Saturday, May 2, 2009

ANWAR 'LIWAT' PAS ?


Artikel dipetik daripada blog medan info kita

Anwar Ibrahim kini tidur lena, mimpinya semua yang indah indah belaka….

Kuasa politik tanahair mutakhir ini dimonopoli oleh Penasihat PKR. Masakan tidak? Bila bergolak sahaja politik Pulau Pinang, kuasa mutlak Anwar yang mempunyai “air tangan” telah menguasai keputusan orang nombor satu kerajaan pulau mutiara itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akur dan angguk kepada lengguk politik Anwar bilamana beliau sendiri tidak upaya menamakan siapa Timbalannya setelah Fairus terlebih dahulu menjadi kambing hitam Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Guan Eng serahkan segala-galanya kepada Anwar. Keputusan PKR memilih bekas Setiausaha Politik Anwar, Mansor Othman bertanding kerusi DUN Penanti sudah dijangka kerana Mansor memiliki ciri ciri “Yes Boss”, elemen penting kategori seorang budak suruhan atau dalam bahasa yang lebih sopan, seorang KHADAM……

Nah! Mukadimah ringkas diulas sekaligus memperlihatkan penguasaan Anwar keatas DAP dan PKR parti miliknya.

TERKINI, sebuah parti yang berusia lebih 50 tahun memperjuangkan Islam sebagai tunjang politik mereka, PAS sedang bergelora mendepani Muktamar tahunannya kali ini. PAS berjaya dijinakkan oleh Anwar menjelang Pilihanraya Umum ke 12 lalu untuk tidur sebantal, makan sepinggan bersama DAP dibawah kelolaan PKR. DAP yang mahu PAS tidak “sebut” Negara Islam sebagai asas perjuangan telah dikompromi untuk menghasilkan pakatan bertanding satu lawan dengan Barisan Nasional. Natijahnya, ketiga tiga parti pembangkang ini mencipta sejarah tanahair apabila berjaya membawa masuk lebih 80 wakil rakyat mereka ke Dewan Rakyat Parlimen manakala BN pula hilang kuasa majoriti 2/3. Kejayaan pembangkang juga dibuktikan dengan merampas empat kerajaan negeri.

Muktamar PAS untuk kesekian kalinya diLIWAT oleh fahaman Anwarisme apabila pemilihan pemimpin tertinggi parti ini terbahagi kepada dua team, iaitu golongan Ulama dan satu lagi kumpulan yang dilabelkan sebagai Erdogan, iaitu penganut fahaman Anwarisme yang disebutkan tadi.

Agak membimbangkan juga apabila tersiar berita disebuah akhbar minggu lalu melaporkan Muktamar PAS di salah sebuah kawasan utara tanahair menyaksikan insiden perwakilan keluar dewan memboikot ekoran tidak puas hati dalam proses pemilihan YDP yang baru. What Goes Around Comes Around, dulu pembangkang kata Mesyuarat Agung UMNO Bahagian boleh kita dengar kisah sebegini tapi, sekarang ini boleh pula terjadi kepada sebuah parti islam yang hadir berkopiah dan bermini telekung! Ada kemungkinankah selepas ini berlaku insiden baling kerusi dan tumbuk menumbuk dikalangan mereka..?

Iman dikalangan ahli ahli PAS dan pemimpin mereka bukanlah ditahap rasul dan nabi, mereka pun manusia biasa. Bila sudah terhidang didepan mata KUASA politik, gelaran Datuk Seri, Dato, Menteri Besar, EXCO kerajaan negeri, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Ahli Parlimen, pemilikan jawatan besar GLC negeri pemerintahan mereka, maka sifat riak takbur tidak mustahil menguasai diri…..

Perpecahan dikalangan pemimpin dan ahli ahli PAS kini ditahap serius. Singgul menyinggul, bentes membentes sudah menular dalam Muktamar parti ini. Lihat sahaja senarai pencalonan jawatan jawatan tertinggi parti peninggalan Allahyarham Ust Fadzil Noor ini. Blog ini pernah menceritakan kisah perebutan jawatan dalam.....bacaan lanjut klik sini

No comments: