Sunday, May 3, 2009



Menteri Besar Perak,Datuk Seri DR Zambry Abdul Kadir telah melancarkan blog beliau sendiri.

Mohon rakan-rakan blogger dan penjenguk blog saya memberi sokongan kepada blog beliau. Tolong sebarkan kepada sahabat handai dan rakan taulan anda semua.

Banyak berita benar dan bermanfaat yang bakal kita perolehi daripada blog beliau. Kerana yang menulis blog ini adalah tuan ampunya badan sendiri iaitu orang nombor satu di Negeri Perak. Bermakna kita semua boleh mendapat berita terus daripada beliau tanpa melalui orang tengah.

Sudah tentu berita yang dilaporkan oleh beliau adalah berita yang benar. Tidak mungkin orang nombor satu akan menjadi penyebar berita fitnah. Beliau juga harus menjaga imej dan kredibiliti beliau. Lagi pun beliau bukan tergolong dalam golongan penyebar berita fitnah atau palsu ,seperti orang itu.

Kepada penyokong-penyokong PAS,PKR dan DAP, jemputlah, jangan segan-segan untuk melawat blog MB berjiwa rakyat ini. MB ini pun MB rakyat juga. MB ini pun MB islam juga. Mandat rakyat kepada MB ini lagi besar daripada mandat rakyat kepada MB yang lepas. MB ini ada 28 kerusi dun , MB yang lepas ada 6 kerusi dun sahaja.

Bukalah sedikit fikiran dan minda anda.Jangan jadi katak dibawah tempurung. Sesungguhnya fikiran dan minda yang tertutup akan menyebabkan hati menjadi hitam. Begitu juga katak di bawah tempurung,jika asyik bertutup dibawah tempurung lama-lama akhir sekali ianya akan mati.

Kepada pemilik blog Cina Islam dan Misbahal, jangan segan-segan untuk membaca dan meninggalkan komen di blog MB Perak ini. Manalah tahu kot-kot ada rezeki anda terbuka hati MB sekarang untuk melantik anda menjadi Setpol dia,sebagaimana MB yang lepas lantik anda jadi Setpol beliau.

Sila ikut laluan ini untuk ke blog MB Perak.

1 comment:

Parpu Kari said...

BRO, INI PANAS PUNYA CERITA

HELLO EVERBODY, HOT ISSUE IN PERAK!

READ IT HERE,

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/ringkasan-dari-ceramah-dap-di-perak.htm