Sunday, December 19, 2010

Samy Vellu Pernah Jatuh Cinta Dengan Awek Melayu

Betul-betul ralit membaca wawancara Datuk Seri Samy Vellu dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Pelbagai cerita ada, daripada beliau kanak-kanak hinggalah beliau bersara daripada dunia politik.

Setelah membacanya tidak keterlaluan untuk saya katakan Samy Vellu adalah ikon 1 Malaysia yang terbaik.

Mungkin ada orang yang berkata "hoi rbf, dulu kamu juga yang hentam Samy Vellu, sekarang kamu puji dia pula".

Ya betul, saya akuinya.

Tetapi saya tidak boleh membohongi diri saya bahawa Samy Vellu adalah antara pemimpin yang saya kagumi. Senang cerita, benci tapi sayang.

Kehebatan dan keberanian beliau sungguh luar biasa. Dalam soal kerja pun begitu juga. Tidak keterlaluan untuk saya katakan beliau adalah Menteri Kerjaraya yang terbaik setakat ini.

Semua orang akan memarahinya setiap kali harga tol naik. Itu antara satu sebab ada orang yang tidak menyukainya. Tetapi tahukah oleh kita semua, untuk menaikkan kadar tol kuasa bukan di tangan Samy Vellu. Yang menentukannya adalah jemaah menteri setelah meneliti cadangan EPU. Samy hanya mengumumkan sahaja atas kapisiti beliau sebagai Menteri Kerjaraya. Yang sering menjadi mangsa adalah Samy.

Hari ini Datuk Seri Samy Vellu telah menjadi sebahagian dari sejarah politik negara. Satu demi satu pemimpin lama pergi meninggalkan dunia politik bermula dari Tun Dr Mahathir, Tun Ling Liong Sik , Lim Kheng Yaik, Lim Ah Lek dan Datuk Seri Samy Vellu.

Walaupun ada satu dua masalah yang timbul tetapi kita semua kena akui mereka-mereka inilah antara pemimpin-pemimpin utama yang merencanakan kejayaan yang kita nikmati pada hari ini.

Jika ada satu dua kesilapan atau dosa yang mereka lakukan ampunilah mereka. Apalah sangat satu dua kesilapan itu berbanding dengan banyak lagi jasa-jasa lain yang mereka lakukan.

Tepuk dada dan tanya diri kita, bolehkah kita hidup aman, makmur dan maju seperti hari ini jika semua pemimpin-pemimpin kita selama ini teruk dan buruk sepertimana yang digambarkan oleh pembangkang.

Jawablah dengan jujur.

Kepada rakan-rakan yang tidak mendapat bekalan Mingguan Malaysia pada hari ini atau yang memboikot Utusan Malaysia, anda boleh membaca sebahagian wawancara Datuk Seri Samy Vellu di sini.

Selebihnya anda boleh baca keratan yang saya letak diatas. Sila 'double click' pada imej untuk membacanya dengan jelas.

Antara yang diperkatakan dalam wawancara itu ialah , Datuk Harun Idris pernah memeluk Samy Vellu dan berkata 'you are my real brother' dan kisah 13 mei serta kisah beliau menurunkan bendera Indonesia di kedutaannya semasa konfrantasi. Juga kisah beliau pernah jatuh cinta dengan perempuan melayu, tetapi dihalang oleh abang perempuan tersebut.

7 comments:

man on da street said...

Bro , I have never disputed your writings.Tapi for today , what you wrote about samy, you betoi betoi dah cayaq apa dia cakap! Kalau u kaum depa saya paham, sebab dok hari hari dok tengok wayang lagu tu di astro. Awat hang lupa kah apa sumbangan depa bila kita down n out lepas 2008 election, tak tepis pun tentang hindraf, apa tu ane samy duk kutuk Tun M. Yang duk banyak golongan gansters yang duk buat huru hara la ni kaum mana?Sapa yang duk bagi can, tenguk dia sudah lah, macam dia menerajui parti MIC tak serupa ka wei?. So what dia pernah jatuh cinta dengan orang melayu/ Adun yang kat Ipoh tu pun la ni dok usung orang pompuan melayu awat hang tak puji, orang cina lagi. Nak puji berpada lah bro, tapi gua tak lupa sifat angkuh nya, berapa kali kena tolong/prop untuk menang pilihanraya ,tak perlu lah nak sebut kut sini tolong dia lagu mana, tapi masih tak sedaq diri. Bila dah tau tak bolih pi lagi , manipulate la kut mana pun, thats the end of his road n he knows it. Tak pa hang bolih cayaq dengan dia tapi saya tak kut. Banyak tingkah laku , dan percakapan beliau yang mendongak langit tanpa mengindahkan sumbangan kaum melayu terhadap parti dan beliau sendiri, orang macam ni tak perlu saya bagi hormat pun. What i've got to say is this " Good riddance to bad apples". Jikalau lah beliau masih berada di dalam tunggakkan Barisan Nasional, beliau ada lah suatu liability yang amat besar terhadap pilihanraya yang akan datang nanti.Lupakah bro about Maika holdings, koperasi mereka, kolej mereka, wanita yang mati konon konon nya mati minum racun paraquat, I think you've got a short memory bro.

