankan tugas. Kalo dah suruh berenti tu berenti je lar. kena saman pun biasa la sebab pertama tak ikut peraturan dan yang kedua pula bawah umur.
Ini yang meluat di dengar kerana lepas kena tembak tu kata anak baik la , ikut cakap orang tua la dan macam-mcam lagi.....
Tapi cerita yang sebenar pula tidak pula kita ambil berat seperti tanggungjawab penjaga atau ibu bapa yang mendidik anak.
Saya bukanlah pandai sangat tapi secara logiknya perangai anak itu seakan cermin kepada orang tuanya. mana taknya kalo langgar undang undang kalo anak tak tengok mak bapak dia buat takkan dia tak buat . Di mana kesedaran ibu bapa tantang undang undang di negara kita. Maafkan saya kalu terkasar bahasa tetapi bagi saya pahit itu kebenaran dan yang manis itu racun. Cuba fikirkanlah.

Anonymous said...

Sorry sebab terkeluar tajuk sikit. Ikut Wikileaks ada 1300 cable diplomatik dari Embassy US Malaysia. Very interesting ni sebab cable rekod dari tahun 60-an. Aku yakin mesti ada kabel pasal kes 1997 dan kes 2008. Lagi interesting jumlah kabel dari US Embassy Malaysia bocor lagi banyak dari US Embassy Singapore. Kena tunggu lama sikit sebab tak sampai 300 kabel dari jumlah keseluruhan 250,000 kabel seluruh dunia. So kalau kalut nak buat PRU pun tunggu kabel dari Malaysia di publish dalam Wikileaks dulu dan kita tengok sapa yang kena.

hanizam said...

tu biasa sekarang ni...wife aku kat sekolah pun bagitau, ada mak bapak budak "DEFEND" anak sebab guru ambik tindakan disiplin....

marah cikgu depan anak, macam maner ank tu nak ikut @ dengar cakap cikgu??

pendapat aku, kalau anak bawah umur, keluar malam melebihi 12 tengah malam, kalau ape-ape berlaku, penjaga perlu dipersalahkan...kalau perlu dakwa, jangan belengah...

sekarang ni memang mak bapak terlalu manjakan anak...lesen takda pun, boleh bagi bawak kereta...ape anak nak buat, tak selidik..

tulah realiti mak bapak zaman moden...manjakan anak tak bertempat...

Anonymous said...

MATI KATAK...MATI KATAK...MATI KATAK

Anonymous said...

sesiapa yg memilih nak jadi penjenayah ,mereka dah pilih antara berjaya merompak,bunuh dan mungkin merogol mangsa mereka jika ada tekanan dan ada peluang..jadi mereka dah memilih untuk mati di tembak atau di bicarakan dan di penjara mengikut tempoh yg ditentukan ..sebelum merompak pun mereka ni kebiasaannya telan pil untuk hilangkan rasa takut dan gemuruh...jadi tak hairan jika mereka ini berani melawan pihak polis walaupun bersenjatakan sebilah parang..


che

Anonymous said...

mak bapak zaman moden.. biasalah.. mak bapak sporting katakan.. zaman ni susah sgt nak jumpa mak bapak yg rotan anak dia yg umur 10 tahun sbb x nak solat.. zaman moden ni lain mcm sket.. mak bapak terasa masih muda.. anak2 plak terasa mcm dah dewasa.. .. btw aku setuju dgn anon atas sekali tu.. dah sampai masanya semua kereta peronda PDRM dipasang kamera.. bukan utk sapa2, utk kebaikan PDRM jugak..