Anonymous said...

menurut kawan saya yang berbangsa india, samy vellu dah berada di pejabat pukul 5 pagi untuk berjumpa orang ramai yang ingin minta bantuannya. bukan calang2 pemimpin tu.

~sri mersing~

CodeNameSomaliPirate said...

Salam RBF

Saya bersetuju dengan saudara. Hanya Samy Vellu yang boleh pimpin orang India di Malaysia nih. Kalau ada pemimimpin lain jangan haraplah boleh mencapai tahap beliau. Tambah kacau bilau lagi adalah.

Mungkin banyak orang mengeji dan membuat cerita lucu tentang beliau tapi sesiapa yang pernah mengenali beliau dari dekat akan tahu bahawa beliau seorang pemimpin yang mewakili pelbagai kaum di Parlimennya.

Datanglah meminta pertolongan daripadanya pasti beliau akan menolong walaupun bukan dari konstituensi nya. Beliau pernah membantu ketahap membayar bill letrik penduduk yang dipotong oleh TNB.

Arwah ibu mertua saya pernah menerima sumbangan kaki palsu dan kerusi roda dari beliau semasa terlantar dihospital Sungai Siput walaupun kami bukan berasal dari sana!.

Sanggup turun membantu mangsa kemalangan jalanraya dengan membenarkan kenderaan rasminya digunakan menghantar pesakit kehospital! Datang melawat lagi. Ini kisah benar terjadi kepada ibu rakan saya.

Beliau tidak pernah melawan Tun Dr M walaupun pernah menerima kritik hebat oleh Tun. Beliau hanya menjawap 'He's (TDM) my former boss and I should respect him"

Datanglah ke Sungai Siput! dan lihatlah kemajuan di Bandar Sungai Siput Anda akan terkejut yang jalanrayanya lebih selesa, landskap cantik dan lebih baik dari Bandaraya Ipoh sendiri.

Samy Vellu seorang pemimpin yang penuh warna dan satu-satunya.

Mesin Taip Buruk said...

Kawan aku kata orang Sungai Siput setiap perayaan dapat hamper. Raya puasa, raya haji, krismas, deepavali, tahun baru cina... pokoknya semua raya2 Samy Vellu turun padang kasik hamper. Cuma hari kekasih je tak de hamper.
Tapi kata kawan aku, kalau orang kampung dapat hamper setinggi betis, WARTAWAN dapat setinggi paha... hahahaaaa....

Anonymous said...

mesin taip buruk:

setiap kali perayaan,org sg.siput dpt hamper??
saya pernah menetap di sana...realitinya,kalo org sg.siput syg samy vellu,kenapa beliau ditolak rakyat sg.siput pada PRU lepas..
sendiri fikir lah yer...

sampai skang xleh lupa ayat samy vellu hina Al-Quran...

tahniah RBF!!!

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Bro.. Ini Samy the only Samy di Malaysia. The one and only. Mmg kadang2 kita benci dia, tp di parlimen sg siput, Samy Vellu is the king. Takde lg menteri generasi baru yg bule ikut dia punya stail tersendiri. Semua problem dia akan jwb, samada dia akan convince kan rakyat atau kadang2 rakyat confuse dgn ckp dia. Great Leader & pilihan tepat sebagai wakil kerajaan sekarang...

To Live Again said...

Samy Vellu ni sbnarnya jauh lebh baik dr cina2 rasis di dlm mca sndiri spt chua soilek dll pemimpin mc or dap..

Bukti yang nyata kita lihat keberanian dia menurunkan bndera indonesia ketika konfrantasi..Anak india 2..Cukup tebal semngt 1 mlaysia dia..

Tp sy tgk semakin lama dia berkuasa dia semakin hanyut.Dia lgsg x blh menerima pndapat org lain..Berpuluh ribu ahli MIC dipecat dr pemimpn tertnggi hingga ke bwh..

Sy nmpk dia mula bongkak dn smbg sejak zaman pemerintahan Pak Lah.Kita dpt lihat sifat hipokrit dia dlm siu jambatan.Ketika zamn Tun M dia ckp " kita tetap akan buat jmbtn x kira bengkok ke herot ke"

Tp lepa je Pak Lah cancel project 2..slsumber je dia ckp " Sy x pnh MIMPI pon pasal jambatan"

Punya la hipokrit.Tp spt yg RBF ckp jasa dia dlm mengutakan sokongan India pd bn mmg besr..Cuma spt kata Tun M, bila lm sgt kita berkuasa, kita kadang kala tenggelam dlm kuasa..